Monday, October 25, 2010

Kahwin Politik: Saudagar Dongeng, Saudagar Fatwa dan dalil serta Saudagar Perkauman...



Mari kita pikirkan bagaimana tiga parti yang berlainan idealogi dan prinsip-prinsip perjuangan boleh duduk satu rumah makan satu rumah tidur satu rumah, Mata Sepet dengan konsep liberalisasinya, Bulan Penuh dengan keislamannya dan Roket dengan Malaysia Malaysian. Itu sebab Pakatan Rakyat masih belum di daftarkan sebagai satu parti seperti BN kerana idealogi dan perjuangannya macam langit dan bumi.



DAP- saya gelar Roket Naga kepala 2 wawasanya adalah Malaysia Malaysian iaitu kesamarataan bagi setiap rakyat Malaysia iaitu berdiri sama tinggi duduk sama rendah, menolak negara Islam dan Hukum Hudud.

PAS - saya gelar Bulan Penuh wawasannya adalah Malaysia sebuah negara Islam dan Undang-undang Hudud agenda utama.


PKR - saya gelar Mata Sepet wawasannya adalah reformasi, keadilan, Malaysia yang demokratik, mematuhi prinsip-prinsip hak-hak asasi manusia dan menghormati undang-undang antarabangsa.

Kita semua ketahui bahawa Pakatan Rakyat itu adalah pakatan untuk menawan Putrajaya tiada agenda lain selain untuk menumbang BN yang telah memerintah selama 53 tahun walaupun pada dasarnya Pakatan Rakyat adalah ikatan atau perkahwinan contract yang belum didaftarkan di ROS adalah amat rapuh serta longgar berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-

Kita jangan kata dalam Pakatan Rakyat akan menjamin keadilan, kesamarataan, menolak ruang rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan menindas, kontrak dan tender telus, golongan miskin akan di bantu, kebijakan ekonomi Malaysia mampu berdaya saing, iklim pelaburan sihat, kepatuhan kepada Perlembagaan, berubah dari dasar perkauman sempit, kebebsan dan kewibawaan sistem kehakiman.

Apabila kita hendak menyokong sesuatu pihak kita kena tengok apa manifesto dan wawasannya. Kearah mana parti tersebut ingin membawa Malaysia dan bagaimana kita hendak mencapai matlamat tersebut. Apakah perancangan pembangunan dan ekonomi yang ingin dipraktikkan. Apakah target ekonominya. Apakah mekanisme dan aturcara yang digunakan untuk mencapai matlamat itu.

Kita ada agenda tersendiri iaitu untuk martabatkan Islam dibumi Malaysia, mengukuhkan perpaduan umat Islam, menjaga kedaulatkan Raja-Raja Melayu, martabatkan bahasa Melayu, meningkatkan ekonomi orang Islam serta menjaga keharmonian antara kaum yang berbumbungkan Malaysia. Itulah yang di terjemahkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Kita orang Melayu Islam ini kadang kala cepat terpengaruh dengan cerita-cerita yang tak tahu hujung pangkal. Seolah-olah cerita Si Kitul dan Raja Mandeliar ini adalah benar tiada yang benar selain itu adalah benar. Kesian orang-orang yang cepat terpengaruh dengan penulisan seperti ini. Kita kena tengok rasional penulisan tersebut dan kaji kesahihannya jangan cepat melatah nanti kita naik lintah siapa yang susah kita jugak yang susah.

25/10/2010

Rakyat Malaysia akan di bawa sekali lagi untuk menentukan siapakah yang paling layak untuk mewakili mereka di dua kawasan iaitu di Dun Galas, Gua Musang dan di Parlimen Batu Sapi, Sabah. Di dalam kita mencari-cari formula dan idea bagaimana hendak menterjemahkan sesuatu PRK itu dapat di selitkan dengan agenda politik parti-parti yang bertanding dan penafsiran para pengundi dalam mengundi parti atau calon, kita dapati bahawa rakyat Malaysia sekarang memang sudah matang dan berfikiran jauh untuk menjadikan Malaysia ini sebuah negara yang benar-benar demokrasi.

Kedua-dua PRK ini telah membuktikan bahawa perjalanan yang kita lalui itu amat beranjau dan penuh dengan duri tetapi demokrasi yang di amalkan oleh kita selama ini tidak pernah luntur atau lebur di sebabkan oleh asakan, kritikan, cemuhan dan celaan Pakatan Rompah dan portal-portal pembangkang yang mengatakan bahawa demokrasi di Malaysia telah lumpuh dan hampir padam di sebabkan oleh cengkaman kuat Dacing selama 53 tahun.

Kata-kata azimat YAB PM dalam PAU 2010 "Berpasaklah kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji BN. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan".

Kata-kata ini telah banyak di gembar-gemburkan sebagai Keris cuba mempertahankan Putrajaya dengan berbagai cara. Ada yang cakap Keris akan gunakan kekerasan, ada yang cakap kita sekarang bukan demokrasi lagi, ada yang cakap Keris takut dan gentar hilang kuasa, ada yang cakap Keris duduk di bawah ketiak Raja-Raja Melayu, ada yang cakap Keris akan menghuru-harakan negara ini sekiranya Pakatan Rompah berjaya menawan Putrajaya dan ada yang cakap Keris gila kuasa. Berbagai andaian timbul daripada ungkapan keramat yang telah di lontarkan oleh YAB PM semasa PAU 2010 lalu.

Inilah lontaran kata-kata azimat seorang pemimpin yang mempunyai pandang yang melangkaui masa. Kita mesti lihat kata-kata azimat ini sebagai perangsang kepada ahli dan pemimpin Keris/Dacing bagi menterjemahkan sebuah pemikiran dan penelitian yang jitu untuk menjamin kelangsungan yang kita nikmati sekarang berkekalan sehingga ke anak cucu kita kemudian. Kata-kata azimat ini adalah untuk memperingati semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama yang sayangkan kestabilan, kehormanian, kesejahteraan dan kemuafakatan serta hormat-menghormati hak-hak masing telah di terjemahkan dalam Perlembagaan Malaysia bahawa Keris adalah tunjang kepada Dacing yang menjadi pemerintahan di Malaysia.  

Perpasak kepada Keris bermakna org Melayu Islam mesti berdiri teguh di belakang Keris kerana Keris telah membawa org Melayu menikmati berbagai kemajuan selama 53 tahun merdeka. Insyaallah Keris akan terus memperjuangkan Islam dan hak-hak org melayu dan bumiputra seperti di dalam Perlembagaan Malaysia. Kata mesti di kotakan. Itu memang telah terbukti. Kalau di bandingkan dengan Mata Sepet dan Bulan Penuh. Di manakah letaknya perjuangan Islam dan hak-hak org Melayu dan bumiputra. Adakah agama Islam dan hak-hak org Melayu sebagai retorik politik dan untuk menjaga kepentingan dan keuntungan agenda politik mereka. Kita lihat sekarang di Malaysia adakah agenda politik agama dan demokrasi dan keadilan Mata Sepet dan Bulan Penuh dapat menegakkan Islam dan hak-hak org Melayu dan bumiputra?

Di PRK Dun Galas Bulan Penuh telah gagal untuk mempraktikkan agendanya untuk memperjuangkan Islam apabila gagal untuk mentadbir dan menguruskan kepentingan kaum Org Asli di Galas. Gagal untuk memtarbiyahkan mereka serta mentazkirahkan mereka kepada jalan yang lurus. Kemudian salahkan Keris/Dacing yang cuba menggunakan JHEOA sebagai "tools" untuk memancing undi di Galas. Inilah kesilapan kita yang harus kita selidiki sebelum menuding jari kepada org lain. Kita sudah cakap bahawa Bulan Penuh adalah adalah anggota Pakatan Rompah yang mengamalkan perpecahan iaitu akan cuba memecah belahkan umat Islam Malaysia dan mengeluarkan fatwa dan dalil yang mengelirukan umat Islam di Malaysia. Agenda ini adalah untuk menunjukkan bahawa fatwa dan dalil Bulan Penuh sahaja yang benar kerana Bulan Penuh memperjuangkan Islam untuk mendapat keberkatan di akhirat nanti. Kita jangan lupa bahawa Allah (SWT) akan mengira kita sejak kita lahir di dunia sehingga kita masuk ke liang kubur. Ini perkiraan yang tidak akan tertinggal satu pun. Adakah kita ingin di lihat sebagai membelakangi seruan Allah (SWT) yang di nyatakan di dalam Al-Quran bahawa apabila di tanya Islam apa yang di perjuangkan. Maka mulut akan cakap Islam Bulan Penuh. Di tanya lagi fatwa dan dalil apa yang kita pakai, semua anggota badan akan cakap fatwa dan dalil Bulan Penuh. Kita jangan taksub dan rakus mengatakan bahawa Bulan Penuh memperjuangkan Islam untuk akhirat tetapi Keris memperjuangkan Islam menyeleweng dan kafir tetapi Allah (SWT) nak perlihatkan kekafiran kita itu, Bulan Penuh telah bersekongkol dengan Roket Naga Kepala 2 dalam Pakatan Rompah. Siapa yang memperlekehkan Islam dan hak-hak org Melayu dan bumiputra sekarang. Ketidak seimbangan pemimpin-pemimpin Bulan Penuh akan di perlihat satu persatu oleh Allah (SWT) kerana setiap kita boleh merahsiakan sesuatu drp manusia tetapi setiap manusia tidak boleh merahsiakan sesuatu drp Allah (SWT). Natijahnya kita mesti berpasak kepada Keris selagi Keris terus mendaulatkan Islam dan mempertahankan hak-hak org Melayu dan bumiputra.

Di PRK Batu Sapi kerakusan dan ketamakkan kuasa Mata Sepet terserlah apabila turut serta dalam pertandingan walaupun SAPP turut serta bertanding. Sungguh SAPP telah di pujuk supaya tidak bertanding tetapi SAPP mungkin marah dengan agenda dongeng Mata Sepet pada 16/9 "I have the figures to take over Putrajaya", maka SAPP tidak menggangotai Pakatan Rompah dan SAPP memutuskan untuk meletakkan calon di Batu Sapi. Pada kita sekiranya satu parti pembangkang sudah bertanding buat apa satu lagi parti pembangkang bertanding. Ini menampakkan ketamakkan dan kerakusan parti tersebut dalam mengaut kuasa untuk menonjolkan dirinya bahawa aku sahaja yang berhak bertanding org lain mesti akur dengan permintaan aku. Natijahnya Mata Sepet tak ubah macam kaduk naik junjung yang rakuskan dan tamakkan kuasa untuk memerintah Malaysia dengan menamwan Putrajaya. Maka Batu Sapi adalah pemangkinnya kononnya selepas kejadian di Sibu maka Batu Sapi akan memberikan laluan tersebut kepada Mata Sepet yang mewakili Pakatan Rompah. Kita dapat rasakan bahawa Batu Sapi tidak akan melakukan kesilapan seperti di Sibu kerana rakyat inginkan kestabilan, kesejahteraan, keharmonian dan pembangunan berterusan bagi menjamin kelangsungan hidup mereka di dunia dan di akhirat. Maka rakyat akan bertetap dengan panji-panji Barisan Nasional kerana Barisan Nasional adalah untuk semua yang mencerminkan 1 Malaysia. Kata di kota janji di tepati dan kemajuan di bawa, pembangunan di rancakkan dan kehidupan rakyat di sejahterakan, keharmonian kaum di semaikan supaya saling hormat menghormati di segi agama dan hak-hak masing. Inilah agenda Barisan Nasional yang bukan retorik tetapi realiti yang kita akan kecapi dahulu, kini dan selama-lamanya. 

"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan".

Kata-kata ini pula adalah untuk mengembelangkan usaha dan gerak kerja kita agar kita tidak lalai dan "complacent" dalam "comfort zone" bahawa kita berjaya mematahkan dakyah dan fitnah serta pembohongan Pakatan Rompah. Kata-kata azimat ini adalah satu ungkapan sahaja tidak lebih drp memberi satu suntikan semangat kepada ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Keris dan Dacing agar bangkit drp tidur melakukan sesuatu untuk mempertahankan serangan fitnah dan pembohongan Pakatan Rompah yang inginkan Putrajaya. Keris dan Dacing tidak sekejam untuk mempertahankan Putrajaya dengan tentera dan kekerasan. Ini negara demokrasi, kerajaan yang kita ada sekarang adalah kerajaan rakyat, maka rakyat yang berhak menentukannya. Begitulah terjadi apabila Pakatan Rompah berjaya menawan Kota Darul Ehsan, Kota Darul Ridzuan, Pulau Mutiara, Kota Darul Aman dan Kota Darul Naim maka Keris dan Dacing telah memberi laluan yang bersih dan licin untuk Pakatan Rompah mengambil negeri-negeri tersebut. Di Kota Darul Ridzuan, Pakatan Rompah jatuh di sebabkan kejahilan dan ketamakkan kuasa mereka sehinggakan ahli-ahli mereka boleh keluar parti dan menjadi bebas tetapi menyokong agenda Barisan Nasional. Peluang telah di berikan maka Barisan Nasional memohon untuk menubuhkan kerajaan sebab mempunyai majoriti di dalam dewan. Kerajaan perpaduan antara Keris dan Bulan Penuh cuba di wujudkan tetapi gagal kerana Bulan Penuh tak ingin berkawan dengan Keris dan lebih suka berkawan dengan "syaitan" sekali pun. Macam mana nak buat.

Natijahnya kata-kata azimat YAB PM "Berpasaklah kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji BN. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan" jangan di putar belitkan menjadi sesuatu halangan untuk kita mencapai demokrasi tulen di Malaysia. Ianya adalah suntikan semangat kepada Keris dan Dacing untuk mengembelengkan tenaga dan gerak kerja bagi menawan hati rakyat supaya kembali menyokong Dacing. Putrajaya adalah hak rakyat Malaysia dan rakyat Malaysia yang akan menentukan siapa yang berhak untuk menduduki kerusi panas Putrajaya.

 

No comments:

Post a Comment