Tok Guru Hj Lah |
PAS hari ini menerima satu tamparan hebat apabila tindakan Menteri Besar Kedah iaitu Azizan Razak yang menarik balik larangan operasi ke atas pusat-pusat hiburan di bulan ramadhan, telah dikecam keras oleh Pengasas Pondok Geting, Tumpat Kelantan.
Haji Abdullah Saamah atau lebih dikenali dengan gelaran Tok Guru Hj Lah telah menyifatkan yang PAS sememangnya amat gilakan kuasa apabila masih sanggup bersekongkol dengan para kafir DAP yang sudah terang-terang menentang matlamat dan perjuangan Islam.
Tok Guru Hj Lah juga mempertikaikan sikap pemimpin-pemimpin PAS yang masih buta dengan sifat sebenar DAP terhadap Islam apabila Karpal Singh dan Kit Siang secara terbuka menentang tindakan PAS Kedah untuk menutup operasi hiburan di negeri tersebut.
“Orang Melayu kena sedar DAP nak tunjuk kekuatan dia dan kelemahan Melayu. Belum lagi kuasai Putrajaya, sudah tunjuk kekuatan DAP dan kelemahan Pas. Orang Pas tak faham lagi? “Pas sudah jelas hilang tujuan dan matlamat dalam perjuangannya. Ia sudah kena tipu dan sudah jadi kuda DAP,”
Ini menunjukkan, PAS bukan lagi menjunjung amanat perjuangan Islam dari pemimpin terdahulu, bahkan PAS kini sanggup dijadikan kuda tunggangan kepada pihak kafir didalam DAP. PAS sudah tidak peduli lagi sama ada umat islam berpecah disebabkan mereka kerana PAS hanya mahu mengekalkan kuasa sahaja.
Tindakan DAP terhadap PAS Kedah itu bolehlah kita sifatkan sebagai acara menunjukkan kuasa dominan parti komunis tersebut dan juga menyerlahkan kelemahan PAS sebagai parti melayu kedua terbesar negara.
Kita wajar faham, semua ini berlaku tatkala DAP masih belum lagi menguasai Putrajaya, cuba fikirkan bagaimana jika mereka berjaya nanti?
Peliknya, PAS seolah-olah sanggup ditipu dan rela diperkudakan oleh kafir DAP serta Anwar Ibrahim.
Kemana perginya tujuan dan matlamat perjuangan PAS sebelum ini yang menjadikan mereka sebagai pembangkang yang paling kuat didalam negara?
Sepatutnya PAS menunjukkan kepada rakyat khususnya kepada umat Islam didalam negara tentang kemampuan PAS menjalankan pentadbiran secara tegas dan berlandaskan Islam. Bukannya membiarkan kafir seperti DAP mencaturkan bagaimana PAS mahu menentukan corak pentadbiran mereka.
Umat Islam kini sedang menilaikan kemampuan PAS untuk mengawal DAP dari melakukan sesuka hati mereka terutama didalam hal-hal yang berkaitan dengan Islam. Tentunya kes yang berlaku terhadap PAS
Kedah ini juga akan diambil kira demi menjamin kedudukan Islam dan bangsa melayu dalam negara.
Sebelum ini, PAS sudah tercemar imej mereka apabila Hadi Awang selaku Presiden PAS terpedaya dengan agenda jahat Anwar serta Ambiga didalam penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0. Presiden PAS itu terang-terang nampak tertipu dengan perancangan kafir Ambiga didalam usaha untuk menggulingkan kerajaan.
“Daripada segi hukum syarak berdosa (mencetuskan kekecohan semata-mata untuk berkuasa). Adalah dusta jika menyatakan Islam membenarkan demonstrasi jalanan (bagi mendapatkan kuasa),” – Tok Guru Hj Lah
Malah, rakyat Malaysia juga melihat Hadi Awang sebagai seorang pemimpin parti yang semakin hilang punca serta pertimbangan apabila membelakangkan ajaran Islam didalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan pemimpin. Takkan Hadi Awang tak tahu yang demonstrasi itu ditegah oleh Islam?
No comments:
Post a Comment