Wednesday, March 2, 2011

TPM mengingatkan rakyat di Kerdau dan Merlimau supaya berhati-hati dgn fatwa dan dalil PAS tetapi Mr. Betuluddin PAS ini kata TPM tak layak kata fatwa PAS songsang...Dia kata kalau songsang sepatutnya TPM rujuk kepada Majlis Fatwa dan ulama yg akan memberikan ulasan. Sayang sekali sudah beberapa ulamak memberikan ulasan semuanya tidak di indahkan oleh Tok Guru kerana Tok Guru ingat dia yg paling terbijak di antara yg terbijak. Malah Tok Guru ajak mereka berdebat tetapi apabila Prof Mohd Noor nak berdebat dgnnya Tok Guru berdalih kononnya Prof Mohd Noor tak setaraf dgnnya dan tiada tauliah. Adakah diskusi mengenai agama perlukan seorang ulama itu setaraf dan mendapat tauliah dahulu baru boleh berdebat. Ini menunjukkan bahawa ilmu agama Tok Guru dan pemimpin-pemimpin PAS yg lain adalah tidak sejauh manapun kerana mereka lebih banyak yg bertaraf ulamak politik drp ulama agama. Sekarang Mr. Betuluddin ini pula masuk hendak menegakkan benang yg sudah basah mana nak tegak lagi kerana sudah taksub dgn fatwa dan dalil yg mengelirukan dan songsang Tok Guru setiap hari di dengari dan sudah terpahat di lubuk hatinya bahawa apa yg di utarakan oleh Tok Guru itu adalah benar belaka walaupun ianya membelakangi Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad (SAW)...Inilah contoh pemimpin yg akan melakukan apa sahaja utk mempertahankan fatwa dan dalil PAS walaupun dalam sanubarinya tahu bahawa ianya salah dan terpesong drp landasan kebenaran....Insaflah wahai Betuluddin kerana masa masih ada lagi utk kembali ke jalan kebenaran iaitu berjuang bersama-sama dgn UMNO demi agama, bangsa dan negara...

 

Hadi: Umno letak Islam bawah politik rendahkan martabat agama

JASIN, 3 Mac — Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Umno merendahkan martabat agama Islam apabila lebih mengutamakan kepentingan politik berbanding agama dalam sistem pentadbiran negara.

Tegas Presiden PAS itu, Islam yang merupakan agama rasmi negara sepatutnya diberikan keutamaan bukan sekadar digunakan apabila perlu.

“Islam merupakan agama rasmi tapi ia tidak dijadikan kuasa, kuasa Islam (di Malaysia) hanya sekadar tengok anak bulan, bila ada orang mati bagi duit, ajar orang mengaji di masjid... inilah kerja pejabat agama.

“Islam tidak diberikan kuasa, sepatutnya politik di bawah Islam bukan Islam di bawah politik . . . Islam menyatukan politik supaya pemimpin-pemimpin ada perhitungan antara dosa dan pahala,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Kampung Chinchin sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini malam tadi.

Ini merupakan ceramah pertama Hadi semenjak kempen pilihan raya kecil kawasan Merlimau berlangsung.
Kata Hadi, Islam tidak mengasingkan antara politik dengan agama seperti mana yang dilakukan Umno.

“Kita tak diajar untuk asingkan politik dan Islam, apa yang diajar Umno adalah politik tiada dalam Islam . . . politik tiada dalam Islam.

“Pada hal kita diajar (dalam Islam) kalau nak berjalan kena langkah dengan kaki kanan, nak makan dengan tangan kanan, baca doa, siapa yang ajar semua ini? Agama yang ajar bukan Umno,” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu menegaskan sikap Umno yang tidak mementingkan Islam dalam sistem pentadbiran negara telah melemahkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi.

“Ini yang melemahkan kedudukan Islam, politik Umno boleh rasuah, tipu rakyat, berlakon, buat maksiat bila hujung bulan ada duit buat umrah.

“Ini yang kita nak ajar supaya orang faham politik Islam, inilah beza PAS dengan Umno,” kata Hadi.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Roslan, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan Yuhaizat Abdullah iaitu Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

Menurut Hadi, Umno tidak layak untuk menunjukkan model Islam terutamanya kepada orang bukan Islam kerana parti Melayu terbesar itu telah banyak melakukan penyelewengan termasuk rasuah.

“Umno amalkan rasuah, politik wang... inilah politik suku agama suku, ini PAS tidak boleh.
 
“Jadi Umno tak boleh tunjukkan model Islam kepada orang bukan Islam,” katanya.





Salahuddin Ayub.

JASIN, 2 Mac — PAS menegaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai “tidak layak” untuk membuat keputusan bahawa fatwa dikeluarkan parti Islam itu, yang seringkali menjadi tumpuan ketika pilihan raya, adalah songsang.

Sambil mempertahankan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nika Mat, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, pihak yang layak untuk membuat keputusan adalah Majlis Fatwa Kebangsaan, bukannya Muhyiddin yang hanya Timbalan Perdana Menteri.

Isu fatwa juga mendapat perhatian ketika pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang Januari lalu.

“Kita perlu membuat penyelarasan tetap dalam perkara-perkara penting terutamanya yang melibatkan agama, Nik Aziz adalah seorang yang berautoriti untuk mengeluarkan pandangan dan memberikan respons berkaitan agama Islam.

“Mungkin kenyataan yang dikeluarkan Nik Aziz selama ini tidak selari dengan Umno-Barisan Nasional (BN),” katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini menambah, sekiranya Muhyiddin merasakan pandangan yang dikeluarkan pemimpin tertinggi PAS itu tidak betul, beliau perlu membawa perkara tersebut ke Majlis Fatwa Kebangsaan bukan membuat keputusan sendiri.

“Kalau Muhyiddin rasa tak betul, beliau boleh buat penyelarasan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, sebenarnya ia harus dijawab secara intelektual termasuk ulama dan juga mereka yang pakar (dalam hal agama).

“Jadi percanggahan pendapat yang wujud ini harus dijawab secara lebih baik dan intelektual oleh ulama dan mungkin juga Majlis Fatwa Kebangsaan,” katanya.

Salahuddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin yang menuduh PAS seringkali mengeluarkan fatwa-fatwa songsang untuk mengelirukan akidah orang Islam selain mahu mendapatkan sokongan pengundi Melayu.

Kelmarin Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno mendakwa, orang Islam tidak memerlukan sebarang fatwa baru apatah lagi fatwa songsang dikeluarkan PAS terutamanya Nik Aziz.

Pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bulan lalu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan didakwa mengeluarkan fatwa bahawa undi Umno akan jadi jahiliah.

Malah sebelum ini PAS turut didakwa mengeluarkan pelbagai fatwa termasuk undi PAS boleh masuk syurga; diharamkan makan daging binatang ternakan yang disembelih orang Umno; sesiapa yang menentang PAS beerti menentang Islam kerana Islam itu PAS dan PAS itu Islam; menuduh kerajaan BN kafir kerana tidak menjalankan hukum Allah s.w.t dan membuat tuduhan bahawa kerajaan Malaysia memisahkan agama dari politik dan dengan itu menjadi kafir.

Terlebih dahulu dalam sidang media yang diadakan, Salahuddin meminta agar jentera pilihan raya Umno-BN tidak melakukan keganasan termasuk membuat provokasi ketika parti Islam itu mengadakan program.

Semenjak kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau bermula Sabtu lalu, PAS-Pakatan Rakyat mendakwa diganggu oleh jentera pilihan raya Umno-BN yang menyaksikan beberapa insiden berlaku termasuk pentas DAP terbakar, cermin kereta pecah dan tayar kereka dipancitkan ketika ceramah.

“Kita nak kempen secara sihat, tiada keganasan berlaku... ini jaminan kita.

“Tapi kenapa ceramah yang kita adakan sentiasa ada gangguan? Ini provokasi yang sengaja dirancang, jadi saya minta ia dihentikan,” kata Salahuddin.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Roslan, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan Yuhaizat Abdullah iaitu Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

No comments:

Post a Comment