Wednesday, October 20, 2010

Pemuda Kedah: Gantikan pengerusi UMNO negeri "import" - Jangan bercakaran dan jatuh menjatuh itulah petua untuk org "import" mengembalikan pucuk kepimpinan Keris Kota Darul Aman kepada org Kota Darul Aman. Satu ketika dahulu Keris Kota Darul Iman wujud berpuak-puak dan bercakaran tetapi sekarang telah dipulihkan di bawah Naib Presiden Keris Hishamuddin apabila di adakan Konvensyen Kota Darul Iman baru-baru ini. Kita tidak nampak perkara ini terjadi kepada Keris di Kota Darul Aman. Seolah-olah Keris di Kota Darul Aman lesu dan pucat aje. Tiada pergerakan yang berterusan kecuali sekali sekala kedengaran contohnya pasal isu air. Kita masih tidak nampak pemimpin yang berkaliber yang dapat menyatukan Keris di Kota Darul Aman. Gesaan Pemuda itu amat berat sekali untuk kita tidak layan kerana Pemuda adalah aspirasi yang akan membantu kita memberikan baton dengan deras sekali untuk menuju ke garisan penamat sepantas kilat tetapi kadang kala terseliuh di tengah larian atau terpijak kasut atau tersalah lorong atau kepenatan di tengah larian. Kita apabila meminta sesuatu haruslah berhemah dan beretika tinggi terutama sekali yang ada jawatan di peringakat Bahagain ataupun Cawangan jangan meluru kepada media untuk mendapatkan sokongan atau menyatakan bantahan kerana kita tidak tahu keikhlasan media tersebut. Natijahnya gunakanlah saluran yang telah ditetapkan kerana gesaan dan bantahan serta permasalahan tersebut akan mendapat pertimbangan yg sewajarnya drp Keris Pusat. Apa yang hendak di kisahkan dengan pembangkang kerana mereka memang macam itu. Keris Kota Darul Aman bukan tiada pemimpin yang berkaliber tetapi semangat setiakawan dan keakraban tersebut mesti diterjemahkan di dalam bentuk bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Demi agama, bangsa dan negara Keris Kota Darul Aman mari kita bersatu menjana aspirasi Keris untuk memajukan Kota Darul Aman seiringan dengan kemajuan negara 2020.






KUALA LUMPUR, 20 Okt — Perwakilan Pemuda Umno dari Kedah hari ini menggesa agar kepimpinan parti menukar pengerusi-pengerusi perhubungan yang “diimport” dari negeri lain sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Ketua Pemuda Jerai Bassori Hassan berkata, pelantikan Datuk Seri Shafie Apdal (gambar) dari Sabah sebagai pengerusi negeri sebenarnya memberi laluan kepada Pakatan Rakyat untuk menyerang ahli-ahli politik tempatan.

“Datuk Seri Shafie ini orang hebat, dia mampu menangkan negeri Kedah ini. Tapi kita kena realistik.
“Sentimen ini dimain-mainkan oleh pembangkang, takde pemimpin baik dari Kedah sampai kena import pemimpin dari luar.

No comments:

Post a Comment