Saturday, December 29, 2012

AMANAT HADI AWANG...PERHIMPUNAN SHAMSIDAR...PERHIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT...PERHIMPUNAN OREN JUS...JANJI KEPADA PEMANDU TEKSI...SI KITUL "DEEPAK"...ISU PERKATAAN ALLAH...ISU PEMILIKKAN TANAH DI KELANTAN...


Suasana politik di Malaysia semakin panas apabila kita menghampiri ke saat garisan penamat tahun 2012. Gerakan politik Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam di perhebatkan bagi menyerang pihak kerajaan Barisan Nasional dari atas, bawah, kanan dan kiri sehinggakan nak bernafas pun pihak kerajaan tidak mampu. Kita sangat teruja melihat kebiadapan, kegilaan dan kependendaman Pakatan pembangkang terhadap pemimpin2 Barisan Nasional terutamanya YAB PM dan YAB TPM. Semua usaha untuk memajukan negara dan mensejahterakan rakyat akan di ertikan sebagai pemberian kepada kroni dan ketidakadilan pihak Barisan Nasional kepada rakyat.

Anwar Ibrahim berceramah kepada pemandu-pemandu teksi

Kita ambil usaha kerajaan Barisan Nasional dalam meningkat pendapatan, mutu perkhidmatan dan kebajikan pemandu-pemandu teksi. Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam pula mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional pandang enteng terhadap kegelisahan pemenadu-pemandu teksi. Maka Anwar Ibrahim menjanjikan "goodies" kepada pemandu-pemandu "Anwar Ibrahim mengulangi hasrat Pakatan untuk mengembalikan hak pemandu teksi dengan pemberian permit individu sebaik sahaja menawan Putrajaya. “Sebaik kita tawan Putrajaya, kita umum harga minyak turun. Dan dalam beberapa minggu, kita umum segera permit untuk setiap pemandu teksi". Pemandu teksi orang yang paling bijak dan sabar. Berpuluh-puluh penumpang setiap hari. Sebab itu kita hormat mereka kerana menjadi ejen perubahan.

Kita tidak menolak bahawa pemandu teksi adalah salah satu agen perubahan yang terpenting di dalam sektor pelancongan di negara kita. Oleh itu pihak kerajaan Barisan Nasional telah membantu pemandu-pemandu teksi dengan memberi skim tayar, insuran berkelompok, naikkan tambang, lain-lain bantuan bagi meringankan bebanan pemandu-pemandu teksi dalam menghadapi hidup yang penuh mencabar di bandar. Kalau nak kira kerajaan Barisan Nasional pandang enteng terhadap pemandu-pemandu teksi itu adalah satu "autaman, pembohongan, fitnah dan dusta" Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam sahaja. Natijahnya kerajaan Barisan Nasional tidak akan meminggirkan mana-mana sektor. Ini telah di terjemahkan dalam Bajet 2013 di mana semua sektor dari surirumah sampai kepada pengusaha dan ahli korporat di berikan berbagai insentif untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi dan mensejahterakan rakyat Malaysia.

Amanat Hadi Awang hangat di perkatakan sehinggakan seorang pengikut Doktrin PAS tegar telah keluarkan buku berjudul "Kafirkah Aku". 


Zainon Ismail @ C.N. Al-Afghani


Beliau telah mengatakan bahawa betapa menyesalnya tindakan beliau akibat terpesong dengan ketaksuban dan kejumudan terhadap Amanat Hadi Awang, di mana beliau sanggup menkafirkan saudara kandung dan ayahnya sendiri. Inilah contoh bagaimana Doktrin PAS telah meracuni pemikiran dan pandangan serta kefahaman "Islam" rakyat Malaysia terhadap Islam dengan melemparkan "fatwa dan dalil songsang" sebagai bahan pegangan "politik agama" untuk membunuh lawan atau seteru politiknya.

Dulu memang saya pun berpegang kepada Amanat Haji Hadi iaitu UMNO kafir. Sebelum saya berpegang dengan amanat itu hubungan saya dengan ahli keluarga dan masyarakat tiada masalah. Masa kenduri-kendara pun kita bersama, tiada sempadan perpisahan. Tapi bila amanat itu keluar pada 1981 dan kami berpegang kepada fatwa UMNO itu kafir, di situlah bermula kita memisahkan diri. Walau sebaik mana pun UMNO cuba berbaik, kita akan tolak. Mereka jemput ke majlis pun kita akan tolak kerana tidak mahu makan bercampur dengan orang 'kafir' dan kita memang diajar begitu. Dari situlah mula keluar fatwa sembelihan orang UMNO tidak sah, jenazah orang UMNO haram ke atas ahli Pas untuk sembahyang dan mandikan, perkahwinan dengan orang UMNO tidak sah dan banyak lagi.

Perpecahan ini memang berpunca daripada sikap pemimpin Pas dari dulu hingga sekarang. Orang Pas sendiri tidak mahu berbaik-baik dengan orang UMNO. Malah mereka akan memberi pelbagai alasan yang tidak logik dalam mewajarkan perkara ini. Contoh terbaik sekarang ini, mereka kata bantuan yang dihulurkan kerajaan itu walau baik macam mana pun untuk rakyat, penuh dengan 'racun'.

Saya tidak boleh mendiamkan diri, saya kena berjuang untuk menyelesaikan masalah ini dan tiada cara lain melainkan secara terbuka saya menyeru Abdul Hadi yang mengeluarkan amanat itu supaya ambil satu sikap lebih bertanggungjawab, kerana selagi mana beliau tidak tarik amanat itu. Selagi itulah ahli-ahli Pas yang memegang prinsip seperti saya ini akan terdedah dengan masalah yang menekan perasaan kami sampai bila-bila. Abdul Hadi perlu sedar, kesan perpecahan akibat amanat beliau itu cukup besar seperti terjadinya peristiwa memali, solat dua imam, bercerai-berai dan macam-macam lagi. Ini perkara serius, apa lagi benda yang serius dalam agama selain akidah? Dalam isu kafir mengkafir ini semua ulama sudah mengatakan selagi mana orang tu mengucap dua kalimah syahadah, tidak boleh mengkafirkan orang tetapi kenapa pemimpin Pas sehingga ke hari ini, bersetuju mengkafirkan UMNO.

Dalam mempertahankan "politik agama" Nik Aziz Nik Mat, MB Kelantan telah mengeluarkan kenyataan mempertahankan "Amanat Hadi Awang" itu. Mursyidul Am itu akan muncul dengan hujah yang meletakkan kepentingan politik Doktrin PAS mengatasi segala-galanya. Biarlah apa pun ulama kata, biarlah apa juga pandangan mufti dan tidak kisahlah apa pun kesan ke atas umat Islam kerana amanat itu, bagi Nik Abdul Nik Aziz semua itu tidak penting. Pada Nik Aziz Nik Mat itu adalah isu lapuk dan ramai pengikut-pengikut yang kafirkan UMNO sudah keluar Doktrin PAS maka Hadi Awang tidak perlu takut kerana tidak pernah murtadkan dan kafirkan UMNO. Nampak kedangkalan dan ketidak prihatinan Nik Aziz Nik Mat terhadap akibat "Amant Hadi Awang" itu kepada umat Melayu dan Islam keseluruhannya. Pemimpin-pemimpin Doktrin PAS sudah melihat betapa buruknya kesan daripada amanat tersebut justeru kalau pun hendak bercakap desaklah Hadi menarik balik amanatnya atau meminta penyokong Pas supaya tidak lagi berpegang kepada amanat itu. Tetapi masalah Pas tidak akan berbuat demikian apatah lagi pada saat-saat pilihan raya umum semakin hampir.

Hadi Awang dalam kenyataan balasnya terhadap desakan tarik balik dan memohon maaf "Amanat Hadi Awang" itu meminta beliau di benarkan untuk menjelaskan kedudukan sebenar di kaca televisyen RTM dan TV3 selama satu (1) jam. Kita pun tak tahu samada Hadi Awang ikhlas untuk tarik balik dan memohon maaf atau nak menegakkan bahawa apa yang di nyatakan sebagai "Amanat Hadi Awang" itu tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam dan jauh sekali bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad [SAW]. Pelikkan kenyataan Hadi Awang itu. Dia akan berikan penjelasan apabila RTM atau TV3 memberikan "air time" kepada beliau selama satu (1) jam, kalau tidak tiada sebarang penjelasan ataupun tarik balik "Amanat Hadi Awang". Ini boleh di ertikan bahawa Hadi Awang adalah ibrarat seperti  "acungkan senapang ke muka sendiri". Kita masih ingat lagi ketika UMNO mengajak dan ketika Doktrin PAS mengajak UMNO bergabung atau bekerjasama demi agama, bangsa dan negara. Doktrin PAS meletakkan syarat UMNO tarik balik "perjuangan nasionalis" kerana Nabi Muhammad [SAW] tidak pernah memperjuangkan nasionalis begitu juga Doktrin PAS. Nabi Muhammad [SAW] hanya memperjuangkan "ISLAM" begitu juga Doktrin PAS hanya memperjuangkan "Islam" tetapi "Islam" bentuk apa, kita semua sudah maklum. Agama Islam di perjuangkan di bibir dan di mulut tetapi sekali di jolok oleh Doktrin DAP, Islam Doktrin PAS gugur ke bumi kerana tiada "ketahanan dan kejituan" dalam memperjuangkan Islam itu. Akibatnya Agama Islam, Negara Islam dan Hudud [Doktrin PAS] di gadaikan dan di julakan hanya nak diselariskan "perjuangan Islam" dengan Negara Berkebajikan Doktrin DAP dan Doktrin PKR dalam Hikayat 100 Hari Buku Jingay.

Namun apa yang melucukan ialah apabila Nik Abdul Aziz berkata, agama bukan hak Hadi. Soalnya parti manakah selama ini begitu beria-ia melaungkan kononnya merekalah pejuang Islam????? Parti manakah yang pemimpinnya begitu mudah memperlekehkan segala usaha UMNO dalam soal mengembangkan syiar Islam????? Dan kita juga bertanya parti manakah yang sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum ke atas sesama Islam hanya semata-mata kerana perbezaan ideologi politik?????

Perhimpunan Oren Jus yang di anjurkan oleh ANAK Doktrin PAS yang di ketuai oleh Mazlan Alimin ingin mengembalikan maruah Felda supaya jangan tertipu oleh gula-gula kerajaan Barisan Nasional. Kerajaan Barisan Nasional ingin membawa Felda ke alam kemajuan tetapi ANAK Doktrin PAS ingin membawa Felda ke takuk lama. Kita mesti faham bahawa gugusan Felda mempunyai 52 kerusi Parlimen dan 92 kerusi DUN. Inilah yang menyebabkan ANAK Doktrin PAS berusaha keras siang dan malam untuk menyeru warga Felda supaya bangkit menentang kerajaan dan berubah demi kesejahteraan Felda di masa akan datang. Kalau di lihat dari segi peruntukkan kerajaan Barisan Nasional berikan kepada Felda dan peneroka-peneroka Felda sudah tentu ANAK Doktrin PAS ataupun Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam tidak mampu untuk menandinginya. ANAK Doktrin PAS hanya mampu menyaingi kerajaan Barisan Nasional dengan cara "autaman, pembohongan, fitnah dan dusta". Warga Felda sudah sedar dan yakin bahawa hanya kerajaan Barisan Nasional sahaja yang mampu membela nasib dan kehidupan mereka di bandingkan dengan Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam yang hanya menjanjikan "autaman, pembohongan, fitnah dan dusta" sahaja. Ini telah di terjemahkan dengan penolakkan beberapa siri Jelajah Oren Jus di gugusan Felda sehingga boleh mencetuskan "perbalahan" yang tidak di ingini oleh warga Felda yang inginkan "kestabilan, kemakmuran, keamanan, kesejahteraan, keharmonian, keadilan dan kemajuan". Ini tidak mampu di berikan oleh Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam jika di bandingkan dengan kerajaan Barisan Nasional. Akhir sekali ANAK Doktrin PAS telah mengajak pengikut-pengikut Oren Jus untuk berdemocrazy di lapangan Dataran Felda di Ibu Negara bagi mendesak agar Pengerusi Felda Isa Samad letak jawatan kerana beliau sebelum ini telah di dapati bersalah kerana menggunakan "politik wang" dalam pemilihan pucuk kepimpinan UMNO.

Sebenarnya ANAK Doktrin PAS sudah kehausan isu untuk menyerang Felda. Seruan selama ini Felda bankrap, saham FGVH jatuh di paras IPO tidak mengena dan tidak di ambil peduli oleh majoriti warga Felda kerana warga Felda sudah nak bosan dan meluat dengan taktik dan tohmahan Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam terhadap mereka sebagai peneroka-peneroka Felda.

Doktrin PAS menerusi YB Pokok Sena yang kita gelar Meriam Buluh Doktrin PAS telah melalak ke hulu ke hilir mendesak supaya kerajaan membuat "kertas siasatan" terhadap YAB PM dan isteri berkaitan dengan kenyataan "Si Kitul Deepak". Desakan terbaru ialah supaya "panggilan dan percakapan talipon" YAB PM dan isteri di siasat kerana terdapat bukti-bukti yang mengaitkan YAB PM dan isteri dalam konspirasi "Si Kitul Deepak". Kita hairan kenapa YB Pokok Sena ini seperti "bagaikan dagu melebihi hidung". Adakah YB Pokok Sena ini tidak tahu bahawa Anwar Ibrahim dan Mat Sabu itu mempunyai "percakapan talipon" yang lebih hebat dari YAB PM dan isteri yang perlu di siasat????? Ini ti tambahkan lagi dengan "video Cinadoll" Anwar Ibrahim yang di anggap oleh Hadi Awang sebagai besi kerana "tiada hidung, telinga, mata dan mulut". Bagaimana YB Pokok Sena itu nak suruh PDRM dan SPRM siasat kalau perkara-perkara berkaitan sudah di kategorikan sebagai "besi". Inilah agenda sebenar Doktrin PAS dan Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam kalau lawan semua di bolehkan tapi kalau Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam semua di nafikan kerana mereka lebih "islam" lebih "faham hukum hakam" dan lebih arif "tentang haram dan halal".

Menjelang 2013 kita akan di kejutkan dengan dua (2) perhimpunan iaitu Perhimpunan Kebangkitan Rakyat dan Perhimpunan Shamsidar. Perhimpunan Kebangkitan Rakyat itu memang telah di duga tetapi Perhimpunan Shamsidar memang tidak pernah terfikir langsung. Perhimpunan Kebangkitan Rakyat adalah kesinambungan Ambiga Bershittt yang gagal di manfaatkan tetapi ingin di teruskan dalam konteks yang berlainan apabila Ambiga gagal mengawal "keganasan" di kalangan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam meratah dan merosakkan harta benda awam di Kuala Lumpur tempoh hari. Perhimpunan Shamsidar ini tiada kena mengena dengan politik. Ianya hanya berkaitan dengan "masalah" aktiviti sampingan Anwar Ibrahim. Apabila Mahkamah memutuskan bahawa Shamsidar akan menjadi "saksi" dalam kes perbicaraan "Anwar vs Nalla" dalam saman malu bernilai 100 juta, maka Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam mula goyang dan terketar lutut. Maka di cetuskan "Perhimpunan Shamsidar" bagi mendesak Mahkamah supaya tidak memanggil Shamsidar sebagai saksi. Adakah selama ini Mahkamah tidak adil kepada rakyat Malaysia????? Perjalanan kes belum pun bermula tapi satu gerakan "Perhimpunan Shamsidar" telah di mulakan. Adakah Anwar Ibrahim gentar dengan "pendedahan" bakal yang "muntahkan" oleh Nalla atau Anwar Ibrahim "berani kerana benar takut kerana salah" dalam isu "Perhimpunan Shamsidar" ini?????

ISU penggunaan perkataan Allah [SWT] oleh Si Tokong Lim Dynasty telah membawa kembali polimek antara penganut Islam dan Kristian di Malaysia. Kenapa di hari sambutan Kristmas Si Tokong Lim Dynasty mengeluarkan kenyataan "org Kristian patut di benarkan menggunakan perkataan Allah [SWT]". Adakah ini untuk melindungi "permasalahan" pemilikkan tanah di Kelantan oleh pemimpin-pemimpin Doktrin DAP Perak. Adakah ini untuk menutup "perundingan sulit" antara Doktrin DAP Perak dengan Doktrin PAS Kelantan. Isu penggunaan perkataan Allah [SWT] itu akan di bincangan dalam mesyuarat Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam seperti kata Anwar Ibrahim. Majlis Fatwa Kebangsaan telah melarang dan mengatakan perkataan Allah [SWT] itu adalah hak ekslusif umat Islam di Malaysia, begitu juga dengan pemimpin-pemimin Doktrin PAS kecuali Nik Aziz Nik Mat, Hadi Awang dan Anwar Ibrahim belum menyatakan pendirian mereka. Adakah mereka berani menyanggah kenyataan Si Tokong Lim Dynasty atau mereka akan akur dengan kenyataan tersebut????? Isu tanah di Kelantan antara Doktrin DAP Perak dan Doktrin PAS telah membuakkan dimensi baru dalam arena politik Kelantan kerana sebelum ini banyak tuduhan dan tohmahan di tujukan kepada kepimpinan UMNO dalam menyerahkan "tanah" kepada kaum kafirun. Sekarang Doktrin PAS walaupun tahu bahawa "untuk memiliki tanah di Kelantan" agar sukar terutamanya kalau anda bukan anak jati Kelantan, tetapi di sebabkan perkara-perkara tertentu maka di bolehkan juga "pemilikkan tanah" oleh kaum kafirun di Kelantan. 

Ini menunjukkan bahawa kerajaan Doktrin PAS mengamalkan sikap "anak kera di hutan di susukan sedangkan anak sendiri di rumah di biarkan kelaparan". Isu ini telah membongkar segala-gala ketidak cekapan dan kelemahan pentadbiran kerajaan Doktrin PAS Kelantan dalam urusan yang melibatkan "kepentingan rakyat" di bandingkan dengan "kepentingan politik Doktrin PAS". 

Menjelang tahun 2013 nanti kita akan di sajikan dengan lebih banyak lagi "kerenah-kerenah" politik "autaman, pembohongan, fitnah dan dusta" Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam yang sangat mengidamkan sekumtum bunga tahi ayam di laman Putrajaya. Lebih-lebih lagi 2013 akan di jadikan "medan" PRU 13 sehinggakan YAB TPM kata sabar bila sampai ketikanya YAB PM akan umumkan PRU 13.

1 comment:

  1. Perhimpunan shamsidar - sesuatu yg paling pelik dlm dunia, tak pernah dengar pun perhimpunan nak halang somebody dari jadi saksi mahkamah, mcm org desperate.....

    ReplyDelete