Wednesday, August 11, 2010

Anwar berjaya ubah lanskap politik Malaysia

Perubahan lanskap politik ini ke arah mana? Sekiranya kita menuju kepada apa yang di wawasankan oleh Pakatan Rompah maka kita akan menuju kepada kehancuran dan kemusnahan. Ini dapat dilihat di negeri-negeri Pakatan Rompah yang mana ketelusan, integriti dan accountability tersebut hanya tinggal slogan semata-mata. Natijahnya adalah rakyat yang di tipu yang mana kita di bawa belayar sehingga ke lautan yang luas dan dilepaskan begitu sahaja untuk kita mencari jalan balik tanpa sebarang kelengkapan dan peralatan untuk di gunakan bagi mencari jalan balik. Pakatan Rompah dengan senang-lenang merobik dan mengaut hasil maksum negeri-negeri yang di perintah seperti monyet yang akan memakan segala yang boleh dicapai dan dicuri untuk kepentingan peribadi dan kelompoknya.

Ini di punahkan lagi dengan politik fitnah, tohmahan, politik mengaibkan lawan baik individu atapun kaum keluarganya telah menjadi satu permainan yang begitu keji di Malaysia sekarang. Dahulu kita berpolitik berdasarkan idealogi tetapi sekarang kita berpolitik dengan menjatuhkan maruah, martabat dan kemaluan pemimpin-pemimpin yang kita letakkan di pesada puncak pemerintahan di Putrajaya.

Inilah perubahan yang kita perolehi selepas PRU 2008 iaitu politik jalanan, politik demotrasi, politik fitnah, politik tohmahan, politik caci mencaci, politik mengaibkan lawan, politik cemuhan, politik prasangka dan politik mencari kesalahan orang lain.

Ini di terukkan lagi dengan semangat perkauman yang dipegang oleh Naga Kepala 2 yang mana fahaman politiknya tertumpu dan mementingkan kaumnya apabila sampai kepada peringkat di mana menghasut kaumnya jangan percaya kepada konsep Dacing yang banyak merugikan kaumnya tetapi percayalah kepada Pakatan Rompah kerana ianya menguntungkan kaumnya . Ini adalah kerana Roket dianggap kuat dan boleh mengawal segala pergerakkan dalam Pakatan Rompah . Ini memang terserlah di Kota Darul Ehsan dan Kota Darul Ridzuan.

Bolehlah di katakan bahawa Ketua Mata Sepet itu telah membawa perubahan politik yang keji, kotor dan jijik yang mana harga Melayu dan Islam telah di jual untuk mendapatkan apa yang dihajatinya iaitu Putrajaya. Ingat Bangsaku bahawa kita sekarang berada di ambang pergolakkan antara yang buta, tuli, pekak, bisu dan hati yang pekat hitam dengan yang celik dan terang pemikirannya yang pandai menilai dan tak pandai menilai yang mana satu Intan dan mana satu Kaca.

Jangan kita anggap Kaca itu sebagai Intan kerana nampak dari luar ianya berkilat-kilat tetapi apabila sudah pakai baru nampak kebohongan dan kepalsuannya. Jangan tengok Intan itu sebagai Kaca kerana nanti kita akan menyesal kerana menanggalkannya walapun ada sedikit calar dan kotor sana-sini tetapi ianya tetap Intan.


Naga Kepala 2 yang inginkan Putrajaya tersebut?


OR

Pengkhianat yang mencetuskan Melayu kurang ajar yang inginkan Putrajaya tersebut?

PUTRAJAYA




KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menganggap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya memetakan perubahan besar dalam lanskap politik negara.

Beliau yang juga Ketua Parlimen DAP membuat justifikasi demikian setelah melihat peranan Anwar dalam memangkin tsunami politik pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

"Setiap tindakan dan pandangannya memberi kesan yang penting terhadap halatuju negara kita," ujarnya seperti dipetik dari sesawang Suara Keadilan.

Difahamkan, pengakuan penuh sentimental itu diluahkannya semalam sempena meraikan hari ulang tahun Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh ke-63.

"Masej ucapan selamat ulang tahun saya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebagai tokoh politik yang penting, menjadi harapan agar kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan dalam negara kita," katanya.

Disebabkan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur mengaku bahawa populariti Anwar menggamit jutaan rakyat, khususnya penyokong Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment