Friday, March 2, 2012

KERAJAAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL BUAT SEMUANYA RASUAH TAPI KALAU KERAJAAN PAKATANAL "SUKA SAMA SUKA" BUAT ITU ADALAH DUIT RAKYAT DAN HAK RAKYAT...

RAKYAT KELIRU?????


Doktrin Islam PAS boleh mengatakan BRIM [RM500-00] itu haram kerana ianya datang bersumberkan pendapatan haram dan rasuah. Kerajaan telah berjaya mengutip cukai sebanyak RM105 billion tahun 2011 dan lain-lain pendapatan yg ada di dalam dan di luar negara. Keikhlasan dan kebaikkan kerajaan harus kita puji kerana prihatin terhadap kesengsaraan rakyat terutama yg berpendapatan di bawah RM3,000-00 sebulan. Kalau kerajaan berjaya mengendalikan ekonomi dan kewangan dengan baik sudah tentu rakyat yg akan dapat manfaatnya. Ini sudah di buktikan oleh kerajaan Barisan Nasional selama 54 tahun tiada sedikit yg berkurangan di seluruh pelusuk Malaysia rakyat akan dapat jalanraya, air, letrik, sekolah dan lain-lain. Kalau ada yg tak dapat itu mungkin kes-kes terpencil atau mungkin di kawasan-kawasan pendalaman. Inilah kemajuan yg ingin di bawa oleh kerajaan Barisan Nasional selain pembangunan dan infrastruktur, pendapatan mesti meningkat, perniagaan berkembang rancak, mempelbagaikan produk eksport, mencari sumber-sumber kewangan baru, meningkatkan produktiviti rakyat dan syarikat-syarikat Malaysia dan lain-lain lagi. 

YAB PM dan YAB TPM turun ke bawah utk bersama-sama nerasai denyut dan nadi rakyat. Apa-apa permasalahan rakyat mesti di selesaikan bersandarkan slogan 1 Malaysia iaitu rakyat di dahulukan dan pencapaian di utamakan. Ke mana sahaja di kunjungi YAB PM dan YAB TPM pasti akan membawa berita gembira kepada rakyat Malaysia. Inilah yg selalu di nanti-nantikan. Ini menunjukkan bahawa YAB PM dan YAB TPM mengamalkan konsep mesra rakyat iaitu pemimpin berjiwa rakyat. Oleh BRIM itu adalah hadiah [bonus] kerajaan kepada rakyat yg layak iaitu yg berpendapatan di bawah RM3,000-00. RM500-00 itu tidak banyak tapi kalau ianya datang setiap tahun sudah pasti bebanan rumahtangga dapat di kurangkan sedikit lebih-lebih lagi kalau mempunyai keluarga yg besar dan mempunyai anak-anak yg bersekolah. 

Sesungguh pun begitu Doktrin Islam PAS suka bermain dengan isu-isu rasuah politik terutama rasuah pilihanraya. Rasuah pilihanraya ini kalau kerajaan Barisan Nasional yg bagi tapi kalau Doktrin Islam PAS yg bagi ataupun Pakatanal "Suka Sama Suka" bagi ianya bukan rasuah pilihanraya tapi adalah sumbangan kpd rakyat iaitu hak rakyat dan duit rakyat. Inilah yg di katakan paku dulang paku serpih mengatakan org dia yg lebih.

 


No comments:

Post a Comment