Thursday, June 30, 2011

Ketua Pemuda Pas kata 9 Julai "Hari Gotong Royong Negara" kerana keadaan politik yang penuh dengan kucar kacir ditambah suasana pilihan raya yang tidak adil dan bersih. Beliau menyeru semua golongan masyarakat agar hadir dalam himpunan 9 Julai depan untuk sama-sama bergotong royong membersihkan negara dari segala kekotoran memualkan selama ini. [Sebenarnya PAS memang takut kalah dalam PRU13 nanti. Petunjuk telah ada dalam PRK Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau kemudian di susuli dgn PRN Sarawak, di mana PAS gagal di dalam persaingannya dgn UMNO utk menjadi juara umat Melayu dan Islam. Maka apabila AMBIGA BERSIH ingin menganjurkan BERSIH di bawah bendera NGO walaupun semua tahu bahawa dalangnya adalah "AAAnugerah Tuhan", PAS dengan rela hati mengatakan bahawa PAS sanggup berjuang bersama-sama dgn AMBIGA BERSIH utk memBERSIHkan kekotoran tersebut yg telah di cipta oleh PAS dan Pakatanal Rakyatul Syaitan sendiri. Ketidak BERSIHan pilihanraya Malaysia adalah disebabkan oleh persepsi fitnah dan pembohongan PAS, PKR dan DAP aka Pakatanal Rakyatul Syaitan kerana takut kalah dalam PRU13 nanti yg mana 4 negeri yg diperintah sekarang telah memberi sedikit buffer zone kepada Pakatanal Rakyatul Syaitan utk bergerak tetapi gagal utk merealisasikan janji-janji PRU12 yg menyebabkan rakyat mula naik mual dan jelak dgn perangai ala gangster Pakatanal Rakyatul Syaitan ini. Ini di celarukan lagi dgn kenyataan Presiden PAS yg mengatakan akan menyeru semua ahli-ahli PAS utk menyertai Perhimpunan Haram AMBIGA BERSIH ini. Walaupun Presiden PAS tahu bahawa ahli-ahli DAP dan PKR yg berbangsa Cina dan India tidak akan menyertainya tetapi Presiden PAS dgn muka tebal tetap menyeru ahli-ahlinya menyertainya kerana utk menundukkan kerajaan UMNO/BN yg telah menjadi mush azali mereka sejak 54 tahun merdeka dgn sorakan "Kebajikan, Kebajikan, Kebajikan" tetapi siapa yg dikebajikan. Nampak gayanya umat Melayu dan Islamlah yg akan dikebajikan oleh AMBIGA BERSIH kerana DAP tahu bahawa yg akan melaksanakan kerja jahat dan kotor adalah umat Melayu dan Islam, kaum Cina dan India akan jadikan kotak undi sebagai senjata mereka. Ini menunjukkan bahawa PAS hanya menggunakan Islam sebagai landasan utk menghalalkan yg haram dan mengharamkan yg halal. Bagi PAS Perhimpunan Haram AMBIGA BERSIH ini adalah penentangan terhadap kerajaan UMNO kerana UMNO itu tidak Islam dan kafir serta zalim, menindas rakyat dan merosakkan akidah rakyat tetapi PAS lupa bahawa yg ditentang itu adalah kerajaan Islam dan pemimpin-pemimpin Islam yg telah memberi rung kepada PAS utk berkembang termasuklah pemimpin-pemimpinnya. Natijahnya "Hari Gotong Royong Negara" Ketua Pemuda PAS itu lebih kepada "Hari Barua dan Keldai AMBIGA BERSIH" memperok peranda dan menggangu ketenteraman serta kepentingan awam. Inilah yg dikatakan bagaimana PAS melaksanakan kebajikannya kepada rakyat iaitu memperjudikan ketenteraman dan kepentingan awam berlandaskan fatwa dan dalil songsang PAS yg telah banyak memecah belahkan umat Melayu dan Islam...


SHAH ALAM, 30 Jun: Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi mengisytiharkan Himpunan Bersih pada 9 Julai depan sebagai Hari Gotong Royong Perdana Peringkat Negara.

Sebelum itu, beliau menggambarkan suasana hanyir dan meloyakan dengan segala macam sampah sosial berselerakan di seluruh pelosok negara menerusi sebuah sajak khas untuk Bersih.

Antara bait sajaknya berbunyi: 'Rasuah berselerak di laman politik negara' yang menggambarkan keadaan politik yang penuh dengan kucar kacir ditambah suasana pilihan raya yang tidak adil dan bersih.
Beliau menyeru semua golongan masyarakat agar hadir dalam himpunan 9 Julai depan untuk sama-sama bergotong royong membersihkan negara dari segala kekotoran memualkan selama ini.

Ustaz Nasrudin berbuat demikian mengakhiri pidatonya di Majlis Solat Hajat dan Pidato Perdana yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini malam tadi.

Turut berucap adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; wakil Suaram, K Arumugam, Ketua Muslimat Selangor, Ustaz Wan Hasrina Hassan.

Berucap sama adalah Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pusat, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Peguam Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dan Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hasbullah Mohd Ridwan.

Dalam ucapannya juga, Nasrudin menyatakan memang tunjuk perasaan atau demontrasi mesti dilakukan secara beramai-ramai dan tidak boleh dilakukan seorang diri.

“Pergilah buat demontrasi seorang diri di mana-mana tepi jalan atau pun taman bunga dan menjeritlah kuat-kuat, bukan FRU yang datang tapi ambulans kerana dikatakan orang itu sudah tidak betul,” selorohnya.

Ustaz Nasrudin juga sempat membetulkan kefahaman rakyat tentang erti sebuah hadis.

Menurutnya, selama ini orang ramai menterjemahkan hadis berkenaan dengan erti yang salah menyebabkan tiada apa-apa berlaku meskipun sudah lama membaca hadis tersebut.

Katanya, perkataan 'mengubah' dalam Hadis bila kamu melihat kemungkaran hendaklah diubah dengan tangan, lidah dan hati itu perlu dibetulkan kepada perkataan 'menukar'.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan rakyat agar jangan bimbang kerana Pemuda PAS Malaysia menyediakan semua keperluan seperti 300 peguam dan paramedik terdiri daripada pengamal perubatan yang akan memberikan rawatan awal jika berlaku apa-apa melibatkan kecederaan.

Sementara itu, Zamri juga memberi jaminan 300 peguam akan berkhidmat pada hari itu.

"Mereka bukan sahaja datang untuk memberikan khidmat nasihat perundangan kepada peserta Himpunan Bersih malah mereka juga akan berarak sama pada 9 Julai depan," tegasnya.

No comments:

Post a Comment