Thursday, October 3, 2024

Perjalanan hidup seorang manusia...

Kejadian fitrah manusia adalah sesuatu yang ajaib yang di ciptakan oleh Allah (SWT) sejak daripada zaman Adam (AS) lagi. Manusia di jadikan oleh Allah (SWT) sebagai satu entiti yang akan memikul tanggungjawab sebagai mahkluk yang dicipta untuk menjadi khalifah di mukabumi. Tanpa ujian pasti manusia belum tentu akan dapat ganjaran dan nikmat daripada Allah (SWT) kerana imam dan takwanya masih belum di uji sepenuhnya.

Tapi bagaimana manusia bangkit daripada musibah yang di timpakan oleh Allah (SWT)? Manusia yang berpandangan jauh akan melihat ujian dan/atau musibah itu sebagai satu tamparan yang sikit sahaja kerana setiap manusia tidak akan di bebani dengan "ujian dan/atau musibah" yang tidak akan tertanggung oleh manusia. Ini ada di nyatakan dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 di mana Allah (SWT) menyatakan bahawa "Allah (SWT) tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya".

Manakala manusia yang berpandangan singkat akan menyalahi Allah (SWT) di atas segala ujian dan/atau musibah yang di turunkan kepada manusia tersebut. Malah manusia itu tidak ingin dan/atau ambil tak endah akan ujian dan/atau musibah yang di timpakan oleh Allah (SWT) sebagai satu tanda bahawa segala sesuatu kejadian itu semuanya datang dan/atau kehendak Allah (SWT) semata-mata. Sifat manusia sekiranya mendapat laba dan/atau keuntungan akan bersyukur akan nikmat Allah (SWT) tapi sebaliknya sekiranya Allah (SWT) menimpakan musibah dan/atau bala maka manusia itu akan menyalahi takdir dan/atau Allah (SWT) di atas segala kejadian yang menimpa manusia tersebut.

Sifat manusia yang sentiasa inginkan keuntungan tetapi tidak terfikir kenapa Allah (SWT) menurunkan ujian, musibah dan/atau bala kepada beliau sedangkan segala perintah dan/atau suruhannya telah di kerjakan dengan jayanya. Contoh yang paling dekat dengan Islam ialah permasalahan Palestine dan bumi Al-Aqsa. Kenapa Allah (SWT) memberikan kaum Yahudi menguasai Al-Aqsa dan bumi Palestine. Kenapa Allah (SWT) memerintahkan supaya Kiblat umat Islam di alihkan daripada Al-Aqsa kepada Mekah Al Mukarramah (Masjidil Haram)?

Allah (SWT) sentiasa menguji manusia dengan pelbagai ujian. Ada yang di berikan pangkat tapi bongkak, sombong dan takbur, ada yang di berikan kekayaan dan kemewahan tetapi kikir, kedekut, bakhil, ada yang di berikan kepintaran dan/atau sentiasa dapat anugerah dekan tapi ada sifat-sifat muzmumah yang akan meracuni pemikiran manusia sepanjang hayatnya hidup di dunia. Contohnya Firaun pangkat, kekuasaan, jajahan takluk dan segala-galanya dalam tangan Firaun tetapi bila Nabi Musa (AS) berdakwah kepada Firaun di balas balik dengan kata-kata siapa yang lebih agung dan bijaksana Tuhan kamu Musa atau Firaun sehinggakan di suruh oleh Firaun kepada pembesar-pembesarnya untuk membina menara bagi melihat sendiri Tuhan Musa. Begiru juga Qarun yang menyatakan bahawa kekayaan yang di perolehinya adalah hasil usaha dan kebijaksananya tiada kaitan pun dengan Tuhan Musa. Akhirnya Firaun di tenggelamkan dalam Laut Merah dan Qarun di telah oleh bumi. Cuba bayangkan di manakah akhirannya Firaun dan Qarun?

Setiap kejadian dan musibah pasti ada hikmahnya. Allah (SWT) telah timpakan kepada manusia-manusia terdahulu supaya kita mengambil iktibar akan kejadian dan perlakuan yang sebegitu rupa tidak semestinya di ulangi oleh manusia-manusia terkemudian. Malangnya majoriti kita masih lagi di belenggu oleh sifat-sifat muzmumah tersebut sehinggakan segala perlakuan dan amal ibadat kita kepada Allah (SWT) menipis akibat kedurjanaan kita sendiri terhadap Allah (SWT).

Suatu ketika dahulu kita melihat manusia membentuk dan terbentuk melalui perilaku dan/atau persekitaran yang di dudukinya. Sekiranya kita duduk dalam kelompok manusia yang sentiasa melakukan kedurjaan maka suatu hari nanti bila kita membesar menjadi remaja, dewasa dan tua sifat-sifat kedurjaan tersebut akan dengan sendirinya terbentuk dan membentuk diri manusia tersebut melainkan dengan hidayah Allah (SWT) maka ada yang kembali ke pangkal jalan untuk kembali berfitrah kepada jalan Allah (SWT). 

Di zaman sains dan teknolgi ini, manusia membentuk dan terbentuk melalui gadget-gadget yang terdapat dalam handphone canggih masing-masing. Budak-budak yang berada di sekolah rendah malahan umur baru setahun jagung sudah tahu "applications" seperti Tik-Tok, Telegram, Facebook, Instagram, Twitter, You Tube dan lain-lain lagi. Pada kita jika di kaji dari sudut informasi dan/atau ilmu pengetahuan maka Handphone, Ipad dan lain-lain amat berguna kepada kita terutamanya pelajar baik di sekolah rendah, menengah dan di peringkat Universiti tapi jika di salahgunakan maka ianya akan menjadi tosik pula kepada pelajar-pelajar kita. Kawalan diri dan/atau displin diri amat penting dalam melayari handphone agar ianya tidak terlalu membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfeadah. Dahulu kita makan berkeluarga sambil berbual hal-ehwal aktiviti masing-masing tapi sekarang kita lebih berbual dengan gadget-gadget. Maka ujud soal permasalahan komunikasi kekeluargaan di kalangan masyarakt kita di zaman sains dan teknologi ini.

Apa yang paling di takuti ialah apabila anak-anak tidak lagi menghormati ibubapa dan/atau orang tua berikutan trend yang mendahului "siapa cepat dia dapat". Inilah bahana kemajuan yang kita nikmati di zaman "gadget" di mana segala-gala maklumat samada yang betul dan/atau rekaan/fitnah sentiasa berlegar di alam maya untuk menjadi santapan orangramai yang suka akan cerita-cerita sensasi.

Di zaman 50 an, 60 an dan 70 an kanak-kanak bermain di laman rumah samada di lorong dan/atau padang tanah merah kemudian beralih ke padang rumput, padang tiruan dan seterusnya di zaman 2000 sudah mula beralih ke dalam "gadget" dengan pelbagai "jenis permainan" yang mengujakan kanak-kanak di zaman "gadget". Setiap kemajuan dalam sains dan teknologi pasti ada kebaikkan dan keburukkannya. Malahan ianya terpulang kepada manusia bagaimana manusia ingin melayari sains dan teknologi tersebut demi untuk kepentingan sejagat dan/atau menjadi satu bahan untuk menjahanamkan manusia dan dunia di satu ketika nanti. Kemajuan dan kebijaksanaan manusia tiada tandingannya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan Allah (SWT) yang mencipta bumi ini siang dan malam, turunkan hujan dan memberi nikmat yang tidak terhingga kepada manusia. Malangnya kebanyakkan manusia masih lagi membelakangi Allah (SWT) dalam segala segi demi untuk mengejar kemajuan dan kekayaan.

Kemanakah tujuan akhiran manusia? Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Setiap yang tumbuh pasti akan mati. Itu adalah fitrah kejadian alam dan manusia. Allah (SWT) tidak akan melewati dan/atau melambatkan setiap kejadian itu walaupun pun sesaat. Bila tiba masanya pasti kematian tersebut akan datang melawati manusia mahupun tumbuhan tersebut. Cuba bayangkan tumbuhan tersebut tumbuh rendang dan daun menghijau dengan buah-buahan tiba-tiba besoknya layu, kering dan terkelai mati. Siapakah yang menentukan perjalanan hidup manusia di mukabumi ini? Dalam Al-Quran telah di nyatakan dengan jelas dan terang bahawa setiap mahkluk yang hiduo di dunia ini semuanya adalah di jadikan oleh Allah (SWT). Begitu juga segala musibah dan/atau bala yang di timpakan ke dunia ini adalah datangnya daripada Allah (SWT). Siapa bioleh menduga bahawa Acheh boleh di landa tsunami sebegitu buruk dan banjir besar 2004 melanda Temerloh. Inilah hakikat yang mesti di terima oleh manusia bahawa kejadian dan/atau musibah itu adalah ujian kepada manusia supaya manusia sedar bahawa setiap kejadian itu datangnya daripada Allah (SWT).

Manusia di hidupkan dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua akhirnya mati. Ada juga yang mati semasa bayi, kanak dan remaja mahupun dewasa. Ada yang mati secara tiba-tiba, sebelum ini sihat walaafiat dan gelak tawa bersama keluarga dan kawan-kawan tetapi masanya tiba untuk menghadap Allah (SWT). Allah (SWT) mencabut nyawanya pada saat manusia itu sedang melakukan pelbagai pekerjaan seperti di janjikan oleh Allah (SWT) tanpa di lewatkan sesaatkan mahupun di percepatkan sesaatpun. Apakah persediaan kita sebagai manusia sebelum kita menghadap Allah (SWT)? Persediaan tersebut mestilah rapi dan tidak buat secara endah tak endah sahaja berdasarkan kepada bahawa "kita boleh bertaubat bila tua nanti". Istilah tersebut sudah tidak dapat di gunakan lagi memandangkan manusia hidup di dunia ini hanya antara 60-70 tahun sahaja mengikut umur umat Nabi Muhammad (SAW). Ada yang sebelum umur tuanya sudah di tarik nyawanya, maka adalah malang sekiranya kita sebagai manusia tidak melakukan sesuatu untuk menjadi bekalan kita di alam kubur nant dan seterusnya alam akhirat.

Oleh itu perjalanan hidup kita sebagai manusia amat singkat sekali dan pada bila-bila masa pun kita boleh di panggil balik untuk mengadap Allah (SWT). Adakah kita sudah bersedia untuk mengadap Allah (SWT)? Adakah kita masih lalai dan/atau masih berbuai dengan mimpi-mimpi dunia fana ini. Kita di dunia ini hanya sementara sahaja dan selagi kita sebagai manusia hidup di dunia ini mesti melaksanakan tanggungjawab kita kepada Allah (SWT) sekiranya kita ini beragama Islam. Allah (SWT) telah mengolongkan kita kepada golongan kanan dan golongan kiri. Adakah kita ingin menjadi golongan kanan? Maka apakah "criteria" untuk menjadi golongan kanan. Dalam Surah Waqiah ada di nyatakan golongan kanan dan golongan kiri. Nabi Muhammad (SAW) dan para Nabi adalah golongan kanan manakala Firaun, Qarun dan sekutu dengan syaitan dan iblis adalah golongan kiri. Adalah nyata bahawa golongan kanan Insya Allah pasti akan mendapat tempat di syurga manakala golongan kiri sudah pasti akan mendapat tempat di neraka. Cuba bayangan siksa di alam kubur yang mana kita manusia akan di perlihatkan nikmat dan siksa di syurga dan neraka. Itu adalah perjalanan permulaan kita manusia menuju ke akhirat. 

Kita di dunia ini di galakkan untuk bercucuk tanam agar kita mendapat hasilnya apabila kita memasukki alam kubur seterusnya alam akhirat. Cuba bayangkan di zaman Firaun dan Qarun lagi manusia telah mati dan sekarang di zaman sains dan tekniologi sekitar 2024 masih lagi kita hidup di dunia sedangkan manusia dahulu kala masih lagi di alam kubur menanti bilakah akan di bangkitkan untuk menuju ke akhirat. Sudah seribu tahun duhulu Nabi Muhammad (SAW) meninggalkan kita manusia tetapi Allah (SWT) masih memberikan kesempatan manusia untuk kembali kepada fitrah untuk mengabdikan diri manusia kepada Allah (SWT) iaitu agama Islam, Al-Quran dan sunnah Nabi. Malangnya masih ramai manusia yang masih lalai dengan nikmat-nikmat Allah (SWT) tersebut. Ada yang masih menyembah berhala, patung dan lain-lain yang berlainan dengan fitrah kejadian manusia. Allah (SWT) tiada perantaraan dan Allah (SWT) tidak pernah dan/atau tidak mungkin akan dan/atau melahirkan anaknya seperti naman Isa (AS). Ini adalah hujah-hujah khurafat yang menyesatkan manusia akan kewujudan Allah (SWT) dan Nabi Muhammad (SAW) Nabi terakhirnya yang membawa agama Islam untuk alam sejagat agar semua kita dapat nikmat-nikmat yang di janjikan oleh Allah (SWT) di akhirat kelak. 

Manusia-manusia khurafat cuba untuk menghapuskan Islam dan Al-Quran tetapi malangnya mereka masih lagi gagal kerana Islam dan Al-Quran sentiasa di bawah lindungan Allah (SWT). Sejak berzaman manusia-manusia khurat cuba memesongkan Al-Quran seperti mana mereka lakukan kepada Taurat dan Injil tetapi masih lagi gagal. Islam dan Al-Quran adalah agama dan kitab untuk semua manusia yang kembali kepada fitrahnya iaitu menyembah dan beriman kepada Allah (SWT). Maka sebab itu Allah (SWT) melarang manusia beriman daripada mengambil manusia yang dimurkai Allah (SWT) sebagai pelindung kerana mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikkan di akhirat sebagaimana orang kafir yang berada dalam kubur juga berputus asa.

Oleh itu kita sebagai manusia yang beriman kepada Allah (SWT) dan mengambil pedoman dan pengajaran dalam Al-QUran serta Sunnah Nabi Muhammad (SAW) maka semestinya kita patuh dan sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat Allah (SWT) samada dalam senang mahupun susah. Apa-apa yang kita perolehi itu senang dan susah semuanya datang daripada Allah (SWT) yang ingin menguji manusia samada kita bersyukur dan sentiasa tunduk dan beriman kepada Allah (SWT) dan/atau kita akan menjadi Firaun dan Qarun yang berjalan di atas mukabumi ini dalam keadaan sombong dan bongkak. Pengajaran dan paduan telah di catitkan di dalam Al-Quran bagaimana keadaan manusia yang beriman dan tidak beriman akan melalui kehidupannya di dunia dan kehidupannya di alam kubur dan kehidupanya di akhirat kelak.

Jadikan lah Al-Quran sebagai pegangan dan panduan hidup di dunia dan sunnah Nabi Muhammad (SAW) sebagai pedoman sesungguhnya kita tidak akan sesat dan menjadi manusia tidak beriman kepada Allah (SWT).



   

   

 



No comments:

Post a Comment