Saturday, August 20, 2011

Jangan lacur akidah Islam...


Melayu nak dimurtad di DUMC

Di negara kita formulanya mudah bahawa bangsa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu.

Oleh yang demikian apabila sebut sahaja nama Melayu di Malaysia ini secara automatik semua orang akan sedia maklum bahawa nama itu sudah tentu beragama Islam.

Sejak zaman kegemilangan empayar Melaka lagi orang Melayu tetap berpegang teguh dengan akidah Islam walaupun pelbagai badai melanda dengan kedatangan ratusan mubaligh Kristian datang bersama penjajah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris yang cuba berdakwah dengan sogokan bermacam aneka kebendaan kepada umat Islam yang bergelar Melayu.

Namun ia tidak sedikit pun ternoda untuk menukarkan agama Islam yang tersangat suci itu dan bersyukurlah kita umat Melayu di negara ini hingga kini 100 peratus Islam kerana bukan sahaja kita dapat menjaga adat resam turun temurun tetapi dari sejak lahir lagi kita dididik dengan agama dan terima kasih kepada Raja-Raja Melayu dan pemimpin masyarakat sejak datangnya Islam ke negara ini masih mampu bertahan mengekalkan akidah yang mengEsakan Allah.


http://www.yabdoo.com/users/983/gallery/resize_520_p44074.jpg
Kubur syuhadah Perang Badar

http://www.yabdoo.com/users/983/gallery/resize_520_p44075.jpg
Kubur Syuhadah Perang Badar

 
Oleh itu, kita tidak reda jika ada sesiapa yang berbangsa Melayu ini cuba tukarkan kepada agama lain sebagai pegangannya dan kita akan mempertahankan akidah umat Melayu dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa berjihad untuk mempertahankannya.

Kita tidak mahu nanti ada pula gereja Melayu di negara ini ataupun paderi Melayu akan muncul dan kita tidak benarkan sesiapa atau pun mubaligh mana sekali pun selain daripada Islam cuba untuk berdakwahkan agama mereka.

kristal 01 Gambar Masjid yang Sangat Cantik di Seluruh Malaysia
Masjid bukannya Gereja




Imam Besar Masjidil Haram bukannya Pope of Christianity

Sudah termaktub di dalam Perlembagaan negara bahawa agama Islam adalah agama rasmi dan semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini mesti patuh apa yang tercatat di dalamnya.

Setiap pemimpin Islam, ulama dan individu yang mengaku dirinya Islam hendaklah bersatu mempertahankan akidah umat Islam di negara kita ini tanpa ada apa-apa tersirat atau tersurat di benak hati mereka untuk mendahulukan kepentingan bagi mendapatkan sokongan keuntungan kepada agenda politik mereka.

Jangan sekali-kali melacurkan maruah agama dan bangsa untuk kepentingan diri supaya parti mereka itu menang kerana menang secara itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri.

Insaflah dan kembalilah ke pangkal jalan.

No comments:

Post a Comment