Saturday, October 22, 2022

Parlimen sudah bubar...


Mandat di kembalikan kepada rakyat Malaysia...
tarikh pru15

Pada 10/10/2022 Parlimen telah di bubarkan oleh DYMM YDPT Agong atas permohonan dan/atau nasihat PM. Sebelum pembubaran tersebut 12 MP PPBM telah menulis kepada DYMM Agong agar pembubaran Parlimen tidak berlaku pada tahun ini memandangkan banjir dan ekonomi yang tidak menentu. Partai-partai lain seperti PH dan GTA pun mengeluarkan kenyataan agar Parlimen tidak di bubarkan. Malahan PH yang memerintah negeri Selangor, N9 dan Penang enggan untuk membubarkan Dun serentak dengan pembubaran Parlimen. Ianya di ikuti pula oleh PAS/PN yang memerintah Kelate, Teganu dan Kedah hanya akan membubarkan DUN pada tahun depan selepas tamat tempoh iaitu sekitar Julai, 2023.

Persoalannya kenapa setelah Parlimen di bubarkan negeri-negeri PH dan PAS/PN enggan di bubarkan DUNnya serentak?  Alasan yang digunapakai adalah masalah banjir dan permasalahan ekonomi. Di Selangor permasalahan stadium Shah Alam dan banjir. Rakyat tertanya-tanya mengapa Selangor, N9, Penang, Kelate, Teganu dan Kedah boleh buat PRN pada tahun depan. Negeri-negeri ini di perintah oleh PH dan PAS serta setiap negeri-negeri di Malaysia adalah tertakluk kepada perundangannya tersendiri. Mereka boleh mengikut dan boleh juga tidak mengikut untuk membubarkan DUN masing-masing.

Pada kita samada DUN tersebut di bubarkan serentak atau berasingan ianya tidak menjadi masalah kerana lambat laun ianya sudah pasti akan di pulangkan kepada rakyat. Rata-rata rakyat sekarang sudah celik dan dapat menilai yang mana kaca dan yang mana batu permata. Roadshow Raja Fitnah, Penghasut dan Pendusta aka Mr Sotong Piji gagal untuk menarik perhatian rakyat. Kenapa? Rakyat sudah jelik dan bosan dengan teori dan formula palsu dan pembohongan Mr Sotong Piji. Begitu juga dengan isu dan/atau slogan DAPigs iaitu rasuah sedangkan Lee Gone Egg (LGE) pun terlibat dengan permasalahan rasuah projek Telewong. LGE pun jadi Mr Sakau dan Kluster Mahkamah. Begitu juga dengan Presiden MUDA, YB Muar terpalit dengan isu rasuah dan telah menjadi Kluster Mahkamah.

Kenapa Badan Kehakiman perlu mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan pemimpin-pemimpin politik. Adakah Badan Kehakiman lantik PH tempoh hari betul-betul telus dan memutuskan sesuatu kes berdasarkan keadilan dan prinsip-prinsip keluhuran perlembagaan. Rakyat ketahui bahawa semasa PH memerintah 22 bulan lantikan ke Jabatan Perundangan banyak di kongsi dikalangan penyokong-penyokong PH seperti Jabatan Peguam Negara Tommy Thomas, SPRM Lateefa Koyak, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun dan banyak lagi. Akhirnya sistem perundangan menjadi "rule of the jungle" dengan kes-kes PH di sapu bawah carpet dan kes-kes UMNO/BN di angkat setinggi-tingginya. Ini memang telah di paparkan dalam buku Tommy Thomas berjudul "Judiciary in the Wilderness". Kerajaan Ismail Sabri telah membentuk sebuah jawatankuasa untuk menyiasat akan kandungan buku tersebut dan 19 petunjuk telah di perolehi. Ianya akan di bentang kepada umum dalam masa terdekat. Jawatankuasa tersebut juga mendapati bahawa Tommy Thomas bukanlah seorang AG yang selayaknya memegang jawatan tertinggi dalam bidang perundangan negara. Inilah akibat sekiranya kita tersalah pangkah, apa yang kita dapat adalah "tahi".

PN (PPBM, PAS, Gerakan) ialah sebuah gabungan yang tidak akan mendatangkan keuntungan kepada rakyat melainkan "politic of schemes". Apakah yang telah dilaksanakan oleh PN semasa TSMY menjadi PM-8. Jawapannya kosong melainkan "Raja Lockdown" dan Parlimen di letakkan di bawah "Darurat". Itulah pasalnya TSMY hanya dapat bertahan 17 bulan sebab tiada wawasan dan gerak kerja yang jitu untuk mengeluarkan Malaysia daripada pandemik Covid-19 dan permasalahan ekonomi yang meruncing. Sanggupkah rakyat bergantung harap kepada PN yang dianggotai oleh partai-partai yang tiada wawasan dan karisma untuk memimpin Malaysia. Kebanyakkan MP-MP PPBM adalah pemimin-pemimpin katak si katak lompat daripada UMNO, PKR dan partai-partai lain. PPBM tiada base dan gerak kerja yang padu untuk mensejahterakan rakyat dan memakmurkan negara melainkan "air liur" sahaja. 

PAS pula apabila dapat jawatan dan kuasa hilang semua prinsip perjuangannya iaitu Hudud, perlembagaan Islam dan laini-lain yang berkaitan dengan Isle. Dulu kafirkan UMNO dan pemimpin-pemimpinnya melalui amanat DSHA tetapi demi untuk mengekalkan jawatan dan kuasa sanggup menjadi "arbitrator" antara UMNO v PPBM atas tiket "perpaduan ummah". Malangnya perpaduan ummah itu tidak termasuk Amanah iaitu adik tiri PAS. Inilah persoalannya kenapa PAS bermati-matian untuk menyatukan UMNO v PPBM tetapi enggan berbincangkan pasal PAS v Amanah? Dalil dan fatwa sekerat-sekerat yang di gunakan oleh PAS semasa kafirkan UMNO dan pemimpin-pemimpinnya juga digunakan untuk mentafsirkan "perpaduan ummah" antara UMNO v PPBM. Natijahnya PAS bukannya Islam dan Islam itu bukannya PAS. PAS hanya sebuah partai politik siasah seperti UMNO dan lain-lainnya iaitu memperjuangan idealogi Isle yang banyak di kerat-kerat untuk memutarbelitkan fakta sebenar.

PAS tidak perlu kecewa dengan UMNO kerana menolak perpaduan ummah kerana syarat UMNO adalah jelas dan nyata buang PPBM kembali kepada Muafakat Nasional. Malangnya PAS menolak syarat UMNO tetap memilih untuk bersama-sama dengan PPBM dan PN. So jangan dimarahi UMNO kerana menolak perpaduan ummah kerana PPBM itu adalah "pengkhianat dan pemimpin-pemimpin ex-UMNO aka katak-katak UMNO" yang hendak membunuh UMNO dan menggantikan UMNO sebagai suara orang Melayu dan Islam di Malaysia. Dalam persoalan ini kita tidak perlu panjangkan permasalahan perpaduan ummah tajaan PAS itu kerana ianya separuh masak kerana tidak melibatkan keseluruhan partai-partai Melayu yang lain.

GTA tidak dapat menggunakan Gabungan Tanah Air kerana tidak di daftarkan sebaliknya GTA akan menggunakan logo dan bendera Pejuang iaitu partai Maha Kitul. Sebelum pembubaran Parlimen Tun M ada menyatakan bahawa beliau tidak akan bertanding untuk PRU15 tetapi dalam PCnya berkaitan dengan PRU15 beliau nyatakan akan mempertahankan kerusi Langkawi tetapi bukan sebagai calon PM tetapi sekiranya GTA bergabung dengan PH dan PN maka Tun M pasti akan dijolok sebagai PM-10. Tun M dalam PCnya ada menyatakan bahawa "kita akan bergabung dengan parti-parti mana yang tidak menyokong prinsip-prinsip dan dasar-dasar UMNO yang suka sogok duit kepada rakyat". Pada kita Tun M sudah menjadi "besi buruk" hendak di buang sayang hendak di gunakan sudah terlalu rapuh dan tiada ketahanan". Sekiranya tiada Tun M maka akan mati GTA begitu juga Pejuang. Ini adalah kerana orang hanya menghormati Tun M sahaja tetapi tidak pemimpin-pemimpin lain.

Bagi UMNO/BN pemimpin-pemimpin datang dan pergi iaitu silih berganti. Pemimpin-pemimpin sekarang yang ada sudah di uji dengan berbagai ujian dan rintangan yang di laluinya. Pemimpin yang menonjol adalah DSZH tetapi permasalahan kes-kes Mahkamahnya masih berjalan. Kes di Mahkamah Shah Alam sudah selesai tetapi kes di Kuala Lumpur di bawah Yayasan masih berjalan. KIta jangan bagi peluang PH, PN dan GTA mencipta naratif bahawa UMNO/BN hanya tamak kuasa dan ingin melepaskan pemimpin-pemimpinya daripada tindakan Mahkamah dan keluar dari penjara. PH lepaskan DSAI dengan pengampunan penuh tidak perlu di persoalkan kerana ianya berlaku zaman PH di mana "undang-undang rimba" telah digunapakai untuk menyelamatkan pemimpin-pemimpinnya. DSZH mesti menjadi pemimpin berjiwa besar yang sanggup  mengenepikan cita-cita dan niat untuk memimpin negara sebagai PM sekiranya UMNO/BN menang besar pada PRU15 dengan memberikan baton tersebut kepada Ismail Sabri dan/atau Timbalan Tok Mat Hassan. Pada kita pemimpin-pemimpin ini ada keserasianya kerana Tok Mat Hassan adalah Pengarah Pilihanraya UMNO/BN manakala Ismail Sabri adalah ex-PM9 semasa gabungan UMNO/PPBM/PAS/GPS dan lain-lain. Ismail Sabri ada pengalaman sebagai PM dan Timbalannya kita serahkan kepada Tok Mat Hassan yang mempunyai kepakaran dalam bidang kewangan dan urusan-urusan perniagaan. Menteri Kewangan kita serahkan kepada pakar iaitu seorang yang boleh di lantik sebagai senator seperti Tengku Zafrul dan Tan Sri Wahid. Kita tak mahu lagi PM sebagai Menteri Kewangan dan lain-lain akhirnya bila kita kalah semua persoalannya tentang kewangan negara di letakkan di atas bahu PM seperti apa yang terjadi kepada DSNR.

Sekiranya di teliti polar pengundian dan peratusan keluar mengundi di PRN Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak, rakyat lebih mirip kepada apa partai-partai boleh berikan kepada rakyat. Rakyat sudah muak dengan cerita-cerita pasal pemimpin-pemimpin rasuah, salah guna kuasa, politik hasutan, politik fitnah, politik tembak lawan, politik pembohongan serta politik dusta dan lain-lain yang berkaitan. Rakyat hendak tengok apa yang partai-partai boleh berikan kepada rakyat melalui manifestonya. Sekiranya manifesto itu tidak menjadi kitab suci dan banyaknya "bulan dan bintang" maka rakyat pasti akan menolaknya kerana sekali kena kencing mana mungkin akan di kencing kali kedua. Ini adalah kerana rakyat sudah merasai pemerintahan UMNO/BN, PH dan PN. Rakyat boleh menilai semasa pemerintahan partai mana rakyatnya lebih sejahtera dan negara Malaysia lebih makmur. Kita tidak boleh balik kebelakang dengan cerita-cerita karut marut, rakyat tak mahu dengar. Apa yang rakyat hendak mesti di bentangkan dan mestilah di laksanakan dalam masa pemerintahan partai-partai tersebut. Rakyat Malaysia sekarang sudah bijak pandai sekali petik semua keluar baik cerita baik mahupun cerita buruk. Tiada selindung lagi. Setiap permasalahan mesti ada ramuannya, apa yang rakyat hendak ialah ramuanya bukannya "angan-angan Mat Jenin". Jangan cakap negara nak bankrap dan/atau negara tiada duit kena bayar hutang kerajaan lalu. Kita sebagai kerajaan seterusnya mesti mencari formula bagaimana nak mensejahterakan rakyat dan memakmurkan negara selain melupuskan hutang-hutang sedia ada.

Sekarang kempen agak intensif kerana SPR telah menetapkan penamaan calon pada 5/11/2022, undi awal pada 15/11/2022 dan hari pengundian pada 19/11/2022. Insya Allah pada 20/11/2022 kita akan dapat partai yang boleh membentuk kerajaan stabil dan memakmurkan rakyat dan negara. Segala-galanya terpulang kepada rakyat untuk memilih siapa yang paling layak untuk memerintah negara dan negeri. Ingatan jangan pangkah ikut emosi dan perasaan dendam. Teliti dan nilaikan BN 60 tahun, PH 22 bulan, PN 17 bulan dan GTA (Pejuang) masih mentah. Siapa yang lebih layak yang akan di pangkah oleh rakyat...???????



No comments:

Post a Comment