ZURAIDAH KAMARUDDIN PKR (PENYANDANG)
|
LEONG KIM SOON |
CALON PAS |
Calon-calon yang akan bertanding untuk P099 sudah di ketahui iaitu dari BN (MCA), Pakatan Harapan (PKR) dan PAS. Masing-masing calon yang bertanding untuk P099 mempunyai kelebihan masing-masing. Sekarang terpulang kepada rakyat di Ampang untuk menentukan calon-calon yang mana layak untuk menjadi Ahli Parlimen yang membawa permasalahan penduduk-penduduk di Ampang ke Parlimen.
Profile calon PKR adalah penyandang dan telah dua penggal menjadi Ahli Parlimen Ampang. Beliau adalah calon Pakatan Harapan yang di ketuai oleh DAP tetapi kita mesti melihat kepada apakah jasa beliau kepada rakyat di Ampang sepanjang 10 tahun menjadi Ahli Parlimen Ampang?????
Profile calon BN adalah graduan UKM dan Profile calon PAS adalah graduan UIA. Semasa PRU13 Zuraidah Kamaruddin menang besar dengan undi PAS tetapi sekarang PAS tidak lagi bersama dengan Pakatan Harapan. Ini akan menjadi satu laluan sukar kepada Zuraidah Kamaruddin untuk mengekalkan kerusi Parlimen Ampang kerana rakyat di Ampang tahu perkhidmatan corak mana yang beliau telah laksanakan. Kawasan masjid dan surau di Ampang kebanyakkannya di pegang oleh PAS dan serpihan PAS, Amanah.
Kita jangkakan persaingan pasti hebat kerana BN pun akan pasti terkesan dengan permasalahan PPBM Tun Mahathir yang ingin menjatuhkan Tok Jib dan UMNO. DAP pula akan memainkan peranannya untuk mengembelingkan undi kaum Cina supaya mengundi calon PKR supaya kita boleh "Selamatkan Malaysia dan Membina Negara". Persoalannya mahukah kaum Cina mengulangi pengundian mereka secara mutlak kepada calon Pakatan Harapan (PKR) semata-mata atas doroangan palsu DAP untuk selamatkan "Selamatkan Malaysia dengan Pakatan Harapan". Di akhir kempen nanti pasti akan keluar "kita perlukan pembangkang yang kuat untuk memantau kerajaan UMNO/BN supaya tidak leka".
Dalam erti kata lain pembangkang tahu mereka tidak akan dapat Putrajaya dan memusingkan pemikiran rakyat dengan agenda manifestonya kerana rakyat tahu siapa yang telah berjaya memajukan negara dan berkebajikan kepada rakyat secara keseluruhannya.
Keputusan adalah di tangan rakyat di Ampang. Kita mesti bijak menggunakan kuasa kita untuk menentukan hala tuju Ampang di masa depan iaitu selama 5 tahun akan datang.
Selamat Mengundi 9/5/2018...
No comments:
Post a Comment