Di BATU SAPI bertanding 3 penjuru. Bekas KM SabahYong drp SAPP melawan janda mendiang Edmund (MP Batu Sapi) mewakili BN melawan Ansari seorang peguam mewakili PKR. Tengok drp ketiga-tiga calon ini nampaknya bekas KM Sabah Yong mempunyai pengalaman dalam menguruskan dan mentadbir telah membawa slogan Sabah untuk org Sabah. Datin Linda sungguhpun tiada pengalaman tetapi semasa mendiang suami, MP Edmund telah memainkan peranan belakang tabir dengan baik sekali. Cuma kefasihannya dalam bertutur dalam bahasa Malaysia perlu ditingkatkan. Slogan pembangunan untuk rakyat adalah slogan BN. Ansari pula membawa slogan demokrasi dan keadilan untuk semua tetapi petanda bahwa PKR akan kalah jelas kelihatan apabila beliau terjatuh ke dalam laut semasa berkempen di perkampungan nelayan. Pilihanraya kecil ini berbeda dengan PRU kerana rakyat setempat inginkan sesuatu matlamat bukannya dongeng yang tidak membawa sebarang realiti. Adakah BN boleh mengekalkan kerusi Batu Sapi drp di tawan oleh pembangkang. Pada analisa kita ianya boleh di kekalkan kerana momentum kempen dan agenda parti pembangkang tidak dpt mengemukakan isu-isu setempat yg dpt merubah pendirian pengundi drp mengundi BN melainkan isu isu nasional - Menara Warisan (belum dibina), bajet 2011, FDI menurun, rasuah, kronis, nepotisme, fasis dan sebagainya.
Sekarang ini di Batu Sapi rakyat asyik menyuarakan Peneh Ta Na BN. Berlainan pulak dengan Pakatan Rompah yang di wakili oleh PKR, Ansari. Semasa kempen di Batu Sapi, Kit Siang main politik sempit dengan sengaja mempolitikkan isu kematian Teoh Beng Hock, A. Kugan dan Aminulrasyid Amzah pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi di Sabah.. Pada kita perbuatan tersebut jelas bertujuan membangkitkan sentimen di kalangan rakyat di negeri tersebut. Ini membuktikan parti pembangkang sudah terlalu terdesak untuk meraih simpati rakyat sehingga sanggup mempergunakan isu kematian untuk kepentingan politik. Pembangkang terpaksa menggunakan isu remeh-temeh, menyerang peribadi pemimpin Barisan Nasional (BN) dan menggunakan isu kematian tiga individu terbabit untuk menarik sokongan pengundi. Bagaimanapun, kita percaya rakyat terutama pengundi di Batu Sapi tidak akan mudah terpedaya dengan isu yang sengaja direka oleh parti pembangkang itu. Menurutnya, pihak pembangkang sengaja memberi gambaran seolah-olah undang-undang kerajaan BN zalim kerana sistem yang diamalkan tidak memberi manfaat dan keuntungan kepada pembangkang. Sistem perundangan sedia ada di negara ini adalah yang terbaik untuk kesejahteraan rakyat. Semasa ceramah di Batu Sapi Anwar Ibrahim mendakwa pembangkang akan kekal menguasai empat negeri pada pilihan raya umum akan datang, adalah sekadar bualan kosong sahaja dan diibaratkan sekadar mimpi indah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. Ini kerana rakyat terutama di empat negeri yang dikuasai pembangkang sudah mengetahui segala kepincangan dan keburukan mereka. Situasi sekarang sudah berubah kerana rakyat dapat menilai sejauh mana kejujuran pemimpin parti pembangkang manakala Pas pula mulai sedar selama ini mereka diperbodohkan oleh Anwar. Anwar Ibrahim sengaja mendakwa bahawa parti pembangkang akan menawan Johor pada pilihan raya umum akan datang. Itu adalah bualan saudagar dongengan iaitu sekadar kata-kata untuk menyedapkan hati ahli-ahlinya yang kini sudah berpecah-belah. Cerita Anwar nak tawan Malaysia sudah lama kedengaran dan ia sekadar cerita dongeng sahaja. Rakyat di Batu Sapi jangan terpedaya baik dengan PKR ataupun SAPP kerana kedua-dua parti ini adalah di ibratkan seperti ular yang akan memakan apa sahaja demi untuk terus hidup. Percayalah kepada Teneh Pa Na BN yang ingin mengekalkan kestabilan, keharmonian, kesejahteraan dan saling hormat menghormati antara agama dan kemasyarakatan demi untuk kebaikan kita bersama di dunia dan diakhirat.
Di GALAS sebaliknya berlaku pertembungan buku dgn ruas iaitu PAS melawan UMNO/BN. Pertembungan ini amat di nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia selepas Manik Urai di mana UMNO/BN kalah hanya celah gigi sahaja tetapi adakah momentum itu akan berubah di Galas. Org Kelate ini berlainan sikit. Mereka amat mendukung semangat kedaerahan iaitu Kelate untuk org Kelate kecuali mereka-mereka yg telah di fatwa dan di dalilkan oleh Tok Guru Pas boleh bertanding di Kelate. Calon yang di kemukakan oleh UMNO/Dacing ini amat berjiwa rakyat dan boleh diketengahkan kerana dengan lenggok dan penunjolan anak tempatan yg faham dan tahu reaksi dan kemahuan rakyat tempatan, kita rasakan insyaallah hahawa kali ini UMNO/BN akan mencapai kemenangan. Sebaliknya calon PAS itu agar kurang mobiliti dan tidak mesra alam serta setengah pengundi mengesyorkan bahawa calon PAS tersebut patut tumpukan kepada bidang kedoktorannya sahaja. Isu-isu yg di bangkitkan oleh parti-parti bertanding banyak tetapi kebanyakkan berkisar kepada UNDI PAS MASUK SYURGA UNDI BN MASUK NERAKA. Agama telah memonopoli kempen di Galas tetapi Pakatan Rompah telah membawa penceramah-penceramah luar spt Anwar Ibrahim (menyentuh Menara Warisan), LGK (menyentuh judi bola dan duit judi). Kita masih belum mendengar fatwa dan dalil terbaru Tok Guru mengenai undi di Galas. Kalau ada pun itu adalah fatwa dan dalil lama. UMNO/BN spt biasa membawa agenda pembangunan dan realiti hidup masyarakat setempat. Kita hidup ini bukan untuk akhirat sahaja tetapi untuk dunia dan akhirat. Kalau kita tak berusaha di dunia macam mana kita nak dapat kebahagian dan kesejahteraan di akhirat. Kalau kita tak berusaha utk mengubah diri kita bagaimana Allah (SWT) nak mengubah kehidupan kita. Di zaman moden ini segala-galanya perlukan wang. Buat amal ibadat pun perlukan wang. Tetapi bagaimana kita mencari wang itu yg penting sebab kita nak keberkatannya. Adakah UNDI PAS dpt menjamin kita akan masuk syurga.
PAS cakap begitu kerana kononnya PAS memperjuangkan Islam. Kita nak ajak rakyat di Galas melihat realiti ini. Kalau kita tak sembahyang, tak sedekah, tak zakat, tak puasa dan tak menunaikan haji apabila sudah cukup syarat maka dengan mengundi PAS kita akan pasti masuk syurga. Kita jangan mendengar fatwa dan dalil org agama yang cuba mengelirukan rakyat kerana ini amat merbahaya kerana ianya akan menjurus kpd membelakangi Al-Quran dan Sunnah Nabi. Kalau kita sembahyang, zakat, puasa, menunaikan haji tetapi kita juga menyebarkan fitnah dan melakukan pembohongan serta mencela, mencaci dan mencari kesalahan org maka adakah dengan mengundi PAS kita boleh masuk syurga.
Sebaliknya UMNO/BN tidak menjanjikan rakyat syurga tetapi kita akan mencapai syurga tersebut sekiranya kita mengikut landasan Al-Quran dan Sunnah Nabi. Ini semua adalah hak individu untuk memastikan bahawa syurga dan neraka itu adalah pilihannya bukan org lain yang memilihkan untuknya. UMNO/BN cuma menyediakan infrastuktur dan asas-asasnya untuk membolehkan rakyat melaksanakan amal ibadat untuk mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Itu sebab UMNO/BN mengasingkan agama dan politik kerana takut apabila di campuri akan menjadi seperti PAS.
GUA MUSANG 1 Nov. - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa Kerajaan Pas Kelantan berbohong apabila menuduhnya menghilangkan dokumen penting berkaitan masyarakat Orang Asli di negeri ini ketika kerajaan campuran Kelantan di antara Parti Melayu Semangat 46 dan Pas berpecah kira- kira 14 tahun lalu.
Tegas beliau, ia adalah rekaan semata-mata malah hal ehwal mengenai Orang Asli tidak pernah dibincang dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang mewakili kedua-dua parti ketika itu.
Jelasnya, beliau sendiri yang berusaha memberikan tanah kepada mereka melalui kuasa pegawai daerah yang menguruskan tanah mengikut dasar kerajaan negeri bukannya melalui parti.
"Benda ini tidak betul. Saya pun hairan kenapa orang yang mewakili parti Islam berbohong macam itu kerana kita tidak pernah bincang soal Orang Asli.
"Orang Asli ada di Gua Musang jadi saya bertanggungjawab tetapi tidak pernah dibincangkan dalam Angkatan Perpaduan Ummah malah orang yang tuduh itu tidak pernah berada dalam posisi itu.
''Tetapi tidak apalah, tuduhan itu tidak betul, biarlah mereka jawab," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Sebelum ini, Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika membuat tuduhan berkenaan ke atas Tengku Razaleigh menganggap Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) itu sebagai pengkhianat.
Tuduhan tersebut merupakan serangan peribadi terhadap Tengku Razaleigh meskipun Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengeluarkan kenyataan untuk tidak berbuat demikian.
Selain itu, dalam siri kempennya Pas telah memulakan serangan peribadi terutama dalam butir-butir ucapan yang diberikan oleh penceramah pembangkang.
Sementara itu, Tengku Razaleigh berkata, Barisan Nasional (BN) akan tetap meneruskan kempen secara berhemah dan tidak akan menyerang balik dengan cara yang sama.
Tegasnya, jentera pilihan raya BN akan meneruskan langkah mengutamakan perjuangan dasar parti dan tidak akan menyerang peribadi sesiapa pun.
"Kita tidak akan serang peribadi sesiapa walaupun saya ada menerima risalah menuduh calon Pas tetapi saya tidak mahu ini dilakukan malah saya mendapat maklumat ia daripada kalangan parti mereka sendiri.
"Bagaimanapun kita tetap tidak akan menyerang atau menuduh sesiapa kerana apa yang mahu kita serang hanya dasar kerajaan negeri," tambahnya.
Nik Aziz: Tak timbul kerajaan negeri tidak mahu beri geran tanah & Kelantan akan gazet kawasan Orang Asli - ini tindakan terdesak atau apa?
Kerajaan Pas berbohong - Ku LiGUA MUSANG 1 Nov. - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa Kerajaan Pas Kelantan berbohong apabila menuduhnya menghilangkan dokumen penting berkaitan masyarakat Orang Asli di negeri ini ketika kerajaan campuran Kelantan di antara Parti Melayu Semangat 46 dan Pas berpecah kira- kira 14 tahun lalu.
Tegas beliau, ia adalah rekaan semata-mata malah hal ehwal mengenai Orang Asli tidak pernah dibincang dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang mewakili kedua-dua parti ketika itu.
Jelasnya, beliau sendiri yang berusaha memberikan tanah kepada mereka melalui kuasa pegawai daerah yang menguruskan tanah mengikut dasar kerajaan negeri bukannya melalui parti.
"Benda ini tidak betul. Saya pun hairan kenapa orang yang mewakili parti Islam berbohong macam itu kerana kita tidak pernah bincang soal Orang Asli.
"Orang Asli ada di Gua Musang jadi saya bertanggungjawab tetapi tidak pernah dibincangkan dalam Angkatan Perpaduan Ummah malah orang yang tuduh itu tidak pernah berada dalam posisi itu.
''Tetapi tidak apalah, tuduhan itu tidak betul, biarlah mereka jawab," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Sebelum ini, Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika membuat tuduhan berkenaan ke atas Tengku Razaleigh menganggap Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) itu sebagai pengkhianat.
Tuduhan tersebut merupakan serangan peribadi terhadap Tengku Razaleigh meskipun Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengeluarkan kenyataan untuk tidak berbuat demikian.
Selain itu, dalam siri kempennya Pas telah memulakan serangan peribadi terutama dalam butir-butir ucapan yang diberikan oleh penceramah pembangkang.
Sementara itu, Tengku Razaleigh berkata, Barisan Nasional (BN) akan tetap meneruskan kempen secara berhemah dan tidak akan menyerang balik dengan cara yang sama.
Tegasnya, jentera pilihan raya BN akan meneruskan langkah mengutamakan perjuangan dasar parti dan tidak akan menyerang peribadi sesiapa pun.
"Kita tidak akan serang peribadi sesiapa walaupun saya ada menerima risalah menuduh calon Pas tetapi saya tidak mahu ini dilakukan malah saya mendapat maklumat ia daripada kalangan parti mereka sendiri.
"Bagaimanapun kita tetap tidak akan menyerang atau menuduh sesiapa kerana apa yang mahu kita serang hanya dasar kerajaan negeri," tambahnya.
No comments:
Post a Comment