Wednesday, October 27, 2010

Roket Naga Kepala 2 (Saudagar Perkauman No.1 di Malaysia) : Ini Roket Naga Kepala 2 kata kerajaan sudah dicriminate bina sekolah Cina. King Kong Ming ini memang pandai bermain dengan isu sensitif kaum "sebelah sinun" almaklumlah tiada isu nak di bangkit selain drp isu kaum "sebelah sinun". Inilah contoh saudagar perkauman yang kuat di pegang dan akan menjadi isu politik di Kota Darul Rizuan dan merata tempat sekiranya King Kong Ming ini akan berkempen. Contoh-contoh hujahnya ialah kerajaan Dacing adalah kerajaan yang mendiskriminasikan kaum "sebelah sinun" kerana telah gagal untuk membina sekolah kaum "sebelah sinun". Kerajaan Dacing cakap tak serupa bikin. Sekolah Kebangsaan adalah untuk org Melayu, kita mahukan sekolah kita iaitu bertutur dalam bahasa kita, kebudayaan kiat dan adat istiadat kita. Ini tak adil. Kita mahukan keadilan. Ini bukan demokrasi yang kita amalkan. Kita Pakatan Rompah akan menjamin seluruh Malaysia akan di bina dengan sekolah kaum "sebelah sinun". Walaupun Dr. Timbalan Menteri Pelajaran telah menjawab bahawa tiada sekolah "sebelah sinun" yang di tutup walaupun hanya seorang murid. Kalau yang ada adalah kerana beralih tapak sekolah sahaja. Sekolah Kebangsaan adalah untuk semua iaitu 1 Malaysia bukan untuk murid-murid Melayu sahaja. Mungkin King Kong Ming tersilap kot sebab sudah jadi perawi dan banyak sangat memberi hujahan dengan fatwa dan dalil Al-Quran maka Allah (SWT) tunjukkan kuasanya dengan menebalikkan otaknya menjadi seperti org hilang punca. Kita juga ingin membawa satu lagi contoh YB Batu Gajah bukan Batu Sapi yang menyatakan bahawa kata-kata azimat YAB PM itu telah menakukannya. Kita hairan kenapa seorang yang berpendidikan ijazah undang-undang tidak boleh menafsirkan ungkapan tersebut yang amat mudah untuk di fahami. Inilah contohnya mengapa kita suruh rakyat Malaysia supaya pergi ke Sekolah Kebangsaan supaya mereka akan faham dan boleh bertutur Bahasa Malaysia dengan baik. Lagi satu jangan di boikot Utusan Malaysia kerana di sana kita boleh dapat banyak ungkapan-ungkapan kata-kata azimat untuk di praktikkan bukan baca akhbar-akhbar dan portal-portal fitnah dan pembohongan sahaja. Nampak sangat macam kebudak-budakkan YB Batu Gajah ini. Inilah contoh-contoh mengapa 1 Malaysia itu sukar di capai kerana YB-YB ini yang bermati-matian berjuang biar bergolak bergadai namun hati tetap akan menunkah badai untuk memperjuangkan sekolah kaum "sebelah sinun" walaupun ianya terpaksa berputih mata ataupun berkerat rotan sekalipun.


Dap MP who doesn't understand Malay proverb.

Fong asks PM to explain his Umno speech to Parliament

KUALA LUMPUR, Oct 26 — The debate on Budget 2011 at the Dewan Rakyat became heated today when a DAP MP said that the speech of Datuk Seri Najib Razak at the Umno General Assembly had frightened her.
Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah)angered Barisan Nasional MPs when she declared that the Prime Minister and Umno President should explain his utterances.
She was referring to Najib’s call on Umno and Barisan members to defend Putra Jaya, the seat of government, at all costs.
 DAP dakwa kerajaan diskriminasi bina SJK Cina
     
KUALA LUMPUR, 27 Okt: Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mendakwa kerajaan mengamalkan diskriminasi dalam pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina apabila hanya menyiapkan dua daripada 19 buah yang dijanjikan.

Kor Ming yang juga Penolong Bendahari DAP Kebangsaan berkata, kerajaan juga telah mengurangkan 48 buah SJKC sedangkan sekolah berkenaan mengalami pertambahan murid.

“Saya berasa sangat kesal walaupun kerajaan dalam manifesto pilihan raya telah berjanji untuk memindah enam buah sekolah dan membina 13 buah sekolah jenis kebangsaan Cina yang baru. Setakat hari ini hanya dua buah sahaja yang siap yang 17 buah masih belum dalam operasi.

“Jumlah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina telah berkurangan sebanyak 48 buah. Bayangkan jumlah murid sekolah di sekolah jenis kebangsaan telah bertambah daripada 320 ribu menjadi 640 ribu dan antaranya 75 ribu bukan Cina, tapi Melayu dan India.

“Ini bermaksud sekolah jenis kebangsaan adalah sekolah yang diiktiraf dan menerima semua rakyat tanpa mengira kaum,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau turut menggesa kerajaan memansuhkan tiga surat pekeliling dan garis panduan yang didakwa mengamalkan diskriminasi terhadap SJK (C).

Salah satu garis panduan yang dipersoalkan mengenai tindakan kerajaan hanya membenarkan tapak sekolah rezab milik kerajaan dibina sekolah kebangsaan sahaja kecuali mendapat pengecualian daripada menteri.

“Mengapa tapak sekolah rezab kerajaan, tidak  boleh dibina semua sekolah tanpa mengira SJK (C) atau SJK (T) dan perkara ini tidak adil adil sama sekali?” soalnya.

Menurutnya, dua lagi garis panduan dan  surat pekeliling yang ditetapkan kementerian juga  tidak munasabah, antaranya terpaksa mengumpulkan sendiri dana sebanyak 80 peratus bagi SJK untuk membina bangunan baru.

“Semua lembaga pengelola sekolah SJK (C) dan SJK (T) yang  ingin membina sekolah baru atas kesesakan bilik darjah perlu mengumpul sendiri dana 80 peratus baru boleh mengemukakan permohonan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya masyarakat Cina dalam negara ini perlu menangung perbelanjaan RM 100 juta setahun sebagai sumbangan peribadi kepada sekolah jenis kebangsaan sejak negara merdeka.

Beliau juga mempertikai tindakan kementerian yang tidak membenarkan murid yang belajar di sekolah kebangsaan bertukar ke SJK.

“Saya menerima pelbagai rayuan daripada ibu bapa tetapi masih tidak dibenarkan pertukaran  biarpun rayuan demi rayuan dikemukakan.

“Alasan Kementerian Pelajaran prestasi sekolah kebangsaan diukur berdasarkan berapa ramai  murid bukan Melayu belajar di sekolah kebangsaan tidak masuk akal,” katanya.

Beliau dalam sesi soal jawab dalam Dewan sebelum itu meminta Menteri Pelajaran menyatakan secara terperinci satu demi satu status terkini pembinaan 19 buah Sekolah Jenis Kebangsaan SJK (C) yang diumum serta dijanjikan oleh kerajaan pada 31 Januari 2008 serta kos terlibat dalam menyiapkan sekolah-sekolah tersebut.

No comments:

Post a Comment