Sunday, October 10, 2010

PRK Dun Galas (Gua Musang, Kelantan Darul Naim) - Mulut No.1 sudah di tutup, sekarang nak tutup mulut No.2...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEib47iHnGOC9Xums2fhh3e_DM-gTE3uDES7UVWc4AmOcd4d7IBk78mzFNqyGcyK-7Od9FQhlHqGH4_72I3ymqSDEvnHTDHLzg8JsFdhjB_qB6Qx_nBLbgfOzdbNBB7mfWiPePtFTQpAUu1j/s220/UNDILAH.jpg   


VS


 
VS      
http://ntvirus.files.wordpress.com/2009/04/undi_pas1.jpg 



Pertembungan antara buku dengan ruas akan kembali lagi selepas Manik Urai yang mana Dacing tewas dengan undi yang tipis tak sampai 70 undi sahaja. Sekarang Dun Galas telah menyajikan satu perjuangan idealogi dan fahaman yang berbeda seperti antara itik dengan ayam. Si itik akan cakap engkau ayam tak boleh berenang macam aku. Si ayam pulak kata engkau tak boleh berkokok macam aku di pagi hari. 

Inilah yang akan kita lihat nanti Bulan Penuh akan memperkatakan bahawa Bulan Penuh berjuang berlandaskan Islam dan Tok Gurunya akan mengeluarkan berbagai fatwa dan dalil untuk menegakkan hujah tersebut. Fatwa dan dalil yang kerap di utarakan ialah "Undi Bulan Penuh dapat Pahala, Undi barisan dapat Bala", Undi Bulan Penuh Masuk Syurga, Undi Barisan Masuk Neraka", Undi Bulan Penuh Islam Undi Barisan Kafir". Inilah antara fatwa dan dalil yang akan di keluarkan oleh Tok Guru Bulan Penuh dalam PRK Dun Galas nanti. Kita nak tunggu sekiranya ada fatwa dan dalil yang baru, manalah tahu kerana Tok Guru Bulan Penuh penuh dengan innovatif, dalam pengajian serta penyelidikan tentang sesuatu isu atau perkara. Semua fatwa dan dalil-dalinya itu betu-betul belaka tiada yang cacat cela dan yang kurang berkesan untuk memesongan ahli-ahli Bulan Penuh daripada tidak menyokong Bulan Penuh. 

Berbagai cara telah di gunakan oleh Dacing untuk memesongakan pandangan ahli-ahli Bulan Penuh tetapi gagal. Sehinggakan TPM semasa di manik Urai ada berkata bahawa Undi Bulan Penuh atau Dacing boleh masuk syurga. Yang membezakan kita ialah dosa. Sesungguhpun begitu hujahan TPM gagal untuk menyakin ahli-ahli Bulan Penuh kerana TPM bukan golongan ulama yang hendak menandingi keulamakan Tok Guru Bulan Penuh.

Kita ingin ketahui bagaimana pulak bertembungan YAM Ku Li dengan Tok Guru Bulan Penuh. Cakap-cakap di bawah bahawa YAM Ku Li mempunyai kelebihan adalah benar kerana ketokohan dan ketajaman ilmu politiknya tiada siapa yang boleh menandinginya di kawasan yang telah diwakilinya sejak 50 tahun dahulu. Para troopers Bulan Penuh telah mengeluarkan gambar biawak di sebelah gambar YAM Ku Li bagi menunjukkan bahawa YAM Ku Li ini mempunyai lidah bercabang. 

Dalam politik kita boleh menjadi kawan apabila kita bergandingan untuk menyelesaikan sesuatu isu yang kita mempunyai pengetahuan dan kepakaran. Ini tidak bermakna kita menyokongan wawasan dan wadah perjuangan parti tersebut. Inilah yang dilaksanakan oleh YAM Ku Li dalam kes Petronas yang di saman oleh kerajaan Bulan Penuh. Sungguhpun begitu YAM Ku Li dalam pertembungan di Dun Galas, beliau dengan rela hati mengalas tanggungjawab sebagai pemimpin Parlimen Gua Musang menerima perlantikan sebagai Pengarah Pilihanraya Dun Galas bagi Keris/Dacing. Ini yang memeranjatkan Bulan Penuh kerana pada Bulan Penuh engkau dah tolong aku bermakna engkau tak boleh lawan aku kerana kita sudah menjadi kawan. Falsafah YAM Ku Li ialah aku tetap Keris dan jiwa aku Keris so aku akan pimpin Keris untuk mencapai kemenangan melawan Bulan penuh di Dun Galas. Kalau kita dengar semua cakap Bulan Penuh matilah kita. Itu sudah menampakkan keazaman YAM Ku Li untuk merampas kembali kerusi Dun Galas.

Kita juga dengar bahawa Dacing tidak akan menaburkan mee segera kepada Dun Galas seperti PRK sebelum ini. Ini ialah kerana ianya tidak disenangi oleh rakyat. Ini bermakna kerajaan tidak akan menggunakan peruntukkan yang ada untuk di taburkan kepada Dun Galas. Tiada Universiti untuk Dun Galas. Maknanya Bulan Penuh juga tiada isu mee segera untuk di sajikan kepada pengundi Dun Galas. Kemudahan asas yang lain kita akan pertimbangkan.

Setengah org kata buat apa bertanding di Dun Galas, bagi sahaja kepada Bulan Penuh kerana tidak akan mengubah sebarang keadaan di Kota Darul Naim. Ini bukan pasal berubah atau tidak tetapi adalah pasal pejuangan yang telah ditetapkan oleh kedua-dua pihak bahawa perjuangan mana yang akan diterima oleh rakyat. Perjuangan Islam yang memecah belahkan umat Islam atau pejuangan yang memartabatkan Melayu Islam di Malaysia. Kita akan jumpa dari masa ke semasa sehingga menjelang PRK Dun Galas...tunggu...











 

No comments:

Post a Comment