Tony Eu Just defeat UMNO and oust NTR who turned out to be the worst of PMs after Mahathir.
Cicero Smj PKR can rule, can retain power, can walk to Putrajaya on condition beleaguered Melayu ABI has to relinquish his political ambition. He is the major cause of opposition's defeat in the next GE.
Prema Mammen He must get rid of all kataks and parasites first. Otherwise, Selangoreans, like me, will be truly disappointed and upset.
Linda Alfred Fernandez Be careful , the filth of umno ....they will do everything and anything to stay in power .
4 hours ago · 2
Richard Ooi well said Linda, do not be overcomplacent , tis will be PR downfall...candidates appear only on election days to win support when other days MIA.
4 hours ago · 1
Lai Ks Over-confident could invite regret later, stage gov should annouce the past results and future plans for the good beneficiary of Selangor Rakyat.
Kalau di lihat dari komen-komen di atas, kita boleh memberikan andaian bahawa kaum Cina sudah pasti akan mengundi Pakatanal "suka sama suka" tapi undi kaum Melayu dan India yg sukar di ramalkan oleh Pakatanal "suka sama suka" kerana senario di lapangan di perlihatkan bahawa sokongan kaum Melayu dan kaum India kepada Barisan Nasional sudah meningkat.
Pemimpin berjiwa rakyat |
Dalam gerak-kerja turun padang YAB PM dan YAB TPM telah mencetuskan satu fenomena yg menyakin Barisan Nasional bahawa keyakinan dan keghairahan rakyat Selangor utk kembali kepada pemerintah yg telah bukti selama 54 tahun amat memberangsangkan. Selama 5 tahun rakyat Selangor memberi pinjaman kepada Pakatanal "suka sama suka" utk memerintah Selangor tetapi berbagai permasalahan timbul. Isu Selcat, Pasir, Isu Syarikat2 kerajaan Negeri, Isu Agama, Isu Tanah dan isu Air, isu kadar sewa gerai-gerai perniagaan di syarikat2 kerajaan Negeri, Isu penjualan aset kerajaan Negeri, isu Exco kerajaan Negeri Porfolio Agama dan isu dengan DYMM Sultan Selangor serta isu perlantikan SUK Selangor. Isu-isu ini telah membayangkan kepada kita bahawa di bawah Pakatanal "suka sama suka" Negeri Selangor akan dibawa menjadi negeri statik kemajuannya. Ini memang telah di pertontonkan kepada rakyat Selangor sendiri walaupun kerajaan mampu membayar balik pinjaman dan Audit Negara mengatakan Selangor berada dalam kategori belanjawan berimbang, ini tidak bermakna Selangor maju. Kemajuan Selangor telah di pelupori oleh kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional.
YB Tanjung Karang mempertikaikan kesahihan keuntungan secara mendadak perolehan jumlah simpanan tetap PKPS hasil kecekapan pentadbiran Kerajaan PKR Selangor. YB Tanjung Karang berkata kalau peningkatan itu adalah hasil penjualan tanah milik syarikat tersebut di Sarawak, ini bermakna bukan kecekapan tetapi ketidakmampuan kerajaan PKR menjana pendapatan utk membayar dan memberikan hasil pulangan kepada rakyat Negeri Selangor.
Inilah yg terjadi di Selangor, apa yg ada hendak di jualnya kerana zaman pemerintahan sudah sampai ke penghujung. Sebelum berangkat keluar lebih baik habiskan dahulu apa yg ada, org yg mengambilalih besok terpaksalah bermula dari bawah semula. Jani-janji pilihanraya dalam manifesto PRU12 pun belum lagi terlunas. Billboards yg mewah-mewah sahaja terpampang di merata tempat di Selangor tapi rakyat Selangor tertanya mana slogan merakyatkan ekonomi Negeri Selangor dan merakyatkan pentadbiran Negeri Selangor. Apakah peranan "Pemimpin suka sama suka" dalam memacu kecemerlangan ekonomi Negeri Selangor dan bagaimana nak megembelingkan usah utk meningkatkan kantung kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor supaya kita tidak terlalu bergantung kepada pendapatan dan pertolongan kerajaan Pusat dalam kategori menarik FDI ke Negeri Selangor.
Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor melalui Belanjawan 2009 telah membentangkan satu Agenda yang dinamakan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang terdiri daripada beberapa fasa. Selaras dengan motto Selangor negeri Maju dan Berkebajikan, tujuan agenda MES ini adalah untuk mengagihkan kekayaan negeri kepada seluruh rakyat melalui pelbagai model penyaluran terdiri daripada kemudahan infrastruktur, bantuan kehidupan, peluang perniagaan dan banyak lagi.
Terdapat 7 perlaksanaan dasar baru seperti berikut :-
1. Tabung Warisan Anak Selangor.
2. Bekalan Air Percuma bagi 20m.
3. Hadiah Anak masuk Universiti.
4. Mesra Usia Emas.
5. Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC).
6. Program Peningkatan hasil bahan mineral dan galian.
7. Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.
Adakah rakyat Selangor dapat merasai merakyatkan ekonomi Negeri Selangor tajaan kerajaan PKR [kecuali air percuma bagi 20m] yg lain Allah (SWT) sahaja yg tahu. Inilah org kata siakap senohong gemala ikan duri bercakap bohong lama-lama mencuri. Ini sudah terjadi di dalam pentadbiran kerajaan PKR Negeri Selangor.
Kemungkinan golongan muda menyokong PKR dan Pakatanal "suka sama suka" adalah berdasarkan kepada "survey" sahaja. Ini belum tentu lagi kerana semasa PRU13 nanti segala-galanya akan berubah dalam sekelip mata. Dahulu sokong PKR tetapi semasa mengundi pangkah (x) Barisan Nasional. Dalam menjalankan survey sudah pasti kita akan cuba memprojekkan sokongan kepada "funder survey" tersebut tetapi corak atau pola pengundian sebenar golongan muda ini amat berbeda-beda kerana mereka lebih ke hadapan dengan maklumat2 dan lebih ke hadapan dalam menentukan corak pemerintahan yg di ingininya. Dalam kata lain golongan muda ini memerlukan kerajaan "good governance", ekonomi yg kukuh, kestabilan, keharmonian, kesefahaman, kesejahteraan, kemakmuran, keamanan, keadilan dan kemajuan. Dalam mereka memberikan kepercayaan kepada sesuatu parti mereka akan memilih perkara-perkara tersebut kerana itulah masa depan mereka dan mereka juga tidak mahu memperjudikan nasib setelah 5 tahun memberikan keinsafan yg amat pahit di bawah kerajaan PKR.
MB PKR |
Oleh itu MB PKR jangan mendadik dada bahawa Pakatanal "suka sama suka" akan dapat 2/3 majoriti di Selangor berdasarkan pola pengundian org muda. Kalau kita tengok komen-komen di atas kita akan tahu golongan muda dari saluran mana akan mengundi Pakatanal "suka sama suka" ini. Insyaallah bukan susah nak meruntuhkan kepercayaan rakyat setelah apa yg berlaku semasa pemerintah kerajaan PKR di Selangor. Dahulu rakyat memberikan kepercayaan kpd Pakatanal "suka sama suka" kerana simpati dan sentimen benci UMNO dan Barisan Nasional tetapi sekarang nampaknya satu perubahan telah berlaku hasil dari gerak kerja turun padang YAB PM dan YAB TPM. Ini di ikuti dengan transformasi program yg di laksanakan oleh kerajaan utk lebih mendahului rakyat dan pencapaian [1 Malaysia - Rakyat di dahulukan dan Pencapaian di utamakan] telah membuat rakyat Selangor memikirkan bahawa nasib mereka lebih terbela di bawah kerajaan Barisan Nasional yg sudah kembali mewarisi "Pemimpin Berjiwa Rakyat"...
No comments:
Post a Comment