Thursday, August 12, 2010

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Apakah erti merdeka kepada kita? Apakah sumbangan kita kepada negara Malaysia yang cintai ini? Apakah sudah 53 tahun kita merdeka mentaliti dan jati diri kita masih dibelenggu oleh penjajah? Ke manakah kita ini membawa bendera ini dalam mencapai wawasan 2020 nanti?

Kesimpulannya mari kita melihat diri kita samada kita ini sudah merdeka dari segi corak pemikiran, tutur kata, budi pekerti dan penerimaan maklumat serta penyampaian maklumat. Adakah kita masih di belenggu dengan corak pemikiran yang menjurus kepada perkauman, pemikiran yang kolot dan anti establishment, penerimaan segala maklumat fitnah, palsu dan tohmahan serta menyampaikan maklumat fitnah, palsu dan tohmahan tadi untuk kepentingan diri sendiri ataupun organisasi yang kita wakili.

Adakah ini ciri-ciri merdeka yang dituntut oleh Malaysia daripada rakyatnya selepas 53 tahun merdeka?


http://i184.photobucket.com/albums/x96/NJAyZ/malaysia_flag.jpg



MALAYSIA NEGARA KU TERCINTA

No comments:

Post a Comment