Monday, December 17, 2012

Perbedaan antara Muktamar Doktrin PAS, Kongres Doktrin DAP dan Perhimpunan Agung UMNO...


Muktamar Doktrin PAS 2012



Usaha Pas untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) terus menjadi tanda tanya apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang langsung tidak menyentuh perkara tersebut dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di sini hari ini.
Sebaliknya, Abdul Hadi dalam ucapannya lebih memberikan tumpuan kepada persiapan jentera parti menghadapi pilihan raya umum bagi memastikan Pas memenangi sebanyak mungkin kerusi yang ditandinginya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121117/po_01/Hadi-tidak-sentuh-hudud#ixzz2CQeO3udA
© Utusan Melayu (M) Bhd
Usaha Pas untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) terus menjadi tanda tanya apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang langsung tidak menyentuh perkara tersebut dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di sini hari ini.
Sebaliknya, Abdul Hadi dalam ucapannya lebih memberikan tumpuan kepada persiapan jentera parti menghadapi pilihan raya umum bagi memastikan Pas memenangi sebanyak mungkin kerusi yang ditandinginya.
"Saya mengarahkan semua pihak dalam parti supaya berada di tahap bersiap siaga paling tinggi untuk menghadapi pilihan raya umum kerana kita akan berdepan dengan mainan nakal serta provokasi media dan Barisan Nasional (BN) yang terus-menerus melaga-lagakan pemimpin Pas ke tahap yang tidak dapat kita bayangkan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121117/po_01/Hadi-tidak-sentuh-hudud#ixzz2CQdaYaZ3
© Utusan Melayu (M) Bhd
Presiden PAS dalam ucapan dasarnya tidak menyentuh langsung pasal Hudud [Doktrin PAS] yang kononnya akan di jadikan agenda utama apabila Doktrin PAS bersama-sama dengan Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam berjaya menawan sekumtum bunga tahi ayam di laman Putrajaya. Sebaliknya Presiden Doktrin PAS itu lebih menumpukan kepada permasalahan jentera dan kesiapsiagaan jentera piliharaya Doktrin PAS bagi menghadapi PRU 13 nanti di mana Doktrin PAS mensasarkan untuk memenangi sebarapa banyak kerusi yang boleh bagi menumbangkan kerajaan parti UMNO/Barisan Nasional.

Presiden Doktrin PAS ini masih gagal untuk melihat ketidakbolehan Doktrin PAS dalam menguruskan dan mentadbir sesebuah negeri di mana Terengganu telah di tawna dan di letakkan di atas bahu Presiden Doktrin PAS tetapi gagal kemudian Kedah di tawan tetapi banyak permasalahan dari segi pentadbiran, pengurusan dan kawal selia hal-ehwal kewangan Negeri Kedah kemudian kita lihat pula Kelantan yang sudah ditadbir oleh Doktrin PAS selama 22 tahun tetapi ketidak seragaman dalam dasar pentadbiran dan kwal selian kewangan telah menyebabkan Negeri Kelantan gagal melaksanakan apa-apa kebajikan untuk rakyat Kelantan, sebaliknya kerajaan Doktrin PAS Kelantan yang meminta bantuan rakyat untuk membina sebuah Lebuhraya di Kelantan. Berapa lama lagi kita mesti menghadapi perkara sebegini.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sudah cukuplah "kuasa politik lebih 50 tahun ini telah disyaitani manusia yang menganggap dirinya maha suci daripada segala kesalahan dan kelemahan" dan kini sudah tiba masanya kerajaan seumpama itu digulingkan. Merujuk kepada pentadbiran Umno-BN, Abdul Hadi berkata, di bawah kepimpinan parti itu, penyelewengan semakin merebak, maksiat, bahkan jenayah besar dan kecil dibiarkan tanpa undang-undang yang mendidik rakyat.

Kenyataan Presiden Doktrin PAS ibarat menyuluh di siang hari di mana matahari terik sedang memancar tetapi di sebab kerabunan dan kegelapan penglihatan beliau maka lampu suluh terpaksa di gunakan untuk mengetahui apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. 

Doktrin PAS telah berkecimpung di dunia politik Malaysia selama 60 tahun lebih, persoalannya kenapa pengundi-pengundi di Malaysia masih memilih parti UMNO/Barisan Nasional untuk memerintah selama 55 tahun sedangkan Doktrin PAS adalah alternatif yang terbaik bagi umat Melayu dan Islam untuk menghapuskan penyelewengan, maksiat, jenayah besar dan kecil dan mendidik rakyat tentang undang-undang. Adakah Doktrin PAS hanya pandai melaungkan persepsi "autaman, pembohongan, fitnah dan dusta" walaupun dasar perjuangnya adalah berteraskan Islam kononnya. Adakah pemimpin2 Doktrin PAS lebih utamakan jawatan dan kuasa dari melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemerintah atau sebagai pembawa obor perubahan atau sebagai agen perubahan kepada agama, bangsa dan negara.  Adakah pemimpin2 Doktrin PAS hanya pandai beretorik politik sahaja sedangkan pelaksaannya tiada langsung sehinggakan rakyat sudah bosan dengan agenda yang dilaksanakan oleh Doktrin PAS dalam meraih sokongan dengan menjual Agama Islam, Negara Islam dan Hudud [Doktrin PAS].

"Ketika ini kita berada dalam lingkungan alam yang tetap berubah, walaupun di bawah kerajaan yang berselindung di sebalik tembok besi paling kebal dalam sejarah manusia, namun tetap akan menemui ajalnya mengikut pusingan alam dunia. "Allah menjadikan kerajaan ini silih berganti untuk menguji kita, kita diajar bahawa tidak ada kerajaan yang kekal dan mutlak melainkan kerajaan ALLAH s.w.t," katanya. 

Persoalan sekarang mesti di tanya oleh pemimpin2 Doktrin PAS sesama sendiri adakah kerajaan Doktrin PAS tidak layak di ubah kerana Allah [SWT] itu mengubah kerajaan silih berganti untuk menguji kita?????
Adakah selama ini kerajaan Doktrin PAS tidak boleh di tumbangkan kerana kononnya mereka adalah kerajaan Islam yang melaksanakan perjuangan Islam????? Adakah kerajaan Doktrin PAS itu kerajaan Islam dan adakah kerajaan Doktrin PAS itu berjaya melaksanakan perjuangan Islam????? Kalau sekiranya mereka gagal dalam dasar perjuangan Islam maka memang selayaknyal kerajaan Doktrin PAS di tumbangkan bagi di gantikan oleh kerajaan Islam yang lain yang dapat menyebarkan, mempertahankan, menegakkan dan memartabatkan perjuangan Islam itu sendiri. Pemimpin2 Doktrin PAS jangan beretorik bahawa kerajaan Doktrin PAS tidak boleh di tumbangkan sebab ianya adalah kerajaan Islam haram tetapi di mana haramnya kalau Agama Islam, Negara Islam dan Hudud [Doktrin PAS] di jual begitu sahaja dan menjanjikan syurga atau pahala sekiranya rakyat mengundi Doktrin PAS dalam PRU nanti?????
 
Kita bersetuju dengan kenyataan bahawa tiada kerajaan yang kekal selain dari Allah [SWT] tetapi kerajaan parti UMNO/Barisan Nasional tidak kejam, tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad [SAW]. Kenapa Allah [SWT] membiarkan sahaja parti UMNO/Barisan Nasional memerintah selama 55 tahun sedangkan pelbagai tohmahan dan hasutan di laksanakan oleh pembangkang dalam setiap PRU di Malaysia tetapi masih gagal untuk mencapai cita-cita mereka untuk memerintah Malaysia walaupun pada PRU 12 mereka berjaya menidakkan 2/3 majoriti dan berjaya menawan 4 negeri. 

Kemenangan Pakatan si baidap, si gila kuasa dan si pendendam di 4 negeri adalah kerana ketidak tentuan dan ketidak seragaman parti UMNO/Barisan Nasional dan juga melibatkan anasir2 sabotaj yang telah melanda parti UMNO/Barisan Nasional. Rakyat sebenarnya tidak mahu memberikan sokongan kepada Pembangkang tetapi itulah sahaja caranya untuk mengajar parti UMNO/Barisan Nasional supaya sedar bahawa pihak kerajaan tidak boleh mengambil mudah keloh kesah rakyat, apabila di putar belitkan sesuatu isu oleh pembangkang ianya akan memudaratkan pihak kerajaan. Itulah yang telah berlaku di masa PRU 12 di mana medium baru iaitu "internet" dan blogger2 di kawal selia kebanyakkannya oleh pihak pembangkang dan pro pembangkang tetapi suasana itu telah berubah pada ketika ini menuju ke garisan penamat PRU 13 di mana pihak kerajaan (parti UMNO/Barisan Nasional) telah mempunyai pasukan "cybertroopers" dan di bantu oleh blogger2 pro kerajaan yang menidakkan dan menangkis segala tohmahan, dusta, pra sangka dan persepsi buruk yang cuba di tanam ke dalam sanubari rakyat Malaysia agar membenci dan menentang kerajaan parti UMNO/Barisan Nasional.

Kalau nak di katakan kerajaan parti UMNO/Barisan Nasional kejam, rasuah, menyeleweng dan lain-lain sudah tentu parti itu tidak bertahan selama 55 tahun memerintah Malaysia. Itu hanya persepsi buruk pihak Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam yang inginkan sangat atau mengidamkan sangat jawatan dan kuasa sekumtum bunga tahi ayam di laman Putrajaya itu. Segala agenda bulan dan bintang di janjikan kepada rakyat dari minyak turun kepada harga kereta turun, dari pendidikan percuma kepada kemudahan awam percuma, dari royalti minyak sebanyak 20% kepada pembangunan untuk rakyat di luar bandar tetapi agenda Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam hanya omong-omong kosong yang di pertaruhkan adalah Bajet Santa Clausa Janji Di Capatikan sedangkan Bajet 2013 adalah Bajet untuk Kesejahteraan rakyat dan Kemakmuran negara Janji Di Tepati.



Photo: 1 Undi Untuk PAS = 1 Undi Untuk Perpecahan Umat Islam,
1 Undi Untuk DAP = 1 Undi Untuk Penindasan Bangsa Tercinta,
1 Undi Untuk PKR = 1 Undi Untuk Kerosakan Akidah & Kehancuran Sosial
  

Yakinlah & Percayalah!!!

1 Undi Untuk UMNO & BN = 1 Undi Untuk Keselamatan Akidah Umat Islam 
1 Undi Untuk UMNO & BN = 1 Undi Untuk Perpaduan & Kekuatan Umat
1 Undi Untuk UMNO & BN = 1 Undi Untuk Pembelaan Bangsa Malaysia 

Dato' Seri Najib Razak~

*pssst, 1 UNDI Untuk PR = 1 Undi Untuk LGBT
YAB PM
1 Undi Untuk PAS = 1 Undi Untuk Perpecahan Umat Islam,
1 Undi Untuk DAP = 1 Undi Untuk Penindasan Bangsa Tercinta,
1 Undi Untuk PKR = 1 Undi Untuk Kerosakan Akidah & Kehancuran Sosial

Yakinlah & Percayalah!!!

1 Undi Untuk UMNO & BN = 1 Undi Untuk Keselamatan Akidah Umat Islam
1 Undi Untuk UMNO & BN = 1 Undi Untuk Perpaduan & Kekuatan Umat
1 Undi Untuk UMNO & BN = 1 Undi Untuk Pembelaan Bangsa Malaysia

bajet1xx
YAB PM dan YAB TPM
Apa lagi yang pembangkang dapat kata tentang  Bajet 2013 yang dibentang Datuk Seri Najib Tun Razak petang Jumaat selain dari bajet atau gulu-gula pilihan raya, bajet panik, populis dan  sewaktu dengannya.
Sebaliknya cuba banding dengan bajet bayangan mengandungi segala macam janji ' bulan dan bintang' yang Datuk Seri Anwar Ibrahim bentang kepada wartawan.

Kalau difikirkan memang pelik orang yang sedang berkuasa menawarkan sesuatu yang "rasional" manakala pihak yang tidak berkuasa menawarkan "bukan-bukan". Lojik akal akan berkata bodoh sangat ke Najib dan rakan-rakannya dalam kabinet tidak hambur segalanya untuk memintas semua janji pembangkang.

Kata orang bukan susah sangat nak berjanji. Soalnya tentulah antara janji yang boleh ditunai dan janji yang pakai hentam saja untuk memancing undi. Bagi yang sedang berkuasa mereka tentu tahu sangat kira apa yang mampu kerajaan tunaikan. Yang di sebelah sana pula peduli apa boleh ke tidak boleh tunai janji orang terpikat dengan apa yang mereka dendangkan. Walaupun tidak sampai ke bulan dan bintang, namun bajet yang Najib bentangkan bukan kecik anak. Lebih 100 touch point diumum melibatkan rakyat pelbagai lapisan selari dengan tema bajet tahun ini  ‘Memakmurkan Negara,Mensejahtera Rakyat, Sebuah Janji Ditepati’.
Ramai pemerhati melihat bajet kali ini boleh kunci habis mulut pembangkang.

Anwar Ibrahim
Pertaruhan Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam sebagai PM

Pakatan Rakyat hari ini sepakat mengumumkan untuk melantik Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya perikatan itu berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Si Tokong Lim Dynasty kata Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang paling bersih di Malaysia.

Walaupun Doktrin PAS berkata bahawa Hadi Awang lebih layak untuk menjadi PM tetapi bagi diri sendiri Hadi Awang mengatakan bahawa dia lebih rela jadi kadam atau kembali menjadi nelayan dari memikul tanggungjawab sebagai PM. Adakah maksud Hadi Awang bahawa Doktrin PAS tidak layak untuk di jadikan pemimpin "Imam" dalam pentadbiran Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam melainkan sebagai "kadam" kepada Anwar Ibrahim dan Si Tokong Lim Dynasty. Persoalan jawatan PM ini telah di bangkitkan dalam Muktamar PAS kemudian di bangkitkan semula dalam Kongres Doktrin DAP.

Akhirnya Mustafa Ali terpaksa berkata kita tunggu hari penamaan calon dan keputusan PRU13 nanti baru kita umumkan siapa PM Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam.

Yang peliknya dalam Kongres Doktrin DAP tidak di nyatakan bahawa "Tahaluf Siyasi" Doktrin DAP dengan Doktrin PAS adalah berdasarkan Negara Islam dan Hudud [Doktrin PAS] melainkan DAP yang mengadakan kongres tahunan hari ini yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menegaskan, asas parti itu mendekati dan bekerjasama dengan Pas dalam Pakatan Rakyat (PR) bukanlah kerana negara Islam atau hudud tetapi atas prinsip menggalakkan demokrasi, pluralisme, kepelbagaian budaya, hak asasi manusia, hak-hak wanita dan pembangunan negara. Terang-terang Doktrin DAP "drop atom bom" kepada Doktrin PAS no "Negara Islam dan Hudud [Doktrin PAS].


Karpal Singh
Over My Dead Body
DAP hari ini menegaskan ia tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud di negara ini.
Pengerusinya Karpal Singh berkata, kedudukan parti itu mengenai isu hudud tidak boleh dikaitkan dengan sebarang kompromi dan ia adalah dasar kepada kewujudan parti itu. Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib semalam bahawa pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju dengan pelaksanaan hudud sekiranya mereka dapat membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13.




Kenyataan Harun adalah nakal dan jauh menyimpang dari kebenaran. Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Dr Tan Seng Giaw berkata, tidak tahu bagaimana boleh timbul isu hukum hudud dipersetujui pakatan pembangkang, sambil menegaskan DAP hanya menerima kedudukan agama Islam sepertimana termaktub dalam perlembagaan negara. Beliau berkata persetujuan yang dicapai antara DAP dan Pas berkenaan pelaksanaan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan nanti, adalah berdasarkan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. 

Semalam Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib berkata pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju bahawa hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan pilihan raya umum ke-13. Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula berkata isu hukum hudud hanya diperbesarkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Menurut ucapan presiden (Abdul Hadi ketika merasmikan muktamar) ia tidak menyatakan begitu (apa-apa yang berkenaan dengan isu hudud). Ia hanya menyebut mengenai negara berkebajikan dan perpaduan, katanya.

http://www.umno-online.my/wp-content/uploads/2012/12/Pakatan-Rakyat.jpg
Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam

Dalam kongres Doktrin DAP baru-baru ini tiada satu pun muka calon Melayu berjaya duduk dalam CEC Doktrin DAP. Lapan calon Melayu yang kecundang itu, Ahmad Ton, Zulkifli, Senator Ariffin S.M. Omar, Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari, Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Pengerusi DAP cawangan Desa Manjung, Solaiman Op Syed Ibrahim, Roseli Abdul Ghani dan Harun Ahmad. Calon-calon Melayu itu telah berjuang dalam Doktrin DAP agak lama dan sudah masak dengan konsep "Middle Malaysia" atau "Malaysia Malaysian". Malangnya para perwakilan masih enggan menerima percalonan org Melayu sebagai satu "entiti" dalam Doktrin DAP.

Kongres DAP itu juga telah menunjukkan belang sebenar Doktrin DAP yang kononnya membawa "mandat baru kepada rakyat Malaysia" tetapi malangnya sikap "kronisme, nepotisme dan chauvinisme" itu terlalu tebal dan kental untuk di terjah oleh kaum-kaum lain selain dari kaum Cina. Di mana letaknya "the Middle Malaysia" yang di taja oleh Doktrin DAP terutamanya Si Tokong Lim Dynasty yang cuba memperlekehkan konsep 1Malaysia yang di bawa oleh YAB PM dan Barisan Nasional.

Usaha Pas untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) terus menjadi tanda tanya apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang langsung tidak menyentuh perkara tersebut dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di sini hari ini.
Sebaliknya, Abdul Hadi dalam ucapannya lebih memberikan tumpuan kepada persiapan jentera parti menghadapi pilihan raya umum bagi memastikan Pas memenangi sebanyak mungkin kerusi yang ditandinginya.
"Saya mengarahkan semua pihak dalam parti supaya berada di tahap bersiap siaga paling tinggi untuk menghadapi pilihan raya umum kerana kita akan berdepan dengan mainan nakal serta provokasi media dan Barisan Nasional (BN) yang terus-menerus melaga-lagakan pemimpin Pas ke tahap yang tidak dapat kita bayangkan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121117/po_01/Hadi-tidak-sentuh-hudud#ixzz2CQdL1Gg0
© Utusan Melayu (M) Bhd
Persoalannya adakah keanggota Melayu dalam Doktrin DAP di anggap sebagai "melukut di tepi gantang"????? Bagi pemimpin DAP, andaian bahawa Melayu dipinggirkan dalam parti itu sudah tentu tidak dapat diterima. Sebagai parti yang mendakwa mewakili pelbagai kaum, DAP akan cuba meyakinkan Melayu untuk menyokong parti itu. Maka, bagi mengubat kekecewaan lapan calon Melayu yang tewas itu serta menutup kelemahan yang ada, dua orang Melayu yang tewas itu dilantik menganggotai CEC. Seperti biasa seorang daripadanya diletakkan sebagai Naib Pengerusi bagi memenuhi kuota Melayu dan seorang lagi di letakkan sebagai Islamic Affair Director [Zairil Khir Johari].

Menjelang PRU13 nanti kita tunggu berapa pulak calon Melayu Doktrin DAP yang akan bertanding dan bertanding di kawasan mana????? Kalau sekiranya bertanding di kawasan Melayu atau kawasan Cina adakah calon Melayu Doktrin DAP itu dapat di terima oleh para pengundi di kawasan tersebut????? Inilah yang kita tunggukan iaitu "keterbukaan Doktrin DAP" dalam menentukan "Ubah Selamatkan Malaysia" itu akan berjaya membawa Doktrin DAP dan Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam ke Putrjaya.

Sekarang kita nantikan "announcement" YAB PM Parlimen Malaysia di bubarkan bagi membolehkan PRU 13 di adakan...sinonim PRU 13...2013...

























































Usaha Pas untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) terus menjadi tanda tanya apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang langsung tidak menyentuh perkara tersebut dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di sini hari ini.
Sebaliknya, Abdul Hadi dalam ucapannya lebih memberikan tumpuan kepada persiapan jentera parti menghadapi pilihan raya umum bagi memastikan Pas memenangi sebanyak mungkin kerusi yang ditandinginya.
"Saya mengarahkan semua pihak dalam parti supaya berada di tahap bersiap siaga paling tinggi untuk menghadapi pilihan raya umum kerana kita akan berdepan dengan mainan nakal serta provokasi media dan Barisan Nasional (BN) yang terus-menerus melaga-lagakan pemimpin Pas ke tahap yang tidak dapat kita bayangkan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121117/po_01/Hadi-tidak-sentuh-hudud#ixzz2CQdL1Gg0
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment