UMNO/BN telah mengumumkan calon-calonnya untuk menghadapi PRU15 pada 1/11/2022 dengan pelbagai kejutan dan sensasi. Top 5 UMNO/BN sudah pasti memikirkan macam mana nak cari "WALI" tersebut. Percaturan Top 5 UMNO/BN mungkin nampak dinamika tetapi mampukah akar umbi di kawasan itu menerima "calon payung terjun" daripada Pusat. Sekiranya kita tengok partai-partai lain terutamanya PH calon payung terjun ini adalah perkara biasa dan para pengundi PH tidak mengundi atas nama calon tapi atas nama parti iaitu PH. Itulah sebabnya PH menang di kawasan-kawasan bandar walaupun calon-calonnya bertukar tangan.
Malangnya UMNO/BN tidak sebegitu. KIta ini terlalu bergantung harap kepada "warlords" iaitu calon-calon yang dapat hulur tetapi calon tersebut telah menjadi "disadvantages" kepada UMNO/BN. Rakyat keseluruhannya meluat dan menyampah dengan tingkah laku dan perkataan yang di utarakannya di khalayak ramai mahupun di dalam Dewan Rakyat.
Kita ambil setiap negeri dengan bermula di Perlis. Perlis ini mempunyai tiga (3) kerusi Parlimen dan ianya telah menjadi kubu kuat BN selama ini terutamanya di ARAU dan PADANG BESAR. Pada PRU15 ini UMNO telah mencalonkan Ketua Puteri UMNO Malaysia untuk Padang Besar, Fathul Bari untuk Arau dan Rozabil untuk Kangar. Pada pandangan kita itu adalah calon-calon yang boleh memberikan kemenangan kepada BN dalam PRU15 pada 19/11/2022. Apa yang kita perlu ialah akar umbi kena terima percalonan parti iaitu UMNO/BN. Ingat UMNO/BN itu adalah lebih besar daripada calon-calon yang bertanding. Kita menangkan calon-calon ini untuk memberikan kerusi kepada UMNO/BN supaya UMNO/BN dapat merampas kembali Putrajaya. Top 5 mesti ada perancangan lain untuk "warlords" di Arau dan Padang Besar. Kita perlu ingat pemimpin datang dan pergi, UMNO/BN bukannya macam PH di mana anak beranak akan meneruskan legasi keluarga.
Lihat Pekan UMNO/BN telah mencalonkan Puzi iaitu ADUN Peramu Jaya sebagai calon. Mengapa UMNO/BN tak calonkan anak DSN iaitu Nizar yang berjawatan sebagai Ketua Pemuda Pekan pada ketika ini. Mungkin pada pandangan AJK Pekan NIzar kurang pengalaman dalam selok belok perkhidmatan kepada masyarakat Pekan mahupun politik sepak terajang dalam UMNO/BN. Apa yang kita rasa lega ialah "rare talent" UMNO/BN telah di tempat di kawasan strategik iaitu Sg Buloh dan Kuala Selangor. Ini satu percaturan yang jarang-jarang di buat oleh UMNO/BN. Apa yang paling mengejutkan ialah calon kerusi Tanjung Karang tidak diumumkan lagi. Ini perkembangan yang dinanti-nanti oleh orang Selangor kerana kredibiliti kepimpinannya banyak di persoalkan oleh rakyat Selangor. Akhirnya calon Tanjong Karang telah diberikan kepada Ketua Wanita Tanjong Karang.
Di Kelantan,Terengganu, Johor dan N9 satu tindakan berani telah di laksanakan oleh Top 5 dengan meletakkan Ketua Puteri Kelantan di kerusi Ketereh dan tiada calon untuk kerusi Tumpat, kerusi Kuala Nerus, Jempol dan Kuala Pilah. Di Johor calon-calon UMNO/BN di ubah-ubah dan di gantikan dengan calon-calon baru yang berkaliber. Pulai pada mulanya Nur Jazlan tidak mahu bertanding tapi memandangkan tiada calon yang berwibawa untuk melawan "Menteli Ikan Kembong" maka Nur Jazlan akur akan kehendak parti UMNO.BN. Pagoh adalah kubu kuat Presiden PN iaitu TSMY tapi UMNO/BN telah mencaturkan Razali Ibrahim untuk mendapatkan balik Pagoh begitu juga di Larut di sandarkan kepada "DUKE" tapi "DUKE" tarik diri di gantikan dengan Ketua Penerangan UMNO Larut. Manakala di Gerik di letakkannya Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Percaturan ini nampak boleh memberikan "kejayaan kepada UMNO/BN" tetapi ianya semua bergantung kepada PDM dan jentera UMNO/BN di kawasan tersebut.
Kadang kala kita tak dapat apa yang kita hendakkan. Inilah yang terjadi kepada Ampang, Indera Mahkota dan Bandar Tun Razak (BTR) yang mana MCA telah di tugaskan untuk memikul tanggungjawab memenangkan calon BN. Memang di kawasan-kawasan tersebut UMNO Bahagian yang banyak bertindak dalam apa jua keadaan tetapi dalam untuk memenangkan calon BN maka kita tolak tepi "perbalahan dan ketidakpuasanhati" kita fokus kepada matlamatnya iaitu BN mesti dapat Putrajaya. BN itu lebih penting jangan pula sampai tutup PDM dan jentera bergerak sambil lewa.
Calon-calon sudah ada cuma Tumpat, Kuala Nerus, Jempol, Kuala Pilah dan Tanjung Karang sahaja yang belum ada. Itu kita serahkan kepada kebijaksanaan Top 5 untuk menentukannya. Apa yang menarik calon-calon kali ini ialah UMNO telah menaikkan ADUN-ADUN menjadi MP pulak. Ini dapat kita lihat di Maran dan Pendang. Ianya adalah satu tindakan bijak dan patut di praktikkan di masa akan datang.
Calon-calon sudah ada, sekarang PDM dan jentera mesti bergerak seia sekata baik UMNO, MCA dan MIC jangan ada "pilih bulu" lu kawasan ini gua kawasan ini. Matlamat kita ialah BN mesti menang dan dapat Putrajaya. Insya Allah sekiranya kita berusaha, kerja keras dan tekun patahkan tohmahan, fitnah, hasutan dan pendustaan PH, PN dan GTA kita akan menang bergaya dan dapat Putrajaya. Sekarang tunjukkan kepada rakyat bahawa kita adalah satu pasukan iatu "TEAM BN" bukannya team UMNO, MCA dan/atau MIC. Jangan kita kecewakan rakyat yang inginkan "KESTABILAN DAN KEMAKMURAN" yang telah di aur-aurkan oleh UMNO/BN.
UMNO ADALAH SEBUAH PERJUANGAN. BN adalah wadah kemajmukkannya. Insya Allah 19/11/2022 BN akan kembali...
No comments:
Post a Comment