KOTA BHARU, 19 Okt: Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa menyifatkan Bajet 2011 sebagai kosong dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi rakyat terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah dan orang kampung. Katanya, Bajet 2011 tersasar daripada temanya kerana tidak menunjukkan transformasi ekonomi untuk lonjakan pendapatan rakyat sebagaimana dijanji Menteri Kewangan I. “Bajet ini adalah gula-gula untuk orang kampung. Bagi masyarakat pelabur yang lebih sofistikated, bajet ini kosong. “Saya baca begitu, orang lain saya tak tahu, tidak ada kaitan dengan transformasi yang nak dibawa, pengurangan cukai bagi seluar dalam, rambut merah, itu tiada kena mengena sangat kepada rakyat jelata, itu lebih fokus kepada pelancong,” katanya pada sidang media, di sini. Mengulas pembinaan menara 100 tingkat, Husam tidak nampak rasionalnya bagaimana ia mampu menjana ekonomi. “Beberapa negara mengalami kemerosotan ekonomi selepas bina menara-menara kerana resources ditumpu kepada projek yang tidak produktif kepada ekonomi secara makro, dalam kes KLCC Tun M (Tun Dr Mahathir) guna petronas untuk biayai pembiayaian menara. “Tapi dalam kes menara 100 tingkat ini, kalau tidak berfungsi kelak program ini akan jadi satu pembaziran. Dan saya tak nampak negara kita perlu menara baru, malah ekonomi negara tak semestinya dijana dengan membina menara,” katanya. Beliau berkata, kerajaan seolah-olah kekeringan idea apabila hendak menjana ekonomi mesti melalui projek mega. |
Tuesday, October 19, 2010
Jana ekonomi tidak perlu menara 100 tingkat - Kalau nak jana ekonomi kita kena ikut macam Bulan Penuh iaitu beli bangunan di Kota Bahru masuk dalam Harakah Daily tengok Bulan Penuh sudah beli bangunan Keris di Kota Darul Naim. Nak bungkuslah tu. Riuh satu kampung macam ayam bertelur. Kalau kurang dana saman Petronas nanti kita akan dapat berjuta-juta masukkkk. Kita boleh beli PWTC daripada Keris pulak kerana Keris nak bungkus jual nasi lemak. Mr. Gonrong Bulan Penuh ini kalau cakap memang senang. Org tanya kita jawab tak fikir samada kita jawab itu betul, bernas atau menyimpang atau hentam sahaja tak kira janji jawab. Mr. Gonrong ini tak nampak sebab dia taksub dan pemikirannya sudah tertutup kepada saman Petronas sebab tengah kira untung berapa Bulan Penuh akan dapat dan projek yang akan di laksanakan dengan wang saman tersebut. Kita syorkan agar Bulan Penuh bina Menara Tok Guru 101 tingkat lebih 1 tingkat drp Menara Warisan untuk rakyat Kota Darul Naim sentiasa mengingati Tok Guru Bulan Penuh sepanjang hayat terutama tentang fatwa dan dalilnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment