Sunday, January 22, 2023

Dua gurkha telah membuat laporan kepada ROS. KIta nantikan apakah tindakan ROS dan UMNO Pusat seterusnya.

RoS digesa siasat usul dua jawatan UMNO tidak dipertanding

KJ dan Tok Mail Bera sokong tindakan kedua-dua gurkha ini. Ini menunjukkan bahawa di dalam UMNO memang ada broker-broker dan/atau penyokong setia PN/PPBM. Mereka-mereka ini memang tidak bersetuju dengan Presiden dan Timbalan Presiden yang mengheret UMNO ke dalam kancah kerajaan perpaduan tajaan DYMM Agong terutamanya yang di pimpin oleh DSAI. Walaupun telah diterangkan panjang lebar oleh Presiden dalam PAU 2022 tetapi masih ada prasangka sangsi dalam sanubari broker-broker PN/PPBM ini. 

KIta mesti ingat satu perkara "kemelut politik" berpanjangan tidak akan menguntungkan negara dan rakyat kerana "pertikaman politik" akan terus berlaku untuk merebut kuasa dan jawatan. Maka DYMM Agong telah menoktahkannya dengan anjuran "Kerajaan Perpaduan". Perlu diingat bahawa UMNO tidak masuk PH dan/atau bercium dengan DAPigs dalam PH tetapi hanya bergabung untuk menubuhkan kerajaan perpaduan anjuran DYMM Agong. DYMM Agong telah membuka peluang itu kepada PN dan PH untuk menubuhkan kerajaan perpaduan tetapi di tolak mentah-mentah oleh PN. Bila UMNO di berikan peluang, maka UMNO mengambil peluang itu untuk membolehkan kerajaan perpaduan di bentuk, adakah itu menjadi satu kesalahan di letakkan di atas bahu Presiden dan Timbalan Presiden?

Bila PN nak tubuhkan "kerajaan pintu belakang" dan mengajak UMNO untuk bergabung, maka tiada pula broker-broker PN/PPBM ini bising dan/atau jolok sana-sini untuk menjatuhkan institusi kepresidenan UMNO. Sebaliknya UMNO dengan berbesar hati memberikan laluan kepada Tok Mail Bera naik sebagai PM-9 walaupun tradisinya Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO adalah orang yang lebih layak pada ketika itu. Maka timbul pula kabilah Putrajaya dan kabila PWTC. Inilah permasalahan UMNO yang banyak dicemburui oleh pemimpin-pemimpin luar UMNO kerana setiap insan yang menjadi PM Malaysia pasti akan ada DNA UMNO. 

Kerajaan Perpaduan digesa hapuskan Akta SOSMA

Inilah perkara yang akan di bangkitkan kerana permasalahan ini banyak dikaitkan dengan permasalahan "sosial kaum India". Fahaman Tiger Eelam telah merebak di Malaysia dan terdapat ahli-ahli politik India yang menyokong secara terang-terangan pertubuhan haram tersebut tetapi telah di lepaskan semasa Tommy Thomas jadi Peguam Negara.

Kita tidak boleh mengambil "tindakan indah tak indah" dalam persoalan keselamatan negara dengan letakkan kepentingan sesuatu kaum itu lebih tinggi daripada keselamatan negara. Keselamatan negara adalah objektif utama negara manakala kepentingan kaum adalah agenda yang mesti selari dengan keselamatan negara. Ianya mesti tiada kompromi antara keselamatan negara dengan kepentingan kaum tertentu. 

Pemberian itu satu sedekah' - Abdul Hadi

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada sidang media selepas Program Semarak Gelombang Rakyat Bersama Perikatan Nasional, di Ladang Alam Warisan Kampung Tengah, Seri Menanti, hari ini. NSTP/Mohd Amin Jalil

KUALA PILAH: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempertahankan pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan mendakwa ia adalah sedekah.

Beliau berkata, pemberian itu adalah hak orang awam yang ingin memberikan sumbangan.

Katanya, undang-undang telah menetapkan bahawa setiap calon dan wakil calon tidak boleh memberi wang ketika berkempen.

"Mengikut undang-undang pilihan raya, calon dan wakil-wakil calon tidak boleh beri (wang), tetapi orang awam mahu beri sedekah, terpulang kepada dia," katanya.

Inilah yang selalu di pertikaikan oleh umat Melayu yang beragama Islam. Siapa yang tak kenal dengan PAS yang banyak menggunakan dalil-dalil dan/atau nas Al-Quran untuk menghalalkan cara yang di gunakan oleh PAS. Pada pemimpin-pemimpin totok PAS, ianya adalah "satu pejuangan politik" untuk memartabatkan idealogi Isle PAS di Malaysia iaitu berkuasa dan berjawatan. Sekiranya di lihat kepada perkembangan politik di Kelate, Teganu dan Kedah kemajuan dan perkembangan Isle macam mana yang ingin di bawa oleh PAS yang boleh menjadikan Malaysia sebuah negara Isle sejati mengikut acuan PAS yang amat diidam-idamkan selama ini.

Sekiranya Isle PAS di anuti di Malaysia kemungkinan besar besar PASTI akan di martabatkan sebagai satu bentuk "pra persekolahan" untuk anak-anak di Malaysia kerana PASTI sudah menjadi satu "batu loncatan" untuk mendoktrinkan anak-anak ke dalam "idealisme PAS". Sebenarnya PAS tidak mempunyai kemampuan seperti parti-parti Melayu lain iaitu UMNO kerana corak kepimpinan dan falsafah kepimpinan PAS ini terlalu "extreme" sehinggakan sekiranya terlanggar bai'ah akan terlucut keislaman sesorang itu. Persoalan yang kerap di lontarkan oleh kita ialah adakah PAS ini Islam dan Islam itu PAS. Sehingga kini perkara itu tidak dapat di jawab oleh pendokong PAS.

Peristiwa lalu berkaitan dengan PAS amat memilukan dan/atau merobek jiwa masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia. Amanat Hadi yang telah memecahbelahkan masyarakat Melayu dan Islam kepada dua (2) iaitu Islam PAS dan Islam UMNO telah menjurangkan perpecahan masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia bgitu meluas sekali. Walaupun sekarang nampak politik perpecahan masyarakat Melayu dan Islam itu tenang tetapi ianya akan bergolak apabila terdapat "PRK, PRN dan PRU". Pada ketika itu kita akan dapati kelompok-kelompok perpecahan tersebut bersungguh-sungguh untuk mematikan satu pihak lagi supaya puak-puak kopiah tinggi ini boleh mendapat kuasa dan jawatan. Sebaliknya bila dapat kuasa dan jawatan apa yang di buatnya tengok contoh Kelate. Ianya telah terbukti bahawa pemimpin-pemimpin PAS tiada kebolehan yang jitu dan perancangan untuk membawa kemajuan kepada sesuatu tempat melainkan menyibarkan idealogi dan kefahaman politik dan dasar perjuangan Isle PAS.

Setiakawan jauh sekali tikam belakang memang banyak telah di lakukan oleh PAS. Pada PAS apa yang menguntungkan mereka, maka PAS akan masuk walaupun bercium dengan "syaitan" sekali pun. Sesiapa yang tidak kenal politik dan idealogi serta perjuangan Isle PAS, maka individu itu masih kurang mantop dalam permasalahan perpecahan dalam masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia.

Natijahnya apa sahaja yang dilaksanakan dan/atau bakal dilaksanakan oleh PAS pasti akan ada dalil-dalil dan nas Al-Quran untuk menyokong perbuatan tersebut. Inilah yang dikatakan dalil-dalil dan/atau fatwa-fatwa yang menghalalkan cara PAS untuk memesongkan pemikiran masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia. Ianya lebih kepada idealisme "Isle PAS" sebagai sebuah parti politik jika di bandingkan sebagai sebuah perjuangan untuk memartabatkan Isle di Malaysia.


Kenyataan pertahankan rakan sekutu walaupun niat itu satu rasuah...

mk-logo
BERITA
Beri wang pada pengundi: Niat lebih penting, kata Hamzah
2

Perkara yang lebih utama yang perlu diambil kira berhubung pemberian wang tunai adalah niat di sebaliknya, kata Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin.

Hamzah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mempertahankan pemberian wang tunai ketika PRU15 sebagai sedekah.

Walau apapun niatnya "rasuah" tetap rasuah juga. Cuba kita tanya SPR dan SPRM apakah interpretasi "niat sedekah" itu dalam konteks Akta SPR dan Akta SPRM untuk perkara di atas???????

Semasa di luar kerajaan berbagai formula di keluarkan tetapi bila dalam kerajaan "formula Razifi" semakin cetek pula...

Orang ramai diminta 'pulau' restoran, kedai makan yang gagal turun harga - Rafizi

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, ketika mengakui kerajaan tidak mampu campur tangan terhadap kenaikan harga makanan di semua restoran dan kedai makan itu, mengharapkan kerjasama orang ramai untuk memulau premis yang gagal menurunkan harga.

Semasa membangkang memang senang cakap fitnah, autaman, bohong sana sini dan buat persepsi tetapi bila duduk sebagai Menteli Ekonomi baru tahu betapa susahnya nak turunkan harga barangan makanan asas dan harga makanan di restoran dan kedai makan walaupun harga barangan mentah sudah nampak penurunannya.

Akhirnya keluar kata-kata seperti Menteli-Menteli sebelum ini "kita pulau restoran dan kedai makan tersebut". Harga ayam naik jangan makan ayam, harga telur naik kita jangan beli telur dan sebagainya. Inilah orang cakap Bapak ketam nak ajar anak ketam berjalan lurus tetapi Bapak Ketam jalan pun senget macam mana anak ketam nak berjalan lurus...

No comments:

Post a Comment