Friday, August 19, 2011

PRU boleh diadakan bila-bila masa dan ia tidak terikat dengan sebarang keputusan daripada Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang bakal ditubuhkan kerajaan...Najib kata "yang penting ialah kita telah tunjuk kepada rakyat Malaysia bahawa kita tidak ada apa yang hendak dikhuatiri, dilindungi atau ditutup. Kita terbuka dalam isu ini dan kerajaan mengharapkan satu konsensus dapat diwujudkan antara semua parti politik"...Bagaimana pula reaksi Pakatanal Rakyatul Syaitan a.ka. Pakatan Kitul...adakah mereka sudah ever ready...setelah menjalankan ceramah dan forum perdana selama 3 tahun di mana rakyat telah disajikan dgn "persepsi fitnah dan pembohongan" sahaja...Kita harap klimak politik akan sampai ke puncaknya dan ditutup agar pihak kerajaan, pemimpin dan rakyat jelata dapat menumpukan perhatian terhadap kelansungan hidup dan pembangunan demi mencapai Wawasan 2020 iaitu Malaysia sebagai "Negara Maju"...


KUALA LUMPUR 19 Ogos - Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak terikat dengan sebarang keputusan daripada Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang bakal ditubuhkan kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, tarikh sebenar bila pilihan raya umum hendak diadakan tiada sebarang kaitan dengan jawatankuasa tersebut, walaupun ia ditubuhkan bagi tujuan menambah baik sistem pilihan raya agar tidak timbul syak wasangka.

Ini kerana menurut beliau, kesahihan serta kredibiliti sistem pilihan raya di negara ini sudah terbukti dan tidak perlu dipersoalkan oleh mana-mana pihak tetapi jawatankuasa tersebut ditubuhkan bagi menambah baik sebahagian kecil daripada sistem sedia ada.

"Pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa. Ia tiada kaitan dengan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen dan soal bila tarikh tersebut, ia langsung tidak terikat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini, hari ini.

Mengenai tuntutan Nurul Izzah Anwar yang mahu pembangkang menerajui jawatankuasa itu, Najib berkata, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kena memahami tradisi sistem demokrasi terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan berkenaan.

Katanya, memang menjadi amalan di mana-mana negara demokrasi, parti majoriti yang akan mengetuai sesuatu jawatankuasa di peringkat Parlimen dan pembangkang perlu memahami hakikat tersebut.

Ditanya, apakah kerajaan akan meneruskan penubuhan jawatankuasa itu jika pembangkang bertindak memboikot dengan tidak menghantar wakil mereka, Perdana Menteri berkata, bila tiba masa yang sesuai, ia akan diteruskan.

"Tapi yang penting ialah kita telah tunjuk kepada rakyat Malaysia bahawa kita tidak ada apa yang hendak dikhuatiri, dilindungi atau ditutup. Kita terbuka dalam isu ini dan kerajaan mengharapkan satu konsensus dapat diwujudkan antara semua parti politik," katanya.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai dakwaan pembangkang kononnya berlaku pertindihan dalam senarai daftar pemilih, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat kenyataan rasmi mengenai isu tersebut.

"Kita nampak kecenderungan parti pembangkang membangkitkan nama individu tertentu. Tapi ada juga kes yang mereka bangkitkan apabila disiasat oleh pihak akhbar ternyata tidak benar," ujarnya.

No comments:

Post a Comment