Tuesday, December 25, 2012

MUSIM BANJIR...DOKTRIN PAS SIBUK MENANYAKAN DI MANA BANTUAN PARTI UMNO...


Photo
Doktrin PAS cuba menangguk ikan di musim banjir     

Photo
Apa Doktrin PAS buat di Kelantan

Di mana silapnya Doktrin PAS dalam usaha untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir di Kuantan, Pahang Darul Makmur dan di Kelantan. Adakah dengan menghulurkan bantuan sekali-sekala sudah menunjukkan bahawa Doktrin PAS prihatin terhadap kesukaran yang di tanggung oleh mangsa banjir di musim monsoon ini. Kita kalau nak membuat kebajikan mesti ikhlas dengan hati yang terbuka tanpa memikirkan dari mana bantuan tersebut datang baik dari pihak kerajaan mahupun dari pihak pembangkang. Apa yang rakyat hendak ialah ada pihak yang prihatin terhadap kesukaran mereka di masa musibah.

Kita tidak fikir parti UMNO/Barisan Nasional hanya berdiam diri sahaja mengenai kejadian banjir di Kuantan ini. Cuma parti UMNO/Barisan Nasional tidak mahu memperbesarkan bantuan mangsa-mangsa banjir di Kuantan dan di Kelantan ini kerana berpegang kepada kalau tangan kanan hulurkan bantuan tangan kiri tidak tahu. Dalam Al-Quran juga ada di catitkan kita mesti berlumba-lumba melakukan kebajikan. Baguslah kalau Doktrin PAS sudah mula berlumba-lumba melakukan kebajikan. Cuma jangan melakukan kebajikan dengan mengharapkan org Kuantan undi Doktrin PAS atau undi Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam kerana Doktrin PAS telah memberi bantuan ketika penduduk Kuantan dan di Kelantan dalam kesusahan bukannya kerajaan Barisan Nasional.

Rezeki yang di beri tiada siapa yang akan menolak, permusuhan yang di hulurkan pasti akan di tolak. Oleh  itu tak perlulah Doktrin PAS nuding jari kepada parti UMNO/Barisan Nasional apabila ingin melakukan kebajikan. Teruskan usaha murni tersebut semoga dapat rahmat dan limpah kurnia Allah [SWT] iaitu ganjaran atau pahala, bukannya dengan mengundi Doktrin PAS di musim PRU baru kita dapat pahala.  














No comments:

Post a Comment