Mengapa NGO ini menentang Lynas????? |
Mengapa pula NGO2 ini menentang Lynas. Adakah mereka mendapat penerangan yg spesifik dan terperinci mengenai Lynas atau sengaja memutar belitkan fakta supaya menampakkan ianya akan mengeluarkan radiasi apabila mula beroperasi nanti.
Isu Lynas masih tidak reda lagi apabila Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang membuat kenyataan bahawa Pakatanal "suka sama suka" tidak akan menyertai PSC utk membincangkan isu Lynas. Yg DiPertua Dewan Rakyat pula mengatakan bahawa tanpa penyertaan pembangkang PSC tetap akan di teruskan kerana itu adalah kepentingan awam dan negara. YAB PM pula berkata Lynas tidak akan di benarkan sekiranya Lynas memudaratkan penduduk dan alam sekitar tetapi PSC kena bagi bukti saintifik bukan bukti autaman, fitnah, pembohongan dan dusta. Inilah yg sentiasa di berikan oleh pembangkang yg di ketuai oleh YB Kuantan yg cuba memerangkap rakyat khususnya di Kuantan supaya bangkit menolak Lynas. Tapi bila PSC di tubuhkan, YB Kuantan adalah org pertama yg bersuara bahawa pembangkang tidak akan menyertainya. Agenda pembangkang senang aje, sekiranya PSC membuat keputusan maknanya itu keputusan kerajaan bukan keputusan PSC kerana pembangkang tiada dalam PSC. Alasannya kerana YAB PM tidak terikat dengan keputusan yg bakal di capai oleh PSC nanti.
Pemimpin2 Pakatan yg tidak akan turut serta dalam PSC |
Selepas menolak PSC ada pulak suara-suara sumbang dari Pakatanal "suka sama suka" terutama Doktrin DAP yg terkenal dengan parti RASIS No.1 di Malaysia melalui Al-Karifunnya Lim Guan Eng berkata "YAB PM should immediately halt the construction of the Lynas refinery in Gebeng to prove his commitment to public safety. Penang Chief Minister Lim accused the prime minister of contradicting himself during an interview with radio station 988FM yesterday, where Najib had said he would scrap the Lynas plant construction if there was scientific evidence to prove it was hazardous". Nampaknya pihak Pakatanal cuba menaburkan lagi minyak petrol ke dalam api yg sudah semakin sedikit supaya ianya semakin marak lagi dan terus hidup. Apa yg kerajaan inginkan ialah kepentingan dan keselamatan awam serta hak-hak alam sekitar tidak di perlekehkan begitu sahaja.
Kemudian negara di kejutkan oleh Fatwa dan Dalil baru Presiden Doktrin PAS yg mengatakan bahawa kalau berdagang dan berniaga dengan Yahudi okay tapi kalau dengan Zionis tak boleh. So kalau kerajaan Malaysia berniaga dengan Yahudi okay tapi tidak dengan Zionis. Bolehkah kita bedakan antara Yahudi dan Zionis di zaman moden ini. Kalau di lihat dari perpekstif Al-Quran, Yahudi a.k.a Bani Israel adalah bangsa yg di anugerahkan oleh Allah (SWT) dengan berbagai keistimewaannya dan Yahudi adalah manusia terpilih di jadikan di muka bumi. Allah juga ada menceritakan oleh kerana keterpilihan tersebutlah maka Yahudi jadi sombong, bongkak, dengki, iri hati, dendam, bakhil, tamak haloba dan bernafsu serakah serta mengamalkan sistem riba. Sehinggakan Allah menurunkan 24 Rasul (A.S) kepada kaum Yahudi tapi semuanya samada di bunuh, di sanggahnya, di cercanya, di hukum, di pulaukan, di campakkan ke dalam penjara ataupun di buang negara. Ini terjadi di zaman Nabi Adam (A.S) sehinggalah Nabi Isa (A.S). Di zaman Firaun, penduduknya berpecah belah kerana Firaun telah berbuat sewenang-wenang (berlaku zalim) kepada Bani Israel. Bani Israel telah di tindas, Firaun telah menyembelih anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak perempuan mereka. Kezaliman Firaun ini memang terserlah dan amat di takuti oleh kaum Bani Israel sehinggakan Allah (SWT) gelar mereka adalah org fasik. Firaun sendiri telah berkata "Wahai para pembesar kaumku! Aku tidak mengetahui ada Tuhan bagimu selain aku. Maka bakalrah tanah liat untukku wahai Hamam, kemudian buatkanlah bangunan yang tinggi untukku agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa dan aku yakin bahawa dia termasuk pendusta. Firaun dan bala tenteranya berlaku sombong di bumi tanpa alasan yang benar, dan mereka mengira bahawa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami. Kami jadikan mereka para pemimpin yang mengajak manusia ke neraka dan Kami susulkan laknat kepada mereka di dunia dan pada hari kiamat mereka tidak akan ditolong.
Dari cerita Firaun dan Nabi Musa (AS) itu kita sudah dapat kupasan bahawa Allah (SWT) tidak akan bersama-sama dengan pemimpin2 yg banyak onak dan durinya. Kita tak mahu menuding jari dan mengaitkan mana-mana pemimpin dengan kejadian di zaman Firaun dan Nabi Musa (AS) itu tapi cerita dan peristiwa-peristiwa ahli sihir, mengaku Tuhan dan bersikap sombong, takbur, dendam, dengki, iri hati dan pra sangka buruk serta gila kuasa memang berulang kembali seperti mana di ceritakan dalam kisah Firaun dan Nabi Musa (AS).
Berbalik kepada persoalan Yahudi dan Zionis ini, maka adalah tidak wajar kita bersekongkol dengan musuh yg Allah (SWT) terjemahkan di dalam Al-Quran sebagai musuh ketat orang Islam sepanjang zaman. Apa-apapun fahaman politik, kita tidak seharusnya bersekutu, nampak bersekutu dan di lihat bersekutu dengan Yahudi baik dari segi perbuatan dan percakapan serta kenyataan. Inilah sebabnya kalau kita ingin melonjakkan corak kepimpinan kita dan parti kita jangan sekali-kali menggadaikan prinsip keislaman kita semata-mata utk mendapatkan modal politik. Persoalannya adakah kenyataan Anwar Ibrahim "kita akan mempertahankan dan menjaga keselamatan Israel" sebagai satu dokongan utk mendapatkan bantuan dan sokongan serta dana Yahudi bagi mencapai cita-cita gilanya utk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Anwar tahu bahawa jentera dan gerak kerja Barisan Nasional dan UMNO adalah mantop dan kukuh sekali dan bukannya mudah utk memalingkan kepercayaan majoriti rakyat Malaysia terhadap Barisan Nasional dan UMNO. Maka dana yg besar di perlukan utk menumbangkan Barisan Nasional dan UMNO. Kalau tiada dana Anwar Ibrahim boleh melupakan gila kuasanya itu.
Debat Wickedleaks Najib, RPK dan Anwar |
Selepas kejadian Yahudi ini, negara di perhangatkan lagi dengan isu-isu debat Anwar Ibrahim dengan YAB PM, kemudian debat Anwar, Najib dan RPK pulak yg bakal di anjurkan oleh Wickedleaks. Tujuan apa perdebatan tersebut, kita pun tak tahu dan dalam setiap pemberitaan pun tidak dinyatakan dengan tepat akan tujuan perdebatan tersebut. Anwar sudah bersetuju dan RPK pula kata debat itu seharus menjuruskan kpd tentang Islam sahaja. Di pihak pembangkang memang ramai pemimpin2 mereka mengatakan bahawa YAB PM bacul dan penakut utk berdebat dengan Anwar Ibrahim. Berdebat hanya utk kepentingan politik tidak akan membawa kita ke mana-mana selain dari ego diri sendiri dan utk kepentingan parti politik itu sendiri. Apakah yg ingin di capai oleh Anwar Ibrahim daripada hasil debat tersebut????? Kita boleh rumuskan bahawa debat itu bukan sahaja menjadi medannya utk menlonjakkan kepopularitinya yg sudah merosot dan semakin merundum tapi ianya menjadi tapak utk menempatkan Pakatanal "suka sama suka" sebagai parti alternatif kpd Barisan Nasional apabila isu-isu yang tiada kaitan akan di bangkit dalam debat itu sekiranya ianya terjadi akan di hujahnya. Inilah yg telah di cuba semasa persidang Parlimen dengan membentangkan hujahan masing2 dan mempersoalkan tindakan kerajaan dalam isu-isu SBPA, isu NFC, isu Lynas dll. Nampaknya pembangkang semakin hari semakin terdesak dan kebuntuan dalam idea-idea pembangunan ekonomi dan politik serta sosial yang semakin merosot. Akibatnya rakyat di negeri2 Pakatanal "suka sama suka" yg terpaksa menanggung kerugian. Ini sudah semakin jelas dan nyata sekarang di Selangor, di Penang, di Kedah dan di Kelantan.
Persoalannya apa faedahnya dari debat anjuran Wickedleaks itu. Adakah itu bertujuan utk memecah belahkan lagi umat Melayu dan Islam di Malaysia atau ingin mencari keburukkan dan kedunguan org-org yg terlibat dalam perdebatan tersebut. Kita tidak fikir rakyat Malaysia akan dapat apa-apa faedah dari perdebatan tersebut melainkan utk melonjak ego dan kepentingan politik diri dan parti masing-masing sahaja. Apa yg rakyat perlu sekarang ialah jamin bahawa sebuah kerajaan yg kukuh dan kuat dalam memacukan negara ke arah negara maju, stabil, aman, makmur, adil, harmoni, sejahtera dan berkebajikan. Jangan cakap aje seperti ayam berkokok setiap hari tapi tiada pelaksanaannya. Rakyat Malaysia hendakkan realiti bukannya propaganda ataupun autaman sahaja. Kita sudah tahu siapa RPK a.k.a Raja Mandaliar, Anwar Ibrahim a.k.a Pemimpin Reformasi Autaman "suka sama suka" dan YAB PM pelaksana Tranformasi Malaysia dengan konsep 1 Malaysia yg telah mengenengahkan iadea-idea GTP, ETP, PTP dllnya. Kita rasa majoriti rakyat Malaysia sudah tahu siapa yg harus di berikan kepercayaan apabila kertas soalan PRU13 nanti di keluarkan oleh SPR kelak. Kita tidak payahlah memdesak agar YAB PM turut terlibat dalam isu-isu debat ini kerana YAB PM pernah berkata kita tahu ada segelintar rakyat yg membenci dan menaburkan racun ke dalam pemikiran rakyat tapi kita akan teruskan kerja bagi memperlihatkan kepada rakyat bahawa kita kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yg bertanggungjawab terhadap apa sahaja bebanan yg terpaksa di pikul samada baik mahupun buruk. Ini bermakna YAB PM akan terus bekerja bagi memastikan rakyat mendapat apa-apa yg rakyat hajati iaitu keselamatan, pendidikan, pekerjaan, rumah utk tinggal dan pembangunan infrastruktur serta kemudahan awam.
Kemudian angin-angin PRU13 di kejutkan pula oleh keceluparan dan kelancangan kata-kata pemimpin No.2 dalam Wanita UMNO apabila beliau mendesak supaya Ketua Wanita UMNO meletakkan jawatannya. Ini adalah berikutan kes NFC yg telah melibatkan keseluruhan anggota keluarga Ketua Wanita UMNO tersebut. Kita faham akan keceluparan dan kelancangan pemimpin No.2 Wanita UMNO tersebut. Walaupun NFC itu tidak melibatkan Ketua Wanita UMNO secara lansung tapi secara tidak langsung ianya melibatkan sikap moral dan intergriti Ketua Wanita UMNO tersebut iaitu di mana letaknya sikap amanah, kebertanggungjawabannya dan keiklasannya. Kita juga tahu bahawa suaminya sebagai Pengerusi NFC telah di tuduh di Mahkamah dan beliau sebagai Ketua Wanita UMNO tidak di sabitkan apa-apa kesalahan atau pecah amanah oleh pihak berkuasa lagi. Lagipun beliau telah di calonkan dan di sokong oleh para perwakilan Wanita UMNO Malaysia dalam pemilihan sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia. Maka selayaknya beliau terus memegang jawatan tersebut sehingga pemilihan baru di adakan kelak. YAB PM pun telah berkata Ketua Wanita UMNO akan kekal sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia sebab beliau di pilih oleh ahli-ahli Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. YAB PM mahu pergerakan Wanita UMNO supaya lupakan persoalan tersebut dan tumpukan kpd persoalan yg lebih besar iaitu PRU13. YAB PM mahu Pergerakan Wanita UMNO yg mantop dan kukuh serta teguh bukannya Pergerakan Wanita UMNO yg condong dan longgai seperti rumah yg tidak berpenghuni atau rumah yg hampir roboh. Agenda Pergerakan Wanita UMNO ialah memastikan UMNO dan Barisan Nasional menang dalam PRU13 nanti. Nampaknya isu ini sudah terkubur buat sementara sehingga selesai PRU13. Ianya mungkin akan timbul semula apabila di adakan pemilihan pucuk kepimpinan UMNO nanti.
Pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memilih calon pilihan raya mengikut kehendak rakyat merupakan keputusan yang bertepatan dengan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Kami menyokong penuh pendirian Perdana Menteri. Jika dahulu rakyat tetap memilih UMNO dan BN tidak kira siapa pun calon yang dipilih bertanding, tetapi kini tidak lagi kerana rakyat semakin bijak menilai. Oleh pasukan YAB PM utk PRU13 ini mestilah yg mantop, berkesan, berintergriti, amanah, bertanggungjawab dan bersih serta cekap dalam menjalan tugasan sebagai YB kelak. Kita nak YB rakyat bukannya YB kumpul hartabenda.
Ketua Wanita UMNO |
Pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memilih calon pilihan raya mengikut kehendak rakyat merupakan keputusan yang bertepatan dengan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Kami menyokong penuh pendirian Perdana Menteri. Jika dahulu rakyat tetap memilih UMNO dan BN tidak kira siapa pun calon yang dipilih bertanding, tetapi kini tidak lagi kerana rakyat semakin bijak menilai. Oleh pasukan YAB PM utk PRU13 ini mestilah yg mantop, berkesan, berintergriti, amanah, bertanggungjawab dan bersih serta cekap dalam menjalan tugasan sebagai YB kelak. Kita nak YB rakyat bukannya YB kumpul hartabenda.
No comments:
Post a Comment