Wednesday, June 15, 2011

Siapakah pilihan kita...[Transformasi politik, ekonomi dan sosial atau Jom Ubah Selamatkan Malaysia]

   

Sekarang orang Melayu ada dua pilihan satu (1) UMNO/BN dan (2) Anwarisme/PR. Kalau di lihat senario sekarang PASisme tidak boleh di anggap sebagai contender kepada pucuk kepimpinan Melayu dan Malaysia kerana PASisme telah menjadi second fiddle (pemain simpanan) sahaja kepada Anwarisme. Ini telah terbukti dalam PRN Sarawak baru-baru ini, di mana Anwarisme hanya menang 3 kerusi sedangkan PASisme kosong kerusi. Walaupun begitu yg menghangatkan keadaan ialah apabila DAPisme sekutu Anwarisme dan PASisme menang 12 kerusi. Ini menunjukkan bahawa PR di kuasai oleh DAPisme. Sayang sekali DAPisme hanya parti satu kaum iaitu kaum Cina sahaja sedangkan DAPisme tidak berjaya utk mendapatkan sokongan drp kaum Melayu dan Islam.

DAPisme telah menjalankan program utk merapatkan jurang tersebut dgn melancarkan ROKETkini.com utk menarik org-org Melayu kepada idealogi dan pemikiran DAPisme. Pada kita apa yg telah di lancarkan DAPisme itu hanya bayangan bagaimana DAPisme hendak menjadikan org Melayu sebagai "barua dan keldai" DAPisme dalam merampas tampuk pemerintahan Malaysia daripada tangan org-org Melayu. DAPisme memang bijak dalam aktiviti perang saraf dan strategik memenangi pilihanraya terutama dalam menjuarai kaum Cina yg telah menunjukkan bagaimana MCA dan Gerakan telah gagal utk menyekat kemaraan tersebut. Pada kaum Cina perhatian mereka sekarang beralih kepada penguasaan politik pula sesudah mereka memantopkan penguasaan ekonomi di Malaysia. Kaum Cina tahu bahawa utk menjadikan Malaysia maju mengikut acuan mereka dan menjadikan Malaysia seperti mana Taiwan, Hong Kong, Singapura maka tampuk pemerintahan Malaysia harus di kuasai oleh kaum Cina. DAPisme sentiasa melemparkan hujahan-hujahan yg boleh menimbulkan syak wasangka dan kebencian serta penentangan kaum Cina terhadap pemerintah terutamanya UMNO. Setiap tindakan dan propaganda DAPisme ialah utk menghancurkan tunjang pemerintahan org Melayu iaitu UMNO. Sekiranya UMNO gugur dan hancur, maka DAPisme senang utk menguasai Malaysia kerana Anwarisme dan PASisme hanya mempunyai pemimpin-pemimpin yg tamakkan kuasa dan harta benda sahaja. Sekali DAPisme bersuara semua dalam PR terkedu termasuklah Anwarisme yg hanya boleh pandang dan melihat tapi tak boleh sentuh.

Apabila Anwarisme terkena batang hidung sendiri.

Ini dapat kita lihat apabila DAPisme dgn strategik berbaik-baik dgn PASisme dan merujuk kepada Tok Guru PASisme apabila terdapat perlanggaran terhadap Islam di jalankan. Apabila rujukan tersebut di luluskan oleh Tok Guru PASisme maka lagi kuat propaganda DAPisme dalam mencincang dan mencanaikan Islam mengikut selera DAPisme. Inilah yg di katakan oleh PASisme bahawa DAPisme telah mendapat tarbiyah sedangkan DAPisme mengunakan PASisme utk mendapatkan undi Melayu sahaja iaitu PASisme sebagai "barua dan keldai DAPisme". Mengapa DAPisme tidak memberikan kawasan majoriti Cina kepada PASisme utk bertanding kalau DAPisme sudah mendapat hidayah Islam? Mengapa DAPisme tidak bersetuju dengan konsep Negara Islam dan Hukum Hudud yg ingin dilaksanakan oleh PASisme? Mengapa DAPisme banyak membantah sekiranya ada program utk menghapuskan perkara-perkara mungkar di Selangor dan di Kelantan. Di Selangor kisah "Arak" dan di Kelantan kisah "Big Sweep". 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgkbzPwBfU8nLItuWX96cybuYzPrDC_1L6pgXOdGhT-3Hbq2XSJ-uKwDMlxQFyjzuZ2PZqbnOj1r8A0K_ha7rN2quEGT6Vd5O1TbKxVFHUmZia1TEki0LhPlL7koWMLAw1TcPV9t8HKKSQn/s320/IMG_3965.JPG
Siapa yg dominan dalam PR


Kita beranggapan bahawa PASisme hanya perjuangkan Islam pada bibir sahaja iaitu dgn air liuh dan utk menang pilihanraya. Ini dapat di lihat apabila tiba pilihanraya maka semua fatwa dan dalil PASisme yg songsang pun keluar seperti kilang kereta berduyun-duyun fatwa dan dalil sehinggakan rakyat terutama yg beragama Islam keliru dan pelik. Mengapa PASisme berkelakuan dan bergantungan kepada fatwa dan dalil songsang yg mengharamkan yg halal dan menghalalkan yg haram. Sekarang PASisme lebih teruk lagi selepas Muktamar PAS 2011, Presiden PAS telah mengumumkan bahawa tag line PAS telah bertukar drp "Negara Islam" kepada "Negara Kebajikan". Maka gugurlah "Negara Islam" selama ini yang diperjuangkan oleh PAS iaitu 54 tahun. Ini bermakna "Negara Islam" yg di perjuangkan selama 54 tahun adalah retorik politik dan alat utk meraih undi umat Melayu dan Islam sahaja bukannya PASisme bermatian-matian utk memperjuangan Islam dan seterusnya memartabatkan Malaysia sebagai "Negara Islam" tetapi berjuang utk mendapat undi bagi menumbangkan UMNO dan rampas Putrajaya sahaja. Nampaknya PASisme telah menyimpang jauh dan terus terpesong daripada landasan perjuangannya dgn tag line baru sebagai pengasas "Negara Kebajikan". Adakah kita perlu menunggu selama 54 tahun utk menikmati "kebajikan" PASisme setelah menunggu 54 tahun utk terbentuknya "Negara Islam" di Malaysia. Adakah UMNO tidak memperdulikan "kebajikan" selama 54 tahun memerintah Malaysia?

https://lh6.googleusercontent.com/-INsIVRIV1ZQ/TWyT0g_HcYI/AAAAAAAABLE/24IzRA3qY_M/fitnah2.jpg
Adakah ini yg menyebabkan tag line PAS bertukar kpd "Negara Kebajikan"


Anwarisme memang memainan peranan yg penting dalam PR kerana Anwarismelah PR bersatu tetapi tanpa Anwarisme maka PR akan bercerai berai macam domino. Anwarisme telah menjejaskan kredibiliti PR begitu juga "AAAnugerah Tuhan" yg mempunyai berbeg-beg masalah moral telah menjerumuskan PR ke dalam kancah yg jijik tetapi PR memerlukannya kerana hanya "AAAnugerah Tuhan" sahaja yg ada pengalaman sebagai pemimpin di Malaysia. Pemimpin-pemimpin yg lain dalam PR samada dalam DAPisme, PASisme tidak mempunyai kredibilti utk memimpin negara selain drp "AAAnugerah Tuhan". "AAAnugerah Tuhan" sahaja yg dapat menyatukan fahaman yg berlainan dalam PR demi utk membalas dendam terhadap UMNO/BN. "AAAnugerah Tuhan" adalah "paradox" yg akan menentukan samada PR bergerak lancar dan juga menentukan samada PR yg tersungkur semasa PRU13 nanti.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZcL0iSMNdaJilctgexqfT9uEWF-G_-TPRmwg5G3xhKqH-0YzciHDPLivokBTEWa28RITs9y8TO39kWHxd37hQs1ryO1Q0hEvqCrg1rkCtThPc4WIshf1vNHb2-xDsLzQodOnqMkFMH9I/s400/standard-tv-ar.jpg
Adakah ini sebenarnya moral dan maruah "AAAnugerah Tuhan"


Pada pandangan kita PRU13 adalah satu perlawanan yg amat getir kepada UMNO seperti yg telah di katakan oleh YAB TPM kerana suasananya amat berbeda daripada 12 PRU sebelumnya. Kita faham sebagai parti pemerintah UMNO/BN tidak dapat melangkaui batas-batas Perlembagaan Malaysia dgn hanya tertumpu kepada satu kaum sahaja dan meminggirkan kaum-kaum yg lain. Dalam merencanakan pembangunana, ekonomi dan sosial negara sudah pasti akan berlaku kebocoran, rasuah dan salah guna kuasa dalam mana-mana sektor. Ini memang tidak dapat di nafikan bahawa yg mengendalikan sektor tersebut adalah manusia. Selagi manusia mempunyai keinginan, hawa nafsu dan bernyawa selagi itu manusia akan mengejar kemewahan dan kesenangan serta kuasa. Adakah setiap perlakuan manusia  atau pemimpin-pemimpin di sektor awam dan swasta, kita letakkan di bahu pemerintah sedangkan pemerintah telah memberi "guidelines" dan polisi serta tatacara bagaimana perkara tersebut harus dilaksanakan tetapi yg melaksanakan ingin terus menyimpang drp "guidelines" yg dikhususkan kepada dia sebagai pengendali semasa itu dan masa kini.


Kita berani nyatakan bahawa jangan cakap kalau PR ambil nanti tiada rasuah, salahguna kuasa dan mementing satu kaum sahaja. Ini telah dapat kita lihat dalam kes Teoh Beng Hock  di mana wang peruntukan pembangunan telah di salurkan di dalam Tabung DAPisme, di Perak DAPisme melebihkan kaum Cina dgn memberi berbagai-bagai kemudahan termasuklah Tanah bebasa dan Geran melebihi 999 tahun, di Selangor isu Air, di Kelatan isu Ladang Rakyat dan pembangunan, di Kedah isu peruntukan di belanjakan utk aktiviti politik dan banyak lagi, di Pulau Pinang tanah Melayu dan peniaga Melayu di humbannya., YB tunjuk samseng, pelancaran WIFI dan gunakan hasil judi utk bagi derma kpd golongan tua. Ini baru satu penggal [Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan] di perintah oleh PR. Cuba kita bayangkan sekiranya 20 tahun macam PASisme di Kelantan. Kita bukan nak merendahkan kebolehan PR tapi kita juga kena terima hakikat bahawa PR memang tidak boleh memerintah Malaysia sebagaimana UMNO/BN telah memerintah Malaysia selama 54 tahun.

Penyokong taksub "AAAnugerah Tuhan"
 
Mengapa kita kataka bahawa Malaysia ini adalah lebih selamat dan berjaya di bawah UMNO/BN drp Anwarisme/PR. Ini dapat kita lihat di negeri yg diperintah oleh PR di Malaysia. Mengapa mereka mengamalkan "double standard" dalam pembangunan dan meningkat taraf ekonomi rakyat negeri-negeri tersebut. Setiap perancangan dan peruntukkan kewangan kepada negeri tersebut ingin di boloti utk di taburkan kepada kawasan yg menyokong mereka sahaja tetapi tidak kepada lawan mereka. Adakah ini corak pemerintahan demokrasi dan keadilan. Apakah hasil dan kejayaan yg pemerintah PR yg paling di ingati oleh rakyat? Setahu kita ialah demo di Parlimen, demo air di KL, demo Interlok, demo Lynas di Kunatan, demo nak hapuskan Utusan Malaysia. Sekarang nak anjurkan demo AMBIGA BERSIH di Kuala Lumpur sekitar 7/9/2011. Demo AMBIGA BERSIH itu telah menyelakkan kain yg menutup kemaluan-kemaluan Pakatanal Rakyatul Syaitan betapa jijiknya politik anutan mereka dgn mengajak rakyat bangun menentang kerajaan yg telah banyak berbakti dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Ianya juga telah menyelak topeng di belakang AMBIGA BERSIH iaitu "AAAnugerah Tuhan" yg inginkan AMBIGA BERSIH ini berjaya agak permasalahan peribadi dan moralnya dapat di lupai oleh rakyat dgn mengembelingkan tenaga-tenaga juak-juak PAS dan PKR utk sekali lagi turun ke jalanan dgn slogan "REFORMASI" tetapi kali ini percaturanya tidak menjadi. Selain itu yg paling di ingati rakyat ialah ceramah dan sembahyang hajat laknatkan YAB PM dan YAB TPM dan laknatkan "First Lady" Malaysia dan laknatkan UMNO. Apa pembangunan infrastruktur dan ekonomi serta sosial yg telah di bawa oleh kerajaan PR di Selangor, Pulalu Pinang, Kedah dan Kelantan?

Apakah sumbangan kerajaan PASisme kepada Kelantan dan Kedah, kerajaan DAPisme kepada Pulau Pinang dan kerajaan Anwarisme kepada Selangor? Bolehlah di katakan bahawa negeri-negeri di bawah pemerintahan PR rakyatnya sentiasa gelisah dan tertekan dgn gelagat pemimpin-pemimpinnya yg mengeluarkan arahan yg tidak masuk akal iaitu menentang pegawai awam dan perlantikan pegawai awam, meminda peruntukkan undang-undang negeri, mencampuri urusan hal-ehwal agama Islam, mengarahkan pilihanraya masjid, menggunakan masjid utk menyuarakan pendapat dan pandangan politik sempit PR dan yg paling penting ialah setiap kejadian yg menimpa mereka maka kesalahan tersebut akan jatuh kepada UMNO dan Utusan Malaysia. Inilah yg terjadi apabila siri Omega terkeluar dgn gambar "AAAnugerah Tuhan" terpampang sedang beraksi hagat dgn perempaun bukan muhrim. Maka PR telah melancarkan berbagai kaedah utk melindungi "AAAnugerah Tuhan" dgn pemimpin-pemimpin PASisme mengeluarkan fatwa dan dalil bahawa itu adalah fitnah dan Anwarisme menuduh itu adalah perbuatan UMNO yg gilakan sek dan DAPisme senyap seribu bahasa kerana menggunakan situasi ini utk meningkatkan lagi populariti mereka di kalangan golongan Melayu yg sosialis supaya menyokong mereka dan menjadi calon boneka DAPisme dalam pilihanraya nanti. Inilah kerja DAPisma di mana PASisme dan Anwarisme sedang sibuk membuat ceramah fitnah dan qazaf, DAPisme cuba menguatkan jentera pilihanrayanya dgn mengrekrut "boneka-boneka" utk di jadikan "barua dan keldai" DAPisme semasa PRU13 nanti agar peristiwa pahit di Perak tidak akan berulang lagi.


http://www.malaysiapollster.com.my/uploadedimages/images/BN_PR2.gif
Siapakah pilihan kita


Anwarisme dan PASisme sekarang sedang sibuk menyebarkan dakyah kononnya PR ada Hikayat 100 hari Buku JinGay sedangkan UMNO hanya ada video sex sahaja. Apa yg kita pelik ialah video sex siri Omega itu adalah berkaitan dgn permasalahan moral dan martabat seorg pemimpin yg warak dan tekun Islamnya di gelar "AAAnugerah Tuhan" yg bercita-cita utk menjadi PM dan merampas Putrajaya pada 16/9/2008 yg tidak menjadi sehingga seluruh negara dan rakyat tegang dan gelisah menantikan saat dan ketikanya. Sesungguhnya Allah (SWT) itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana muslihat dan taktik kotor "AAAnugerah Tuhan" tidak menjadi sebaliknya Perak jatuh kepada UMNO/BN. Adakah kita inginkan "fitnah dan pembohongan" dan menolak "kebenaran" atau sebaliknya menolak "fitnah dan pembohongan dan menyokong "kebenaran". Kitalah yg menjadi penentunya bukannya pemimpin, bukannya parti politik ataupun NGO tetapi rakyat di mana demokrasi datang dari rakyat kepada rakyat dan oleh rakyat.

Apa-apa pun siapakah pilihan kita dalam PRU13 nanti. Kebijaksanakan kita akan memastikan Malaysia akan terus stabil, aman, makmur, harmoni dan maju utk mencapai status negara maju menjelang 2020 nanti.

















No comments:

Post a Comment