KUALA TERENGGANU, 23 Okt: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib meminta ahli dan penyokong parti agar tetap teguh serta tidak goyah dalam memperjuangkan Islam berhadapan dengan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN). Menurutnya, Umno BN akan menggula-gulakan rakyat dengan pelbagai janji serta habuan yang sementara. “Bila kita berjumpa dengan Umno dan Barisan Nasional (BN), kita kena teguh dengan Islam dan tidak terpengaruh dengan ‘gula-gula’ yang dijanjikan oleh mereka kerana berbentuk sementara sahaja,” tegasnya ketika berucap pada majlis perasmian Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu ke-14 di perkarangan Surau Tanjung, Batu Rakit, hari ini. Katanya, perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS perlu diteruskan meski pun menghadapi pelbagai halangan dan rintangan. Menurutnya, perjuangan PAS bagi menegakkan Islam bersifat ‘membujur lalu, melintang patah’ sama ada gugur syahid atau mencapai kemenangan. Justeru itu, katanya pejuang Islam tidak perlu bimbang dengan kemenangan kerana telah dijanjikan oleh Allah SWT sama ada di dunia atau akhirat. “Kita berjuang Islam jangan bimbang dengan kemenangan kerana telah dijanjikan oleh Allah SWT. “Jika kita tidak menang di dunia tetapi tetap akan diberi kemenangan oleh Allah Taala di akhirat kelak, insya Allah,” ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu di hadapan 8,000 para hadirin. Beliau juga mahu setiap ahli parti bekerja dengan cemerlang serta bersatu padu bagi mencapai kemenangan Islam. Katanya, soal bila tarikh pilihan raya akan diadakan tidak penting sama ada dekat atau jauh kerana usaha bagi mencapai kemenangan mesti diteruskan. Menurutnya, hanya dengan kemenangan Islam, rakyat akan mendapat kebaikan serta rahmat daripada Allah. |
Saturday, October 23, 2010
Bulan Penuh teguh hadapi Keris/Dacing: Kata-kata azimatnya ialah perjuangan PAS bagi menegakkan Islam bersifat "membujur lalu, melintang patah" sama ada gugur syahid atau mencapai kemenangan. pejuang Islam tidak perlu bimbang dengan kemenangan kerana telah dijanjikan oleh Allah SWT sama ada di dunia atau akhirat. “Kita berjuang Islam jangan bimbang dengan kemenangan kerana telah dijanjikan oleh Allah SWT. “Jika kita tidak menang di dunia tetapi tetap akan diberi kemenangan oleh Allah Taala di akhirat kelak, insya Allah. Inikah contoh-contoh pemimpin Islam yang kita hendak letakkan di Putrajaya. Inilah contoh-contoh pemimpin-pemimpin agama menggunakan agama untuk mengaut sebanyak mana laba bagi memancing sokongan rakyat yang taksub dengan perjuangan politik agama Bulan Penuh "Pejuang Islam tidak perlu bimbang dengan kemenangan kerana telah dijanjikan oleh Allah (SWT) samada di dunia atau akhirat. Inilah yang paling kita takuti kerana rakyat tidak mengetahui akan main-main politik pemimpin-pemimpin Bulan Penuh ini. Sekiranya seseorg itu taksub dengan perjuangan Islam Bulan Penuh maka baring di atas jalanraya untuk menghalang lalulintas pun mereka sanggup kalau di suruh oleh pemimpin-pemimpin yang meniupkan "semangat perjuang Islam songsang kpd ahli-ahlinya". Kita sentiasa berdoa kpd Allah (SWT) supaya pemimpin-pemimpin Bulan Penuh ini kembali kepada landasan Islam mengikut Al-Quran dan Sunnah Nabi. Jangan seksa rakyat begitu teruk nanti kita akan terima akibatnya di atas kerakusan dan ketamakkan kita untuk berkuasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment