Saturday, October 2, 2010

Elak aliran politik sempit dan di tindas di masa hadapan


ISMAIL Abdul Muttalib (tiga dari kiri) bersama sebahagian kanak-kanak pada majlis hari raya Parlimen Maran di Dewan Sultan Ahmad Shah, Maran, Pahang, semalam.


MARAN 2 Okt. – Rakyat diminta tidak terjebak dengan aliran politik sempit dan berbahaya yang boleh menggugat keamanan dan perpaduan kaum di negara ini.

Setiausaha Kelab Penyokong Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBCC), Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, perkara itu disedari apabila terdapat pihak tertentu yang ghairah mempersoalkan perkara yang dipersetujui dalam Perlembagaan Negara termasuk berkaitan Perkara 153.

Katanya, lebih malang lagi ada dari kalangan orang Melayu yang mempersoalkan perkara itu sedangkan ia digubal untuk mempertahankan hak dan keistimewaan masyarakat kaum tersebut.

‘‘Orang Melayu perlu rasional menyokong mana-mana parti politik mahupun badan bukan kerajaan (NGO) tertentu bagi mengelakkan mereka dijadikan batu lonjatan untuk mencapai cita-cita songsang pihak lain.

‘‘Sudah sampai masanya orang Melayu celik dari ‘tidur di siang hari’ mempertahankan hak dan kedudukan yang ada kerana kesilapan generasi sekarang akan ditanggung oleh anak cucu pada masa akan datang,‘‘ katanya.

Ismail berkata demikian kepada Mingguan Malaysia selepas sambutan hari raya Aidilfitri Parlimen Maran di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

Hadir sama Exco Pahang, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Datuk Ahmad Munawar Abdul Jalil (Luit), Datuk Shahaniza Shamsuddin (Kuala Sentol) dan Pegawai Daerah Maran Datuk Fadzilla Salleh.

Beliau turut meraikan 165 bakal haji dan menyampaikan bantuan kepada 46 mangsa ribut Felda Sungai Nerek, Kampung Huma Luas dan Kg Bukit Kuing di sini.

Menurut Ismail, ada orang Melayu tidak menyedari mereka diperalatkan pihak lain berikutan sikap mereka yang tidak mengambil kisah akan agenda yang mempunyai matlamat tertentu.

‘‘Orang Melayu perlu proaktif dan sensitif tentang isu yang dibangkitkan mengenai negara, bangsa dan agama oleh pihak lain terutama jika ia menyentuh masa depan negara,‘‘ katanya.

Dalam hal berkaitan, Ismail turut menyakui peringatan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Melayu akan hilang kuasa jika pembangkang memerintah dan patut dijadikan iktibar.

Tambahnya, jika kaum itu perlu bergerak pantas dan seiring dengan kemajuan tetapi dalam masa sama perlu mempunyai semangat jati diri dan patriotik yang menjadi sanjungan dijiwa masing-masing.

Tegasnya, pemimpin Melayu yang diterajui UMNO akan terus mempertahankan kemakmuran yang dinikmati semua enik di negara ini bukan sahaja orang Melayu tetapi juga Cina, India, Orang Asli, Kadazan, Melanau dan sebagainya.

Katanya, hal demikian terbukti setiap kaum telah menikmati pelbagai kemajuan dan kek ekonomi negara mengikut kemampuan masing-masing tanpa sekatan atau halangan.

No comments:

Post a Comment