Sunday, November 27, 2022

Desakan broker2 PPBM...HIDUP UMNO/BN....

Dalam UMNO selepas PRU14 banyak broker-broker PPBM dan Pejuang iaitu pro TSMY dan Tun M tapi tak mahu keluar daripada UMNO sebab nak jawatan dan kuasa terutamanya yang duduk sebagai Ketua Bahagian dan dalam MKT. Broker-broker ini yang sebenarnya telah merosakkan UMNO dari dalam dengan mengeluarkan kenyataan dan pendirian seolah-olah UMNO ini sudah tiada guna lagi pada broker-broker ini. 

Desakan untuk Presiden dan Timbalan Presiden UMNO meletakkan jawatan itu amat tidak praktikal terutama dalam suasana politik yang meruncing sekarang. Selepas PRU15 tiada parti politik yang boleh menubuhkan kerajaan Persekutuan melainkan bergabung untuk membentuk kerajaan dan seterusnya melantik PM10. DYMM Agong sudah mengesa agar PH dan PN bergabung untuk menyelesaikan perkara ini tetapi ianya di tolak oleh TSMY. Kenapa kita perlu bersikap sombong dan angkuh dalam perkara ini. Perlu diingat kita di lantik oleh rakyat dan rakyat sedang memerhatikan gelagat-gelagat kita menpercaturkan nasib rakyat dan negara di hujung pisau. 

Broker-broker PPBM dalam UMNO tidak bersetuju UMNO gabung dengan PH kerana dalam PAU telah dinyatakan NO DAP, NO DSAI tetapi broker-broker ini gagal untuk menyebut NO PPBM. Kenapa ianya terjadi sedangkan tubuh dan jasad dalam UNMO tetapi jiwa dan raga berkiblatkan PPBM. DSN pernah dalam ucapannya di Sabah menyatakan bahawa dalam UMNO selepas kekalahan terdapat empat (4) jenis manusia;

1. Katak (nasib baik ada Akta Anti Lompat Katak)

2. Masuk dalam Gua tapi bila UMNO/BN kuat kembali tiba-tiba sahaja jembalang ini muncul kembali

3. Jawatan dan kuasa hendak dalam UMNO tapi jiwa dan raga cakap seolah-olah seperti pemimpin-pemimpin PPBM.

4. Setia dan patuh kepada Perlembagaan UMNO/BN. 

Barang dingat bahawa semasa calon BN mengambil watikah calon BN mereka ada menandatangani berbagai dokumen yang mengikat mereka dengan BN dan memberikan mandat kepada Pengerusi/Presiden BN untuk berunding dengan mana-mana parti politik sekiranya BN tidak dapat majoriti mudah 112 kerusi. Bila perkara tersebut ada, maka Presiden BN berhak untuk berunding tetapi Presiden BN tidak pernah membelakangi MP-MP BN dengan memanggil mereka untuk duduk dalam "round table" bincangkan permasalahan ini. So broker-broker PPBM yang bukan MP itu jangan meroyan dan buat bising mengatakan itu ini tentang Presiden UMNO. Sekiranya tidak puashati sampai tarikh pemilihan nanti kita masuk gelanggang lawan semua jawatan yang di pertandingkan dalam pemilihan UMNO pusat daripada jawatan Presiden sampai kepada MKT. Kita tengok siapa yang kena game.

Selepas tiga (3) hari pasca PRU15 kita masih lagi tiada kerajaan Persekutuan. MP Titiwangsa ada mengatakan bahawa dalam membentuk kerajaan Persekutuan tidak wajar mengaitkan ianya kepada sentimen perkauman dan agama. Bahawasanya UMNO sudah tegaskan dalam PAU No DAP, No DSAI dan No PPBM. Akhirnya BN terpaksa berkecuali dengan tidak menyokong PH mahupun PN. Pada kita itu adalah jalan tengah (mediation solution) yang praktikal di ambil kerana PH ada DAP dan DSAI manakala PN ada PPBM. Natijah itu BN tolak kedua-duanya dan GPS mungkin akan ikut BN. Makna PH dan PN terpaksa mengenepikan ego masing-masing untuk membentuk kerajaan gabungan. Mandat rakyat telah di berikan kepada PH dan PN maka gunakan mandat tersebut untuk "KITA BOLEH STABIL DAN BERSIH" (sudah kena slogan tu). Kita perlu ingat bahawa PH dan PN bukan tak pernah tidur dan cium bersama-sama pada satu ketika dulu. PAS pernah jadi rakan sekutu DAP. Begitu juga PPBM dalam PRU14 rakan kuat DAP sehinggakan Presiden PPBM iaitu Tun M di angkat sebagai PM-7. Natijahnya BN sahaja tak pernah duduk dalam Pakatan dan/atau gabungan Pembangkang.

Nasihat kita kepada broker-broker PPBM (terutamanya Ketua-ketua Bahagian) sekiranya kamu berhajat untuk mengesa Presiden UMNO letak jawatan sila masuk gelanggang dalam pemilihan UMNO yang akan di adakan tidak lama lagi. Kita nantikan saat dan ketika itu, siapa yang kena game...


Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Foto hiasan NSTP/Aswadi Alias

DSZH Presiden UMNO/BN


Kita tetap dengan pendirian Institusi Presiden UMNO mesti di hormati dan di sanjung bukannya di remehkan, dihina dan dinista serta di gulaikan sekiranya segala cita UMNO/BN tidak dapat di penuhi. Bolehkah kita percaturkan bahawa rakyat akan undi UMNO/BN sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO/BN semuanya di benci oleh rakyat kerana berlagak, ingin membolot semua, UMNO/BN sahaja yang bagus (tapi ini memang tidak dapat di nafikan). Kilang UMNO/BN yang telah melahirkan banyak pemimpin-pemimpin yang memegang jawatan sebagai PM daripada PM-1 sehingga PM-10 semuanya daripada kilang UMNO/BN.

Insya Allah kita percaya satu hari nanti pemimpin-pemimpin "true UMNO/BN" akan di angkat sebagai PM. Sebelum itu terjadi UMNO/BN kena buang orang-orang yang tidak setia dan menikam UMNO/BN dari dalam seolah-olah Presiden UMNO/BN sahaja yang patut pikul tanggungjawab akibat kekalahan dalam PRU15. UMNO/BN tidak kalah macam GTA (Pejuang) pulang dengan tangan kosong tapi UMNO/BN ada 30 kerusi solid (UMNO 26, MCA 2, MIC 1 dan PBRS 1). 

Perlu diingat bahawa undi 60% Melayu pecah kepada [UMNO, PAS, PPBM, GTA (Pejuang) dan PKR] dan undi Cina dan India solid pergi ke PH. Ini memang tidak dapat di nafikan oleh sesiapapun. Sentimen perkauman itu masih kuat dalam menentukan polar pemerintahan di Malaysia. Kita tidak nampak PH akan menang di kawasan bandar sekiranya bukan undi solid Cina dan India di belakang PH. Cuba bayangkan bagaimana majoriti undi PH di kawasan bandar meletup majoriti sekiranya bukannya solid undi Cina dan India. Kita bukan nak pertikaikan undi solid Cina dan India tapi kita hanya nak memperjelaskan bahawa sekiranya pemimpin-pemimpin Melayu tidak berhati-hati di masa akan datang maka kita pasti akan menjadi "pengemis" dalam negara sendiri. Sudahlah ekonomi pun di pegang oleh kaum lain, politik pun hendak di tentukan oleh kaum lain. Inilah akibatnya semua pemimpin-pemimpin Melayu ingin sangat mengejar cita-cita untuk menjadi PM dan/atau pemerintah akhirnya rakyat, agama Islam, negara di pergadaikan (jadi macam bola tendang sana sini tepai gol tidak juga lagi).

Oleh itu PRU15 ini boleh di jadikan pemangkin untuk UMNO/BN bangkit semula untuk menjadi tunjang pentadbiran dan memakmurkan negara Malaysia, mendaulatkan Islam dan mensejahterakan kehidupan rakyat.

HIDUP UMNO/BN...!!!!!!!!








 


No comments:

Post a Comment