Friday, April 6, 2018

Hapuskan GST, RUU Fake News law, projek ECRL...PPBM di bubarkan sementara...Pakatan Harapan tidak didaftarkan...terpaksa guna logo PKR...




Pakatan Harapan nak hapuskan GST. Cakap memang senang tetapi bila nak melaksanakannya, ianya pasti akan menghadapi kesukaran. Adakah Pakatan Harapan hanya berjanji sahaja sebelum mendapat undi tetapi apabila telah mendapat apa yang dikehendaki maka GST akan di teruskan kerana negara akan kehilangan "hasil yang lumayan" sekiranya GST di hapuskan. Pakar-pakar ekonomi dan kewangan juga agak gusar dengan "manifesto Pakatan Harapan" untuk PRU14 kerana pada mereka GST telah memberi hasil RM44 billion kepada kantung negara sedangkan SST hanya mampu memberi RM15-20 billion sahaja kerana banyak keculasannya terutamanya dari segi system percukaiannya. Perniaga-peniaga boleh memanupulasikan SST tetapi sistem percukaian GST tidak boleh di manupulasikan oleh para peniaga.

Gabenor BNM dalam satu kenyataan pada 28/3/2018 menyatakan bahawa "Don't blame rising living costs on GST alone" seterusnya menyatakan bahawa "if we are to become wealthy, the types of jobs we generate must be of quality. We cannot generate jobs that attract only foreign workers". Maknanya kita mesti mewujudkan tenaga kerja yang berimpak tinggi yang dapat menjana pendapatan lebih tinggi iaitu 2,700-3,000 sebulan untuk mengimbangi kos sara hidup yang semakin meningkat. Peningkatan kos sara hidup pun tidak boleh di letakkan kepada GST sahaja. Perlu di ingat bahawa GST tidak mengenakan apa-apa cukai kepada lebih 500 jenis barangan asas untuk kegunaan pengguna di Malaysia. Sekiranya 500 barangan asas itu tidak dikenakan GST (zero-rate), maka sekiranya Pakatan Harapannak hapuskan GST, persoalan yang selalu bermain di dalam kepala adakah harga barangan asas ini akan turun kepada "zero-rate" juga. Contohnya ikan kembong sememang tiada GST tetapi kenapa harganya meningkat begitu tinggi sampai 18-20 ringgit sekilo. Adakah harga ikan kembong ini akan turun apabila Pakatan Harapan dapat memerintah Putrajaya. Jawapannya tidak kerana kenaikkan harga ikan kembong itu bergantung kepada faktor-faktor lain seperti faktor bekalan, cuaca, kos-kos penangkapannya dan lain-lain faktor.

Dalam erti kata lain tidak mungkin mampu di laksanakan oleh Pakatan Harapan iaitu menghapuskan GST. Perlu diingatkan bahawa 160 buah negara telah melaksanakan system percukaian ini dengan jayanya dan negara jiran kita Singapura yang selalu di jadikan contoh oleh ketua Pakatan Harapan iaitu Dogtrin Dapigs telah menaikkan GSTnya dari 7% kepada 9% tanpa sebarang bantahan pun daripada penduduk-penduduk Singapura. Persoalannya kenapa Pakatan Harapan nak hapuskan GST????? Jawapan mudahnya ialah nak mengaut undi rakyat bentangkan manifesto populis yang tidak mungkin mampu dilaksanakan. Inilah dikatakan manifesto itu bukan satu perjanjian.



Kenapa Pakatan Harapan takut dengan RUU Fake News????? Adakah selama ini Pakatan Harapan terlalu bergantungan kepada Fake News untuk memburukkan dan memfitnah kerajaan UMNO/BN dengan tujuan menghasut rakyat supaya membenci dan menjatuhkan kerajaan UMNO/BN????? Sekiranya di petik kata-kata YB Pandan yang kena 30 bulan penjara akibat Akta Bafia, maka kita sudah pasti bahawa memang siang malam pagi petang kerja Pakatan Harapan hanya membentangkan perkara-perkara dengan tujuan untuk menghasut rakyat untuk membenci dan menjatuhkan UMNO/BN. Pakatan Harapan tidak boleh berlawan dengan UMNO/BN secara "kebajikan dan pembangunan" kerana Pakatan harapan tiada rekod yang cemerlang dalam "kebajikan dan pembangunan". Di Selangor kebajikan apa yang hendak di ketengahkan melainkan #Pakatan dapat undi Rakyat dapat Baldi, 9 projek rumah mampu milik di batalkan sebab pemaju tidak dapat kelulusan perancangan, projek Tanah Ijok jual 1.18 billion bagi kepada peneroka-peneroka 300 juta selebihnya ke mana pergi duit itu. Dalam Dewan DUN Selangor, MB Selangor main cucuk-cucuk peta 3 Alam tetapi Putar Alam baki duit lebihan itu tidak di perkatakannya. Di Penang masalah banjir samapai talipon TPM 3:30 pagi minta bantuan tetapi selepas bantuan di hulurkan dan selesai masalahnya mula menyalak balik kepada kerajaan UMNO/BN. Ini ibarat pepatah Melayu kata "jangan melepaskan anjing tersepit pasti kita akan disalaknya". Masalah Terowong Tokong belum apa-apa duit kowtim telah keluar sebanyak 22 juta. KM Penang pula terlibat dengan rasuah dan menyalahgunakan kuasa beli bunglow Jalan Pinhorn. Natijahnya tiada "kebajikan dan pembangunan" yang boleh di banggakan melainkan "cakap-cakap kerajaan Pakatan Harapan sudah ini dan itu telah bagi ini dan itu tetapi hakikatnya tiada kalau ada pun kepada kronis-kronis Pakatan Harapan sahaja contohnya di Selangor masalah Ampang Disneyland, masalah pasir di Sg Long dan di Penang bapa YB yang minta wang sogokan untuk mendapatkan rumah kos rendah dan kos sederhana. Siapa kata Selangor dan Penang tiada rasuah dan buat apa kerajaan di kedua-dua negeri itu buat CAT dan SELCAT sekiranya "rasuah berleluasa"?????





Kenapa Pakatan Harapan nak batalkan projek ECLR yang boleh di katakan akan memberikan impak yang besar kepada pembangunan koridor Pantai Timur. Adakah rakyat di Pantai Timur adalah penyokong-penyokong UMNO/BN-PAS maka Tun Mahathir ingin membatalkannya ataupun persepsi Tun Mahathir yang menjadi "barua dogtrin dapigs" yang menyatakan projek bernilai 55 billion itu merupakan satu pembaziran kerana tiada keperluan kemudahan itu disediakan kepada rakyat. Alasannya "jika difikirkan secara logik tiada siapa ingin menghabiskan masa 14 jam di atas kereta api berbandingkan kurang sejam dengan menggunakan penerbangansedia ada ketika ini". Itulah masalah Tun Mahathir semua projek orang tidak betul, projek Tun Mahathir sahaja yang betul sedangkan rakyat tahu bahawa kebanyakkan projek Tun Mahathir telah melonjak kos pembinaan menjadi dua dan tiga kali ganda daripada kos asal dan banyak bail-out. Sedangkan Tok Jib membina MRT dibawah paras kos asal dengan pembinaan siap tepat pada masanya. Alhamdulillah belum ada bail-out lagi. Krisis 1MDB pun tiada bail-out tapi di zaman Tun Mahathir berapa banyak bail-out????? Lain hulu lain parangnya lain dulu kini lain pula hatinya.




Krisis PPBM telah sampai kepuncaknya apabila ROS telah menunggu selama 30 hari untuk PPBM menfailkan dokumen-dokumen berkaitan dengan mesyuarat cawangan dan bahagian. Rupa-rupanya PPBM tiada cawangan dan bahagian terus buat Mesyuarat AGUNG PPBM. Akhirnya ROS batalkan sementara pendaftaran PPBM dan beri tempoh 30 hari lagi untuk selesaikan permasalahan Mesyuarat AGUNG PPBM. Maka menurut ROS PPBM tidak boleh guna logo, nama dan bendera PPBM semasa PRU14 dan Pakatan Harapan pun tidak boleh di daftarkan sebab masalah PPBM.





Salam takziah kepada PPBM aka Parti Pecah Belah Melayu yang kononnya nak gantikan UMNO. Semua parti serpihan UMNO seperti Semangat 46 (terbubar dengan sendiri), PKR (tunggu masa tiada faktor Anwarisme) Insya Allah  tidak berjaya untuk menumbangkan UMNO kerana orang Melayu sedar bahawa parti serpihan yang bersekongkol dengan Dogtrin Dapigs adalah ibarat madu beracun dan api dalam serkam. Semasa PRU13 Anwar Ibrahim telah memimpin Pakatan Rakyat iaitu gabungan Dogtrin Dapigs, PKR dan PAS. Pakatan ketika PRU13 lagi dianggap berbisa kerana gabungan Dogtrin Dapigs (Cina) dan PAS (Melayu) akan melenyapkan UMNO/BN tetapi Allah (SWT) Maha Agung, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui UMNO/BN menang dengan 133 kerusi dan Pakatan Rakyat menang 89 kerusi. Ini bermakna orang Melayu menolak sebarang pakatan dengan parti chauvinis, anti Islam dan anti Melayu Dogtrin Dapigs. Orang Melayu tidak suka semangat Si Buang yang mengkhianati bangsanya hanya kerana hendak kuasa dan kekayaan dalam cerita Sarjan Hassan arahan P.Ramlee seperti di nyatakan dalam babak akhir cerita tersebut "jangan ada manusia seperti ini dalam tanahair kita kerana manusia seperti inilah yang akan merosakkan bangsa kita...harapan kita ialah bangsa Melayu hendak bersatu padu sesama kita". Dalam pengertiannya dan arwah P. Ramlee sudah nampak dulu sebelum Pakatan Rakyat (dibubarkan) dan Pakatan Harapan ada. Ini bermakna Anwar Ibrahim & PAS dulu dan sekarang Tun Mahathir & Mat Sabu & Co adalah "Barua Dogtrin Dapigs". Umum tahu bahawa Dogtrin Dapigs hanya pergunakan Anwar Ibrahim dan PAS untuk mengaut undi orang Melayu supaya Dogtrin Dapigs dapat memerintah Malaysia. Di Penang dan di Selangor parti mana yang lebih berkuasa PKR, PAS atau Dogtrin Dapigs. Sudah tentu Dogtrin Dapigs kerana mereka memegang kerusi terbanyak tapi untuk memenuhi kehendak undang-undang lantik Melayu jadi MB di Selangor tapi segala polisi dan perancangan kerajaan negeri mesti ikut telunjuk Dogtrin Dapigs. Di Penang teruskan tradisi KM adalah Cina tapi perbedaan Cina Dogtrin Dapigs dengan Cina BN. Cina Dogtrin Dapigs tiada pakat-pakat semua kena ikut dia "diktator dan langgar di boikot" satu dua ADUN Dogtrin Dapigs kena sebab langgar Tokong begitu juga ADUN PKR sebaliknya Cina BN lebih muafakat dalam sistem BN segala perancangan mesti melalui muafakat BN untuk semua kaum.


Orang Melayu tiada pilihan dalam PRU14 ini. Sekiranya hendak bersandarkan PAS yang bersendirian dalam PRU14, bila tengok apa yang Kelantan ada selama 5 penggal PAS memerintah risau juga apabila anak negeri semuanya keluar mencari rezeki di luar Kelantan. Islam PAS itu kita tak mahu pertikaikan. Begitu juga UMNO pemimpinnya kebanyakkannya Islam kecuali ada Bumiputra Sabah yang Kristian. Sekiranya di buat perbandingan UMNO dan PAS, orang Melayu lebih mirip kepada UMNO kerana apa yang di perlukan oleh orang Melayu boleh di sediakan oleh UMNO di bandingkan dengan PAS. Secara politiknya kita tidak hairan pun sekiranya rakyat Kelantan hendak kekalkan PAS sebagai pemerintah di Kelantan kerana Tok Jib bukan macam Tun Mahathir yang meminggirkan Kelantan daripada arus pembangunan Malaysia hanya kerana tidak mempunyai fahaman politik yang sama.


REFORMADEY

Oleh kerana Pakatan Harapan tidak boleh didaftarkan sebagai parti gabungan disebabkan permasalahan PPBM, maka Pakatan Harapan telah memutuskan untuk menggunakan logo KEADILAN (PKR) dan Dogtrin Dapigs pun terpaksa menggunakan logo tersebut di Semenanjung Malaysia tetapi logo tersebut tidak terpakai di Sabah dan Sarawak. Dulu logo PKR di anggap sebanyak musuh ketat dan PKR pun mengelar Tun Mahathir sebagai Mahafirau, Mahazalim, Mahaperompak dan Mahapenyamun tetapi semua gelaran tersebut telah beralih kepada Tok Jib pula apabila Tun Mahathir menjadi Mahakitul PKR. Segala dosa Mahakitul telah disucikan oleh PKR dan musuh ketat telah di anggap sebagai "senjata" untuk mendapatkan undi Melayu di Lembah Felda dan di Luar Bandar. Propaganda Tsunami Melayu di canang oleh Pakatan HARAPAN Kencing Rakyat kerana Mahakitul dan Mahyuddin Yassin akan menarik pengundi-pengundi Melayu mengundi Pakatan HARAPAN kencing rakyat. Dulu pun masa Anwar Ibrahim begitu juga tetapi gagal kemudian muncul pula "Banglasia", "Jumbo Jet", "Blackout" dan "dawat", semasa PRU14 ini tak tahu apa akan muncul sekiranya Pakatan HARAPAN kencing rakyat tak dapat apa yang di hajati. Inilah contoh "gila kuasa dan kemaruk Putrajaya serta tamak harta dunia". Dulu Ketum sekarang Mahakitul dan apa nak jadi dengan pemimpin-pemimpin Melayu yang kecewa seperti Rais Yatim dan Rafidah Aziz yang seolah-olah berat sebelah dalam kritikannya.




HARAPAN Kencing Rakyat

Pakatan HARAPAN kencing rakyat mensasarkan negeri Johor sebagai negeri tumpuan kerana di Johor le lahirnya UMNO. Maka untuk kalahkan UMNO mesti bermula di Johor dan hantar semua tentera dan jeneral-jeneral pergi bertempur di Johor. Kawasan tumpuan ialah Ayer Hitam selama 3 penggal di pegang oleh MCA/BN. Dogtrin Dapigs telah mencalonkan Pengarah Dogtrin Dapigs untuk lawan dengan Timbalan MCA itu. Nampaknya Dogtrin Dapigs begitu yakin setelah Mahakitul dan Mahyuddin Yassin ada dalam Pakatan HARAPAN kencing rakyat untuk mendapat undi Melayu. Kita mesti ingat semasa PRU13 PAS berada dalam Pakatan Rakyat tetapi pada PRU14 PAS tiada dalam Pakatan HARAPAN kencing rakyat, maka undi Melayu itu mungkin akan menjadi satu yang amat berharga seperti "emas" kepada Pakatan HARAPAN kencing rakyat. Persoalanya mahu ke rakyat Melayu dan Islam Johor memangkah (X) selain daripada UMNO/BN dan PAS????? Rakyat Melayu dan Islam Johor tahu siapa komponen dalam parti BN dan siapa pula dalam komponen parti Pakatan HARAPAN kencing rakyat (Dogtrin Dapigs, PKR, Amanah dan PPBM). Amanah itu parti serpihan PAS aka "malaun" yang menjadi "anjing salakan dogtrin dapigs" dalam membicarakan hal-ehwal agama (YB Sepang, YB Shah Alam dan YB Parit Buntar). Sebenarnya AMANAH ini tidak Amanah langsung kerana sekiranya beramanah sudah pasti mereka dapat menerima kekalahan semasa pemilihan PAS kepada UG pada ketika itu bukannya kecewa kalah terus tubuhkan parti AMANAH. Inilah yang terjadi negara Arab yang terkenal denga kabilahnya sampai sekarang berpecah-pecah sehinggakan Israel sekecil kancil pun tidak dapat di kalahkan. 



Kita orang Melayu dan Islam tidak mempunyai kuasa ekonomi yang kukuh tetapi kita ada kuasa politik. Adakah kita nak lepaskan kuasa politik itu kepada orang yang belum tentu dapat menjamin "kestabilan, kemakmuran, keamanan, kesejahteraan, keharmonian, kemajuan dan keadilan". Ingat dulu masa Melayu dan Islam tidak tahu berniaga, apabila perayaan tahun cina kita terpaksa stokkan makanan dan barangan kerana takut peniaga cina cuti lama. Sekarang peniaga cina pula takut peniaga Melayu dan Islam curi customernya, maka tahun baru cina hanya tutup untuk makan besar sahaja tapi bila Hari Raya, peniaga cina akan cuti kerana customer Melayu dan Islam tiada. Zaman akan berubah dan pusing roda akan berubah tetapi kita Melayu dan Islam tidak mahu duduk di bawah pentadbiran dogtrin dapigs contohnya di Perak selama 11 bulan terasa kepanasannya. Alahmdulillah, Allah (SWT) itu Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui segal-galanya 3 ADUN menjadi bebas menyokong BN, maka tampuk pemerintahan jatuh ke tangan BN kembali. Maka kepanasan tersebut reda. PRU13 ramai jangkakan Perak akan jatuh kepada Pakatan Rakyat tetapi kawasan Melayu di Sungai Perak tidak ingin menyerah kalah kepada kawasan Kinta Valley yang di kuasai oleh Dogtrin Dapigs. BN menang dengan 33 berbanding 30 Pakatan Rakyat. Kita Melayu dan Islam mesti rapatkan saf dan bersatu padu untuk menghadapi serangan dan asakan Pakatan HARAPAN kencing rakyat yang di ketuai oleh Dogtrin Dapigs untuk "screw Melayu dengan mengudakan Melayu untuk screw Melayu" demi mencapaikan cita-cita Dogtrin Dapigs iaitu konsep "Malaysia Malaysian".

Akhir kalam jangan lah kita mejadi "Barua Dogtrin Dapigs" untuk menjatuhkan kepimpinan Melayu dan Islam demi masa depan anak-anak kita. Sekiranya jatuh maka binasalah segala-gala perancangan dan polisi yang telah di tetap dalam Perlembagaan Malaysia. Sekiranya Melayu dan Islam berdegil juga maka kita mesti berani menghadapi kehancuran yang telah kita Melayu dan Islam inginkan hanya berdasarkan persepsi fitnah dan pembohongan kononnya Tok Jib itu perompak dan penyamun serta pemimpin kleptrokrasi. Bila jatuh susah nak bangun semula kerana iktibar dan pengajaran dari sejarah telah ada untuk di jadikan tauladan betapa jahat si Kitul dalam menghancurkan Kesultanan Melayu Melaka.

Ini contoh jahat si Kitul yang dulu semasa jadi PM 22 tahun tak pun di hapuskan TOL lagi tambah ada tapi sekarang bila dalam Pakatan HARAPAN kencing rakyat nak hapuskan TOL secara berperingkat. Mampui rakyat dikencingnya berterusan dengan menjual janji di tasik madu yang penuh dengan racun.







No comments:

Post a Comment