Tuesday, October 12, 2010

Pendedah permasalahan Felda adakah bersifat kepentingan politik atau untuk membetulkan penyelewengan sekiranya ada? Pada kita Felda ini telah berjasa banyak kepada peneroka dan anak-anak peneroka. Tiada siapa yang boleh menidakkannya. Adakah Felda sekarang seteruk itu yang di bangkitkan oleh Mazlan Aliman, Pengerusi Anak dan Pemimpin Bulan Penuh? Adakah ini agenda politik Bulan Penuh untuk membohongi dan memfitnah Felda di mata peneroka dan anak-anak peneroka? Almaklumlah apa yang di perkatakan oleh Bulan Penuh walaupun fitnah dan bohong akan dipercayai oleh peneroka dan anak-anak peneroka kerana Bulan Penuh memperjuangkan Islam. Islam mana boleh bohong dan memfitnah. Kita terfikir jugak akan kenyataan "jangan tengok satu angel" nanti "kita akan nampak satu angel sahaja" kita tak nampak angel-angel yang lain. Kalau kita nak pilih isteri kita kena tengok berbagai-bagai angel sebelum kita menyatakan kesediaan kita untuk mengambil seorg itu sebagai isteri. Natijahnya kita harus melihat Felda itu secara keseluruhan bukan hanya memilih sesuat perkara dan di letupkan menjadi isu-isu yang boleh di ibaratkan sebagai pembohongan dan fitnah dengan tujuan untuk menghasut peneroka dan anak-anak peneroka agar bangkit menentang Felda dan kerajaan Dacing. Kita rasa penentangan ini hanya segelintir sahaja yang memang wujud sejak Felda di tubuhkan dahulu. Inilah demokrasi dan keadilan namanya bukannya demokrasi dan keadilan secara menfitnah dan membohongi rakyat tentang Felda dan pemimpin-pemimpin Keris. Kita tengok apabila pendedahan di buat mengenai Ladang Rakyat di Kelantan, maka dengan sekilas pantas Bulan Penuh kata "tidak itu bukan merampas hak rakyat sebab tanah kerajaan". Org percaya sebab yang memberi jawapan ialah pemimpin-pemimpin Bulan Penuh yang memperjuangkan Islam mana boleh bohong atau fitnah. Ini di Felda tanah di berikan, elaun diberikan dan berbagai-bagai insentif di kurniakan oleh Felda, maka di mana letaknya penyelewengan tersebut? Felda bukan di kendalikan oleh pemimpin-pemimpin Bulan Penuh itu pasal ada penyelewengan dan penipuan serta rasuah. Kita nak tahu jugak kalau Mazlan Aliman ini nak dedahkan perkara sebenarnya maka dedahkan sebab kita nak jugak tahu perkara yang akan didedahkan itu tulen atau rekaan semata-mata. Jangan jadi macam budak main guli kalah sikit nanti aku cakap bapak engkau engkau cakap aku main tipu, bohong dan fitnah. Kita tak boleh main ugut-ugut Felda. Inilah namanya agenda politikus pemimpin-pemimpin Bulan penuh yang ingin merampas Putrajaya dengan menyerang habis-habisan dengan fitnah dan pembohongan supaya peneroka dan anak-anak peneroka bangkit mengundi Bulan Penuh pada PRU 13 nanti. Itu sahaja yang Bulan Penuh inginkan bukan untuk dedahkan penyelewengan tersebut yang akan di petik daripada mana mungkin drp Bulan Penuh kot?

Mazlan: PAS tidak buta, Anak akan dedah banyak lagi isu Felda

KUALA LUMPUR, 13 Okt — Pengerusi Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman mengingatkan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Yusof Nor supaya berhati-hati dalam menguruskan pentadbiran badan berkanun itu, sebaliknya tidak mempersalahkan pertubuhan itu dan PAS.

Pemimpin PAS ini berkata parti yang diwakilinya bukan buta dalam soal perkembangan Felda, sebaliknya akan mendedahkan lebih banyak isu berkaitan dengan agensi persekutuan itu.

“Saya nak ingatkan beliau (Yusof) yang galak bercakap soal Felda dengan kata kita ini penghasut, menabur fitnah, buta dan pelbagai tuduhan lain lagi.

“Saya minta beliau supaya berhati-hati dengan setiap kenyataan dan komen yang dibuat. Jika tidak lebih banyak pendedahan akan dibuat selepas ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata Yusof perlu memperbetulkan keadaan yang “kucar-kacir ini dan jangan menjadi alat Umno lagi.”

“Jika pentadbiran Felda masih angkuh dan tidak memperbetulkan keadaan ini, saya tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan lebih banyak penyelewengan yang dibuat Felda.

“Jadi saya minta supaya Yusof dan pemimpin Umno lain supaya bermuhasabah selain berfikir adalah Felda sudah mencapai hasratnya.

“Sebelum buat tuduhan kepada kita, lebih baik mereka fikir dahulu,” kata beliau yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Mazlan mengulas kenyataan Yusof Sabtu lalu, yang menyifatkan pemimpin parti Islam itu sebagai “orang buta” kononnya tidak memahami corak pentadbiran badan berkanun itu.

Yusof berkata pemimpin PAS hanya melihat peristiwa yang berlaku itu dari satu sudut sahaja.

“Bila berlaku masalah mereka hanya melihat dari satu sudut, mereka tidak lihat secara keseluruhan pentadbiran Felda.

“Kalau orang buta jumpa orang buta, mereka akan kata diri mereka dizalimi kerana dilahirkan buta. Ini adalah percakapan antara orang buta,” katanya.

Felda sebelum ini menjadi perhatian apabila Pakatan Rakyat (PR) telah membangkitkan pelbagai isu membabitkan badan berkanun itu termasuk isu bankrap.

Malah terdapat peneroka yang mengambil tindakan undang-undang terhadap Felda kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran.

Felda sebelum ini terpaksa membayar RM11 juta kepada seramai 354 peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan berhubung kes tuntutan manipulasi gred buah kelapa sawit.

Mereka menyaman Felda bagi menuntut antara RM20,000 dan RM30,000 setiap seorang sebagai ganti rugi am kerana mendakwa agensi itu telah memberikan nilai yang rendah terhadap mutu buah kelapa sawit yang mereka hasilkan antara 1996 dan 2002 sehingga menyebabkan kerugian kepada mereka.

Bulan lalu, Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan peneroka berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya berikutan saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.
Felda mempunyai 112,635 peneroka dengan 14,882 atau 13.2 peratus daripadanya merupakan peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka.

No comments:

Post a Comment