Friday, October 22, 2010

Cakap-cakap politik menjurus kepada PRK Dun Galas.

Pakatan targets Kelantan Umno leader over football betting licence



Nik Aziz: Look at what Umno was trying to do. They are Malays and Muslims. Here we have a Chinese who refused to allow sports betting, but Umno still wanted it.

GUA MUSANG, Oct 29 — The PAS campaign in Galas revived the football licence debacle, placing much of the blame on Kelantan Umno deputy chief Datuk Dr Awang Adek Husin for the now aborted venture.

At a rally in an all-Malay village of Sungai Terah both PAS spiritual adviser Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat and DAP secretary-general Lim Guan Eng reminded the voters how Pakatan Rakyat’s (PR) opposition to football betting resulted in its cancellation.

“Who wanted football betting? Incidentally he is a Kelantanese. The man from Bachok,” said Kelantan Mentri Besar Nik Aziz.

“I was so embarrassed by his action,” he told the crowd of about 200.

Last May Awang Adek who is a deputy finance minister had announced that the government was seriously considering legalising sports betting ahead of the 2010 World Cup.

Lim: They gathered the people to collect the so-called ‘haram’ money but until today the state government has not received a single sen. - Picture by Choo Choy May
The decision however was overturned less than two months later when Datuk Seri Najib Razak announced the government would not issue a football betting licence, just weeks after tycoon Tan Sri Vincent Tan said his Ascot Sports Sdn Bhd had received approval for an old licence.
Several Barisan Nasional (BN) parties had supported the move but Umno Johor, Perak and Youth wing opposed the licence saying the social cost outweighed the possible tax revenue.

Tan's listed Berjaya Corporation Berhad had announced the approval in a filing to Bursa Malaysia last May 12 but Najib denied it in Parliament on June 7.

PR governments in Penang, Selangor and Kedah said they will not approve business licences for football betting although Tan said he will try to persuade them.

Today Nik Aziz said that Umno leaders who supported the decision should learn from his Penang counterpart Lim, who tried to stop football betting.

“Look at what Umno was trying to do. They are Malays and Muslims. Here we have a Chinese who refused to allow sports betting, but Umno still wanted it,” said Nik Aziz.

The crowd in prayer in Sungai Terah. - Picture by Choo Choy May
Meanwhile Lim who spoke before Nik Aziz defended his administration which has been accused to be anti-Islam by the Penang opposition. The Penang government has been accused by Umno leaders of using gambling revenue to pay the RM100 annual aid to senior citizens.

“They gathered the people to collect the so-called ‘haram’ money but until today the state government has not received a single sen. The state does get any money from gambling,” said Lim.

“Remember football betting? Who wanted football betting it was Umno, Awang Adek who is a Kelantanese. I am sorry but I have to say it. Umno wanted to introduce football betting but who objected to it? Penang state government stopped it,” he added.

Both Nik Aziz and Lim however spared BN’s Galas election director Tengku Razaligh Hamzah from any attack.

The Kelantan prince who is also the Gua Musang Umno chief has been a strong supporter of Nik Aziz administration’s demand for oil royalty from Putrajaya.

 Nampaknya Ketua Penerangan Bulan Penuh ini emosi dan taksub dengan agenda Bulan Penuh. Alihkan pandangan rakyat Galas kepada TPM yang emosi cuba tutup janji Manek Urai. Kita rasa tiada apa yang dijanjikan di Manek Urai tidak di tunaikan ianya bergantung samada cepat atau lambat sahaja. Alamaklumlah peruntukkan dan perkara-perkara teknikal perlu di selesaikan dahulu baru boleh projek jalan. Kita bukan janji hari ini besok projek kena jalan. Kita rasa Bulan Penuh boleh buat macam itu kot sebab Bulan Penuh telah memerintah Kota Darul Naim selama 20 tahun, maka bila Bulan Penuh kata kita buat projek jalanraya dan rumah kos rendah maka besok projek tersebut akan berjalan. Ini adalah kata-kata ulamak dan bijak pandai agama mana boleh salah semua kena betul-betul belaka. Natijahnya jangan cakap org emosi tetapi tengok diri sendiri lagi emosi kerana cuba mempertahankan kawasan drp di rampas oleh org dengan cakap "Mungkin beliau juga seorang yang buta maklumat dan tidak pernah melihat dunia Kelantan". Kita jangan percaya cakap-cakap Bulan Penuh kerana mereka menjurus kepada perpecahan umat Islam dengan fatwa dan dalil yang bercelaru serta pemimpin-pemimpinnya hanya pandai beretorik sahaja kerja kurang kerana bila kuasa dalam tangan kita sudah dapat tempat di akhirat.

Muhyiddin emosi, cuba tutup janji Manek Urai

  
KUALA LUMPUR, 25 Okt: PAS mendakwa kenyataan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidn Yasin yang mengatakan "Kalau hendak harapkan PAS, seperti menunggu bulan jatuh ke riba" sebagai cubaan menutup janji Umno yang belum tertunai di Manek Urai.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Muhyiddin sebenarnya sedang beremosi apabila janji di Manek Urai belum lagi ditunaikan, namun kini datang pula Pilihan Raya Kecil (PRK) di Galas yang hanya bersebelahan.

"Kenyataan ini dikeluarkan untuk menutup kelemahan beliau sewaktu berjanji di pilihanraya kecil Manik Urai.

"Ia merupakan satu mimpi yang menakutkan, kerana tidak terfikir ada pula pillihanraya kecil di Kelantan, kebetulan tidak jauh daripada Manik Urai.

"InsyaAllah rakyat Galas akan ajar pemimpin dan parti yang pandai menabur gula di bibir pada 4 hb Nov 2010," katanya.

Muhyiddin didakwa berkata demikian sewaktu sidang media selepas pengumuman calon BN bagi PRK Galas, di Gua Musang semalam.

Tambah Idris lagi, kenyataan Muhyidin itu juga seperti menggambarkan beliau seorang yang terhalang dari menerima maklumat dan tidak pernah melihat bagaimana PAS Kelantan membangunkan negeri selama 20 tahun lebih memerintah.

"Ini satu kenyataan yang bersifat emosi, mungkin Tan Sri Muhyiddin baru keluar betapa daripada Gua Tempurung terus ke Galas.

"Mungkin beliau juga seorang yang buta maklumat dan tidak pernah melihat dunia Kelantan," tambahnya lagi.

Muhyiddin juga jelasnya seperti membuka pekong sendiri apabila menuding kepada PAS Kelantan sedangkan rakyat Sabah di bawah pemerintahan BN selama 50 tahun, masih tidak terbela.

"Sabah di bawah umno yang masih ketinggalan, nombor satu miskin dan diikuti oleh negeri Terengganu. Kedua-dua negeri ini Umno yang memerintah dan mempunyai minyak, tetapi rakyatnya makan taik minyak.

"Sedangkan Kelantan yang diperintah oleh PAS, menduduki nombor enam, kemajuannya jauh berbeza dengan negeri yang Umno perintah.

"Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin kena merasa malu, kenapa Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia?," soalnya lagi.

Menurutnya lagi, pengundi Galas sudah selesa di bawah PAS dan Pakatan Rakyat dan mereka sendiri telah melihat keupayaan PAS memerintah Kelantan berbanding dengan Umno.

Rakyat Galas katanya sudah muak dengan sikap Umno yang hanya bercakap dengan penuh retorik ketika pilihanraya.

Rakyat juga katanya tahu, sikap buruk kerajaan pusat di bawah Umno BN yang tidak hormat federalisme menyebabkan 118 projek kerajaan pusat di Kelantan  tidak dilaksanakan sejak RMK 6.

"Inilah sikap busuk hati pemimpin umno yang mengkhianat sesama bangsa, kerana perbezaan ideologi.

"Usah buang masa  di Galas. Rakyat Galas sudah tidak perlu kepada Umno dan orang-orang yang sama seperti Muhyiddin," tegasnya.

Nampak sangat Bulan Penuh tak pernah jenguk penempatan Org Asli selepas PRU 12. Sekarang PRK Dun Galas baru Bulan Penuh dtg untuk melawat dan  cuba memberi tazkirah Bulan Penuh tetapi bendera Keris sudah terpampang di ruang tamu rumah Org Asli itu. Jangan salahkan JHEOA tetapi salahkan diri sendiri kerana gagal mengambil kesempatan semasa berkuasa untuk menunjukkan kecekapan dan keperihatinan Bulan Penuh terhadap kehidupan Org Asli. Jabatan JHEOA itu memang bergerak untuk memjaga dan menyuraikan permasalahan Org Asli. Ianya adalah sebuah agensi kerajaan. Kalau kita bekerja dengan baik dan melaksanakan program dengan ikhlas dan tawaduk org akan nampak dan akan diberkati oleh Allah (SWT) tetapi kita gagal. Kita lebih kepada tazkirah dan retorik politik mana org nak nampak apa yang telah kita laksanakan. Natijahnya jangan salahkan org apabila org cuba merampas kawasan kita kerana kita tak ambil peduli bagaimana nak naikkan taraf pembangunan dan sumber pendapatan rakyat tempatan.  

Umno peralat JHEOA kawal penempatan Orang Asal?

    
GUA MUSANG, 25 Okt: Umno kini hanya bergantung sepenuhnya kepada kaum Orang Asal bagi merealisasikan hasrat merampas Dun Galas pada pilihan raya kecil 4 November ini.

Keadaan itu terbukti apabila Umno dikatakan memperalatkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) bagi mengawal hampir kesemua perkampungan masyarakat terbabit yang  terletak di pedalaman Gua Musang.

Penasihat Jentera Pilihan raya Kecil Dun Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, perbuatan Umno memperalatkan JHEOA amat memalukan kerana ia berlaku pada kempen pilihan raya.

“Ini amat memalukan kerana sebelum ini JHEAO dikatakan hanya datang sekali sekala sahaja ke kawasan penempatan Orang Asal,” katanya ketika ditemui semasa mengikuti lawatan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed ke beberapa penempatan di Hau, 60 kilometer dari bandar Gua Musang, semalam.

 

"Berpasaklah kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji BN. Walau
berkecai tulang dan juga badan… walau apa pun yang terjadi, Putrajaya
mesti kita pertahankan" Ini bermakna:-

"we will fight you in the sea, we will fight you in the air and we will fight on the land but to surrender Putrajaya to Pakatan Rakyat no way!!!"

Kita akan berlawan secara gentleman iaitu siapa yang akan rakyat undi di PRU 13. Tengok di masa PRU 12 Dacing kalah di Kota Darul Ehsan, Kota Darul Aman, Kota Darul Ridzuan, Pulau Mutiara dan Kota Darul Naim tetapi Dacing tak pernah memberontak ataupun menghalang Pakatan Rompah mengambil alih kekuasaan tersebut dengan lancar sekali tetapi di Kota Darul Ridzuan kejatuhan Pakatan Rompah adalah di sebabkan oleh agenda Pakatan Rompah sendiri. Ianya tiada kena mengena dengan Dacing cuba merampas apa yang bukan haknya tetapi pada ketika itu terdapat "lacuna" dalam pemerintahan Kota Darul Ridzuan maka Dacing masuk dengan sokongan 3 ADUN bebas yang menyokong Dacing. Tiada rampas kuasa terjadi tetapi perkara tersebut telah menjadi satu keputusan Mahkamah tertinggi di Malaysia yang akan di gunakan sekiranya terdapat kes-kes sebegini rupa di masa akan datang.

Kita rasakan bahawa kata-kata azimat YAB PM telah menakutkan Pakatan Rompah seolah-olah Malaysia akan menghadapi rampasan kuasa tetapi sebenarnya Pakatan Rompah tahu tahu bahawa kata-kata azimat YAB PM itu adalah lonjakkan semangat kepada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Keris serta Dacing untuk bekerja keras dan mendampingi rakyat bagi mempertahankan apa yang telah Keris/Dacing memperjuangkan selama 53 tahun. Rakyat jelata dari berbagai keturunan dan kedudukan melihat akan Keris/Dacing untuk mengembalikan semula semangat juang tersebut. Pada 21/10/2010 semangat tersebut telah di tiup oleh YAB PM dan nampaknya Pakatan Rompah amat gentar dengan perkara tersebut. Richard Loh drp Malaysia Chronicle menulis seolah-olah YAB PM membelakangi rakyat dan menyuruh rakyat beramauk sesama mereka untuk mengwujudkan sistem pemerintahan ketenteraan. Ini dapat di lihat drp penulisannya iaitu apabila saya bangun drp tidur tiada apa yang berlaku hanya deruman injin kereta sahaja yang memecah kesunyian pagi. Inilah contoh kedengkelan seorang dalam mentafsirkan apa yang tersurat dan tersirat adalah satu yang di anugerahkan oleh Allah (SWT). Ianya tidak dapat di miliki oleh seorang itu sekiranya beliau mempunyai sikap benci, dengki, khianat, takbur, sombong, suka fitnah, suka membohongi dan suka meracuni kata-kata org di pemikiran rakyat. Akibatnya otak kita di pendekkan oleh Allah (SWT) sehinggakan apa yang tersurat dan tersirat pun tidak dapat di selami oleh Pakatan Rompah. Kita kesian dan sedih dengan corak pemikiran saudara kita di dalam Bulan Penuh terutama Pengarah Pilihanrayanya Mohd Firdaus Jaafar apabila mengatakan kata-kata azimat YAB PM seolah-olah menunjukkan rampasan kuasa akan berlakudan YAB PM gagal memahami amalan demokrasi. Presiden Mata Sepet pula cakap YAB Pm patut minta maaf kepada rakyat Malaysia seolah-olah YAB PM anti demokrasi. Kita tanya mereka berdua bolehkah nada membaca apa yang tersurat dan tersirat daripada kata-kata azimat YAB PM kita itu?
 
Najib macam yakin berlaku rampasan kuasa
     
KUALA LUMPUR, 23 Okt: Kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak Najib bahawa akan pertahan Putrajaya walau terpaksa hilang nyawa seolah-olah yakin akan berlaku rampasan kuasa secara keganasan.

Biarpun Najib tidak menyebut mahu mempertahankan Putrajaya dari dirampas pihak mana, namun dipercayai ditujukan kepada Pakatan Rakyat.

Ini kerana Pakatan Rakyat sejak tsunami politik 2008, telah meletakkan sasaran mahu menguasai Putrajaya menggantikan kerajaan BN.

Menurut Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar, kenyataan Perdana Menteri itu juga seolah-olah tidak faham amalan demokrasi di negara ini.

"Najib masih tak faham demokrasi, PR nak kuasai Putrajaya bukan dengan rampasan kuasa. Kita guna saluran pilihan raya, dengan rakyat yang tentukan.

"Mungkin juga dia lupa, yang merampas kuasa secara ganas ni Umno BN. Merekalah yang merampas Perak dari Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily.
Najib ketika menyampaikan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno berkata, Umno perlu mempertahan Putrajaya dari pihak yang mahu merampasnya biarpun terpaksa hilang nyawa.

Firdaus bagaimanpun turut mempersoal niat Najib di sebalik berkata begitu, atau mungkin mempunyai agenda politik tersembunyi.

"Adakah dia cuba menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat ini perampas kuasa secara ganas?" soalnya.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan, kenyataan tersebut dilontar Najib hasil daripada perasaan takut melihat sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Tambahnya lagi, ianya juga mungkin menggambarkan Umno tidak boleh menerima jika Pakatan Rakyat benar-benar dapat menguasai Putrajaya.

"Atau Najib mahu ahli Umno bertindak ganas pada Pakatan Rakyat jika dapat menguasai Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti," katanya.

Bagaimanapun tegasnya, Pakatan Rakyat tetap bertekad dan sedang berusaha untuk menguasai Putrajaya, dengan sokongan padu rakyat negara ini.

Sementara itu, Presiden PKR, Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan mahu Najib memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut yang disifatkan sebagai anti-demokrasi.

"Saya mewakili pimpinan dan anggota KEADILAN mendesak agar Presiden Umno menarik semula kenyataan beliau yang jelas sekali berniat jahat dan bersifat anti-demokrasi.

"KEADILAN juga menuntut supaya Datuk Sri Najib memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan memberi jaminan bahawa sekiranya perubahan Kerajaan Persekutuan benar-benar berlaku dalam Pilihan Raya Umum akan datang, maka Umno BN akan menyerahkan kuasa secara terhormat dan dalam suasana yang aman dan harmoni," katanya.


Desakkan Gugur Tuduhan liwat untuk menarik pelabur asing (Kroni Mata Sepet)

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar mencadangkan dakwaan liwat ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan demi memulihkan semula persepsi pelabur asing pada prospek ekonomi negara.
Beliau berkata demikian sebagai mempertegas pandangan Richard Branson, jutawan dan pengasas Kumpulan Virgin pada hujung bulan lalu di Program Tranformasi 10 Tahun Ekonomi Malaysia, ibu negara.

"Dalam satu majlis rasmi kerajaan Malaysia, yang dituanrumahkan Mida (Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia), yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak; Richard Branson sebagai pengucap utama telah mengatakan bahawa nama Malaysia menjadi buruk disebabkan kes liwat ini.

"Dia (Richard Branson) kata kes ini menjadi penghalang pada pelaburan asing dan gugurkan saja kes ini dari mahkamah," ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, penegasan Richard itu sekaligus memberi isyarat bahawa dakwaan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir kononnya politik pihak pembangkang sebagai punca pelabur asing lari dari Malaysia adalah dakwaan yang tidak berasas.

Dalam nada yang sinikal, AJK PAS Pusat itu turut mencadangkan Mukhriz menuduh Richard sebagai agen terbaru yang diupah oleh pembangkang untuk memburuk-burukkan prospek pelaburan di tanah air.

"Richard Branson takkan pemimpin pembangkang di Malaysia, Richard Branson takkan pembangkang yang bayar," ujarnya sambil tersenyum.

"Dia (Richard) seorang jutawan antarabangsa, dia bercakap bebas sudah tentu demi kepentingan dan prospek multi perdagangannya."

Beliau turut menafikan laporan berita media arus perdana, kononnya tindakan Anwar berpidato di Parlimen Republik Indonesia pada 12 Oktober lalu mengakibatkan pelabur asing meninggalkan negara.

"Pemimpin Umno lupa bahawa pemimpin pembangkang cakap begitu juga di dalam negara, tapi media arus perdana tidak bawa (melaporkannya).

"Apabila kita bercakap di luar negara, di Jakarta seperti baru-baru ini, media mereka bebas (dan) media mereka melaporkan apa yang kita cakap, maka jadilah beritanya," ujarnya lagi.

Channel News Asia pada 28 September melaporkan, Branson mendesak pentadbiran Najib menggugurkan kes itu kerana secara fundamentalnya adalah salah.

"Saya harap kes ini dapat digugurkan. Kes ini secara fundamentalnya salah dan tidak membuatkan Malaysia dilihat baik dalam peta dunia," ujarnya.

PNB Mahu Guna Dana Pencarum Untuk Kayakan Poket Kroni Umno-BN (Meriam Buluh Bulan Penuh)
     
MO11KUALA LUMPUR 22 Okt - Permodalan Nasional Berhad (PNB) di dakwa memperjudikan wang simpanan rakyat yang mencarum kepada pelbagai dana di bawah institusi tersebut untuk membina Menara Warisan Merdeka 100 tingkat  demi memenuhi ketamakan pimpinan Umno-Barisan Nasional yang gilakan projek mega bagi kepentingan diri sendiri.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk mahfuz Omar memberi

amaran dana terkumpul RM115 bilion milik orang ramai kini dipertaruhkan untuk memperkayakan lagi kroni Umno-BN.

Sehubungan itu, Mahfuz meminta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berhubung kenyataan beliau bahawa pembinaan projek mega berharga RM5 bilion tersebut tidak membabitkan dana unit amanah tetapi menggunakan dana khas daripada keuntungan yang dibuat oleh institusi itu.

"Saya ingin mengingatkan beliau bahawa nilai saham yang terkumpul dalam PNB adalah RM115 bilion, hasil daripada Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Bumiputera dan lain-lain dana.

"Saya tidak fikir PNB mempunyai dana yang lebih besar daripada yang dikumpulkan dari segenap masyarakat,

"Apa yang saya ingin ditegaskan di sini, secara langsung atau tidak ia akan melibatkan hasil keuntungan daripada dana saham-saham amanah tersebut," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen tengahari semalam.

logo_PNBTambah beliau, apa yang dikesalkan keuntungan tersebut sepatutnya diberikan sebagai dividen kepada pemegang saham dan tidak adil jika PNB mahu menggunakan keuntungan itu untuk membina menara mega dalam keadaan di mana Kuala Lumpur sudah pun mempunyai lambakan ruang pejabat yang tidak disewa.

Mahfuz juga memberikan contoh di mana syarikat Naza juga akan membina bangunan 100 tingkat melalui pertukaran tanah dengan pihak Matrade bagi membina bangunan tersebut.

"Selepas ini, kita akan ada 200 tingkat sedangkan kita sudah melihat lebihan ruang tersebut sehingga 2014, jumlahnya adalah 15 juta kaki persegi sedangkan permintaan sudah berkurangan.

"Umpamanya pengurangan kadar sewa oleh Menara Citibank daripada RM7 sekaki kepada RM6 menunjukkan permintaan telah berkurangan sehingga terpaksa menawarkan dengan kadar harga yang lebih murah di kawasan segi tiga emas bandaraya," tegas Naib Presiden PAS itu.

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjb2gL1p5dIKuSfwn9IQ36Phj4v0QxOIuqOo4boTnbmXWd7cVYDAlKFzKgTaXlIOdR4580ectrAMh_mzh52zbUQhSd6-07EO8_SZaRrGl3rRQJq039InMhbBG3CTIyfsjIkSkqyUvRZh_Q/s400/Awang+Adek+Hussin.jpg

Pembangkang Manipulasi Pembangunan Demi Politik Sempit – Awang Adek

KUALA LUMPUR 22 Okt – Orang ramai khususnya rakyat di akar umbi disaran agar tidak terpengaruh dengan dakyah dan dongengan palsu serta hipokrit pembangkang yang memanipulasi pelbagai projek pembangunan kerajaan termasuklah cadangan pembinaan  menara warisan merdeka 100 tingkat.

Wakil Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussein  berkata  golongan hipokrit tersebut hanya tahu memanipulasi benda-benda terbabit dengan tujuan untuk me nimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan dan bukannya melihat sebagai satu projek memajukan infrastruktur negara.

http://manjanik.files.wordpress.com/2007/06/alwi-ketereh.jpg

Kelantan Kerajaan Abu Nawas, Menteri Besar Kuat ‘Auta’

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Kerajaan Pas Kelantan diibaratkan sebagai kerajaan Abu Nawas kerana Menteri Besarnya yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah seorang pemimpin yang kuat ‘auta’.

Datuk Alwi Che Mat yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Kelantan ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden mendedahkan bagaimana beliau menjadi  mangsa kepada Nk Aziz pada persidangan Dewan Undangan (DUN) Negeri Kelantan.

“Saya tanya kenapa terlalu marahkan UMNO hingga sanggup berkawan dengan syaitan dan iblis, malah hingga sanggup mendoakan perkara yang tidak baik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w  ketika ditanya bagaimana untuk masuk syurga, baginda menjawab sebanyak tiga kali iaitu jangan marah. Bagaimanapun Nik Aziz kata beliau akan menjawabnya pada sebelah petang.

“Ketika menjawab soalan berkenaan, Nik Aziz kata nafsu tidak boleh ditahan. Ia mesti dikeluarkan. Sebab itulah tok-tok guru semuanya kena kahwin…kalau tidak kahwin tidak ada maknanya dan jadilah macam paderi.

“Saya kemudiannya bangun. Saya kata , yang saya tanya adalah nafsu amarah dan jawapan yang diberikan adalah nafsu syahwat. Saya tanya buah oren kenapa pula dijawabnya buah epal. Tengok bagaimana dia pusing,” katanya .

Alwi yang juga Ketua Penerangan UMNO Kelantan menegaskan, kerajaan Pas Kelantan bukan sahaja  gagal dalam pengurusan, malah turut gagal meningkatkan mercu syiar Islam.

“Saya juga pernah bertanya di dalam dewan persidangan..Apakah kegemilangan Islam yang telah dicapai oleh kerajaan Kelantan. Lalu dijawab oleh Nik Aziz kegemilangan Islam yang dibawa ialah bahawa pemindahan akaun kerajaan negeri kepada Bank Islam.

“Saya kata, letak duit di dalam Bank Islam itu bukanlah kecemerlangan Islam tetapi penubuhan Bank Islam itu sebenarnya kejayaan dan ia adalah hasil usaha UMNO. Naik kapal bukan kejayaan tetapi bina kapal itu adalah satu kejayan,” katanya sambil mednapat tepukan gemuruh para perwakilan.

Katanya, pakatan pembangkang hari ini umpama pakatan “Ahzab” iaitu sebuah pakatan pada zaman Rasulullah s.a.w yang mahu menghancurkan kerajaan Islam yang baru ditubuhkan di Madinah.

“Pakatan “Ahzab” pada waktu itu dianggotai oleh pakatan musyrik Mekah yang mengandungi beberapa parti.  Sebab itulah dinamakan peperangan “Ahzab” iaitu peperangan parti.

“Pada waktu itu orang munafiq Madinah, yahudi bersama kaum bani Al-Mustalaq berkumpul di tengah-tengah tanah arab bersatu untuk hancurkan sebuah kerajaan Islam. Rasulullah s.a.w akhirnya memohon dan berdoa kepada Allah memohon perlindungan.

“Saya nampak pakatan ini sama dengan sebelah sana yang kononnya diketuai oleh orang Islam sedangkan pada hakikatnya adalah tidak benar sama sekali kerana Pas “junior partner”, PKR juga “junior partner”.

Pakatan mereka sebenarnya dipelopori DAP yang mana bapanya ada di seberang sana iaitu PAP,”katanya.

Justeru katanya jangan biarkan pakatan terbabit menghancurkan Islam dengan memastikan UMNO terus kuat dan mantap untuk mempertahan serta meningkatkan lagi kejayaan dan kecemerlangan syiar Islam yang telah digarap sekian lama.

Tambah beliau, Islam yang menjadi pegangan orang Melayu di negara ini akan hancur sekiranya serahkan tampuk kepimpinan kepada PAS.

“Kalau nak harapkan PAS perjuangkan Islam, maknanya hancurlah Islam di negara ini. Pas ini celaru.

“Saya meminta agar Datuk Seri Presiden meneruskan kesinambungan perjuangan Islam berdasarkan sistem Piagam Madinah iaitu bersama dengan orang-orang bukan Islam untuk memerintah sebuah negara di mana Islam menjadi teras asas perjuangan,” katanya.

PAS harap UMNO belajar menjadi orang kalah 

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan Najib Razak selaku Presiden UMNO yang hendak mempertahankan kemenangan UMNO-BN, mestilah dengan cara demokrasi, bukan dengan bermain di padang yang tidak sama dan mengubah tiang gol.  Ucapan beliau di perasmian persidangan agung UMNO di PWTC, yang meyebut "Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa.  Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!"
 
PAS berpendapat ucapan ini membayangkan mimpi ngeri pemimpin UMNO untuk menghadapi kebangkitan rakyat dalam pilihanraya akan datang.  

Mereka membayangkan apa akan terjadi kepada rumah banglo mewah mereka, kereta mewah mereka dan perniagaan mereka jika kerajaan BN jatuh.  Sebenarnya mereka bukan takut rakyat tidak boleh makan, bukan takut hak Melayu akan hilang. 

Kerana selama ini pun mereka tidak pedulikan rakyat.  Banyak perwakilan UMNO telah membangkitkan bagaiamana pemimpin UMNO yang tidak mempedulikan rakyat selama ini.  Turun berjumpa rakyat hanya ketika hendak pilihanraya.
 
PAS mengharapkan supaya UMNO belajar menjadi orang kalah, kerana dalam negara demokrasi ada masa turun naik.  PAS hendak tahu juga apa maksud ucapan Presiden UMNO "walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!

Apakah kalau BN tidak mendapat suara majoriti adakah mereka tidak mahu menyerah kuasa juga?

Demokrasi apakah ini?

Belajarlah daripada PAS yang pandai menghormati demokrasi di negara ini.  

PAS pernah memerintah Kelantan pada tahun 1959, tapi tewas pada tahun 1978 walaupun dengan taktik undang-undang darurat, namun PAS menyerahkan kuasa kepada UMNO, kemudian kembali memerintah pada tahun 1990 hingga kini.  PAS juga pernah menang 1959 dan kalah di Terengganu pada tahun 1961 melalui taktik kotor.

Kemudian menang pada tahun 1999 dan tewas pada tahun 2004.  Walaupun pada ketika itu emosi penyokong PAS tidak boleh menerima kekalahan ini, namun kebijaksanaan pemimpin PAS telah berjaya menenangkan rakyat supaya menghormati suara rakyat.  Begitu juga dengan peristiwa jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak walaupun dengan cara tidak demokratik, namun PAS dan Pakatan Rakyat terus bersabar dan akur dengan keputusan ini.

Najib Razak kena sedar bahawa Malaysia ini bukan harta pusaka UMNO BN yang telah diwasiatkan melalui Amanah Raya, tetapi ia adalah hak rakyat untuk menentukan kepimpinan di negara ini melalui pilihanraya.

No comments:

Post a Comment