Sunday, November 20, 2022

Ke mana hala tuju UMNO selepas PRU15...

Presiden UMNO, Ahmad Zahid mendakwa Muhyiddin mahu mengharamkan UMNO. - Foto hiasan NSTP/ASYRAF HAMZAH

Presiden UMNO


Selepas PRU14 kebanyakkan pendokong UMNO/BN ingat UMNO/BN akan menjadi pemerintah kembali tetapi malang ianya tidak terjadi. Itulah bermulanya sejarah hitam UMNO/BN yang berjaya memenangi beberapa kerusi dan gagal untuk membentuk kerajaan. Perdana Menteri ketika itu ialah DSNR. Beliau rasa bertanggungjawab dan melepaskan semua jawatannya dalam UMNO/BN dan jawatan tersebut telah di pangku oleh Timbalan beliau iaitu DSZH. Kemudian DSZH telah berjaya untuk menjawat jawatan Presiden apabila memenangi jawatan Presiden  dalam pemilihan UMNO. Sepatutnya pemilihan UMNO perlu di adakan sebelum PRU15 lalu tetapi telah di tangguhkan kepada 6 bulan selepas PRU15.

Pada hikmah kita pemilihan tersebut perlu di segerakan memandangkan UMNO/BN tewas teruk dalam PRU15 dengan kehilangan banyak kerusi di Perlis, Kedah, Kelate, Teganu, Pahang, Johor, Melaka, Selangor. Percaturan yang di aturkan oleh kepimpinan UMNO/BN tidak menjadi sehingga ramai pemimpin-pemimpin UMNO/BN tumbang. Kita tidak boleh meletakkan tanggungjawab tersebut kepada satu pihak sahaja sebaliknya semua kepimpinan UMNO/BN mesti bertanggungjawab dalam kekalahan UMNO/BN.

Dalam konteks UMNO semua yang duduk dalam top 5 itu bertanggungjawab dan perlu di cari ganti dengan muka-muka fresh maka itu sebabnya pemilihan UMNO itu perlu di segerakan untuk memilih pemimpin-pemimpin yang bakal mengambilalih dalam saf kepimpinan UMNO. Perlu ini diingat bahawa UMNO tidak kalah semua masih ada lagi 30 kerusi (kemungkinan untuk lompat parti itu tidak mungkin sebab sudah ada Akta Anti Lompat Parti), maka UMNO kena bina balik momentum untuk menjadi parti yang disegani dan dihargai oleh rakyat satu masa dulu. Jasa UMNO kepada rakyat dan negara Malaysia terlalu banyak tapi sekarang rakyat terutama generasi lahir zaman "cyber" itu tidak pandang kepada infrastruktur jalanraya, bangunan tinggi dan sebagai tetapi mereka lebih kepada "apa yang lu boleh bagi kepada gua" dalam kategori pendidikan, peluang pekerjaan, perumahan, jamin social dan sebagainya.

Kekalahan kali kedua ini juga ada hikmahnya kerana untuk membersihkan UMNO daripada pemimpin-pemimpin yang di anggap sebagai "warlord" dan yang tidak mau turun-turun walaupun sudah berpenggal-penggal menjadi "calon" mahupun sebagai Ketua Bahagian. Selagi umur di kandung badan selagi itulah hendak dipegangnya jawatan Ketua Bahagian mahupun menjadi "calon" dalam pilihanraya.

Dalam kempen politik UMNO kurang tokoh seperti BOSSku yang dapat membawa "rakyat bersama" untuk menjayakan sesuatu agenda. Malangnya BOSSku terpalit pula dengan "isu rasuah". Inilah kekurangan pemimpin-pemimpin UMNO yang sudah terlalu lama berkuasa apabila menganggap setiap perbuatan dan tindakan itu tidak menyalahi undang-undang kerana itu adalah "dana sumbangan orang kepada UMNO" yang di masukkan kepada dalam akuan sendiri oleh gurkha-gurkhanya. Malangnya yang mengendalikan akaun tersebut pula di letakkan di atas budi bicara gurkha-gurkhanya. Dalam UMNO kadang kala gurkha-gurkha itu ibarat "kuah lebih daripada sudu".

Perkembangan yang tidak siapa menyangka ialah di Perak PN dapat 26 PH dapat 24 tapi BN dapat 9 yang di carinya untuk menubuhkan kerajaan gabungan bagi negeri Perak. Begitu juga di Pahang yang mana PN ada 17 kerusi BN ada 16 kerusi dan PH selebihnya. Pada kita itulah hikmah dan cantiknya kedudukan politik di Malaysia masa kini di mana tiada satu pun boleh dapat majoriti melainkan bergabung dengan parti-parti yang bertanding untuk menubuhkan kerajaan. Itulah juga yang terjadi di peringkat Persekutuan yang mana yang UMNO/BN ada 30 kerusi itu di cari oleh parti-parti politik untuk bergabung kerana PH ada 82 dan PN hanya ada 73. Bagi membolehkan parti-parti membentuk kerajaan mereka memerlukan simple majoriti sebanyak 112 kerusi. DYMM Agong pula sudah bagi masa sampai besok jam 2:00 ptg untuk tubuhkan kerajaan.

Persoalan samada UMNO/BN nak bergabung ataupun tidak bergabung itu semua terletak pada budi bicara UMNO/BN kerana UMNO ada 26, MCA 2 dan MIC 1 PBRS 1. Rundingan dengan rakan kongsi adalah penting bagi mencapai kata sepakat kita nak bergabung dan/atau untuk menjadi pembangkang sahaja. Sekiranya kita bergabung adakah berkehendakkan jawatan kerana apabila kita menerima jawatan maka apa-apa "kecurangan dan ketidakbolehan kerajaan tersebut akan di letakkan di bahu UMNO/BN" seperti itulah yang terjadi pada PRU15. Walaupun PH 22 bulan dan PN 17 gagal tapi semua yang terjadi diletakkan di atas bahu UMNO/BN. Lagipun rakyat melihat pemimpin-pemimpin UMNO/BN ini senang nak pancing tawarkan jawatan sebagai Menteli dan/atau Timbalan Menteli maka pasti mereka akan menerimanya.

UMNO/BN mesti tegas dalam persoalan ini iaitu tiada jawatan dan UMNO/BN tak mahu terlibat dalam sebarang pembuat dasar, polisi dan pelaksanaannya. Parti-parti peneraju lantiklah di kalangan ahli-ahli mereka yang kebanyakkannya "pakar-pakar" untuk menjawat jawatan-jawatan dalam kerajaan. UMNO/BN hanya bergabung untuk melancarkan proses demokrasi dan menubuhkan sebuah kerajaan tetapi UMNO/BN menolak sebarang penawaran untuk menjawat sebarang jawatan apapun sekali. Ini bagi membolehkan UMNO/BN bangkit dan menjana tenaga serta wawasan untuk mengembalikan kegemilangannya sebagai peneraju rakyat dan negara Malaysia.

Sekiranya UMNO/BN nak jadi pembangkang maka jadi pembangkang untuk rakyat dalam memantau "check and balance" kerajaan dalam setiap dasar, polisi dan pelaksanaannya kerana UMNO/BN ada kepakaran dan kebolehan untuk mengenalpasti mana yang betul dan mana yang salah selepas 61 tahun menjadi kerajaan.

Insya Allah kita yakin UMNO/BN pasti akan bangkit untuk menerajui rakyat dan negara Malaysia satu hari nanti.



Parlimen tergantung PRU15


No comments:

Post a Comment