Saturday, October 16, 2010

Terengganu kita sudah kembali lagi.....Kita yang berada di atas dan dikategorikan sebagai pemimpin mesti mempunyai wawasan dan sikap yang terbuka kerana setiap kejadian dan perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah (SWT) sahaja yang mengetahuinya, kita manusia hanya pandai merancang dan mengatur segala penentu arah kepimpinan yang di hajati tetapi sekiranya Allah (SWT) tak inginkan apa yang di rancang kita mesti menerima kenyataan bahawa ketentuan itu adalah yang terbaik buat pada ketika itu. Terima dengan dada yang lapang dan hati yang terbuka bukan memberontak dengan menunjukkan sikap kurang sopan dan mengwujudkan suasana tidak harmoni di kalangan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Keris seolah pemimpin yang ada tidak boleh melaksanakan tanggungjawab yang di berikan. Kita kena bagi masa untuk pemimpin tersebut menunjukkan kalibernya, kalau tak boleh maka pemimpin tersebut mesti memberi laluan kepada org lain. Kesukaran pada pemimpin Keris ialah utk melepaskan kepimpinannya walaupun diri sendiri sudah tahu bahawa ahli-ahli kurang senang dengan cara dan stail kepimpinannya. Syabas Keris Terengganu. Hidup Keris Hidup Terengganu. Maju Keris Maju Terengganu. Mantap Keris Mantap Terengganu.





Hishammuddin Tun Hussein (tengah) bersama Ahmad Said (tiga dari kiri), Shabery Cheek (dua dari kiri) dan Idris Jusoh (tiga dari kanan) melaungkan kata-kata semangat selepas perasmian Konvensyen Terengganu 2010 di Kuala Terengganu, semalam. - bernama




















KUALA TERENGGANU 16 Okt. - Kejayaan UMNO negeri menyelesaikan masalah dalamannya membolehkan parti itu kini berada dalam keadaan yang kukuh dan mantap.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Konvensyen Terengganu 2010 yang diadakan hari ini memberi gambaran jelas berhubung dengan keadaan itu.

Katanya, ia juga membuktikan kerjasama dan kesepakatan di kalangan pemimpin UMNO negeri kini semakin utuh.

"Tidak dinafikan berlaku salah faham, perselisihan dan masalah dalam parti sebelum ini namun ia tidak kritikal seperti yang digembar-gemburkan.

"Perselisihan faham berlaku di mana sahaja. Sekurang-kurangnya kami tidak bertumbuk atau membaling kerusi, macam yang kita lihat dalam mesyuarat cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya selepas merasmikan Konvensyen Terengganu 2010, di sini hari ini.

Konvensyen itu melibatkan kira-kira 1,200 peserta termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu dan semua pemimpin tertinggi UMNO negeri.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata, keadaan UMNO Terengganu sudah banyak berubah dan berbeza berbanding setahun yang lalu ketika masalah dalaman berkenaan timbul dan memuncak.

"Dalam UMNO, pendokongnya akan tetap bersatu terutama dalam menentukan hala tuju parti atau dalam perkara yang berkaitan dengan masa depan parti itu.

"Dalam sejarah UMNO sebelum ini pun pernah kita melalui detik-detik cemas dan kritikal, selalunya kita akan keluar daripada ujian itu dalam keadaan parti yang lebih kuat dan matang," ujarnya.

Sementara itu, Hishammuddin yang dilantik mempengerusikan Jawatankuasa Usul pada Perhimpunan Agung UMNO minggu depan berkata, sebanyak tiga usul akan dibawa dan dibahaskan iaitu melibatkan usul ucapan dasar presiden, usul ekonomi dan usul agama dan pendidikan.

"Usul-usul ini antara lain menentukan hala tuju, harapan pucuk pimpinan dan harapan orang ramai terhadap parti sendiri dan disesuaikan mengikut keadaan semasa dan selari dengan transformasi yang dibawa presiden," katanya.

No comments:

Post a Comment