KESEMPATAN berbual dengan Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, digunakan sebaik mungkin oleh penulis untuk bertanya persoalan yang ada hubung kait dengan Islam bagi mencari jalan keluar terhadap sesuatu kebuntuan daripada terus menyelubungi fikiran.
Ketika diaju persoalan bangsa yang sering diperdebatkan banyak pihak termasuk pemimpin politik, beliau menerangkan sepotong ayat al-Quran bermaksud: “Wahai manusia sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dari pelbagai kaum dan suku untuk saling berkenalan, membantu demi kesejahteraan, keadilan, keamanan dan keharmonian. Sesungguhnya paling mulia di sisi Allah ialah orang bertakwa.” (Surah al Hujuraat: 13).
Nooh berkata, ayat itu jelas menunjukkan manusia dijadikan mengikut bangsa dan kita perlu menyayangi bangsa serta keturunan tanpa menzalimi orang lain. Nabi Muhammad juga berbangsa Arab dan kita perlu mentaatinya.
Islam menuntut umatnya mempertahankan agama, nyawa, akal fikiran, harta dan keturunan yakni bangsa. Jika Melayu, ia perlu mempertahankan keturunannya dan sebaik-baik manusia termasuk orang Melayu adalah mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah.
Mendengar penjelasan bekas Mufti Johor itu, mencetuskan kesedaran pentingnya bagi orang Melayu apatah lagi beragama Islam mempertahankan bangsanya. Namun, kita pelik apabila ada pihak tidak bangga dengan bangsanya. Kenyataan itu dituturkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, juga Menteri Besar Kelantan yang menyatakan tidak bangga jadi Melayu. Baginya, bangsa datang secara automatik dan dalam Islam tiada bangsa yang lebih dan jika ada pun, ia adalah bangsa Arab.
Apakah pada pandangan Nik Aziz, Melayu bangsa yang hina atau jumud sehingga beliau tidak langsung berbangga dengan bangsanya sendiri. Sedangkan umum tahu hari ini yang menerajui negara ialah orang Islam berbangsa Melayu. Apakah menjadi kesalahan jika umat Islam itu dilahirkan sebagai Melayu dan apakah alternatif bangsa yang beliau inginkan.
Jika Nik Aziz istiqamah dalam perjuangannya, sebagai Islam tidak salah menyayangi dan mempertahankan bangsanya. Islam juga tidak melarang seseorang menjaga keharmonian dan menunjukkan imej baik kaumnya bagi diteladani bangsa lain.

Apatah lagi jika sebelum ini PAS dan parti pembangkang mendabik dada mereka mampu menjadi alternatif untuk memperjuangkan bangsa Melayu. Persoalannya, mampukah parti ini membela nasib Melayu sedangkan pemimpinnya seperti Nik Aziz tidak bangga menjadi Melayu.
Bolehkah Melayu menyerahkan nasibnya kepada PAS? Jika Nik Aziz tidak bangga menjadi Melayu, bermakna beliau tidak bangga malah tidak ada tuntutan untuk membela nasib Melayu. Sebaliknya, UMNO sudah jelas mempertahankan kedaulatan Islam, bangsa dan Raja Melayu.
Bagaimanapun Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad menyifatkan kenyataan sensasi pemimpin PAS itu bagi meraih sokongan rakyat adalah perkara biasa serta membuktikan ketidakupayaan PAS untuk menerajui sesebuah kerajaan.

No comments:
Post a Comment