Wednesday, October 27, 2010

Tiada diskriminasi kpd SJKC dan SJKT - Dr. Mohd Fuas Zarkashi - Inilah jawapan kepada soalan perkauman yang di ajukan oleh King Kong Ming YB Taiping mengenai kononnya kerajaan Dacing memdiskriminasikan sekolah-sekolah tersebut. Itu adalah tuduhan liar dan sengaja nak membangkitkan isu perkauman supaya kaum "sebelah sinun" benci kepada kerajaan Dacing. Nampaknya tujuan tersebut gagal untuk di beli oleh rakyat yang semakin sedar dengan kuda belang Roket Naga Kepala 2 yang di ibaratkan seperti mengapikan semangat perkauman yang masih menebal di dalam tubuh badan mereka seperti setebal Batu Gajah yang bertindak kebudak-budakkan kononnya takut dengan ucapan YAB PM tetapi seputih-putih Seputeh masih nampak kegelapan dan kekeruhan di hati dengan semangat perkauman dalam memperjuangkan matlamat sempit seolah-olah di Malaysia ini kaum "sebelah sinun" sahaja yang perlu di bela bukannya majoriti penduduk Malaysia. Inilah yang menyebabkan YAB PM tonjolkan slogan 1 Malaysia supaya YB-YB tahu bahawa Malaysia ini merangkumi semua kaum bukan satu kaum sahaja. Ini juga telah di pandang tinggi oleh PM India yang mengatakan Malaysia telah berjaya mengikat berbagai kaum-kaum dan fahaman agama untuk tinggal dalam permuafakatan dan harmoni serta saling hormat menghormati antara satu sama lain tetapi PM India kata di India sangat sukar untuk melakukannya. Kita tanya kenapa agaknya?

Tiada diskriminasi kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tamil

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Kementerian Pelajaran tidak pernah mendiskriminasikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dengan menutup operasinya walaupun jumlah murid tinggal seorang sahaja.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kementerian juga pernah memberi kebenaran untuk sekolah jenis kebangsaan (SJK) tertentu beroperasi semula walaupun telah ditutup akibat perpindahan.
"Ada juga tapak sekolah kebangsaan (SK) dengan penuh ehsan diberikan untuk membina SJKC seperti di Bukit Beruntung kerana kita tiada diskriminasi.

"Sebab itu dalam Bajet 2011 kita sediakan RM250 juta untuk sekolah bantuan modal dan RM2,000 disediakan untuk bayaran bil utiliti mereka termasuklah SJKC.

"Kalau nak diskriminasi, kenapa kita terima (serap) 800 orang guru sandaran tidak terlatih (GSTT) dari SJKC ke SK," katanya sewaktu menjawab soalan tambahan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) yang mendakwa berlaku diskriminasi oleh kerajaan terhadap SJK di Dewan Rakyat hari ini.

Kor Ming sewaktu mengajukan soalan tambahan berkenaan telah mengundang kemarahan beberapa penyokong kerajaan apabila mendakwa terdapat SJKC telah ditutup.

"Pendidikan adalah teras pembangunan negara, mengikut statistik yang saya ada, saya ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana berjaya membina 2,637 buah SK sepanjang tempoh 1948 hingga 2000.

"Tetapi saya berasa sedih kerana dalam tempoh yang sama, 49 buah SJKC telah ditutup, ini juga berlaku kepada SJKT," katanya.

Penyokong kerajaan pertama yang bangkit membantah ialah Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (BN-Rompin) yang menyifatkan kenyataan Kor Ming berbaur hasutan untuk meniupkan kebencian masyarakat Cina kepada kerajaan.

Suasana semakin tegang apabila Kor Ming mengambil peluang untuk membidas Jamaluddin supaya 'balik ke Amerika Syarikat (AS)' sebelum diredakan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mengingatkan ahli Parlimen supaya tidak menggunakan perkataan yang boleh mengundang reaksi negatif.

"Apabila saya cakap begini orang kata saya berkhutbah, eloklah berkhutbah daripada mendengar pertengkaran yang tidak habis-habis, kepada Yang Berhormat berkenaan, sila ke Batu Sapi dan Galas," katanya.

Puad yang menunggu untuk menjawab soalan tambahan Kor Ming turut menempelak wakil Taiping itu dengan menyifatkannya sebagai 'kaki gaduh'.

"Dia memang kaki gaduh, dengan Ipoh Barat (M. Kulasegaran) pun gaduh, itu dengan kawan sendiri, saya nak tanya dia bila nak 'cium mulut' (berbaik) dengan Ipoh Barat," katanya.

Puad juga tidak terkecuali diserang Ahli Parlimen pembangkang sewaktu mengulas isu masalah tanah untuk tapak SJKC yang belum selesai.

"Lima daripada sekolah tidak selesai isu tanah ialah di Selangor, kerajaan negeri berilah tanah, apa yang berlaku dia ambil tanah untuk curi pasir," katanya.

Kenyataan berkenaan mengundang kemarahan Teressa Kok (DAP-Seputeh) yang meminta Puad menarik balik tuduhan tersebut sebelum diarahkan duduk oleh Pandikar Amin.

No comments:

Post a Comment