Doktrin DAP dengan slogan Ubah Bersihkan Malaysia |
Doktrin DAP dengan laungan parti demokratik actionnya hanya tinggal laungan kosong aje. Ini telah di terjemahkan dalam pemilihan CEC Doktrin DAP. Seorang Melayu Doktrin DAP pun tidak layak memduduki CEC tersebut yang eklusifnya khas untuk kaum Cina sahaja dan kaum India hanya dapat tiga sahaja kerusi (Karpal, Govind dan Kula). Ini menunjukkan betapa "chauvinis" nya pemilihan dan tahap mentaliti pengikut2 Doktrin DAP itu masih tebal dengan sifat-sifat "chauvinis", anti Melayu dan anti Islam. Pemilihan tersebut juga telah menunjukkan kepada org Melayu betapa bersikap "curiga" nya Doktrin DAP terhadap org Melayu. Sekiranya Doktrin DAP memerintah bahana ini akan di bawa dalam pentadbirannya, maka org Melayu pasti akan di pinggirkan. Kita org Melayu di bawah pemerintahan Doktrin DAP adalah seperti melukut di tepi gantang sahaja. Lantikan 2 org Melayu ke dalam CEC (Mamat Ton dan Mamat Zairil) hanya untuk memenuhi kuota org Melayu sahaja. Perlantikan itu pun sebagai "opera Cina" untuk menutup ketidakdemokrasian Doktrin DAP terhadap slogan "Malaysia Malaysian" yang sentiasa di laungkan oleh Doktrin DAP. Cakap senang Doktrin DAP adalah parti demokrasi tulen dan parti untuk semua kaum tapi hakikatnya pemilihan CEC itu menunjukkan Doktrin DAP adalah parti "chauvnis, anti Melayu dan anti Islam".
Doktrin DAP juga telah di beratkan lagi dengan sikap kronisme dan nepotisme di dalam pemilihan CECnya. Anak beranak berada di dalam CEC iaitu Si Tokong Lim Dynasty dan The Godfather Dynasty (Karpal dan Govind). Ini menunjukkan sikap sebenarnya Doktrin DAP iaitu demokrasi dan slogan Malaysia Malaysian itu hanya untuk retorik politik sahaja, realitinya amat berlainan sekali. Sekali kamu bagi kuasa kepada Doktrin DAP sekali itu kamu akan merasa betapa pahitnya gula yang manis itu. Ingat jangan buat kesilapan berulang seperti PRU 12 pada tahun 2008. Mari kita sama-sama Ubah Bersihkan Malaysia dari si biadap, si gila kuasa dan si pendendam.
Anak Doktrin PAS |
PAS mengeluarkan arahan mengerah supaya semua ahlinya turun
berdemonstrasi Himpunan Oren 2.0 Selamatkan Felda di hadapan Ibu Pejabat
Felda di Jalan Semarak 28 Disember depan.
Surat pekelilng yang ditandatangani Setiausaha Agung PAS Datuk
Mustafa Ali itu dikeluarkan selepas mendapat persetujuan mesyuarat
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat awal bulan Disember.
Tujuan utama himpunan adalah untuk menyatakan secara aman
empat tuntutan NGO Gabungan Selamatkan Felda (GSF) kepada kerajaan
mengenai pengurusan Felda yang semakin korup.
Kerajaan Barisan Nasional di bawah YAB PM telah membawa Felda di senaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Peneroka Felda dapat RM15,000-00 insentif dan bulan dapat gaji RM3,000-00. Apa lagi yang tidak kena dengan Felda yang di aur-aurkan oleh Anak Doktrin PAS ini.
Anwar Ibrahim & Hadi Awang |
Pulau-memulau, solat dua imam, enggan memakan daging sembelihan orang UMNO, nikah dua kali, perkuburan yang tidak sama dan banyak lagi yang terjadi membayangkan sikap politik orang Pas yang terlalu 'tajam' terhadap orang UMNO.
Sebagai manusia Muslim, orang UMNO seperti juga orang Pas mempunyai
kelemahan di samping kekuatan. Orang UMNO beriman kepada Allah,
melakukan solat seperti orang Pas juga. Apakah layak mereka dituduh
kafir semata-mata berbeza faham politik?
Mengkafirkan pihak lain semata-mata berbeza faham politik adalah
sesuatu yang tidak syarie. Al-Quran secara jelas memberikan batas iman
dan kufur serta menuntut kebijaksanaan dalam dakwah dan tarbiyah untuk
disampaikan peringatan kepada mad'u atau sasaran.
Malah hadis Rasulullah SAW mengingatkan kita supaya jangan
mengkafirkan orang lain, bimbang kekafiran itu akan kembali kepada diri
kita sendiri.
Ternyata Haji Hadi mengkafirkan UMNO kerana lonjakan nafsul amarah
yang tinggi, dendam kesumat yang mendalam dan mencetuskan rasa kebencian
yang berlarutan terhadap musuh politiknya yang beragama Islam.
Menghukum sesama Islam yang tidak sehaluan pendirian politik menjadi
semakin serius apabila seorang yang dianggap radikal dalam Pas
mengeluarkan fatwa pada tahun 1981 dan kemudiannya diulang serta dicetak
secara meluas untuk dijadikan "doktrin politik" dan "kehendak agama" bagi
menghadapi pilihan raya umum pada tahun 1982 ekoran kemasukan Anwar
Ibrahim dalam UMNO dan kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dianggap
sebagai ultra Malay."
Kemuncaknya dapat disaksikan berlakunya perpecahan masyarakat yang
lebih kritikal di beberapa buah kampung di Terengganu dan Kelantan
sehingga insiden pulau memulau jiran tetangga dan sekampung, haram
memakan sembelihan, sembahyang dua iman, haram menziarahi kematian orang
berlainan sokongan politik, perceraian akibat berbeza parti, dan tidak
kurang juga pergaduhan sehingga terputusnya silaturrahim walaupun
sedarah, seagama, seketurunan ataupun dilahirkan oleh ayah dan ibu yang
sama.
Konflik politik itu masih belum berakhir hingga sekarang meski pun
tahap keseriusannya tidaklah sehebat situasi pada tahun 1980-an dan
1990-an. Isu ini kembali menyengat apabila Presiden Pas, Abdul Hadi
Awang beberapa hari lalu memohon maaf semasa berucap di Sidang Dewan
Undangan Negeri atas kesilapan politik dan tindakannya selama ini
walaupun beliau tidak pernah mengakui bahawa fatwa yang dibuatnya sejak
lebih tiga dekad menjadi faktor terbesar berlakunya perpecahan dalam
masyarakat Melayu-Islam di Malaysia.
Apa pun, kerana parti berkenaan dilihat semakin terdesak, angin
perubahan golongan muda untuk tidak mempercayai kepimpinan mereka yang
dilihat semakin tidak relevan, maka adalah lebih manis membuat
permohonan maaf meskipun ia lebih bersifat politik berbanding permohonan
maaf berdasarkan kesedaran sebenar untuk mengulangi kesilapan.
Barangkali adalah lebih baik jika kita membaca semula sebuah buku
kecil yang pernah diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) berhubung dengan tuduhan kafir mengkafir sesama Islam. Adalah
lebih baik kita cuba memahami apa yang dijelaskan dalam buku kecil yang
bertajuk Penjelasan Mengenai Isu Mengkafirkan Orang Islam, Jihad dan
Mati Syahid yang diterbitkan pada tahun 2002, kerana ia ditulis
berdasarkan pendapat dan tafsiran ulama muktabar dan bukannya ulama
politik.
Tuduhan bahawa pemimpin dan penyokong UMNO adalah kafir berdasarkan
daripada penjelasan Allah SWT dalam surah al-Maidah, ayat 44 yang
bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Taurat, yang mengandungi
petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan kitab itu nabi-nabi yang
menyerah diri (kepada Allah), menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi
dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan
hukum Allah); sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan
hukum-hukum dari kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah
menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu hendaklah kamu takut kepada-Ku (dengan menjaga diri daripada
melakukan maksiat dan patuh akan perintah-Ku); dan janganlah kamu
menjual (membelakangkan) ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit (kerana
mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia), dan sesiapa
yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana
mengingkarinya) maka mereka itulah orang-orang yang kafir.
Dalam ayat 47 surah yang sama, Allah SWT menjelaskan: Dan hendaklah
Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah
di dalamnya, dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.
Ayat-ayat itulah yang menjadi sandaran atau hujah untuk melabelkan
seseorang itu sebagai kafir walaupun tafsiran ulama yang muktabar
membuktikan berlaku salah tafsiran (orang Pas) dan tidak menepati maksud
sebenar.
Maksud sebenar ayat-ayat tersebut (Surah al-Maidah ayat 44 dan 45)
ialah:
(1) Dalam kitab Tafsir Ruhul Ma�ni Juzuk 6 halaman 130, ialah
Golongan Khawarij telah membuat hujah dengan ayat ini bahawa orang fasik
(yang melakukan dosa) adalah kafir yakni tidak mukmin." Pendapat
golongan Khawarij ini dijawab oleh ulama Islam dengan beberapa jawapan
antaranya:
(a) Ayat tersebut tidak dimaksudkan dengan makna zahir kerana
menghukum itu meskipun pengertiannya meliputi amalan hati dan perbuatan
anggota lahir, tetapi yang dimaksudkan ialah amalan hati itu sendiri,
iaitu mempercayai atau tidak mempercayai hukum Allah.
Maka tidak syak lagi bahawa seseorang itu menjadi kafir jika ia tidak
mempercayai akan apa yang diturunkan oleh Allah; tetapi ia tidak kafir
sekiranya ia tidak mengamalkan atau melaksanakan hukum Allah.
(b) Dalam tafsir Ruhul Ma�ni juga dijelaskan lagi bahawa Ibnu Abbas
telah menyatakan bahawa sesungguhnya Allah menurunkan ayat-ayat di atas
(ayat 44, 45, 47 Surah al-Maidah) hanya mengenai orang Yahudi,
semata-mata (tidak dimaksudkan kepada orang mukmin (Islam).
(c) Seterusnya Tafsir Ruhul Ma�ni menerangkan bahawa Abi Salleh telah
berkata: Tiga ayat dalam Surah al-Maidah tersebut tidak kena-mengena
dengan orang Islam, ayat tersebut adalah mengenai orang kafir.
Jika benarlah tiap sesuatu yang dilakukan yang bertentangan dengan
hukum Islam akan menjadikan seorang Islam itu kafir, maka mungkin 99.9%
daripada orang Islam sudah menjadi kafir selama ini (peratusan ini
sebagai gambaran yang manusia tidak maksum). Mereka tetap sebagai orang
Islam walaupun mereka berkali-kali membuat dosa.
Seseorang yang murtad ialah mereka yang menolak agama Islam selepas
ia memeluk Islam, dan juga orang Islam yang mengkafirkan orang Islam
yang lain tanpa usul periksa sedangkan orang Islam itu masih berpegang
kepada ajaran Islam dan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.
Oleh itu, mana-mana pemerintahan Islam di dunia ini adalah
bertanggungjawab memastikan perkara ini supaya tidak menjejaskan
kekuatan umat Islam. Jawapan sudahlah jelas bahawa orang UMNO tidaklah
kafir kerana orang UMNO, mereka tetap beriman dengan al-Quran serta
sentiasa berusaha mempertingkatkan kedudukan Islam di negara ini.
Mengenai isu dan hukum Takfir (mengkafirkan orang Islam) ini, Ahli
Jawatankuasa Tetap Agama Bagi Majlis Raja-Raja yang bersidang pada 27 -
28 Mei, 1963 telah mengeluarkan pendapat seperti berikut:
Adalah kufur mengkufurkan seseorang Islam itu satu daripada
perkara yang dipandang tersangat berat di dalam agama Islam. Kiranya
orang yang dihadapkan kepadanya perkataan itu tidak tepat sifat-sifat
yang menjadikan dia murtad, maka kembalilah hukum murtad itu kepada
orang yang berkata itu pula".
Mengikut kitab karangan Syarwani dalam juzuk 9 muka surat 88 ada
mengingatkan orang-orang Islam supaya jangan terburu-buru mengatakan
kufur kepada seseorang Islam, apatah lagi bagi orang awam sangat tidak
digemari mengeluarkan perkataan kufur kepada saudara-saudaranya yang
lain."
Ahli-Ahli Jawatankuasa Tetap Agama Bagi Majlis Raja-Raja
menasihatkan setiap orang Islam bahawa kalimah kufur mengkufurkan sesama
Islam itu hendaklah dipelihara daripada lidah masing-masing sama ada
dalam kempen-kempen atau perbualan hari-hari atau lainnya."
Ayat 44 Surah al-Maidah adalah ditujukan kepada orang kafir Yahudi kerana mereka mengubah hukum Allah dan menggantikannya dengan hukum ciptaan mereka sendiri. Ini jelas dari ayat tersebut yang mengisahkan turunnya kitab Taurat yang dikaitkan dengan orang Yahudi.
Tidak menjadi kafir seseorang Islam yang tidak melaksanakan hukum
Islam dalam sesebuah negara selagi ia tidak mengingkari kebenaran hukum
tersebut yang datang dari Allah; apatah lagi jika ia (atau mereka) tidak
mempunyai kuasa penuh untuk berbuat demikian.
Pas mengkafirkan UMNO semata-mata atas dasar perbezaan politik
kerana kedua-duanya merebut pengundi Islam, khasnya orang Melayu.
Dalam hal ini, siapakah yang sebenarnya yang menolak serta
memutarbelitkan al-Quran dan al-Sunah? Siapakah yang sebenarnya kafir?
Ingatlah firman Allah yang bermaksud: Jangan engkau menurut hawa
nafsu kerana yang demikian itu akan menyesatkan kamu dari jalan Allah."
(Surah Sad, Ayat 26).
Maka wajarlah Presiden Pas itu mengambil pendirian memohon maaf
secara terbuka kepada semua umat Islam di Malaysia dan dengan hati penuh
ikhlas menarik balik fatwa yang telah banyak meninggalkan kesan negatif
sehingga mengakibatkan pecah belah masyarakat dan suasana persaudaraan
yang dibingkaikan oleh tafsiran politik matlamat menghalalkan cara.
No comments:
Post a Comment