BN telah melengkap calon-calon yang akan bertanding begitu juga PH, PN dan GTA. Calon-calon yang digugurkan telah menyatakan untuk bertanding di atas tiket parti lain dan ada juga yang bertanding atas tiket bebas. Setakat penulisan ini, kita hanya mengetahui Shahidan dan Ismail Mutalib sahaja yang akan bertanding di bawah tiket PN. Calon-calon BN yang di gugurkan di Johor tetap setia dengan BN begitu juga di Ketereh dan di Tanjong Karang. Di Jempol ianya masih menjadi tanda tanya,
Sebelum itu S/U BN telah mengumumkan baki calon-calon yang bertanding untuk kerusi Tumpat (Che Lah), Kuala Nerus (Khairuddin), Jempol (Timbalan Ketua Bahagian), Kuala Pilah (Timbalan Ketua Bahagian), Batu (MIC). Calon-calon yang tidak dapat bertanding telah memprotes dan ingin meneruskan hasrat untuk bertanding di kawasan masing-masing.
Pada 5/11/2022 Shahidan telah mengunakan logo PN untuk bertanding kawasan Arau, Zahidi bebas untuk bertanding di Padang Besar, Gabungan bebas telah di wujudkan di Perlis. Kempen semakin hangat di merata tempat. Di Perlis Gabungan PN yakin akan menawan Perlis apabila Shahidan telah berpaling tadah kepada PN untuk bertanding di kawasan Parlimen Arau. Begitu juga di Pahang, PN yakin akan berjaya menawan Pahang dengan meletakkan calon PN/PAS di DUN Cheka sebagai isyarat bahawa calon tersebut akan di lantik sebagai MB Pahang sekiranya PN berjaya menawan Pahang. Tapi barang di ingat bahawa calon tersebut juga bertanding di Kubang Kerian Kelate untuk Parlimen. Antara Kelate dan Pahang itu agak jauh dan ingin akan jawatan MB Pahang kemungkinan itu adalah "cakap-cakap politik".
Masing-masing gabungan telah mengeluarkan "manifesto" masing-masing. Manifesto yang berpijak di bumi nyata dan yang mungkin akan terlaksana adalah Gabungan BN. Rakyat sudah serik dengan Manifesto PH setelah menang segala janji-janji manifesto itu tidak di tunaikan malahan dikatakan manifesto adalah bukan kitab suci. Begitu dengan manifesto PN dan GTA nampak macam "berbunga dan berbuah" tapi hakikatnya "omong kosong" kerana 17 bulan penuh dengan "flip flop", katak si katak lompat, pengkhianatan, tikam belakang, tekan menekan, Parlimen di gantung di bawah Akta Darurat, Lockdown paling lama, ekonomi teruk dan kehidupan rakyat terjejas teruk. Manifesto GTA tiada yang boleh di hadamkan melainkan itu adalah retorik Tun M yang menjadi 22 tahun PM4 atas dokongan BN kemudian berpatah arang dengan BN menjadi PM7 di bawah PH. Malangnya Tun M hanya berjaya bertahan selama 22 bulan sahaja kemudian meletakkan jawatan sebagai PM7.
Sejarah telah menunjukkan bahawa kepimpinan tertinggi negara kebanyakkan adalah dari DNA UMNO/BN bermula daripada PM1 sehingga PM9. Sekarang PH telah mempromosikan Anwar Ibrahim sebagai PM10 dan PN pula mempromosikan TSMY sebagai PM10. Polimek yang di cipta oleh lawan BN adalah "undi BN maka PM BN adalah Zahid Hamidi". Sementelah itu polimek tersebut telah ditangkis oleh kebanyakkan kepimpinan UMNO yang akur dengan keputusan PAU bahawa PM10 UMNO/BN adalah DSIS (Bera). Sekiranya di lihat secara sambutan dan kesantunan rakyat terhadap DSIS adalah amat memberansangkan tetapi kita nantikan samada ianya akan di terjemahkan kepada undi pada 19/11/2022. Masa Pak Lah mengambil alih jawatan PM5 pada ketika itu telah di adakan PRU dan semasa PRU tersebut BN telah menang banyak kerusi dan memperolehi 2/3 majoriti di Parlimen. Adalah perkara sebegini akan berulang kembali apabila PH dan PN telah memerintah negara dan rakyat Malaysia telah melihat akan kegagalan pemerintahan PH dan PN dengan menteri-menteri cop ayam tidak ada "kelayakkan" untuk memduduki kerusi Menteri kerana kerja sebagai kerajaan adalah ibarat kerja untuk rakyat bukan kerja sebagai "pembangkang" yang boleh cerita apa sahaja almaklum kita membangkang apa sahaja polisi dan dasar kerajaan walaupun ianya memberi manfaat kepada rakyat.
Maka wujudlah "bantuan 30 ringgek, kereta terbang, minum minyak sawit satu sudu, menoreh di musim hujan, politics prosecution, elephant v elephant grass suffer, ikan kembang ada 3 billion dan banyak lagi". Akhirnya kerajaan naik atas fitnah dan pembohongan jatuh dengan sendirinya dan hanya bertahan 22 bulan sahaja. Persoalannya adakah kita ingin mengulanginya dengan PH. Bila PN naik, maka bermulalah "polisi flip flop" kejap boleh kemudian besoknya PC kata tak boleh, wujud sindrom "katak si katak lompat", umpan MP dengan jawatan Menteri takut tiada sokongan dalam Parlimen, gantung Parlimen di bawah Akta Darurat, Lockdown tiada pergerakan maka ekonomi dan kehiduoan rakyat terjejas teruk. Adakah kita ingin mengulangi kerajaan PN?
Kempen PRU15 semakin memuncak dengan pelbagai cara dan gaya berkempen tetapi di Sik PN berkempen secara "Amanat Hadi" dengan mengatakan bahawa sesiapa undi BN dan/atau PH akan masuk neraka" begitu juga PH Anwar Ibrahim telah mengatakan bahawa tentera telah di bayar RM300 untuk pangkah awal di Bera. Fitnah oleh Raja Fitnah Malaysia, Rafizi Ramli bertebaran di media social dan PH terutama PKR telah memaksa bakal-bakal calon "declare harta benda calon-calonnya". Malangnya anggota PH yang lain tidak mahu mengikuti PKR iaitu Dapigs dan Amanah. Persoalanya apakah tujuan PKR membuat "polisi" declare harta benda di musim kempen PRU15? Kemudian Razifi Ramli telah di berikan surat tuntutan mengenai KASA oleh peguam Tuan Ibarahim tetapi Rafizi Ramli mengatakan "kita tunggu apabila PH menang PRU15 dan DSAI jadi PM10". Adakah ini maknanya kita akan di bawa seperti mana PH memerintah 22 bulan tempoh hari. Rakyat kebanyakkannnya risau dan gusar dengan PH dan PN kerana banyak perkara yang tidak sepatutnya berlaku telah berlaku.
MB Kedah memperlekehkan kebolehan kaum wanita untuk menjadi MP mahupun DUN dengan mengatakan "mereka akan mengambil masa lama untuk bersiap" dan samada mereka mampu untuk membantu sekiranya di kejutkan pada jam 3:00 pagi. MB Kedah ini penuh dengan kontroversi, kita nantikan samada ada rakyat masih ingat kontroversi-kontroversinya yang boleh mengundang malapetaka kepada rakyat Kedah. Dalam bolasepak kita tahu akan kontroversinya dengan TMJ. Semasa kempen di PRN Johor MB Kedah ada mengatakan kestabilan hanya boleh dicapaikan sekiranya rakyat tidak lagi memilih BN walaupun masa uti MN masih wujud. MB Kedah telah di tegur oleh ahli-ahli DUN dalam DUN Kedah berkaitan isu judi dan air dengan Pulau Pinang dan isu bertikam lidah dengan TMJ.
Tinggal lagi seminggu kempen sebelum rakyat membuang undi pada 19/11/2022. Maka pada hari kemuncak pasti banyak "isu-isu panas" di utarakan dan di momokkan oleh calon-calon PRU15. Tungguuuuuuu....
No comments:
Post a Comment