To the Malays it is about DAP being in power if Pakatan Rakyat comes in. To the non-Malays it is about PAS being in power if Pakatan Rakyat comes in. So, to one group, it is about the fear of the erosion of Malay dominance while, to the other, it is about the fear of the rise of the dominance of Islam.
Bila kita lihat kenyataan di atas ianya tidak mencerminkan situasi sebenar politik di Malaysia dari kacamata Raja Mandeliar di UK.
Sekarang kita ambil Keris yang menerajui Dacing. Keris adalah parti dominan org Melayu yang telah banyak bergelumang dengan jasa, dosa dan jatuh dan bangun selama 62 tahun (sekiranya tidak silap). Jasanya kepada org Melayu memang banyak dan kita bukan hendak mengkisahkan pasal jasa begitu jugak dosa yang terpaksa di tanggungnya kerana kegagalan pemimpin-pemimpin sebelum memartabat apa yg menjadi modal politik pembangkang sekarang rasuah, kroni dan nepotisme. Walau bagaimanapun perkara ini sudah beransur-ansur berkurangan dan ini sudah menunjukkan tanda-tanda transformasi minda yang diingini oleh ahli-ahli Keris keseluruhannya. Kita sebenarnya ingin mengkisahkan bahawa adakah Keris tidak dapat sokongan daripada org Melayu di sektor awam, JKKK, Masjid dan Surau dan lain-lain agensi kerajaan.
Dalam setiap jiwa dan hati manusia bergelar Melayu, kita tak boleh nak memahami sikap dan tabiatnya kerana dahulu kita nampak org Melayu jarang ingin menentang kerajaan terutama Dacing tetapi situasi sekarang berubah. Ini mungkin di sebabkan pemimpin-pemimpin sebelum yang telah mentadbir negara dengan secara kawalan yang tidak di senanginya rakyat, lebih-lebih lagi akibat pemecatan Ketua Pembangkang. Ini telah menjadi isu hangat. Almaklumlah, Mantan PM sebelum ini telah memecat TPM - Musa Hitam. Maka perkara sebegini tidak dapat di terima oleh rakyat. Akibatnya ianya telah berpanjang sehingga PRU 12 yang melihat Dacing di halangan untuk mendapat 2/3 majoriti di Parlimen dan jatuhnya Kota Darul Ehsan, Kota Darul Ridzuan (kembali semula kpd Dacing kerana 3 YB pembangkang keluar parti dan jadi bebas sokong Dacing), Pulau Mutiara, Kota Darul Aman dan Kota Darul Naim kepada tangan Pakatan Rompah.
Selepas daripada kejadian tersebut, maka Pakatan Rompah telah menjalankan berbagai-bagai propaganda politik yang bersiri untuk menfitnah, membohongi, mencela, mencemuh dan mengkritik Dacing to the maksimum agar Dacing gagal untuk menjalankan tugas-tugas mentadbir dan menguruskan negara dengan baik. Sungguhpun begitu, perkara tersebut tidak berjaya kerana pihak Dacing tidak bermain mengikut rentak dan irama Pakatan Rompah sebaliknya Dacing telah mengikut irama dan lagu gubahannya sendiri.
Adakah kerajaan Dacing gusar dengan sokongan Melayu yang dikatakan merumdung di kalangan kakitangan awam. Maka tertubuhnya Persatuan Persara-persara Kerajaan menyokong UMNO. begitu juga dengan penubuhan PERKASA tempoh hari. Adakah sokongan org Melayu kepada Keris semakin berkurangan? Kita lihat ini adalah satu persoalan yang amat subjektif kerana org Melayu ini sekarang sudah berpendidikan dan mempunyai ilmu serta jati diri yang lebih liberal dan tidak konservatif macam dahulu. Maka org Melayu melihat sesuatu isu ini dari berbagai sudut dan setengahnya terlalu mendesak dan setengahnya lebih diplomatik dan setengahnya tak kisah langsung kerana pada mereka sudah pasti hak-hak Melayu akan di lindunginya kerana telah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.
Org-org Melayu inilah yang menyebabkan perkara-perkara yang kita tidak pernah mimpikan akan berlaku di negara Malaysia. Pemimpin sanggup memburuk-burukkan negara sendiri di mata antarabangsa kerana ingin menjadi "saudagar dongeng" iaitu ingin menjadi PM dan menduduki kerusi panas Putrajaya. Maka demokrasi dan keadilan di laungkan. Tetapi sayangnya dalam partinya sendiri demokrasi dan keadilan di pencilkan. Semua pemimpin mesti kowtow kepada agendanya kalau tidak akan di cantas. Inilah sandiwara politik yang paling panas yang pernah di saksikan di era abad 21 di Malaysia. Sekiranya tiada "saudagar dongeng" ini perkara-perkara ini di atas tidak akan berlaku tetapi "saudagar dongeng" ini mimpikan sangat jawatan PM dan Putrajaya maka segala-gala yang terlarang dan yang agak sensitif telah di biarkan di langgar oleh Pakatan Rompah untuk menunjukkan bahawa kita mesti demokrasi dan adil kepada semua. Ini juga telah di bantu oleh "pedagang fatwa dan dalil" yang jugak mimpikan jawatan di JPM dan Putrajaya, maka segala larangan di fatwa dan di dalilkan untuk menyesuaikan dengan agenda Pakatan Rompah. Inilah yang telah lakukan oleh Roket Naga Kepala 2 terhadap hak-hak org Melayu dan agama Islam.
Pada kita org Melayu tidak perlu gentar dengan sokongan tersebut tetapi sekiranya Pakatan Rompah memerintah kita takut perkara-perkara yang mungkin akan timbul yang kita amat takuti. Org Melayu ini diibaratkan sebagai sebuah pelita yang menyinari segala laluan untuk org lain dan kita terus menjadi pelita tersebut kerana itu adalah maksud kejadian kita di mukabumi ini iaitu sebagai Khalifah Allah (SWT) terutama sekali yang beragama Islam. Adakah sekiranya Pakatan Rompah berkuasa maka Roket Naga Kepala 2 akan berkuasa.
Pada kita ini perlu di lihat dalam konteks politik keseluruhannya iaitu adakah pemimpin-pemimpin Mata Sepet dan Bulan Penuh dapat mengimbangi kerakusan dan kecurangan Roket Naga Kepala 2 dalam mentadbir negara Malaysia. Kita lihat apa yang terjadi di Kota Darul Ridzuan, Pulau Mutiara maka kita dapat satu kesimpulan iaitu ianya akan menyebabkan berbagai kesukaran dan kecelakaan terhadap org-org Melayu dan org lain juga kerana polisi dan stail pemerintah Pakatan Rompah jauh berbeda dengan stail pemerintahan Dacing. Pakatan Rompah pentingkan kaum tertentu tetapi Dacing semua kaum secara keseluruhannya. Inilah yang kita takuti kerana ada fakta yang menyebabkan ketakutan ini dan ada jugak asasnya kerana Roket Naga Kepala 2 memang terkenal dengan agenda perkaumannya. Itulah sebabnya Roket Naga Kepala 2 di gelar parti Perkauman No.1 di Malaysia. Kebimbangan pemimpin-pemimpin Dacing di pihak Keris memang ada tetapi kita akan terus mengusahakan satu perubahan dan transformasi terhadap Keris di gerakkan secara menyeluruh dan meliputi semua tiada yang tertinggal.
Oleh itu org Melayu jangan terlepas sesuatu yang telah kita pegang selama 53 tahun jatuh kepada Pakatan Rompah yang akan mengharu birukan Malaysia seperti haru biru dalam Mata Sepet. Jangan gadaikan agama, bangsa dan negara kepada pemimpin-pemimpin yang rakus dan cenderung untuk mengaut keuntungan jangka pendek yang di ibaratkan sebagai "saudagar dongeng" oleh YAB PM.
No comments:
Post a Comment