Friday, March 24, 2023

Pemilihan UMNO yang mencerminkan "demokrasi"

Bila tiba musim pemilihan maka UMNO akan menjadi tumpuan rakyat kerana UMNO adalah parti pemerintah sebelum pasca PRU14 dan PRU15. Siapa yang menjawat jawatan dalam UMNO sudah pasti akan menjawat jawatan tertinggi dalam sistem pemerintahan Malaysia. Itulah kelazimannya. Malangnya perkara itu tidak terjadi selepas PRU14 dan PRU15, apabila PH mendapat mandat untuk memerintah selepas PRU14 walaupun jawatan PM itu bertukar tangan sebanyak 3 kali tetapi yang nyata UMNO masih ketandusan kepimpinan yang dinamika yang di perlukan untuk menerajui bahtera Malaysia di Putrajaya.

Selepas PRU15 UMNO sekali lagi kecundang dengan 30 kerusi sahaja tetapi parti-parti yang menang banyak kerusi dalam PRU15 tidak berjaya membentuk kerajaan tanpa dokongan UMNO. Maka untuk menjamin Malaysia mempunyai kerajaan selepas PRU15, DYMM Agong telah mengesyorkan penubuhan kerajaan perpaduan iaitu gabungan-gabungan parti politik untuk membentuk kerajaan. Akhirnya UMNO bergabungan dengan PH untuk membentuk kerajaan perpaduan tersebut bersama-sama dengan GRS, GPS dan lain-lain parti di Malaysia. PM10 adalah DSAI. Ini semua sejarah.

TEAM UMNO 2023-2026

PRESIDEN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
TIMBALAN PRESIDEN Datuk Seri Mohamad Hasan
NAIB PRESIDEN 1. Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
2. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
3. Datuk Seri Johari Abdul Ghani
AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI 1. Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah 2. Datuk Seri Zambry Abd Kadir 3. Datuk Seri Ahmad Maslan 4. Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz 5. Datuk Seri Bung Moktar Radin 6. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub 7. Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim 8. Datuk Seri Shahaniza Shamsudin 9. Datuk Azian Osman 10. Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad 11. Datuk Shaik Hussein Mydin 12. Datuk Zahida Zarik Khan 13. Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii 14. Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin 15. Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad 16. Datuk Mohd Puad Zarkashi 17. Datuk Seri Jamil Khir Baharom 18. Datuk Johan Abd Aziz 19. Isham Jalil 20. Datuk Seri Abd Rahman Dahlan 21. Datuk Lokman Noor Adam 22. Datuk Seri Ahmad Said 23. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin 24. Datuk Mohd Rafi Allo Hassan 25. Datuk Abdul Razak Abdul Rah
Titik tolak daripada peristiwa dan sejarah PRU15, UMNO telah mengadakan proses pemilihan sayap-sayap parti di peringkat cawangan, bahagian dan pusat bagi sessi 2023-2026. Pelbagai kempen dan pengenalan calon-calon di adakan di seluruh negara secara "physical" mahupun secara maya. Persaingan adalah terbuka dan lebih meluas siapa pun boleh masuk bertanding tetapi kena isi borang percalonan. Cuba bayangkan 8 orang bertanding untuk 3 kerusi Naib Presiden dan 90 lebih orang bertanding untuk 25 kerusi MKT UMNO. Nasib baik kerusi Presiden dan Timbalan Presiden tidak di pertandingkan, kalau tidak sudah tentu berpenjuru di pertandingkan.

Proses pemilihan berjalan lancar walaupun terdapat insiden yang tidak di ingini berlaku, almaklumlah nak pegang jawatan dalam UMNO ini satu tanggungjawab yang besar dan berat kerana rakyat pandang kepada sesiapa yang pegang jawatan tersebut sebagai pembela dan/atau penyambung kepada perjuangan agama, bangsa dan negara. Pemimpin itu akan menjadi tempat mengadu dan/atau memohon pertolongan yang selalu dipraktikkan oleh rakyat ke atas pemimpin UMNO di peringkat cawangan, bahagian mahupun Pusat.

Itulah UMNO yang telah mengalami proses pertukaran kepimpinan daripada yang lama dan kepada yang baru, walaupun ada yang lama di kekalkan tetapi tiada siapa boleh menolak bahawa kepimpinan yang lama amat di perlukan untuk mengimbangkan dan/atau mengawal tindak tanduk pemimpin muda supaya ianya tidak melanggar perlembagaan dan/atau aturcara UMNO yang banyak melahirkan pemimpin-pemimpin berwibawa dalam pemerintahan Malaysia. PM1 sehingga 10 adalah pemimpin acuan UMNO, tiada siapa boleh mendabik dada mengatakan PM10 itu adalah acuan PKR. DSAI adalah TPM UMNO sebelum di nyahkan daripada jawatan TPM dan TP UMNO pada tahun 1998 semasa zaman Tun Mahathir. DSAI tubuhkan PKR yang menjadi duri dalam daging semasa pemerintahan Tun Mahathir selama 22 tahun. Kita tak perlu ulas panjang tentang sejarah tersebut kerana rakyat amat maklum akan kisah disebalik peristiwa tersebut.

Sekarang Presiden dan Timbalan Presiden ingin membawa bantera UMNO melalui jalan mana, yang pasti tiada jalan yang tidak berduri dan beronak yang diperlu di lalui oleh UMNO. Presiden juga telah melantik SU baru, bekas Ketua Pemuda, Ketua Penerangan, Menteri Undang-Undang dan Ketua-Ketua Perhubungan Negeri masing-masing kecuali Sarawak.

Kita tunggu PRN di enam (6) negeri Selangor, N9, Penang, Kelantan, Teganu dan Kedah. Apakah matlamat dan iltizam UMNO dalam memenangi PRN di enam (6) buah negeri tersebut.


No comments:

Post a Comment