Saturday, February 3, 2018

Kerusi Panas GOMBAK...

Semua  rakyat Selangor adalah di maklumkan bahawa Pakatan Harapan sekarang bukannya Pakatan Rakyat yang di anggotai oleh PAS, DAP dan PKR tetapi di anggotai oleh DAP, PKR, PPBM dan AMANAH. Siapakah PPBM dan siapa pula AMANAH. PPBM adalah partai serpihan UMNO manakala AMANAH adalah partai serpihan PAS. Semasa MB Selangor bertanding di GOMBAK pada PRU 12 beliau menang dengan majority 6,000 lebih kemudian pada PRU 13 beliau menang dengan majority 4,000 lebih. Kebanyakkannya adalah sokongan para pengundi PAS. Sekarang ADUN Hulu Kelang adalah ADUN Amanah yang tidak berapa sebulu dengan MB Selangor. Manakala akar umbinya pula adalah PAS campur UMNO dan sekarang AMANAH. 

Jiwa MB Selangor sudah kacau apabila mantan MB Selangor yang di pecat akibat "KAJANG MOVE" yang kononnya nak lantik WAN AZIZAH tak jadi sebab SULTAN SELANGOR tak berkenaan, maka hendak tak hendak YB Bukit Antarabangsa terpaksa di lantik jadi MB Selangor. Dalam PKR sendiri pun berkecamuk yang tidak menyokong AZMIN ALI kerana sikap rakus dan kroninya dalam mengaut hasil bumi Selangor untuk kepentingan peribadi. Ini dapat di lihat skandal DISNEYLAND AMPANG DAN PASIR SUNGAI LONG. 

KAWASAN GOMBAK adalah kawasan kubu kuat PAS. Tanpa PAS dalam PAKATAN HARAPAN, MB Selangor tiada peluang untuk menang lebih-lebih lagi kalau AMANAH turut mencampuri pertandingan tersebut. PAS dan AMANAH adalah seperti suami-isteri bercerai talak tiga. Kalau hendak tahu cerita PAS dan AMANAH tengok sandiwara YB Shah Alam dan YB Pokok Sena. YB PAS menang di Gombak Setia dan Hulu Kelang manakala MB Selangor menang di Bukit Antarabangsa kawasan PARLIMEN AMPANG. Sekarang YB Hulu Kelang sudah jadi YB AMANAH. Di Selangor perebutan kawasan antara PAS, AMANAH dan PKR sedang berantakkan kerana masing-masing ingin menguasai kawasan yang berpendudukan Melayu yang menjadi majority. Siapa yang menguasai AJK Masjid dan Surau, maka partai itulah yang akan mendapat sokongan penduduk-penduduk sekitar nanti dalam PRU 14. Dalam kawasan GOMBAK ini UMNO/BN adalah underdog kerana persepsi "korupsi dan tidak bersih serta tidak Islam" itu masih melekat di setiap hati rakyat di GOMBAK.

Kita ingin melihat siapakah PAS, PH dan UMNO/BN akan pertaruhkan untuk bertanding di kawasan PARLIMEN GOMBAK (Gombak Setia, Hulu Kelang dan Batu Caves). Semasa PRU 13 PAS menang di dua kawasan iaitu Gombak Setia dan Hulu Kelang tetapi Hulu Kelang sudah jadi AMANAH. PKR menang di Batu Caves. 

MB Selangor pernah menawarkan TUN Mahathir untuk bertanding kawasan GOMBAK kenapa agaknya adakah mungkin para pengundi kawasan GOMBAK tahu akan "tabiat MB Selangor dan/atau gerak kerja MB Selangor itu". Mantan MB Selangor secara terang-terangsan berkata beliau akan berkempen untuk UMNO/BN untuk merampas SELANGOR semasa PRU 14.

Kita nantikan kesudahannya samada AZMIN ALI akan lari dari GOMBAK dan/atau kekal untuk bertanding di GOMBAK seperti ayam laga yang menpertahankan kawasannya dan/atau melarikan diri ke kawasan yang majoritinya Cina untuk menjamin kemenangannya bagi membolehkan AZMIN ALI yang mengidamkan jawatan MB Selangor itu terus berkuasa.




No comments:

Post a Comment