Sunday, October 31, 2010

Utusan gelar DAP perkauman, DAP kata akhbar UMNO penipu dan portal-portal pembangkang menjadi batu api....

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPred_tMHDKuDNy3vC5mzpnTLda-pkv-iZinnSoDQ0JGds6a7O94FDned1RfEj1tnWHY92InA0GR6tCQhZxvYRdPBCEzWHir6MdwvWU6TGhiPLqZ07SWicRCaXxGZD4kj3iJrmAeQ-0FRj/s1600/DAP-Pijak+Gambar.jpg 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjv51gOStjuxl6B3HzjQjaMIZ2NlxZ6oNA2WBmEshv1KayQhhIruQMPHmvhI1cQUTnHYsd0vDBUa3-Ymj73mogC7bhcml6Xa8Zsn-UaVvR3PNGQjiyo7GeUsn6kQ-cDVDBtAKrAxUJOEqIG/s400/pijak01.JPG

Kita masih tak lupa bahawa tindakan menghina dan menjatuhkan maruah pemimpin-pemimpin kanan BN apabila DAP (Roket Naga Kepala 2) berjaya menawan Perak dan Pulau Pinang pada PRU 2008.

Memang patut Utusan mengelar DAP sebagai parti perkauman. Sebelum ini dalam banyak nukilan kita pun kita gelar DAP (Roket Naga Kepala 2) ini sebagai parti perkauman No.1 di Malaysia. Banyak yang tersembunyi dan di sembunyikan oleh Roket Naga Kepala 2 ini. Ianya akan di ketahui apabila Roket Naga Kepala 2 ini memerintah. Bagi kaum "sebelah sinun" mereka akan merasakan bahawa sudah sampai masanya untuk mereka pula memerintah Malaysia. Bagi kita masanya bukan sudah sampai tetapi tidak akan menjadi kerana:-

1. Kaum "sebelah sinun" tidak mempunyai suara yang terbanyak seperti org melayu dan bumiputra.

2. Parti-parti kaum "sebelah sinun" terlalu banyak untuk di satukan menjadi satu Roket Naga Kepala 2.

3. Kekuasaan politik sejak 53 tahun Malaysia merdeka terletak di bawah kekuasaan org Melayu dan bumiputra, maka agar sukar perkara tersebut boleh bertukar tangan dengan mudah kecuali ada pembelotan dan pengkhianatan.

4. Roket Naga Kepala 2 mesti menang 2/3 kerusi Parlimen, maka Roket Naga Kepala 2 mesti menang di kawasan-kawasan org Melayu dan bumiputra. Tujuan mereka dengan penubuhan Pakatan Rakyat (Rompah) adalah untuk mendapatkan suara majoriti tersebut. PKR (Mata Sepet) kita tak peduli yang memang anti UMNO/Dacing tetapi PAS yang dilihat contoh kpd umat Islam di Malaysia sanggup menggadaikan prinsip perjuangannya demi Putrajaya. Segala yang di lakukan oleh DAP adalah baik kerana mereka telah di tarbiyahkan dengan kebolehan membaca ayat-ayat suci Al-Quran di ceramah-ceramah dan boleh mengamalkan prinsip amal maaruf dan nahi mungkar serta mengamalkan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Inilah kekeliruan yang telah di wujudkan oleh pemimpin-pemimpin agama PAS dengan fatwa dan dalili-dalilnya.

5. Tujuan Roket Naga Kepala 2 ialah untuk menghapuskan apa yang ada di dalam Perlembagaan Malaysia iaitu keistemewaan dan hak-hak Melayu dan bumiputra, agama Islam, Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan lain-lain yang berkaitan dengan org melayu dan bumiputra.

6. Sokongan kepada Chin Peng - hero Malaya yang patut di beri penghargaan dan di kuburkan di Perak tempat kelahirannya.

7. Segala yang berkaitan dengan sejarah ingin di tuliskan semula seperti org Nasrani dan Yahudi menulis kitab Injil dan Taurat. Menentang hasrat kerajaan BN untuk mewajidkan mata pelajaran sejarah sebagai syarat kelulusan SPM.

8. Setiap permasalahan dan kepincangan serta kejadian yg menimpa kaum "sebelah sinun" akan di bela bermati-matian spt Teoh Beng Hock tetapi kemungkinan kes itu adalah akibat kematian bunuh diri maka Suruhanjaya Diraja tidak di usulkan oleh Roket Naga Kepala 2. Maka terpaksalah Persatuan Teoh Beng Hock meredah 1 Malaysia sampai ke Galas untuk berjumpa dgn pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan untuk mengemukakan bantahan dan mengesa kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes tersebut. Sekiranya MCA dan Gerakan enggan maka itu akan di jadikan modal politik oleh Roket Naga Kepala 2 dalam kempen-kempen politik pada kaum "sebelah sinun".

9. Pendedahan Pakatan sulit PKR dan DAP oleh Zulkifli Nordin. Ini bukan baru. Pada kita ianya sudah wujud lama sejak Anwar Ibrahim di pecat drp jawatan TPM lagi. Ini adalah tujuan untuk membalas dendam kepada UMNO/BN sahaja. Inilah contoh-contoh pembelotan dan pengkhianatan org Melayu terhadap bangsanya sendiri. Kemungkinan sejarah akan muncul kembali adalah di awang-awangan tetapi kita akan cuba menghalangnya dengan menyebarkan segala berita palsu, fitnah dan pembohongan yang cuba di mainkan oleh PKR dan DAP dalam menambat hati org Melayu dan bumiputra untuk bangkit menentang UMNO/BN dalam PRU 13 nanti. Biar berputik di mulut tetapi jangan berputih di mata biar kalah dahulu tetapi menang kemudian jangan menang sorak tetapi kampung tergadai. Inilah yang terjadi kepada org Melayu dan bumiputra di Malaysia sekarang kerana terlalu taksub dan percayakan pemimpin maka sanggup menghina dan membelakangi Al-Quran dan Sunnah Nabi demi kepentingan politik dan kekuasaan Putrajaya.

10. Agama Islam telah di cemari dengan berbagai cara oleh DAP dan konco-konconya tetapi org Islam tetap mempertahankan tindakan DAP tersebut seolah-olah pemimin-pemimpin UMNO/BN yang bersalah kerana kurang pengetahuan agama dan kurang alaim-ulamanya. Akibatnya umat Islam terus terkeliru dan di sesatkan oleh fatwa dan dalil PAS yang menurut sahaja tindakan DAP kerana kononnya pucuk kepimpinan Putrajaya akan dapat pada PAS apabila Pakatan Rompah menang PRU 13 dan menawan Putrajaya.





KUALA LUMPUR, Oct 31 — A week after the Umno general assembly that preached inclusiveness, the party-owned Mingguan Malaysia accused DAP of being racist and called it the worst danger facing the country.

DAP Bukit Bendera MP Liew Chin Tong immediately responded to the paper’s columnist Awang Selamat’s accusation, saying Umno and the Utusan Malaysia weekly edition  are liars.

Saturday, October 30, 2010

Siapa yang kita pilih untuk mewakili suara kita di Dun Kota Darul Naim dan Parlimen Malaysia......



















Di BATU SAPI bertanding 3 penjuru. Bekas KM SabahYong drp SAPP melawan janda mendiang Edmund (MP Batu Sapi) mewakili BN melawan Ansari seorang peguam mewakili PKR. Tengok drp ketiga-tiga calon ini nampaknya bekas KM Sabah Yong mempunyai pengalaman dalam menguruskan dan mentadbir telah membawa slogan Sabah untuk org Sabah. Datin Linda sungguhpun tiada pengalaman tetapi semasa mendiang suami, MP Edmund telah memainkan peranan belakang tabir dengan baik sekali. Cuma kefasihannya dalam bertutur dalam bahasa Malaysia perlu ditingkatkan. Slogan pembangunan untuk rakyat adalah slogan BN. Ansari pula membawa slogan demokrasi dan keadilan untuk semua tetapi petanda bahwa PKR akan kalah jelas kelihatan apabila beliau terjatuh ke dalam laut semasa berkempen di perkampungan nelayan. Pilihanraya kecil ini berbeda dengan PRU kerana rakyat setempat inginkan sesuatu matlamat bukannya dongeng yang tidak membawa sebarang realiti. Adakah BN boleh mengekalkan kerusi Batu Sapi drp di tawan oleh pembangkang. Pada analisa kita ianya boleh di kekalkan kerana momentum kempen dan agenda parti pembangkang tidak dpt mengemukakan isu-isu setempat yg dpt merubah pendirian pengundi drp mengundi BN melainkan isu isu nasional - Menara Warisan (belum dibina), bajet 2011, FDI menurun, rasuah, kronis, nepotisme, fasis dan sebagainya.

Sekarang ini di Batu Sapi rakyat asyik menyuarakan Peneh Ta Na BN. Berlainan pulak dengan Pakatan Rompah yang di wakili oleh PKR, Ansari. Semasa kempen di Batu Sapi, Kit Siang main politik sempit dengan sengaja mempolitikkan isu kematian Teoh Beng Hock, A. Kugan dan Aminulrasyid Amzah pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi di Sabah.. Pada kita  perbuatan tersebut jelas bertujuan membangkitkan sentimen di kalangan rakyat di negeri tersebut. Ini membuktikan  parti pembangkang sudah terlalu terdesak untuk meraih simpati rakyat sehingga sanggup mempergunakan isu kematian untuk kepentingan politik. Pembangkang terpaksa menggunakan isu remeh-temeh, menyerang peribadi pemimpin Barisan Nasional (BN) dan menggunakan isu kematian tiga individu terbabit untuk menarik sokongan pengundi. Bagaimanapun, kita percaya rakyat terutama pengundi di Batu Sapi tidak akan mudah terpedaya dengan isu yang sengaja direka oleh parti pembangkang itu. Menurutnya, pihak pembangkang sengaja memberi gambaran seolah-olah undang-undang kerajaan BN zalim kerana sistem yang diamalkan tidak memberi manfaat dan keuntungan kepada pembangkang. Sistem perundangan sedia ada di negara ini adalah yang terbaik untuk kesejahteraan rakyat. Semasa ceramah di Batu Sapi Anwar Ibrahim mendakwa pembangkang akan kekal menguasai empat negeri pada pilihan raya umum akan datang, adalah sekadar bualan kosong sahaja dan diibaratkan sekadar mimpi indah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. Ini kerana rakyat terutama di empat negeri yang dikuasai pembangkang sudah mengetahui segala kepincangan dan keburukan mereka. Situasi sekarang sudah berubah kerana rakyat dapat menilai sejauh mana kejujuran pemimpin parti pembangkang manakala Pas pula mulai sedar selama ini mereka diperbodohkan oleh Anwar. Anwar Ibrahim sengaja mendakwa bahawa parti pembangkang akan menawan Johor pada pilihan raya umum akan datang. Itu adalah bualan saudagar dongengan iaitu sekadar kata-kata untuk menyedapkan hati ahli-ahlinya yang kini sudah berpecah-belah. Cerita Anwar nak tawan Malaysia sudah lama kedengaran dan ia sekadar cerita dongeng sahaja. Rakyat di Batu Sapi jangan terpedaya baik dengan PKR ataupun SAPP kerana kedua-dua parti ini adalah di ibratkan seperti ular yang akan memakan apa sahaja demi untuk terus hidup. Percayalah kepada Teneh Pa Na BN yang ingin mengekalkan kestabilan, keharmonian, kesejahteraan dan saling hormat menghormati antara agama dan kemasyarakatan demi untuk kebaikan kita bersama di dunia dan diakhirat.

Di GALAS sebaliknya berlaku pertembungan buku dgn ruas iaitu PAS melawan UMNO/BN. Pertembungan ini amat di nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia selepas Manik Urai di mana UMNO/BN kalah hanya celah gigi sahaja tetapi adakah momentum itu akan berubah di Galas. Org Kelate ini berlainan sikit. Mereka amat mendukung semangat kedaerahan iaitu Kelate untuk org Kelate kecuali mereka-mereka yg telah di fatwa dan di dalilkan oleh Tok Guru Pas boleh bertanding di Kelate. Calon yang di kemukakan oleh UMNO/Dacing ini amat berjiwa rakyat dan boleh diketengahkan kerana dengan lenggok dan penunjolan anak tempatan yg faham dan tahu reaksi dan kemahuan rakyat tempatan, kita rasakan insyaallah hahawa kali ini UMNO/BN akan mencapai kemenangan. Sebaliknya calon PAS itu agar kurang mobiliti dan tidak mesra alam serta setengah pengundi mengesyorkan bahawa calon PAS tersebut patut tumpukan kepada bidang kedoktorannya sahaja. Isu-isu yg di bangkitkan oleh parti-parti bertanding banyak tetapi kebanyakkan berkisar kepada UNDI PAS MASUK SYURGA UNDI BN MASUK NERAKA. Agama telah memonopoli kempen di Galas tetapi Pakatan Rompah telah membawa penceramah-penceramah luar spt Anwar Ibrahim (menyentuh Menara Warisan), LGK (menyentuh judi bola dan duit judi). Kita masih belum mendengar fatwa dan dalil terbaru Tok Guru mengenai undi di Galas. Kalau ada pun itu adalah fatwa dan dalil lama.  UMNO/BN spt biasa membawa agenda pembangunan dan realiti hidup masyarakat setempat. Kita hidup ini bukan untuk akhirat sahaja tetapi untuk dunia dan akhirat. Kalau kita tak berusaha di dunia macam mana kita nak dapat kebahagian dan kesejahteraan di akhirat. Kalau kita tak berusaha utk mengubah diri kita bagaimana Allah (SWT) nak mengubah kehidupan kita. Di zaman moden ini segala-galanya perlukan wang. Buat amal ibadat pun perlukan wang. Tetapi bagaimana kita mencari wang itu yg penting sebab kita nak keberkatannya. Adakah UNDI PAS dpt menjamin kita akan masuk syurga. 

PAS cakap begitu kerana kononnya PAS memperjuangkan Islam. Kita nak ajak rakyat di Galas melihat realiti ini. Kalau kita tak sembahyang, tak sedekah, tak zakat, tak puasa dan tak menunaikan haji apabila sudah cukup syarat maka dengan mengundi PAS kita akan pasti masuk syurga. Kita jangan mendengar fatwa dan dalil org agama yang cuba mengelirukan rakyat kerana ini amat merbahaya kerana ianya akan menjurus kpd membelakangi Al-Quran dan Sunnah Nabi. Kalau kita sembahyang, zakat, puasa, menunaikan haji tetapi kita juga menyebarkan fitnah dan melakukan pembohongan serta mencela, mencaci dan mencari kesalahan org maka adakah dengan mengundi PAS kita boleh masuk syurga.

Sebaliknya UMNO/BN tidak menjanjikan rakyat syurga tetapi kita akan mencapai syurga tersebut sekiranya kita mengikut landasan Al-Quran dan Sunnah Nabi. Ini semua adalah hak individu untuk memastikan bahawa syurga dan neraka itu adalah pilihannya bukan org lain yang memilihkan untuknya. UMNO/BN cuma menyediakan infrastuktur dan asas-asasnya untuk membolehkan rakyat melaksanakan amal ibadat untuk mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Itu sebab UMNO/BN mengasingkan agama dan politik kerana takut apabila di campuri akan menjadi seperti PAS.

Nik Aziz: Tak timbul kerajaan negeri tidak mahu beri geran tanah & Kelantan akan gazet kawasan Orang Asli - ini tindakan terdesak atau apa?

Kerajaan Pas berbohong - Ku Li


TENGKU Razaleigh Hamzah bersama Datuk Mustapha Mohamad serta calon Barisan Nasional Abdul Aziz Yusoff menjulang Piala Malaysia selepas meraikan pemain Kelantan pada Piala Malaysia di Dataran Kesedar, Gua Musang, semalam.


GUA MUSANG 1 Nov. - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa Kerajaan Pas Kelantan berbohong apabila menuduhnya menghilangkan dokumen penting berkaitan masyarakat Orang Asli di negeri ini ketika kerajaan campuran Kelantan di antara Parti Melayu Semangat 46 dan Pas berpecah kira- kira 14 tahun lalu.

Tegas beliau, ia adalah rekaan semata-mata malah hal ehwal mengenai Orang Asli tidak pernah dibincang dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang mewakili kedua-dua parti ketika itu.

Jelasnya, beliau sendiri yang berusaha memberikan tanah kepada mereka melalui kuasa pegawai daerah yang menguruskan tanah mengikut dasar kerajaan negeri bukannya melalui parti.

"Benda ini tidak betul. Saya pun hairan kenapa orang yang mewakili parti Islam berbohong macam itu kerana kita tidak pernah bincang soal Orang Asli.

"Orang Asli ada di Gua Musang jadi saya bertanggungjawab tetapi tidak pernah dibincangkan dalam Angkatan Perpaduan Ummah malah orang yang tuduh itu tidak pernah berada dalam posisi itu.

''Tetapi tidak apalah, tuduhan itu tidak betul, biarlah mereka jawab," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sebelum ini, Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika membuat tuduhan berkenaan ke atas Tengku Razaleigh menganggap Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) itu sebagai pengkhianat.

Tuduhan tersebut merupakan serangan peribadi terhadap Tengku Razaleigh meskipun Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengeluarkan kenyataan untuk tidak berbuat demikian.

Selain itu, dalam siri kempennya Pas telah memulakan serangan peribadi terutama dalam butir-butir ucapan yang diberikan oleh penceramah pembangkang.

Sementara itu, Tengku Razaleigh berkata, Barisan Nasional (BN) akan tetap meneruskan kempen secara berhemah dan tidak akan menyerang balik dengan cara yang sama.

Tegasnya, jentera pilihan raya BN akan meneruskan langkah mengutamakan perjuangan dasar parti dan tidak akan menyerang peribadi sesiapa pun.

"Kita tidak akan serang peribadi sesiapa walaupun saya ada menerima risalah menuduh calon Pas tetapi saya tidak mahu ini dilakukan malah saya mendapat maklumat ia daripada kalangan parti mereka sendiri.

"Bagaimanapun kita tetap tidak akan menyerang atau menuduh sesiapa kerana apa yang mahu kita serang hanya dasar kerajaan negeri," tambahnya.

Friday, October 29, 2010

Kit Siang: Najib must explain his “crushed bodies, lives lost” “ethnic cleansing” speech: Kita telah mencapai kemerdekaan selama 53 tahu dan Perlembagaan Malaysia terang-terang mengatakan bahawa Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi negara. Sayang sekali masih ada yang tak faham Bahasa Malaysia. Ini bermakna selama ini org-org sebegini apabila bertutur kerap menggunakan bahasa ibunda ataupun bahasa kebangsaan lain drp Bahasa Malaysia. Inilah contoh YB yang telah lama di Parlimen dan lama dalam arena politik tetapi masih lagi mempunyai akal dan otak yang sempit yang hanya memikirkan kepentingan kaumnya sahaja. Semangat perkauman yang kuat tersebut telah menyebabkan perkataan "etnic cleansing" tersebut terkeluar drp mulut Roket Naga kepala 2 yang sudah nyayok kerana terlalu lama dalam bidang politik perkauman yang tinggi sehinggakan mata, telinga, otaknya hanya nampak bahawa Dacing akan melakukan "ethnic cleansing" terhadap kaum "sebelah sinun". Inilah mainan politik perkauman yang amat tinggi. Kita rasa YAB PM tak pernah sentuh pasal "etnic cleansing" ini. Malaysia di perintah oleh org Islam Keris yang "moderate" yang tahu akan erti kestabilan, keharmonian, permuafakatan dan saling hormat-menghormati antara agama dan bangsa yang berbilang di Malaysia. Kita rasa Roket Naga Kepala 2 yang nyayok ini berada di salah tempat kot. Bila kita nak main bola kita kena tahu akan peraturan main bola bukannya kita ada bola banyak ajak org main bola seperti yg di lakukan oleh Roket Naga Kepala 2 iaitu ajak org "sebelah sinun" berfikir apa yang telah Keris/Dacing lakukan terutama YAB PM apabila memberi ucapan yang begitu bersemangat untuk mempertahankan Putrajaya. Inilah contoh YB Roket Naga Kepala 2 yang tak fasih berbahasa Malaysia. Kita ini apabila kerja di Parlimen dan bertaraf YB patutnya IQ kita lebih bijak dan matang drp org lain. Kita lihat dan fikirkanlah contoh YB-YB Roket Naga Kepala 2 yang satu takut, satu "ethnic cleansing", satu tak mahu sejarah, satu diskriminasi sekolah SJKC dan SJKT dan selepas ini apa pulak yg akan di bangkitkan oleh PARTI PERKAUMAN NO.1 di MALAYSIA.

Siapa yang perkauman Utusan Malaysia atau DAP?



Utusan root of national disunity, says Kit Siang

KUALA LUMPUR, Jan 9 – Lim Kit Siang said today that “racist” Utusan Malaysia remains the greatest threat to Datuk Seri Najib Razak’s 1 Malaysia slogan.

The DAP veteran claimed that the Umno-owned newspaper had poisoned the public with what he called its rhetoric of hatred, distrust and national disunity.

“Utusan Malaysia’s daily staple of lies and falsehoods to stoke communal poison and hatred, sowing distrust and national disunity, is the greatest disservice to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s 1 Malaysia slogan and nation-building.

“Mingguan Malaysia today is again at its anti-national worst with its daily diet of lies and falsehoods to poison the political system and undermine the nation-building process when it made the completely wild and baseless charge in insinuating in its editorial that DAP is working towards the goal of making Malaysia a republic and the abolition of the system of Malay rulers,” he said in a statement.

In today’s Mingguan Malaysia, the Sunday edition of Utusan Malaysia, an editorial claimed that Malaysia would end up a republic if PKR and DAP’s rule of Selangor continues.

“The lesson to be learned from the Selangor crisis is that if PKR and DAP [continue to] rule, much damage will be done. What is certain is that Malaysia will be on the threshold of a republic,” according to the editorial written by Awang Selamat, a pseudonym used by the newspaper’s editors.

The editorial insinuated that Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, under orders from DAP, wished to trigger a constitutional crisis in the state as a “test case” before similar action was taken in Penang and the rest of the country.

The Umno mouthpiece also alleged that PKR and DAP were deliberately playing up the issue of the state secretary’s appointment to distract the public from weaknesses within PKR and Selangor.

It further claimed that PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim had remained silent throughout the impasse so that the public would forget about his “moral issues” and ongoing sodomy trial.

In response, Lim said Awang Selamat’s allegations were lies aimed at dividing Pakatan Rakyat (PR) and the Selangor government.

“There is no need for me to reiterate the DAP’s public, decades-long stand on supporting the system of constitutional monarchy in Malaysia.

“What Awang Selamat had insinuated are downright lies and falsehoods scraping the very bottom of gutter journalism.  In seven paragraphs of ‘Iktibar kemelut Selangor’, Awang Selamat had told more than seven lies in its multiple objective to disseminate communal hatred and ill-will, even attempting to sow discord among the Pakatan Rakyat parties of PKR, DAP and PAS in the Selangor coalition government,” he said.

Lim urged Najib to take action against Utusan which he said continues to discredit the administration’s 1 Malaysia message and said that the Cabinet could no longer remain idle to the poison propagated by the paper.

“Under Najib’s premiership and presidency of Umno, Utusan Malaysia has fully transformed from a newspaper into a “liespaper”, diametrically opposed to Najib’s objective of promoting an all-inclusive 1Malaysia media.

“If Najib and Umno leaders, as well as the leaders of the other Barisan Nasional component parties, whether MCA, Gerakan, MIC or the Sarawak and Sabah component parties, continue to close their eyes to the daily dosage of lies and falsehoods to carry out its nefarious objective of pumping communal poison, Malaysians, regardless of race, religion, region or socio-economic grouping, are entitled to know what credibility could Najib’s 1 Malaysia slogan command be it at home or abroad,” he said.

The Selangor state government opposes the appointment of Datuk Khusrin Munawi as the state secretary, arguing that the Public Service Commission (PSC) did not consult the mentri besar before announcing the appointment.

It has announced its intention to seek an amendment of the state constitution by the end of the month to nullify Khusrin’s appointment and to restore the state’s power in the selection of senior officers.

Despite the objection, members of the state administration led by Khalid attended the swearing-in ceremony before the Sultan but had vowed not to let Khusrin take his oath of secrecy to enable him to fulfill his duties as the state secretary.

Previously, former Perak mentri besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin had warned the Pakatan Rakyat (PR) Selangor government that it risks losing Malay support over the state secretary dispute.

Nizar was accused of being a traitor after he disagreed with the Sultan of Perak who had refused to dissolve the state assembly following the defection of PR lawmakers, which resulted in the collapse of the state government in 2009.


What reaction does Najib expect to elicit when he used the language of “crushed bodies, lives lost” for Umno to defend power at any cost in Putrajaya and even talked about “ethnic cleansing”?


Any doubts about the lack of political will and leadership of the Najib administration to spearhead political, economic, social and government transformation which must be the pillars for Malaysia’s economic and national salvation are banished by the recent Umno General Assembly and Najib’s Presidential Address and Closing Speech.

What reaction does Najib expect to elicit when he used the language of “crushed bodies, lives lost” for Umno to defend power at any cost in Putrajaya and even talked about “ethnic cleansing”?

How can the Malaysian Chronicle editor Wong Choon Mei be harassed and victitmised of publishing a report using these terms, when this was exactly what Najib said, regardless of the English translation issued by Bernama?

This was what Najib said in his Umno Presidential Address last Thursday:

"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang gerjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!”

Pakatan Rakyat parties of DAP, PKR and PAS are also prepared at any cost to capture power in Putrajaya in the next general election and end the long decades of BN/Umno misrule and misgovernance, but we are fully committed to achieve this objective by peaceful and democratic means through the ballot box and we do not talk about “crushed bodies, lost lives” or “ethnic cleansing”.

The Prime Minister must come to Parliament to explain what he really meant when he used these terms as there is more than a threat that he would not accept the electoral verdict of the people for a change of Federal government from BN to Pakatan Rakyat and that he is prepared to abandon the democratic process and subvert the rule of law to perpetuate himself and Umno in power.

The leaders of the Barisan Nasional component parties were asked to give their reactions to Najib’s speech after his Umno presidential address and Malaysians are very disappointed that not a single one of them, whether MCA President, Gerakan President, MIC President or president of the other BN component parties dare to express their disagreement or concern with Najib’s use of the language of “crushed bodies, lost lives” and “ethnic cleansing”.

Not even now, after more than a week! Does this imply that they all fully agree with Najib’s implicit threat or are they so impotent and irrelevant that they dare not speak up what is in the minds of ordinary Malaysians?

There is however another side to the coin of Najib’s “crushed bodies, lives lost” speech – for it reflected a realization that Umno and BN could be voted out of power in Putrajaya in the next general election by the Malaysian electorate.

Thursday, October 28, 2010

Siapakah Anwar Ibrahim sebenarnya? Kata-kata Anwar Ibrahim "Islam yg cuba ditegakkan oleh pemimpin PAS dengan kata-kata semata-mata itu hanyalah "Islam ayat Kerusi" dan Kerusi Parlimen" sahaja kerana mereka dengan jelas menolak setiap kebenaran dan usaha meningkatkan syiar Islam di Negara ini hanya kerana dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional". Sekarang Anwar telah mengesa PM Australia membuat pendirian tentang demokrasi di Malaysia. Kita lihat Anwar sendiri gagal untuk menegakkan demokrasi dalam PKR tetapi cuba untuk memaksa org bahawa demokrasi di Malaysia sudah mati. Kesian Anwar kerana terlalu ingin sangat Putrajaya sanggup membelakangi sebagai rakyat yg menghormati dan menjaga nama baik Malaysia di luar negara.

Kita rakyat ingin tahu siapakah sebenarnya Anwar Ibrahim? Adakah beliau pemimpin yang boleh dipercayai sebagai pemimpin ulung untuk rakyat Malaysia yang banyak di canang oleh Pakatan Rakyat dan portal-portal pembangkang. Malaysia hanya ada Anwar Ibrahim sahaja yang boleh mengubah sistem kuku besi dan korupsi serta menindas rakyat oleh kerajaan UMNO/BN. Inilah yg selalu di canang oleh Pakatan Rakyat dan portal-portal pembangkang tetapi mereka gagal untuk menafsirkan Anwar Ibrahim yg banyak mencemar nama baik Malaysia di persada dunia. Adakah ini perbuatan seorang pengkhianat atau seorang jaguh kampung?

Adakah ini pemimpin yang mempunyai suara sumbang ingin kita lantik sebagai pemimpin Malaysia kelak.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjy4UW6JMZa6868YnSQCS13nHeZ_0Bt6qlejdC2Fxuj-JlPuKqxgue7Oxo4Bs-kstCnHjDAJlaQ_DvXpazbxFDyYv_Bkur2ndNXYW2XUlcfI9tP4FUr86CAnC1HoELcKYKJniJYGuqJ7cns/s400/anwar1.jpg


Jika anda menyatakan sokongan kuat terhadap demokrasi di Myanmar kenapa tidak kepada pihak yang melakukan kekejaman di Malaysia," kata Anwar dalam sebuah wawancara dengan Herald di Australia tempoh hari.

Kekejaman itu katanya termasuk "banyak kes pembunuhan yang tidak terjawab", ujarnya  termasuk kematian salah seorang aktivis aktivis parti Pakatan Rakyat akibat terjatuh dari tingkat 14 pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, tahun lalu.

Nampak tak mainan Anwar dalam meraih simpati dan belas kasihan kuam "sebelah sinun" menjelang PRU 13. Anwar tahu bahawa beliau tidak akan dpt sokongan drp org Melayu maka beralih angin kpd org "sebelah sinun" bagi melonjakkan imej PKR yang sedang di landa tsunami yg paling bersejarah dalam politk di Malaysia. Demokrasi dan Keadilan yg di perjuangkan adalah di ibaratkan seperti gula yang terasa keenakkan tetapi di sebalik keenakkan tersebut berbagai penyakit akan dtg kpd individu yg gemar memakannya berlebihan setiap hari. 

Inilah yang terjadi kpd PKR apabila demokrasi dan keadilan yg di perjuangkan tidak dpt dipraktik dalam pemilihan jawatan-jawatan penting PKR Pusat. Rumah sendiri tidak dapat dikendalikan dengan baik sekarang berani pula menegur seorg pemimpin asing cuma kerana pemimpin tersebut tidak bersetuju dengan pendirian dan pembawaan serta perwatakan Anwar di luar negara.

Anwar perlu insaf bahawa semakin hari semakin meluat dan loyanya rakyat melihat kegilaan dalam pemilihan PKR yg di katakan cuba mencipta sejarah sebagai parti yg betul-betul demokrasi dengan mengadakan pengundi seluruh negara tetapi dicemari dengan pelbagai anasir-anasir yang tidak demokrasi dan tiada keadilan telah mencetuskan bantahan sana-sini termasuklah penarikan diri seterusnya terkeluarnya Zaid drp PKR.

Inilah trajedi yang menimpa PKR akibat drp fitnah dan pembohongan yang sentiasa bermain di otak dan sanubari serta bibir mereka, akhirnya Allah (SWT) telah menunjukkan kekuasaan bahawa fitnah dan pembohongan tersebut adalah sesuatu yg ditegah di dalam Islam dan akibatnya PKR telah menerima padahnya kerana telah mungucar-gacirkan rakyat Malaysia akibat drp fitnah dan pembohongaan tersebut. 

Kata-kata Saifuddin Nasution SUA PKR - PAS sudah tutup kerjasama dengan Umno, tapi Umno secara terang masih lagi ajak PAS untuk menyertai BN. “Umno macam hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. PAS sudah lama menutup kerjasama perpaduan antara Umno dan PAS. “Ini jelas menunjukkan betapa terdesaknya Umno untuk mendapatkan sokongan PAS. Lagipun kepimpinan PAS telah bersepakat untuk tutup isu kerjasama perpaduan dengan Umno. Rakyat sudah menolak UMNO/BN pada PRU 12 maka tak payahlah UMNO/BN memancing PAS untuk menyebelahi mereka pulak.

Apa yang YB Machang ini gagal melihat ialah Pakatan Rakyat hanya dapat 4 negeri sahaja iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Ini tidak bermakna yang keseluruhannya menolak UMNO/BN. Kalau pada PRU 12 UMNO/BN di tolak keseluruhannya maka bolehlah YB Machang ini mendabik dada bahawa UMNO/BN tidak diperlukan oleh rakyat lagi.

Kita mesti melihat drp persepsi rakyat jelata yang inginkan kestabilan, kesejahteraan, keharmonian, keadilan, demokrasi yang terpimpin bukannya demokrasi momokkan sahaja, saling hormat menghormati antara agama dan kaum. Maka sudah tentu pilihan kali ini jatuh kepada UMNO/BN kerana Pakatan Rakyat terdiri drp PKR, PAS dan DAP gagal untuk merealisasikan semangat ubah dan perjuangan rakyat mereka apabila masalah demi masalah melanda parti masing. 

PKR dengan masalah demokrasi dan keadilan yang diperjuangkan, PAS dengan pecah belahkan umat Islam dan fatwa serta dalil yang mengelirukan rakyat dan DAP dengan sikap perkauman yang tinggi. Natijahnya PRU 13 nanti Pakatan Rakyat sudah pasti akan di ajar oleh rakyat bagaimana cara nak mentadbir negeri dan negara dengan adil dan saksama tanpa mengira kaum dan fahaman politik. Maka YB Machang tak perlu mendabik dada dengan mengatakan UMNO/BN hidung tak mancung pipi tersorong-sorong sepatutnya kita kena cakap bidalan tersebut kpd Pakatan Rakyat yg sudah nampak gerhana atau gelombang gempa bumi akan berlaku pada PRU 13 nanti apabila rakyat menolak Pakatan Rakyat untuk mengembalikan semula UMNO/BN memerintah negeri-negeri yang terlepas kpd Pakatan Rakyat dan mengekalkan status quo UMNO/BN sebagai pemerintah Malaysia yang sah.

Hari ini YAB PM katakan Anwar seperti suara sumbang di mana pemimpin-pemimpin dunia mengiktiraf pencapaian Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen yang patut di contohi dan di tauladani. Tetapi agak malang apabila ada pemimpin negara Malaysia yang sanggup mencaci dan mencela Malaysia di pentas dunia cuma untuk menlonjakkan ego dan karektor jahatnya di pandang mulia oleh pemimpin-pemimpin dunia yg memang ingin mencengkam Malaysia sehingga lemas.



Wednesday, October 27, 2010

Mata Sepet - Keadilan untuk Semua: Keadilan untuk siapa sebenarnya? Adakah rakyat yang akan dapat keadilan atau pemimpin yg akan dapat keadilan. Kata-kata Mata Sepet perjuangan untuk keadilan Ketua Pembangkang itu penting walapun ada pemimpin mengatakan bahawa keadilan mesti di tunjukkan secara menyeluruh kepada rakyat bukan kepada pemimpin sahaja. Inilah contoh keadilan Mata Sepet. Maka rakyat Sabah mesti ingat kalau undi Mata Sepet (PKR) maka kita akan dapat keadilan sebegini bah bukan keadilan untuk rakyat. Jangan terperangkap dengan janji Keadilan kerana keadilan tersebut bukan cakap-cakap sahaja tetapi mesti dibuktikan dengan perbuatan. Nampaknya Mata Sepet (PKR) sudah melupai akan bagaimana nak berlaku seadil-adilnya kepada rakyat.

PKR23

Mengapa Sejarah sentiasa ingatkan kita dan kita sentiasa melupakan Sejarah: Saranan kerajaan untuk menjadikan sejarah sebagai matapelajaran "wajib" lulus perlu di sokong kerana sejarah mengajak manusi berfikir mengapa, kenapa, bagaimana dan akibatnya yang meruntuhkan dan menghancurkan sesuatu kepimpinan dan tamaddun di dunia ini. Kita tengok Iraq di zaman moden ini. Kenapa Iraq jatuh sedangkan Iraq adalah negara yang maju dan moden serta penuh dengan saintis, kemodenan, ilmuwan dan sebagainya. Al-Quran yang diturunkan oleh Allah (SWT) kepada Nabi Muhammad (SAW) melalui malaikat Jibrail dan kemudian di warisi oleh kita sehingga sekarang tanpa sebarang cacat cela ada mengkisahkan berbagai bentuk sejarah pengajaran dan pedoman kepada kita umat Islam menjadi khalifah di muka bumi Allah (SWT) ini. Sejarah tidak sahaja merupakan rakaman peristiwa, kepentingan tarikh, dan kehebatan tokoh, tetapi sejarah adalah guru yang memberi kita jalan berfikir dan jalur hidup supaya darinya lahir sumber teladan untuk jangan kita ulangi kesilapan silam dan memperbaikinya pada masa kini dan hari depan. Oleh itu mempelajari sejarah umpama mempelajari peristiwa silam yang bakal berulang pada masa ini dan juga pada masa depan.


SEJARAH adalah pengkisahan tentang masa lampau. Sifat sejarah adalah berulang. Pengulangannya mungkin dalam bentuk yang berbeza tetapi isi dan maksudnya adalah sama.

Sejarah tidak sahaja merupakan rakaman peristiwa, kepentingan tarikh, dan kehebatan tokoh, tetapi sejarah adalah guru yang memberi kita jalan berfikir dan jalur hidup supaya darinya lahir sumber teladan untuk jangan kita ulangi kesilapan silam dan memperbaikinya pada masa kini dan hari depan.

Oleh itu mempelajari sejarah umpama mempelajari peristiwa silam yang bakal berulang pada masa ini dan juga pada masa depan.

Sejarah melalui proses kesinambungan kisah lalu yang boleh berulang pada masa kini dan dijadikan pedoman pada masa depan. Mempelajari sejarah ialah mempelajari kehidupan. Sifat kehidupan adalah berulang-ulang.
Apa yang berlaku pada masa yang lalu berulang pada masa kini dan bakal berulang semula pada masa depan. Mengambil iktibar daripada sejarah memberikan kita pedoman bahawa corak kehidupan manusia itu sifatnya sambung menyambung.

Yang lalu menjadi suatu tradisi yang dikenang, hari ini kita bakal membina tradisi baru untuk generasi akan datang mengingatinya semula.

Dalam tradisi al-Quran terdapat kisah-kisah para nabi dan rasul berdepan dengan kerenah kaumnya untuk menerima yang hak dan juga yang masih kekal dalam kebatilan.

Kisah ini dijadikan ibrah atau teladan supaya kisah manusia yang sifatnya berulang-ulang dapat memberi pedoman kepada manusia hari ini supaya jalur hidup yang dipilih dalam keadaan terbimbing. Selalunya manusia menjadikan contoh terdahulu sebagai sumber teladan dan ikutan.

Sekiranya teladan dari kisah dan sejarah dijadikan sumber ikutan, maka ada pedoman bagi mengatur kehidupan yang lebih baik. Al-Quran umpamanya banyak menceritakan tentang perjalanan hidup manusia, kerana al-Quran melihat kepentingan manusia dan peradabannya sebagai asas utama dalam kehidupan.

Oleh itu ajaran al-Quran banyak memberikan manusia pedoman hidup terhadap yang hak dan yang batil, makruf dan mungkar, dosa dan pahala, adil dan zalim, dan sebagainya.

Pedoman Allah itu dijadikan asas kehidupan pada masa lalu dan dijadikan juga pedoman pada hati dan juga pada masa depan. Oleh itu mempelajari sejarah kisah dan sirah ialah untuk mempelajari jalur kehidupan yang baik.

Langkah Kementerian Pelajaran mewajibkan subjek sejarah dalam peperiksaan adalah satu langkah wajar. Sejarah dalam perspektif yang luas tidak sahaja merupakan fakta-fakta silam yang perlu dihafal, diingat dan diluahkan dalam peperiksaan untuk mendapatkan markah yang cemerlang.

Sejarah mengajak manusia berfikir tentang jatuh bangun tamadun silam. Sejarah mengajak kita menghayati iktibar yang berlaku supaya ia jangan diulangi lagi.

Sejarah kejatuhan Melaka umpamanya berakibat daripada raja hilang pedoman dek penasihat-penasihat yang berkepentingan. Dalam sejarah Melaka, raja Mandaliar dan Si Kitol adalah contoh klasik bagaimana kecenderungan oportunis menyebabkan raja terpengaruh dan menyebabkan raja melakukan kezaliman.

Kesannya, Melaka jatuh dan dijajah lebih 400 ratus tahun lamanya. Walaupun hari ini kita sudah merdeka kemungkinan untuk kita dijajah semula akibat kelemahan kepimpinan boleh berlaku. Dunia hari ini menuntut penguasaan ilmu dan kekuatan peribadi.

Sekiranya faktor ini tidak dimiliki oleh para pemimpin kita, disertai pula dengan penasihat-penasihat yang tidak bijak dan berkepentingan, sejarah yang sama boleh berulang.

Walaupun tempoh zaman berbeza tetapi gelagat manusia adalah sama dan kesan akibatnya adalah serupa. Hal yang sama juga pernah berlaku dalam sejarah Tamadun Baghdad, Andalusia, Othmaniah dan Moghul.
Antara punca kejatuhannya adalah kealpaan pemimpin yang sudah bersifat nafsu nafsi, kebendaan dan tidak lagi menjadikan ilmuwan dan ulama sebagai penasihat.

Tiada diskriminasi kpd SJKC dan SJKT - Dr. Mohd Fuas Zarkashi - Inilah jawapan kepada soalan perkauman yang di ajukan oleh King Kong Ming YB Taiping mengenai kononnya kerajaan Dacing memdiskriminasikan sekolah-sekolah tersebut. Itu adalah tuduhan liar dan sengaja nak membangkitkan isu perkauman supaya kaum "sebelah sinun" benci kepada kerajaan Dacing. Nampaknya tujuan tersebut gagal untuk di beli oleh rakyat yang semakin sedar dengan kuda belang Roket Naga Kepala 2 yang di ibaratkan seperti mengapikan semangat perkauman yang masih menebal di dalam tubuh badan mereka seperti setebal Batu Gajah yang bertindak kebudak-budakkan kononnya takut dengan ucapan YAB PM tetapi seputih-putih Seputeh masih nampak kegelapan dan kekeruhan di hati dengan semangat perkauman dalam memperjuangkan matlamat sempit seolah-olah di Malaysia ini kaum "sebelah sinun" sahaja yang perlu di bela bukannya majoriti penduduk Malaysia. Inilah yang menyebabkan YAB PM tonjolkan slogan 1 Malaysia supaya YB-YB tahu bahawa Malaysia ini merangkumi semua kaum bukan satu kaum sahaja. Ini juga telah di pandang tinggi oleh PM India yang mengatakan Malaysia telah berjaya mengikat berbagai kaum-kaum dan fahaman agama untuk tinggal dalam permuafakatan dan harmoni serta saling hormat menghormati antara satu sama lain tetapi PM India kata di India sangat sukar untuk melakukannya. Kita tanya kenapa agaknya?

Tiada diskriminasi kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tamil

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Kementerian Pelajaran tidak pernah mendiskriminasikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dengan menutup operasinya walaupun jumlah murid tinggal seorang sahaja.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kementerian juga pernah memberi kebenaran untuk sekolah jenis kebangsaan (SJK) tertentu beroperasi semula walaupun telah ditutup akibat perpindahan.
"Ada juga tapak sekolah kebangsaan (SK) dengan penuh ehsan diberikan untuk membina SJKC seperti di Bukit Beruntung kerana kita tiada diskriminasi.

"Sebab itu dalam Bajet 2011 kita sediakan RM250 juta untuk sekolah bantuan modal dan RM2,000 disediakan untuk bayaran bil utiliti mereka termasuklah SJKC.

"Kalau nak diskriminasi, kenapa kita terima (serap) 800 orang guru sandaran tidak terlatih (GSTT) dari SJKC ke SK," katanya sewaktu menjawab soalan tambahan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) yang mendakwa berlaku diskriminasi oleh kerajaan terhadap SJK di Dewan Rakyat hari ini.

Kor Ming sewaktu mengajukan soalan tambahan berkenaan telah mengundang kemarahan beberapa penyokong kerajaan apabila mendakwa terdapat SJKC telah ditutup.

"Pendidikan adalah teras pembangunan negara, mengikut statistik yang saya ada, saya ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana berjaya membina 2,637 buah SK sepanjang tempoh 1948 hingga 2000.

"Tetapi saya berasa sedih kerana dalam tempoh yang sama, 49 buah SJKC telah ditutup, ini juga berlaku kepada SJKT," katanya.

Penyokong kerajaan pertama yang bangkit membantah ialah Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (BN-Rompin) yang menyifatkan kenyataan Kor Ming berbaur hasutan untuk meniupkan kebencian masyarakat Cina kepada kerajaan.

Suasana semakin tegang apabila Kor Ming mengambil peluang untuk membidas Jamaluddin supaya 'balik ke Amerika Syarikat (AS)' sebelum diredakan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mengingatkan ahli Parlimen supaya tidak menggunakan perkataan yang boleh mengundang reaksi negatif.

"Apabila saya cakap begini orang kata saya berkhutbah, eloklah berkhutbah daripada mendengar pertengkaran yang tidak habis-habis, kepada Yang Berhormat berkenaan, sila ke Batu Sapi dan Galas," katanya.

Puad yang menunggu untuk menjawab soalan tambahan Kor Ming turut menempelak wakil Taiping itu dengan menyifatkannya sebagai 'kaki gaduh'.

"Dia memang kaki gaduh, dengan Ipoh Barat (M. Kulasegaran) pun gaduh, itu dengan kawan sendiri, saya nak tanya dia bila nak 'cium mulut' (berbaik) dengan Ipoh Barat," katanya.

Puad juga tidak terkecuali diserang Ahli Parlimen pembangkang sewaktu mengulas isu masalah tanah untuk tapak SJKC yang belum selesai.

"Lima daripada sekolah tidak selesai isu tanah ialah di Selangor, kerajaan negeri berilah tanah, apa yang berlaku dia ambil tanah untuk curi pasir," katanya.

Kenyataan berkenaan mengundang kemarahan Teressa Kok (DAP-Seputeh) yang meminta Puad menarik balik tuduhan tersebut sebelum diarahkan duduk oleh Pandikar Amin.

Roket Naga Kepala 2 (Saudagar Perkauman No.1 di Malaysia) : Ini Roket Naga Kepala 2 kata kerajaan sudah dicriminate bina sekolah Cina. King Kong Ming ini memang pandai bermain dengan isu sensitif kaum "sebelah sinun" almaklumlah tiada isu nak di bangkit selain drp isu kaum "sebelah sinun". Inilah contoh saudagar perkauman yang kuat di pegang dan akan menjadi isu politik di Kota Darul Rizuan dan merata tempat sekiranya King Kong Ming ini akan berkempen. Contoh-contoh hujahnya ialah kerajaan Dacing adalah kerajaan yang mendiskriminasikan kaum "sebelah sinun" kerana telah gagal untuk membina sekolah kaum "sebelah sinun". Kerajaan Dacing cakap tak serupa bikin. Sekolah Kebangsaan adalah untuk org Melayu, kita mahukan sekolah kita iaitu bertutur dalam bahasa kita, kebudayaan kiat dan adat istiadat kita. Ini tak adil. Kita mahukan keadilan. Ini bukan demokrasi yang kita amalkan. Kita Pakatan Rompah akan menjamin seluruh Malaysia akan di bina dengan sekolah kaum "sebelah sinun". Walaupun Dr. Timbalan Menteri Pelajaran telah menjawab bahawa tiada sekolah "sebelah sinun" yang di tutup walaupun hanya seorang murid. Kalau yang ada adalah kerana beralih tapak sekolah sahaja. Sekolah Kebangsaan adalah untuk semua iaitu 1 Malaysia bukan untuk murid-murid Melayu sahaja. Mungkin King Kong Ming tersilap kot sebab sudah jadi perawi dan banyak sangat memberi hujahan dengan fatwa dan dalil Al-Quran maka Allah (SWT) tunjukkan kuasanya dengan menebalikkan otaknya menjadi seperti org hilang punca. Kita juga ingin membawa satu lagi contoh YB Batu Gajah bukan Batu Sapi yang menyatakan bahawa kata-kata azimat YAB PM itu telah menakukannya. Kita hairan kenapa seorang yang berpendidikan ijazah undang-undang tidak boleh menafsirkan ungkapan tersebut yang amat mudah untuk di fahami. Inilah contohnya mengapa kita suruh rakyat Malaysia supaya pergi ke Sekolah Kebangsaan supaya mereka akan faham dan boleh bertutur Bahasa Malaysia dengan baik. Lagi satu jangan di boikot Utusan Malaysia kerana di sana kita boleh dapat banyak ungkapan-ungkapan kata-kata azimat untuk di praktikkan bukan baca akhbar-akhbar dan portal-portal fitnah dan pembohongan sahaja. Nampak sangat macam kebudak-budakkan YB Batu Gajah ini. Inilah contoh-contoh mengapa 1 Malaysia itu sukar di capai kerana YB-YB ini yang bermati-matian berjuang biar bergolak bergadai namun hati tetap akan menunkah badai untuk memperjuangkan sekolah kaum "sebelah sinun" walaupun ianya terpaksa berputih mata ataupun berkerat rotan sekalipun.


Dap MP who doesn't understand Malay proverb.

Fong asks PM to explain his Umno speech to Parliament

KUALA LUMPUR, Oct 26 — The debate on Budget 2011 at the Dewan Rakyat became heated today when a DAP MP said that the speech of Datuk Seri Najib Razak at the Umno General Assembly had frightened her.
Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah)angered Barisan Nasional MPs when she declared that the Prime Minister and Umno President should explain his utterances.
She was referring to Najib’s call on Umno and Barisan members to defend Putra Jaya, the seat of government, at all costs.
 DAP dakwa kerajaan diskriminasi bina SJK Cina
     
KUALA LUMPUR, 27 Okt: Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mendakwa kerajaan mengamalkan diskriminasi dalam pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina apabila hanya menyiapkan dua daripada 19 buah yang dijanjikan.

Kor Ming yang juga Penolong Bendahari DAP Kebangsaan berkata, kerajaan juga telah mengurangkan 48 buah SJKC sedangkan sekolah berkenaan mengalami pertambahan murid.

“Saya berasa sangat kesal walaupun kerajaan dalam manifesto pilihan raya telah berjanji untuk memindah enam buah sekolah dan membina 13 buah sekolah jenis kebangsaan Cina yang baru. Setakat hari ini hanya dua buah sahaja yang siap yang 17 buah masih belum dalam operasi.

“Jumlah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina telah berkurangan sebanyak 48 buah. Bayangkan jumlah murid sekolah di sekolah jenis kebangsaan telah bertambah daripada 320 ribu menjadi 640 ribu dan antaranya 75 ribu bukan Cina, tapi Melayu dan India.

“Ini bermaksud sekolah jenis kebangsaan adalah sekolah yang diiktiraf dan menerima semua rakyat tanpa mengira kaum,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau turut menggesa kerajaan memansuhkan tiga surat pekeliling dan garis panduan yang didakwa mengamalkan diskriminasi terhadap SJK (C).

Salah satu garis panduan yang dipersoalkan mengenai tindakan kerajaan hanya membenarkan tapak sekolah rezab milik kerajaan dibina sekolah kebangsaan sahaja kecuali mendapat pengecualian daripada menteri.

“Mengapa tapak sekolah rezab kerajaan, tidak  boleh dibina semua sekolah tanpa mengira SJK (C) atau SJK (T) dan perkara ini tidak adil adil sama sekali?” soalnya.

Menurutnya, dua lagi garis panduan dan  surat pekeliling yang ditetapkan kementerian juga  tidak munasabah, antaranya terpaksa mengumpulkan sendiri dana sebanyak 80 peratus bagi SJK untuk membina bangunan baru.

“Semua lembaga pengelola sekolah SJK (C) dan SJK (T) yang  ingin membina sekolah baru atas kesesakan bilik darjah perlu mengumpul sendiri dana 80 peratus baru boleh mengemukakan permohonan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya masyarakat Cina dalam negara ini perlu menangung perbelanjaan RM 100 juta setahun sebagai sumbangan peribadi kepada sekolah jenis kebangsaan sejak negara merdeka.

Beliau juga mempertikai tindakan kementerian yang tidak membenarkan murid yang belajar di sekolah kebangsaan bertukar ke SJK.

“Saya menerima pelbagai rayuan daripada ibu bapa tetapi masih tidak dibenarkan pertukaran  biarpun rayuan demi rayuan dikemukakan.

“Alasan Kementerian Pelajaran prestasi sekolah kebangsaan diukur berdasarkan berapa ramai  murid bukan Melayu belajar di sekolah kebangsaan tidak masuk akal,” katanya.

Beliau dalam sesi soal jawab dalam Dewan sebelum itu meminta Menteri Pelajaran menyatakan secara terperinci satu demi satu status terkini pembinaan 19 buah Sekolah Jenis Kebangsaan SJK (C) yang diumum serta dijanjikan oleh kerajaan pada 31 Januari 2008 serta kos terlibat dalam menyiapkan sekolah-sekolah tersebut.

Tuesday, October 26, 2010

Piagam Madinah apakah keserasiannya dengan Perlembagaan Malaysia.....Pernah seorang lelaki bertanya kepada baginda: "Apakah ajaran Islam yang terbaik?" Jawab baginda; "Kamu memberi (sedekah) makan dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal atau tidak kenal". Sekarang kita baca Piagam Madinah di tulis oleh Rasullah (SAW) ketika umat Islam mendirikan sebuah negara Islam di Madinah pada tahun 622 M bersamaan 1 Hijrah. Lahirnya negara ini menandakan bermulanya konsep sebuah negara berperlembagaan yang pertama di dunia selain perlembagaan bertulis pertama dalam sejarah.

Madinah bina masyarakat baru Islam



Parlimen adalah tunggak utama penggubalan undang-undang sesebuah negara. - Gambar hiasan


PIAGAM Madinah menjadi asas kuat pembinaan sebuah negara berpaksikan kepada ajaran-ajaran Islam. Tanpa ada pihak-pihak yang boleh menyalahgunakan kuasa demi apa juga kepentingan diri sendiri.

Sama sekali selaku pemimpin, Rasulullah SAW tidak meletakkan kepentingan dirinya mengatasi soal-soal kebajikan dan kehidupan rakyat. Benar-benar rakyat didahulukan.

Malah baginda sangat menghargai kepercayaan yang diberi dengan menghabiskan banyak masa baginda bersama penduduk Madinah.

Contoh paling ketara, sepanjang hayat baginda, kecuali solat sunat dan qiamullail, baginda tidak pernah mendirikan solat lima waktu sehari semalam secara bersendirian, kecuali berjemaah bersama dengan seluruh umat Islam yang lain.

Yang pasti sembahyang berjemaah itu menjadi saluran paling efektif untuk mendekatkan diri baginda sambil mengambil tahu akan segala masalah dan kesusahan para pengikut baginda.

Begitupun Piagam Madinah tetap kekal relevan digunapakai sehingga ke hari ini supaya menjadi rujukan dan contoh kepada mana-mana negara yang mempunyai rakyat berbilang bangsa dan agama tetapi masih boleh hidup aman dan damai di bawah naungan dan lindungan satu Piagam sebuah negara Islam.

Ini kerana dengan piagam itu, baginda telah mengorak langkah dengan membina asas-asas masyarakat baru Islam yang lebih dinamik dan maju ke hadapan.

Dalam segala aspek, tanpa tertumpu kepada soal ibadat semata-mata.

Di tambah, baginda dibantu oleh para sahabat yang masing-masing mempunyai budi pekerti yang sangat luhur dan mulia.

Tiada tandingannya apabila kita menyebut nama-nama seperti Abu Bakar As Siddiq, Umar Al Khattab, Uthman Al Affan dan Ali Abi Talib serta begitu ramai lagi sahabat besar yang lain.

Dalam memperkatakan para sahabat baginda itu, maka ia sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah Mas'ud; "Barang siapa yang hendak mengikut sunnah maka ikutlah sunnah orang yang telah mati. Sesungguhnya orang yang hidup belum tentu selamat daripada terjebak dalam fitnah.

"Mereka itulah para sahabat Muhammad SAW. Mereka ialah manusia yang paling mulia di kalangan umat ini, paling baik hati, paling dalam ilmu pengetahuannya dan paling tidak memberatkan diri (ringan tulang).

"Allah memilih mereka untuk menjadi sahabat Nabi membantu baginda menegakkan agama-Nya.

"Justeru itu kenalilah kelebihan mereka dan ikutlah jejak langkah mereka. Berpeganglah sedaya upayamu dengan akhlak dan perjalanan hidup mereka. Sesungguhnya mereka berada di atas petunjuk yang lurus".

Semua ini apabila baginda sering mengajar, mendidik dan membersihkan jiwa mereka serta menggalakkan mereka berbudi pekerti mulia, adab, kasih sayang, persaudaraan, sifat-sifat mulia, tekun beribadat, rajin dalam pekerjaan dan mentaati perintah.

Pernah seorang lelaki bertanya kepada baginda: "Apakah ajaran Islam yang terbaik?" Jawab baginda; "Kamu memberi (sedekah) makan dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal atau tidak kenal".

Pemimpin kaum Yahudi di Madinah, Abdullah Salam pernah memberitahu apabila setibanya Nabi Muhammad ke Madinah, beliau pun terus menemui baginda dan setelah memerhatikan rupa paras baginda, Abdullah Salam terus mempercayai baginda kerana cahaya kejujuran dan keikhlasan yang jelas terpancar daripada wajah baginda.

Maka antara ucapan awal yang diucapkan oleh baginda ketika itu; "Wahai manusia, berilah makanan kepada yang memerlukan, hubungkan silaturahim dan bersembahyanglah di waktu malam tatkala orang lain sedang tidur, nescaya kamu akan dapat masuk syurga dengan sejahtera".


Berikut adalah perlembagaan yang ditulis oleh Rasulullah s.a.w ketika umat Islam mendirikan sebuah negara Islam di Madinah pada tahun 622 M. bersamaan 1 Hijriyah. Lahirnya negara ini menandakan bermulanya konsep sekaligus praktik sebuah negara berperlembagaan pertama di dunia selain perlembagaan bertulis pertama dalam sejarah. Sebelum itu tiada satu negara pun yang memiliki perlembagaan, kerana dalam sistem monarki sabda raja adalah undang-undang. Dalam perlembagaan yang cukup maju ini Rasulullah menggariskan beberapa prinsip yang penting dalam bernegara seperti prinsip persamaan (pasal 2; 16),  keadilan (pasal 45; 47; 20; 36 ), persaudaraan dan perpaduan (pasal 12; 14; 19; 37), kedaulatan hukum Shari’ah ( pasal 42; 23), kebebasan bersuara atau amar makruf nahi munkar (pasal 13; 47), hak-hak dan kewajipan kaum minoriti (25; 24; 36-38; 46), kewajipan rakyat dalam mempertahankan negara (18; 38; 46), kesetiaan kepada negara (pasal 37; 46), pengakuan Rasulullah sebagai ketua negara dan ketua hakim (42;23) dan lain-lain.b931dbf110a542635cb01a9d190d030a.jpg

Dengan nama Allah Yang Maha pemurah lagi Maha pengasih.

Sesungguhnya ini adalah dokumen dari Muhammad pesuruh Allah, (yang mengurus perhubungan) antara orang-orang beriman dan Islam (terdiri daripada) kaum Quraysh dan Yathrib, dan mereka yang mengikuti dan bekerja bersama mereka.

PEMBENTUKAN UMMAT

Pasal 1

Sesungguhnya mereka adalah satu ummat, bebas dari (pengaruh dan kekuasaan) manusia lainnya.

II

HAK ASASI MANUSIA

Pasal 2

Kaum Muhajirin dari Quraisy tetap mempunyai hak asli mereka, yaitu saling tanggung-menanggung, membayar dan menerima uang tebusan darah (diyat) di antara mereka (karena suatu pembunuhan), dengan cara yang baik dan adil di antara orang-orang beriman.

Pasal 3

  1. Banu 'Awf (dari Yatsrib) tetap mempunyai hak asli mereka, tanggung menanggung uang tebusan darah (diyat).
  2. Dan setiap keluarga dari mereka membayar bersama akan uang tebusan dengan baik dan adil di antara orang-orang beriman.
Pasal 4

  1. Banu Sa'idah (dari Yatsrib) tetap atas hak asli mereka, tanggung menanggung uang tebusan mereka.
  2. Dan setiap keluarga dari mereka membayar bersama akan uang tebusan dengan baik dan adil di antara orang-orang beriman.
Pasal 5

  1. Banul-Harts (dari suku Yatsrib) tetap berpegang atas hak-hak asli mereka, saling tanggung-menanggung untuk membayar uang tebusan darah (diyat) di antara mereka.
  2. Setiap keluarga (tha'ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.
Pasal 6


  1. Banu Jusyam (dari suku Yatsrib) tetap berpegang atas hak-hak asli mereka, tanggung-menanggung membayar uang tebusan darah (diyat) di antara mereka.
  2. Setiap keluarga (tha'ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.
Pasal 7

  1. Banu Najjar (dari suku Yatsrib) tetap berpegang atas hak-hak asli mereka, tanggung-menanggung membayar uang tebusan darah (diyat) dengan secara baik dan adil.
  2. Setiap keluarga (tha'ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orang beriman.
Pasal 8

  1. Banu 'Amrin (dari suku Yatsrib) tetap berpegang atas hak-hak asli mereka, tanggung-menanggung membayar uang tebusan darah (diyat) di antara mereka.
  2. Setiap keluarga (tha'ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan
    adil di kalangan orang-orang beriman.
Pasal 9

  1. Banu An-Nabiet (dari suku Yatsrib) tetap berpegang atas hak-hak asli mereka, tanggung-menanggung membayar uang tebusan darah (diyat) di antara mereka.
  2. Setiap keluarga (tha'ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.
Pasal 10

  1. Banu Aws (dari suku Yatsrib) berpegang atas hak-hak asli mereka, tanggung-menanggung membayar uang tebusan darah (diyat) di antara mereka.
  2. Setiap keluarga (tha'ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.
III

PERSATUAN SEAGAMA

Pasal 11

Sesungguhnya orang-orang beriman tidak akan melalaikan tanggungjawabnya untuk memberi sumbangan bagi orang-orang yang berhutang, karena membayar uang tebusan darah dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.

Pasal 12

Tidak seorang pun dari orang-orang yang beriman dibolehkan membuat persekutuan dengan teman sekutu dari orang yang beriman lainnya, tanpa persetujuan terlebih dahulu dari padanya.

Pasal 13

  1. Segenap orang-orang beriman yang bertaqwa harus menentang setiap orang yang berbuat kesalahan , melanggar ketertiban, penipuan, permusuhan atau pengacauan di kalangan masyarakat orang-orang beriman.
  2. Kebulatan persatuan mereka terhadap orang-orang yang bersalah merupakan
    tangan yang satu, walaupun terhadap anak-anak mereka sendiri.
Pasal 14

  1. Tidak diperkenankan seseorang yang beriman membunuh seorang beriman lainnya karena lantaran seorang yang tidak beriman.
  2. Tidak pula diperkenankan seorang yang beriman membantu seorang yang kafir untuk melawan seorang yang beriman lainnya.
Pasal 15

  1. Jaminan Allah adalah satu dan merata, melindungi nasib orang-orang yang lemah.
  2. Segenap orang-orang yang beriman harus jamin-menjamin dan setiakawan sesama mereka daripada (gangguan) manusia lainnya.
IV

PERSATUAN SEGENAP WARGANEGARA

Pasal 16

Bahwa sesungguhnya kaum-bangsa Yahudi yang setia kepada (negara) kita, berhak mendapatkan bantuan dan perlindungan, tidak boleh dikurangi haknya dan tidak boleh diasingkan dari pergaulan umum.

Pasal 17

  1. Perdamaian dari orang-orang beriman adalah satu
  2. Tidak diperkenankan segolongan orang-orang yang beriman membuat perjanjian tanpa ikut sertanya segolongan lainnya di dalam suatu peperangan di jalan Allah, kecuali atas dasar persamaan dan adil di antara mereka.
Pasal 18

Setiap penyerangan yang dilakukan terhadap kita, merupakan tantangan terhadap semuanya yang harus memperkuat persatuan antara segenap golongan.

Pasal 19

  1. Segenap orang-orang yang beriman harus memberikan pembelaan atas tiap-tiap darah yang tertumpah di jalan Allah.
  2. Setiap orang beriman yang bertaqwa harus berteguh hati atas jalan yang baik dan kuat.
Pasal 20

  1. Perlindungan yang diberikan oleh seorang yang tidak beriman (musyrik) terhadap harta dan jiwa seorang musuh Quraisy, tidaklah diakui.
  2. Campur tangan apapun tidaklah diijinkan atas kerugian seorang yang beriman.

Pasal 21

  1. Barangsiapa yang membunuh akan seorang yang beriman dengan cukup bukti atas perbuatannya harus dihukum bunuh atasnya, kecuali kalau wali (keluarga yang berhak) dari si terbunuh bersedia dan rela menerima ganti kerugian (diyat).
  2. Segenap warga yang beriman harus bulat bersatu mengutuk perbuatan itu, dan tidak diijinkan selain daripada menghukum kejahatan itu.

Pasal 22

  1. Tidak dibenarkan bagi setiap orang yang mengakui piagam ini dan percaya kepada Allah dan hari akhir, akan membantu orang-orang yang salah, dan memberikan tempat kediaman baginya.
  2. Siapa yang memberikan bantuan atau memberikan tempat tinggal bagi pengkhianat-pengkhianat negara atau orang-orang yang salah, akan mendapatkan kutukan dan kemurkaan Allah di hari kiamat nanti, dan tidak diterima segala pengakuan dan kesaksiannya.
Pasal 23

Apabila timbul perbedaan pendapat di antara kamu di dalam suatu soal, maka kembalikanlah penyelesaiannya pada (hukum) Allah dan (keputusan) Muhammad SAW.

V

GOLONGAN MINORITI

Pasal 24

Warganegara (dari golongan) Yahudi memikul biaya bersama-sama dengan kaum beriman, selama negara dalam peperangan.

Pasal 25

  1. Kaum Yahudi dari suku 'Awf adalah satu bangsa-negara (ummat) dengan warga yang beriman.
  2. Kaum Yahudi bebas memeluk agama mereka, sebagai kaum Muslimin bebas memeluk agama mereka.
  3. Kebebasan ini berlaku juga terhadap pengikut-pengikut/sekutu-sekutu mereka, dan diri mereka sendiri.
  4. Kecuali kalau ada yang mengacau dan berbuat kejahatan, yang menimpa diri orang yang bersangkutan dan keluarganya.
Pasal 26

Kaum Yahudi dari Banu Najjar diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu 'Awf di atas

Pasal 27

Kaum Yahudi dari Banul-Harts diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu 'Awf di atas

Pasal 28

Kaum Yahudi dari Banu Sa'idah diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu 'Awf di atas

Pasal 29

Kaum Yahudi dari Banu Jusyam diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu 'Awf di atas

Pasal 30

Kaum Yahudi dari Banu Aws diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu 'Awf di atas

Pasal 31

  1. Kaum Yahudi dari Banu Tsa'labah, diperlakukan sama seperti kaum yahudi dari Banu 'Awf di atas
  2. Kecuali orang yang mengacau atau berbuat kejahatan, maka ganjaran dari pengacauan dan kejahatannya itu menimpa dirinya dan keluarganya.
Pasal 32

Suku Jafnah adalah bertali darah dengan kaum Yahudi dari Banu Tsa'labah, diperlakukan sama seperti Banu Tsa'labah

Pasal 33

  1. Banu Syuthaibah diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu 'Awf di atas.
  2. Sikap yang baik harus dapat membendung segala penyelewengan.
Pasal 34

Pengikut-pengikut/sekutu-sekutu dari Banu Tsa'labah, diperlakukan sama seperti Banu Tsa'labah.


Pasal 35

Segala pegawai-pegawai dan pembela-pembela kaum Yahudi, diperlakukan sama seperti kaum Yahudi.

VI

TUGAS WARGA NEGARA

Pasal 36

  1. Tidak seorang pun diperbolehkan bertindak keluar, tanpa ijinnya Muhammad SAW.
  2. Seorang warga negara dapat membalaskan kejahatan luka yang dilakukan orang kepadanya
  3. Siapa yang berbuat kejahatan, maka ganjaran kejahatan itu menimpa dirinya dan keluarganya, kecuali untuk membela diri
  4. Allah melindungi akan orang-orang yang setia kepada piagam ini

Pasal 37

  1. Kaum Yahudi memikul biaya negara, sebagai halnya kaum Muslimin memikul biaya negara
  2. Di antara segenap warga negara (Yahudi dan Muslimin) terjalin pembelaan untuk menentang setiap musuh negara yang memerangi setiap peserta dari piagam ini
  3. Di antara mereka harus terdapat saling nasihat-menasihati dan berbuat kebajikan, dan menjauhi segala dosa
  4. Seorang warga negara tidaklah dianggap bersalah, karena kesalahan yang dibuat sahabat/sekutunya
  5. Pertolongan, pembelaan, dan bantuan harus diberikan kepada orang/golongan yang teraniaya

Pasal 38

Warga negara kaum Yahudi memikul biaya bersama-sama warganegara yang beriman, selama peperangan masih terjadi

VII

MELINDUNGI NEGARA

Pasal 39

Sesungguhnya kota Yatsrib, Ibukota Negara, tidak boleh dilanggar kehormatannya oleh setiap peserta piagam ini

Pasal 40

Segala tetangga yang berdampingan rumah, harus diperlakukan sebagai diri-sendiri, tidak boleh diganggu ketenteramannya, dan tidak diperlakukan salah

Pasal 41

Tidak seorang pun tetangga wanita boleh diganggu ketenteraman atau kehormatannya, melainkan setiap kunjungan harus dengan ijin suaminya


VIII

PIMPINAN NEGARA

Pasal 42

  1. Tidak boleh terjadi suatu peristiwa di antara peserta piagam ini atau terjadi pertengkaran, melainkan segera dilaporkan dan diserahkan penyelesaiannya menurut (hukum ) Allah dan (kebijaksanaan) utusan-Nya, Muhammad SAW
  2. Allah berpegang teguh kepada piagam ini dan orang-orang yang setia kepadanya

Pasal 43

Sesungguhnya (musuh) Quraisy tidak boleh dilindungi, begitu juga segala orang yang membantu mereka

Pasal 44

Di kalangan warga negara sudah terikat janji pertahanan bersama untuk menentang setiap agresor yang menyergap kota Yatsrib


IX

POLITIK PERDAMAIAN

Pasal 45

  1. Apabila mereka diajak kepada perdamaian (dan) membuat perjanjian damai (treaty), mereka tetap sedia untuk berdamai dan membuat perjanjian damai
  2. Setiap kali ajakan perdamaian seperti demikian, sesungguhnya kaum yang beriman harus melakukannya, kecuali terhadap orang (negara) yang menunjukkan permusuhan terhadap agama (Islam)
  3. Kewajiban atas setiap warganegara mengambil bahagian dari pihak mereka untuk perdamaian itu
Pasal 46

  1. Dan sesungguhnya kaum Yahudi dari Aws dan segala sekutu dan simpatisan mereka, mempunyai kewajiban yang sama dengan segala peserta piagam untuk kebaikan (perdamaian) itu
  2. Sesungguhnya kebaikan (perdamaian) dapat menghilangkan segala kesalahan
X

PENUTUP

Pasal 47

  1. Setiap orang (warganegara) yang berusaha, segala usahanya adalah atas dirinya
  2. Sesungguhnya Allah menyertai akan segala peserta dari piagam ini, yang menjalankannya dengan jujur dan sebaik-baiknya
  3. Sesungguhnya tidaklah boleh piagam ini dipergunakan untuk melindungi orang-orang yang zalim dan bersalah
  4. Sesungguhnya (mulai saat ini), orang-orang yang bepergian (keluar), adalah aman
  5. Dan orang yang menetap adalah aman pula, kecuali orang-orang yang dhalim dan berbuat salah
  6. Sesungguhnya Allah melindungi orang (warganegara) yang baik dan bersikap taqwa (waspada)
  7. Dan (akhirnya) Muhammad adalah Pesuruh Allah, semoga Allah mencurahkan shalawat dan kesejahteraan atasnya
Keterangan dan Rujukan:

Menurut riwayat Ibnu Ishaq dalam bukunya Sirah an-Nabi SAW juz II hal 119-123, dikutip Ibnu Hisyam (wafat : 213 H.828 M). Diterjemahkan ke dalam bahasa inggris oleh A. Guillaume, The Life of Muhammad (1955) dan Muhammad Hamidullah, The First Written Constitution in the World (1965). disistematisasikan ke dalam pasal-pasal oleh Dr. AJ Wensinck dalam bukunya Mohammad en de Yoden le Medina (1928), pp. 74-84, dan W Montgomery Watt dalam bukunya Mohammad at Medina (1956), pp. 221-225

Manfaat bina Menara Warisan: Masihkah kita ingat satu ketika dahulu bila Mantan PM ingin membina mega projeknya KLIA, Putrajaya, Menara Kembar Petronas, Jambatan Pulau Mutiara, Langkawi dan banyak lagi. Pembangkang dan cyber troopers portal-portal pembangkang kata satu pembaziran tetapi sekarang kawasan-kawasan ini yang di idam-idamkan dan sentiasa di mimpikan oleh Pakatan Rompah. Mengapa agaknya? Agenda pembangkang ialah untuk mengagalkan segala apa yang baik untuk rakyat. Pembangkang kata Menara Warisan tak perlulah kerana sudah ada Menara Bekembar Petronas. Projek mega ini satu pembaziran. Nanti PNB akan menggunakan wang pelabur dan nanti PNB tak dapat bayar dividen spt sekarang iaitu sekitar 8-9%. Berbagai tohmahan dan fitnah terhadap projek tersebut di keluarkan dan yang paling dashyat ialah wujudnya laman web di facebook mengenai Menara Warisan yang menyatakan bangkangan terhadap projek mega ini. Pada pandangan kita YAB PM mesti tekad dan pegang pada rasa hati dan pandangan jauh beliau bahawa ini adalah projek untuk merancakkan ekonomi dan untuk kepentingan rakyat. Projek ini bukan untuk membangga diri atau untuk berlawan dengan Mantan PM tetapi adalah untuk mengembelengkan ekonomi agar ianya akan berganda yang akan memberi manfaat kepada rakyat. Kita tengok Little India di Brickfield. Tak sangka begitu cantik dan indah sekali. Kita rasa keindahan dan kecantikan tersebut perlu di nikmati dan di jaga dengan baik oleh penduduk Brickfield. Natijahnya jangan bangkang sekiranya hanya untuk membangkang. Tengok pada Jambatan Pulau Mutiara. Satu ketika dahulu bukan main kuat bangkang Roket Naga Kepala 2 tetapi lately ini Roket Naga Kepala 2 pula yang minta Dacing segerakan bina Jambatan Kedua. Nasihat kita kepada Roket Naga Kepala 2 ialah lu cari itu wang untuk tampung itu kos bagi bina itu Jambatan Gantung antara Pulau Mutiara sama itu tanah besarlah kalau boleh sebab lu kata boleh bawa FDI banyak masuk Pulau Mutiara. Inilah contoh sikap pembangkang cakap berdegar-degar tetapi najis bergelumang di dubur.



Kawasan Stadium Merdeka dan Stadium Negara bakal bertukar wajah dengan pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat.

KETIKA Tun Dr. Mahathir Mohamad hendak membina jambatan Pulau Pinang dan Menara Berkembar Petronas atau Kuala Lumpur City Center (KLCC) dahulu, teruk beliau dibidas dan dikritik.

Kini apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan projek Menara Warisan Merdeka bernilai RM5 bilion di lokasi Stadium Negara dan Stadium Merdeka, beliau turut dihentam oleh pihak pembangkang.

Pembinaan menara yang diumumkan oleh Najib ketika membentangkan Bajet 2011 itu dikritik kerana ia disifatkan sebagai projek membazir. Sehinggakan beberapa pemimpin pembangkang dan sebilangan laman web begitu ghairah mengkritik cadangan projek tersebut.

Elok diingatkan sejarah ketika reaksi pembangkang terhadap pembinaan Menara Berkembar KLCC dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Tanpa jemu siang dan malam serta berbulan-bulan lamanya pihak parti pembangkang memainkan isu pembinaan kedua-dua mercu tanda negara ini. Mereka menganggap pembinaan kedua-dua mercu tanda masa depan ini sebagai satu pembaziran wang negara.

Namun kini, kumpulan pengkritik itu yang sering menggunakan kemudahan ini. Di bawah KLCC tempat mereka berniaga dan bekerja untuk mencari rezeki. Di dalam KLCC tempat mereka bertemu untuk berkomplot menjatuhkan kerajaan. KLCC tempat mereka lepak dan membeli-belah.

KLIA pula menjadi hub transit mereka ke negara luar untuk mengutuk dan memburuk-burukkan tanah air sendiri. Sebagaimana KLCC, lihatlah betapa ramainya penyokong-penyokong pakatan pembangkang mencari rezeki mereka di KLIA.

Apakah perasaan mereka yang kerap membantah sesuatu yang akhirnya memberikan faedah kepada mereka untuk jangka masa panjang?

Begitu juga ketika kerajaan mahu membina Jambatan Pulau Pinang dahulu, ramai yang mengkritik, khususnya parti pembangkang. Tetapi sekarang orang Pulau Pinang minta jambatan kedua.

Kerajaan mempunyai alasan yang cukup kukuh untuk melaksanakan pembinaan menara tersebut. Pembinaan bangunan itu bakal menjadi lambang kemodenan dan kemajuan negara di samping dapat memacu pembangunan ekonomi negara.

“Pertamanya, kita nak satu bangunan yang menjadi lambang bukan sahaja moden tapi negara maju, kita juga nak mencetuskan perkembangan ekonomi... Banyak kerja-kerja kontrak dan sebagainya yang boleh kita agihkan untuk menggerakkan kegiatan ekonomi.

“Kawasan itu boleh menjadi pusat perniagaan yang menempatkan peniaga-peniaga bumiputera dan bukan bumiputera. Ia juga boleh menjadi pusat tarikan yang boleh memberi keuntungan,” kata Perdana Menteri.

Najib sudah menjelaskan cadangan membina Menara Warisan di ibu negara itu bukan projek pembaziran, sebaliknya mendatangkan keuntungan kepada rakyat dan negara.

Sebenarnya pemimpin pembangkang dan pengkritik tidak faham langsung pengumuman Najib selaku Menteri Kewangan tentang pembinaan Menara Warisan Merdeka itu.

Pembinaan Menara itu akan dijalankan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tiada sebarang peruntukan daripada pihak kerajaan untuk pembinaan menara pencakar langit tersebut. Semuanya akan dibiayai oleh PNB. Dalam kata lain, itu ialah projek PNB.

Projek berkenaan melibatkan tanah milik kerajaan. Tapak Menara Warisan Merdeka itu merangkumi kawasan tanah Stadim Negara dan Stadium Merdeka.

Memandangkan penglibatan tanah kerajaan itu, maka Perdana Menteri dengan sikap bertanggungjawab yang dipikulnya perlu menjelaskan bahawa kawasan itu akan dikormersialkan untuk memenuhi permintaan semasa dan menjana pembangunan sosio-ekonomi ibu negara yang semakin padat dan berkembang.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman telah menjelaskan kedudukan sebenar projek Menara Warisan Merdeka bernilai RM5 bilion yang cuba dijadikan satu isu oleh pembangkang sebagai projek membazir.

Hamad Kama Piah menjelaskan PNB tidak akan menggunakan wang pelabur unit amanah dan juga wang kerajaan untuk projek berkenaan. Sebaliknya, projek tersebut akan dimajukan menggunakan wang hasil tabungan PNB sendiri.

PNB beli tanah itu pada harga RM310 juta pada tahun 2000 dari Danaharta dan projek Menara Warisan itu diluluskan oleh lembaga pengarah PNB pada tahun 2004.

Hamad Kama Piah menjangka projek itu akan mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan. Pembinaannya dijangka dimulakan tahun depan dan siap pada 2015.

Sememangnya projek-projek mega sebegini mempunyai kelebihan dalam tumpuan merancakkan ekonomi.
Secara tidak langsung, ia bakal mewujudkan segi tiga emas baru di Kuala Lumpur. Pastinya ia akan merancakkan harga hartanah di sekeliling projek Menara Warisan ini dan seterusnya mewujudkan lebih banyak lagi peluang perniagaan.

Di antara kesan positif yang lain, sudah pastinya ia akan menjadi satu ikon baru negara, yang bakal menggantikan Menara Berkembar Petronas dan seterusnya dapat menarik perhatian dunia. Secara tidak langsung, ia akan menarik masyarakat dunia untuk berkunjung dan berbelanja di Malaysia, dan mewujudkan lagi banyak peluang perniagaan yang lain.

Sebaliknya, pihak pembangkang hanya aktif memanipulasi minda rakyat agar terpesong dari kebenaran. Mereka cuba meracuni pemikiran rakyat demi survival politik mereka ke Putrajaya.

Kerajaan Barisan Nasional sering memikirkan masa depan dan berpandangan jauh tentang masa depan rakyat dan negara. Berbeza caranya dengan sikap pembangkang, mereka terus membangkang segala tindakan kerajaan meskipun mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka bangkangkan.

Sekiranya projek Menara Warisan ini berjaya, sememangnya ia akan membuatkan para pelabur amanah saham PNB tersenyum lebar. Sedikit sebanyak dapat meningkat pemberian dividen kepada pelabur-pelaburnya.

Setiap pelaburan memang ada risiko. Namun dengan track record yang sejak 1981, pengurusan PNB diyakini mampu menguruskan Projek Menara Warisan Merdeka ini dengan jaya.

Monday, October 25, 2010

Kahwin Politik: Saudagar Dongeng, Saudagar Fatwa dan dalil serta Saudagar Perkauman...



Mari kita pikirkan bagaimana tiga parti yang berlainan idealogi dan prinsip-prinsip perjuangan boleh duduk satu rumah makan satu rumah tidur satu rumah, Mata Sepet dengan konsep liberalisasinya, Bulan Penuh dengan keislamannya dan Roket dengan Malaysia Malaysian. Itu sebab Pakatan Rakyat masih belum di daftarkan sebagai satu parti seperti BN kerana idealogi dan perjuangannya macam langit dan bumi.



DAP- saya gelar Roket Naga kepala 2 wawasanya adalah Malaysia Malaysian iaitu kesamarataan bagi setiap rakyat Malaysia iaitu berdiri sama tinggi duduk sama rendah, menolak negara Islam dan Hukum Hudud.

PAS - saya gelar Bulan Penuh wawasannya adalah Malaysia sebuah negara Islam dan Undang-undang Hudud agenda utama.


PKR - saya gelar Mata Sepet wawasannya adalah reformasi, keadilan, Malaysia yang demokratik, mematuhi prinsip-prinsip hak-hak asasi manusia dan menghormati undang-undang antarabangsa.

Kita semua ketahui bahawa Pakatan Rakyat itu adalah pakatan untuk menawan Putrajaya tiada agenda lain selain untuk menumbang BN yang telah memerintah selama 53 tahun walaupun pada dasarnya Pakatan Rakyat adalah ikatan atau perkahwinan contract yang belum didaftarkan di ROS adalah amat rapuh serta longgar berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-

Kita jangan kata dalam Pakatan Rakyat akan menjamin keadilan, kesamarataan, menolak ruang rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan menindas, kontrak dan tender telus, golongan miskin akan di bantu, kebijakan ekonomi Malaysia mampu berdaya saing, iklim pelaburan sihat, kepatuhan kepada Perlembagaan, berubah dari dasar perkauman sempit, kebebsan dan kewibawaan sistem kehakiman.

Apabila kita hendak menyokong sesuatu pihak kita kena tengok apa manifesto dan wawasannya. Kearah mana parti tersebut ingin membawa Malaysia dan bagaimana kita hendak mencapai matlamat tersebut. Apakah perancangan pembangunan dan ekonomi yang ingin dipraktikkan. Apakah target ekonominya. Apakah mekanisme dan aturcara yang digunakan untuk mencapai matlamat itu.

Kita ada agenda tersendiri iaitu untuk martabatkan Islam dibumi Malaysia, mengukuhkan perpaduan umat Islam, menjaga kedaulatkan Raja-Raja Melayu, martabatkan bahasa Melayu, meningkatkan ekonomi orang Islam serta menjaga keharmonian antara kaum yang berbumbungkan Malaysia. Itulah yang di terjemahkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Kita orang Melayu Islam ini kadang kala cepat terpengaruh dengan cerita-cerita yang tak tahu hujung pangkal. Seolah-olah cerita Si Kitul dan Raja Mandeliar ini adalah benar tiada yang benar selain itu adalah benar. Kesian orang-orang yang cepat terpengaruh dengan penulisan seperti ini. Kita kena tengok rasional penulisan tersebut dan kaji kesahihannya jangan cepat melatah nanti kita naik lintah siapa yang susah kita jugak yang susah.

25/10/2010

Rakyat Malaysia akan di bawa sekali lagi untuk menentukan siapakah yang paling layak untuk mewakili mereka di dua kawasan iaitu di Dun Galas, Gua Musang dan di Parlimen Batu Sapi, Sabah. Di dalam kita mencari-cari formula dan idea bagaimana hendak menterjemahkan sesuatu PRK itu dapat di selitkan dengan agenda politik parti-parti yang bertanding dan penafsiran para pengundi dalam mengundi parti atau calon, kita dapati bahawa rakyat Malaysia sekarang memang sudah matang dan berfikiran jauh untuk menjadikan Malaysia ini sebuah negara yang benar-benar demokrasi.

Kedua-dua PRK ini telah membuktikan bahawa perjalanan yang kita lalui itu amat beranjau dan penuh dengan duri tetapi demokrasi yang di amalkan oleh kita selama ini tidak pernah luntur atau lebur di sebabkan oleh asakan, kritikan, cemuhan dan celaan Pakatan Rompah dan portal-portal pembangkang yang mengatakan bahawa demokrasi di Malaysia telah lumpuh dan hampir padam di sebabkan oleh cengkaman kuat Dacing selama 53 tahun.

Kata-kata azimat YAB PM dalam PAU 2010 "Berpasaklah kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji BN. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan".

Kata-kata ini telah banyak di gembar-gemburkan sebagai Keris cuba mempertahankan Putrajaya dengan berbagai cara. Ada yang cakap Keris akan gunakan kekerasan, ada yang cakap kita sekarang bukan demokrasi lagi, ada yang cakap Keris takut dan gentar hilang kuasa, ada yang cakap Keris duduk di bawah ketiak Raja-Raja Melayu, ada yang cakap Keris akan menghuru-harakan negara ini sekiranya Pakatan Rompah berjaya menawan Putrajaya dan ada yang cakap Keris gila kuasa. Berbagai andaian timbul daripada ungkapan keramat yang telah di lontarkan oleh YAB PM semasa PAU 2010 lalu.

Inilah lontaran kata-kata azimat seorang pemimpin yang mempunyai pandang yang melangkaui masa. Kita mesti lihat kata-kata azimat ini sebagai perangsang kepada ahli dan pemimpin Keris/Dacing bagi menterjemahkan sebuah pemikiran dan penelitian yang jitu untuk menjamin kelangsungan yang kita nikmati sekarang berkekalan sehingga ke anak cucu kita kemudian. Kata-kata azimat ini adalah untuk memperingati semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama yang sayangkan kestabilan, kehormanian, kesejahteraan dan kemuafakatan serta hormat-menghormati hak-hak masing telah di terjemahkan dalam Perlembagaan Malaysia bahawa Keris adalah tunjang kepada Dacing yang menjadi pemerintahan di Malaysia.  

Perpasak kepada Keris bermakna org Melayu Islam mesti berdiri teguh di belakang Keris kerana Keris telah membawa org Melayu menikmati berbagai kemajuan selama 53 tahun merdeka. Insyaallah Keris akan terus memperjuangkan Islam dan hak-hak org melayu dan bumiputra seperti di dalam Perlembagaan Malaysia. Kata mesti di kotakan. Itu memang telah terbukti. Kalau di bandingkan dengan Mata Sepet dan Bulan Penuh. Di manakah letaknya perjuangan Islam dan hak-hak org Melayu dan bumiputra. Adakah agama Islam dan hak-hak org Melayu sebagai retorik politik dan untuk menjaga kepentingan dan keuntungan agenda politik mereka. Kita lihat sekarang di Malaysia adakah agenda politik agama dan demokrasi dan keadilan Mata Sepet dan Bulan Penuh dapat menegakkan Islam dan hak-hak org Melayu dan bumiputra?

Di PRK Dun Galas Bulan Penuh telah gagal untuk mempraktikkan agendanya untuk memperjuangkan Islam apabila gagal untuk mentadbir dan menguruskan kepentingan kaum Org Asli di Galas. Gagal untuk memtarbiyahkan mereka serta mentazkirahkan mereka kepada jalan yang lurus. Kemudian salahkan Keris/Dacing yang cuba menggunakan JHEOA sebagai "tools" untuk memancing undi di Galas. Inilah kesilapan kita yang harus kita selidiki sebelum menuding jari kepada org lain. Kita sudah cakap bahawa Bulan Penuh adalah adalah anggota Pakatan Rompah yang mengamalkan perpecahan iaitu akan cuba memecah belahkan umat Islam Malaysia dan mengeluarkan fatwa dan dalil yang mengelirukan umat Islam di Malaysia. Agenda ini adalah untuk menunjukkan bahawa fatwa dan dalil Bulan Penuh sahaja yang benar kerana Bulan Penuh memperjuangkan Islam untuk mendapat keberkatan di akhirat nanti. Kita jangan lupa bahawa Allah (SWT) akan mengira kita sejak kita lahir di dunia sehingga kita masuk ke liang kubur. Ini perkiraan yang tidak akan tertinggal satu pun. Adakah kita ingin di lihat sebagai membelakangi seruan Allah (SWT) yang di nyatakan di dalam Al-Quran bahawa apabila di tanya Islam apa yang di perjuangkan. Maka mulut akan cakap Islam Bulan Penuh. Di tanya lagi fatwa dan dalil apa yang kita pakai, semua anggota badan akan cakap fatwa dan dalil Bulan Penuh. Kita jangan taksub dan rakus mengatakan bahawa Bulan Penuh memperjuangkan Islam untuk akhirat tetapi Keris memperjuangkan Islam menyeleweng dan kafir tetapi Allah (SWT) nak perlihatkan kekafiran kita itu, Bulan Penuh telah bersekongkol dengan Roket Naga Kepala 2 dalam Pakatan Rompah. Siapa yang memperlekehkan Islam dan hak-hak org Melayu dan bumiputra sekarang. Ketidak seimbangan pemimpin-pemimpin Bulan Penuh akan di perlihat satu persatu oleh Allah (SWT) kerana setiap kita boleh merahsiakan sesuatu drp manusia tetapi setiap manusia tidak boleh merahsiakan sesuatu drp Allah (SWT). Natijahnya kita mesti berpasak kepada Keris selagi Keris terus mendaulatkan Islam dan mempertahankan hak-hak org Melayu dan bumiputra.

Di PRK Batu Sapi kerakusan dan ketamakkan kuasa Mata Sepet terserlah apabila turut serta dalam pertandingan walaupun SAPP turut serta bertanding. Sungguh SAPP telah di pujuk supaya tidak bertanding tetapi SAPP mungkin marah dengan agenda dongeng Mata Sepet pada 16/9 "I have the figures to take over Putrajaya", maka SAPP tidak menggangotai Pakatan Rompah dan SAPP memutuskan untuk meletakkan calon di Batu Sapi. Pada kita sekiranya satu parti pembangkang sudah bertanding buat apa satu lagi parti pembangkang bertanding. Ini menampakkan ketamakkan dan kerakusan parti tersebut dalam mengaut kuasa untuk menonjolkan dirinya bahawa aku sahaja yang berhak bertanding org lain mesti akur dengan permintaan aku. Natijahnya Mata Sepet tak ubah macam kaduk naik junjung yang rakuskan dan tamakkan kuasa untuk memerintah Malaysia dengan menamwan Putrajaya. Maka Batu Sapi adalah pemangkinnya kononnya selepas kejadian di Sibu maka Batu Sapi akan memberikan laluan tersebut kepada Mata Sepet yang mewakili Pakatan Rompah. Kita dapat rasakan bahawa Batu Sapi tidak akan melakukan kesilapan seperti di Sibu kerana rakyat inginkan kestabilan, kesejahteraan, keharmonian dan pembangunan berterusan bagi menjamin kelangsungan hidup mereka di dunia dan di akhirat. Maka rakyat akan bertetap dengan panji-panji Barisan Nasional kerana Barisan Nasional adalah untuk semua yang mencerminkan 1 Malaysia. Kata di kota janji di tepati dan kemajuan di bawa, pembangunan di rancakkan dan kehidupan rakyat di sejahterakan, keharmonian kaum di semaikan supaya saling hormat menghormati di segi agama dan hak-hak masing. Inilah agenda Barisan Nasional yang bukan retorik tetapi realiti yang kita akan kecapi dahulu, kini dan selama-lamanya. 

"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan".

Kata-kata ini pula adalah untuk mengembelangkan usaha dan gerak kerja kita agar kita tidak lalai dan "complacent" dalam "comfort zone" bahawa kita berjaya mematahkan dakyah dan fitnah serta pembohongan Pakatan Rompah. Kata-kata azimat ini adalah satu ungkapan sahaja tidak lebih drp memberi satu suntikan semangat kepada ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Keris dan Dacing agar bangkit drp tidur melakukan sesuatu untuk mempertahankan serangan fitnah dan pembohongan Pakatan Rompah yang inginkan Putrajaya. Keris dan Dacing tidak sekejam untuk mempertahankan Putrajaya dengan tentera dan kekerasan. Ini negara demokrasi, kerajaan yang kita ada sekarang adalah kerajaan rakyat, maka rakyat yang berhak menentukannya. Begitulah terjadi apabila Pakatan Rompah berjaya menawan Kota Darul Ehsan, Kota Darul Ridzuan, Pulau Mutiara, Kota Darul Aman dan Kota Darul Naim maka Keris dan Dacing telah memberi laluan yang bersih dan licin untuk Pakatan Rompah mengambil negeri-negeri tersebut. Di Kota Darul Ridzuan, Pakatan Rompah jatuh di sebabkan kejahilan dan ketamakkan kuasa mereka sehinggakan ahli-ahli mereka boleh keluar parti dan menjadi bebas tetapi menyokong agenda Barisan Nasional. Peluang telah di berikan maka Barisan Nasional memohon untuk menubuhkan kerajaan sebab mempunyai majoriti di dalam dewan. Kerajaan perpaduan antara Keris dan Bulan Penuh cuba di wujudkan tetapi gagal kerana Bulan Penuh tak ingin berkawan dengan Keris dan lebih suka berkawan dengan "syaitan" sekali pun. Macam mana nak buat.

Natijahnya kata-kata azimat YAB PM "Berpasaklah kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji BN. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan" jangan di putar belitkan menjadi sesuatu halangan untuk kita mencapai demokrasi tulen di Malaysia. Ianya adalah suntikan semangat kepada Keris dan Dacing untuk mengembelengkan tenaga dan gerak kerja bagi menawan hati rakyat supaya kembali menyokong Dacing. Putrajaya adalah hak rakyat Malaysia dan rakyat Malaysia yang akan menentukan siapa yang berhak untuk menduduki kerusi panas Putrajaya.