Saturday, April 14, 2018

Pakatan Pembangkang Johor sudah kantoi sebelum gelanggang di buka...



Ini agak memalukan dan menjengkelkan kerana gelanggang belum di buka tetapi Pakatan Harapan yang di ketuai oleh Dogtrin Dapigs telah kecundang di peringkat mempersembahkan "MANIFESTO UNTUK NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM".

Pakatan Harapan di ketuai oleh Dogtrin Dapigs telah mencanangkan bahawa tsunami Melayu akan berlaku di Johor Darul Takzim dengan meletakkan calon-calonnya di kawasan yang di populasikan oleh kaum Melayu untuk "test the water" seperti Liew Chin Tong akan bertanding di Ayer Hitam yang mempunyai dua DUN iaitu Yong Peng yang majoriti adalah kaum Cina yang di kuasai oleh Dogtrin Dapigs dengan kelebihan 2,000 undi pada PRU13 manakala Semarang yang majoritinya adalah kaum Melayu yang di kuasai oleh BN dengan majoriti 8,000 undi pada PRU13. Secara keseluruhannya Ayer Hitam penduduk majoritinya adalah Melayu dan calon BN menang untuk Parlimen adalah sebanyak 7,000 undi pada PRU13. Ini di perlihatkan pada PRU sebelum-belum ini, PAS telah meletakkan calon untuk bertanding di kawasan ini. 

PAS pasti akan meletakkan calon di kawasan Ayer Hitam pada PRU14 dan pertandingan tiga penjuru memang tidak dapat di elakkan. Ada desas desus kononnya Dogtrin Dapigs akan meletakkan Lim Kit Siang untuk bertanding di kerusi Johor Baru menentang Shahril Samad. Malangnya perkara itu hanya gembar gembur Pakatan Harapan sahaja. Sebaliknya Pakatan Harapan meletakkan Akmal Nasir Ketua Cabang Johor Baru. 



BN Johor telah mengeluarkan manifestonya dan Insya Allah rakyat Johor akan menyokong BN Johor yang ingin membawa Johor ke hadapan dengan berpaksikan kepada lima teras iaitu Pertumbuhan Ekonomi Nan Sejahtera, Penyediaan Prasarana Komprehensif, Pembangunan Minda, Bakat dan Kemahairan Bangsa Johor, kepimpinan Berpretasi Tinggi dan Pembentukan Sebuah Masyarakat Yang Lestari Islami dan Berbudaya.

Desas-desus Johor akan jatuh kepada Pakatan Harapan akibat dari tsunami Melayu adalah persepsi Pakatan Harapan sahaja terutamanya Dogtrin Dapigs. Setelah tsunami kaum Cina yang telah melenyapkan MCA dan Gerakan, maka Dogtrin Dapigs terpaksa mencipta satu "slogan tsunami" baru bagi menyakinkan kepada kaum Cina supaya turut sama berubah kepada Pakatan Harapan. Di Sarawak semasa PRU Dewan Undangan Negeri Sarawak 2016 Dogtrin Dapigs kalah teruk kepada BN walaupun menggunakan "slogan Jom Ubah Melayu screw Melayu". Sekarang tatktik yang sama hendak di gunakan di Semenanjung Malaysia iaitu "Jom Ubah Melayu Screw Melayu". Ini kali yang kena screw ialah Tun Mahathir aka Mahakitul, TS Mahyuddin dan DS Mukhriz.

Wan Azizah dan lain pemimpin PKR sudah lama discrewkan oleh Dogtrin Dapigs dan perbuatan serta tindak tanduk pemimpin-pemimpin PKR adalah tidak ubah seperti tindak tanduk dan perbuatan Dogtrin Dapigs juga. Kenapa ada persamaan Dogtrin Dapigs dan PKR ialah kerana Dogtrin Dapigs itu berlandaskan kepada Lim & family manakala PKR adalah Anwarisme. Kedua-duanya berdendam dengan UMNO/BN dan Mahakitul. Bila Mahkkitul masuk Pakatan Harapan dengan PPBM yang di haramkan sementara, maka dendam itu di tujukan pula kepada Tok Jib pula. 






Dalam ertikata lain Pakatan Pembangkang dengan apa sahaja nama yang di sebut selepas PRU14, Insya Allah tidak akan berjaya menumbangkan UMNO/BN melainkan pemimpin-pemimpin UMNO/BN itu sudah tiada ketokohan dan lupa akan tujuannya sebagai pemimpin Melayu dan Islam. Selagi pemimpin-pemimpin UMNO/BN berpegang kepada paksi Melayu dan Islam selagi itulah rakyat akan sokong kerana Pakatan pembangkang tiada matlamat lain selain hendak menjatuhkan UMNO/BN. Sudah pelbagai Pakatan Pembangkang di wujudkan oleh pembangkang seperti PRU 12, PRU13 dan sekarang PRU14 daripada Pakatan Rakyat yang di anggotai oleh DAP, PKR dan PAS pada PRU13, sekarang PRU14 di anggotai oleh pula DAP, PKR, AMANAH dan PPBM. Persoalannya kenapa Pakatan pembangkang tidak boleh konsisten seperti UMNO/BN yang di anggotai oleh 14 komponen parti termasuk di Sabah dan Sarawak jika di bandingkan dengan Pakatan pembangkang.

Perkara sampingan pun boleh bercelaru inikan pula perkara pokok yang ada kaitan dengan Melayu, Islam, Bumiputra dan sebagainya. Insya Allah politik di Malaysia tidak sama jika di bandingkan dengan USA, UK, Australia dan lain-lain negara kerana Malaysia mempunyai masyarakat majmuk. Maka setiap parti akan cuba untuk mendapatkan undi kaum-kaum yang di perjuangkan oleh parti tersebut. Melayu ada UMNO/PAS/AMANAH/PKR/PPBM. Cina ada MCA, GERAKAN, DAP, SUPP dan lain-lain, India ada MIC, PPP, HINDRAF dan lain-lain. Fahaman parti pula adalah berlandaskan pemimpin yang mengasaskan parti tersebut. UMNO lebih mirip nasionalis Melayu, PAS mirip kepada Islam, PKR parti majmuk lebih mirip kepada "keadilan social". Sementara AMANAH dan PPBM masih samar-samar fahamannya.

Kekuatan kaum Melayu adalah pada UMNO manakala kekuatan kaum Cina adalah Dogtrin Dapigs. Maka pertembungan antara kedua-dua parti ini semasa PRU14 sebenarnya yang mencorakkan pemerintahan Malaysia selama lima (5) akan datang. Maka dalam untuk mencari kemenangan UMNO dan Dogtrin Dapigs akan menggunakan segala apa yang ada untuk menghancurkan lawannya. Inilah yang di gunakan oleh Dogtrin Dapigs iaitu gunakan Mahakitul yang berdendam dengan Tok Jib sehinggakan sanggup Dogtrin Dapigs tidak menggunakan logo "Roket" yang tidak dapat di lancarkan kerana telah di bunuh oleh PKR semata-mata nak mengabui mata kaum Melayu sekiranya "kita undi PKR maka kita akan dapat pemerintah Melayu".





Selebihnya terpulang kepada kaum Melayu supaya fikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan drastic. Di takuti nanti "rumah siap tapi pahat berbunyi" dan/atau "nasi sudah jadi bubur"...tiada guna di sesali lagi terima sahaja apa yang telah di hajati.

  







No comments:

Post a Comment