DOKTRIN PAS |
Doktrin PAS akan meneruskan kempen "undi doktrin PAS akan masuk syurga" seperti kata-kata Tok Guru Doktrin PAS bahawa Pas tetap dengan pendiriannya meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya, kata Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yg di siarkan dalam Sinar Harian 31/3/2012. Adakah ini di samaertikan bahawa Doktrin PAS menggunakan agama Islam sebagai senjata politiknya iaitu utk mengaitkan umat Melayu dan Islam agar mengundi parti PAS kerana org Islam akan di jamin syurga. Adakah parti PAS itu Islam ataupun parti PAS itu membawa ajaran agama Islam yg baru atau parti PAS lebih Islam daripada Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad (SAW)????? Kita tak mahu mempersoalkan akidah dan syariat ataupun betul atau salah kenyataan Tok Guru itu. Beliau sebagai seorg ulama gelaran yg di berikan oleh ahli-ahli Doktrin PAS patut tahu akan keghairahan dan kegelisahannya utk mendapatkan undi umat Melayu dan Islam dan seharusnya tidak memutar belitkan fatwa dan dalil dengan mengatakan bahawa "Doktrin PAS akan meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila org melahirkan sokongan kpd Doktrin PAS semasa PRU13 nanti. Maknanya kalau umat Melayu dan Islam tidak menyokong Doktrin PAS maka ianya sudah jatuh kafir dan di golongkan di dalam kategori jahiliyah. Inilah apa yg di rungkaikan semasa Khutbah Jumaat apabila khatib menceritakan kisah pahlawan2 Islam memerangi dan menewaskan tentera Rom. Di akhir katanya beliau terus menyentuhkan akan perlunya kesatuan ummah dalam menyokong Doktrin PAS kerana ianya memperjuangkan Islam dan Islam Doktrin PAS itu harus di tegakkan. Kalau tidak kita akan tersesat dan tergolong dalam kategori jahiliyah apabila mati nanti.
Kita agar hairan kenapa Tok Guru tergamak mengatakan begitu sedangkan dalam Al-Quran dan buku-buku agama tidak ada yg menyebut bahawa "kita akan mati syahid bila menyokong Doktrin PAS dan mengundi Doktrin PAS itu kita akan masuk syurga". Apa yg Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad (SAW) kata sekiranya kita mati syahid di atas jalan Allah (SWT), kerana Allah (SWT), demi Allah (SWT), demi kerana dan utk Agama Islam maka kita insyaallah selayaknya boleh di masukkan ke dalam syurga tapi itupun atas timbang tara Allah (SWT) bukannya kita manusia menentukan syurga dan nerakanya tempat penginapan kekal kita nanti. Kita jangan mempergunakan agama Islam itu sebagai senjata politik kepartian kita dengan mengatakan bahawa kita sahaja yg Islam orang lain itu kafir, sesat, jahil dan munafik. Nabi Muhammad (SAW) pun tidak menyuruh umat manusia menyembah dirinya melainkan menyembah Allah (SWT) sahaja. Apa lagi dalam soal syurga dan neraka. Nabi Muhammad (SAW) hanya menjamin 10 org sahaja yg sudah di maktubkan utk masuk syurga di akhirat kelak iaitu Abu Bakar As Shiddiq, Umar Al Khatab, Usman bin Affan, Ali Abu Thalib, Thalhah Ubaidillah, Az Zubair Al Awwam, Abdul Rahman Auf, Saad Abu Waqqash, Abu Ubaidah Al Jarrah dan Said Zaid. Umat Islam yg lain kenalah melakukan kebaikkan dan mengelakkan kejahatan utk mendapatkan tempatnya di syurga seperti mana 10 org tadi.
Kalau Doktrin PAS dapat menjamin syurga dan neraka sudah tentu ramai umat Melayu dan Islam serta Al-Kafirun datang berduyong-duyong berjumpa dengan ulama2 Doktrin PAS utk memohon keberkatan dan kebenaran bagi memastikan bahawa setiap individu yg datang dapat tiket masuk syurga. Kita pernah dengar kalau kita melaksanakan kebaikkan sebiji zarah sekalipun insyaallah kita akan di tempat di syurga tetapi kalau kita melakukan sebiji zarah sekalipun kejahatan kita akan di tempatkan di neraka. Ini bermakna kita tidak akan mencium bau syurga selagi kita belum bertaubat dan kembali kepada amal baik dan menyembah Allah (SWT) dan patuh kepada ajaran agama Islam yg telah di perturunkan oleh Allah (SWT) kepada Nabi Muhammad (SWT) dan patuh kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad (SAW). Kalau kita patuh kepada Allah (SWT), Nabi Muhammad (SAW), Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad (SAW) tidak semestinya kita kena menyokong Doktrin PAS. Perjuang-pejuang Islam yg menegakkan dan mempertahankan Islam tidak akan melaksanakan ciri-ciri perjuangan ala Doktrin PAS kerana pada mereka Doktrin PAS itu sudah menyimpang dan jauh dari landasan perjuangan utk memartabatkan, menegakkan dan mempertahankan syiar Islam di bumi Malaysia. Kita memperjuangkan Islam bukan dengan cara menggunakan agama Islam itu sebagai senjata politik iaitu mempergunakan kepandaian dan kepakaran kita dalam sesuatu perkara [Tafsir, Al-Hafiz dll] utk mengeluarkan fatwa dan dalil songsang yang akan mengelirukan umat Melayu dan Islam di Malaysia supaya menyokong dan mengundi Doktrin PAS. Itu sudah salah kerana Islam tidak mengajar kita agar berbalah memecahkan kesatuan dan ukhwah umat Islam itu sendiri. Nampaknya Malaysia ini sudah jadi seperti di zaman perang Shiffin antara Ali dan Muawiyah. Kita tidak nampak UMNO sekarang di bawah YAB PM dan TPM ingin membawa umat Melayu dan Islam ke arah kehancuran, menduakan Allah (SWT), membelakangi hukum hakam Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad (SAW). Kalau UMNO itu melakukan sesuatu yg melanggar tatasusila agama Islam sudah lama UMNO itu dilaknati oleh Allah (SWT). Setiap kejadian dan musibah yg berlaku terhadap pemimpin ada hikmah dan tauladan yang seharusnya diambil iktibar oleh bakal-bakal pemimpin masa akan datang bukannya salah parti itu tetapi corak dan gaya kepimpinan pemimpin itulah sendiri yang salah kerana lebih mengejar kemewahan dan kedunian dari menggimbangi tuntutan duniawi dan akhirati. Oleh itu kita hendaklah berdiri tegak, berlapang dada dan membuka minda serta kotak pemikiran kita untuk menilai yg mana baik dan yang mana buruk, yang mana boleh menjamin kelangsungan agama Islam dan yang mana tidak dapat menjamin kelangsungan agama Islam itu sendiri.
PAKATANAL "SUKA SAMA SUKA" |
Anwar Ibrahim dalam ceramah politiknya di Port Dickson, di Ampang dan di Bangi berkata bahawa Pakatan Rakyat akan memperjuangkan untuk golongan berpendapatan rendah melawan kroni2 UMNO. Beliau juga mengatakan bahawa akan menghapuskan PTPTN, MINYAK TURUN, TARIFF API DAN AIR TURUN DAN HARGA BARANGAN AKAN TURUN.
Bagi menyahut seruan Anwar Ibrahim anak didiknya SMM [Solidariti Mahsiswa Malaysia] yang di pengerusikan oleh Muhamad Safwan Anang menyasarkan 5,000 pelajar dan 'mangsa' hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan berhimpun di ibu negara bulan depan menuntut pemansuhan pinjaman menerusi agensi itu, bulan depan. Pengerusi SMM, Muhamad Safwan Anang berkata, perhimpunan itu akan diadakan di Dataran Merdeka pada 14 April ini. Ia sebagai satu simbolik kepada kerajaan bahawa mereka tidak lagi dipercayai, untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN.
Mahasiswa di pergunakan oleh Pemimpin "suka sama suka" |
Kalaulah tujuan untuk menghapuskan PTPTN dengan mengadakan demo, maka SMM ini diibratakan sebagai "alat mainan" Anwar Ibrahim sahaja. Kenapa Anwar Ibrahim nak sangat hapuskan PTPTN????? Kita kena lihat senario PRU13 nanti. Boleh di katakan 30%-40% pengundi-pengundi baru dalam PRU13 adalah golongan muda. Maka untuk memastikan golongan muda ini menyokong dan memangkah (x) Pakatan Rakyat, maka janji2 manis untuk hapuskan hutang mereka dengan PTPTN patut di utarakan bagi memancing undi. Kalau tidak Anwar Ibrahim memang sudah tiada idea bagaimana nak lawan dengan BRIM, Bantuan Sekolah dan Mahasiswa 1 Malaysia melainkan janji penghapusan PTPTN dan gerakan SMM supaya mengadakan demo bagi memperlihatkan kepada rakyat betapa kejam dan zalimnya kerajaan menindas mahasiswa dalam demo tersebut. Kita tahu mana-mana mahasiswa yg liat nak bayar pasti gembira dengan tawaran dan persepsi "invitation to treat" Anwar Ibrahim ini. Pada mereka aku sudah habis belajar buat apa nak bayar pulak. Biarkan aje. Nanti kalau PTPTN kejar cakap aku akan bayar sikit-sikit kerana gaji aku kecil dan baru kerja. Tapi sayangnya setengah itu sudah bekerja dan memegang jawatan yg baik tetapi masih liat juga utk membayar. Senario ini samalah dengan pinjaman Mara, Yayasan, GLC dan lain-lain yang terpaksa mengiklankan nama-nama mahasiswa dalam suratakhbar bagi memberitahu mereka akan ketidak cekapan mereka dalam melaksanakan bayaran pinjaman pelajaran mereka. Ini sudah tentu akan menidakkan peluang pelajar-pelajar lain dalam mendapatkan bantuan untuk membiayai pengajian mereka. Pada kita kerajaan bukan nak mengujudkan mahasiswa berhutang tapi mahasiswa yg tahu tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Jangan pentingkan diri sendiri. Mahasiswa harus dan sentiasa melihat ke hadapan akan keperluan org lain pula. Kalau kita dapat keistimewaan tersebut pasti orang lain hendak juga keistimewaan tersebut. Kerajaan tidak memaksa mahasiswa supaya membayar apabila sudah habis pengajian tetapi kadang kala mahasiswa juga bersalah kerana tidak mahu berjumpa dengan pegawai2 PTPTN utk memaklumkan kepada mereka bahawasanya mahasiswa itu dan ini belum lagi bekerja. Ada juga yang sudah bekerja tapi mengaku tidak bekerja lagi kerana tak mahu bayar pinjaman PTPTN. Inilah yang kita hairan dan pelik kerana setitik nila susu seperiuk musnah. Lepas itu untuk memastikan tujuan mahasiswa liat nak bayar tercapai, maka usulkan kepada Anwar Ibrahim supaya di hapuskan PTPTN dan berikan pinjaman percuma kepada semua mahasiswa utk melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS. Seronoklah semua Mahasiswa belajar itu sudah menjadi "suka sama suka" sebab tak perlu bayar apa-apa semuanya "suka sama suka" sahaja. Apa-apa cakap dengan Anwar Ibrahim maka sudah tentu akan dapat polisi, gagasan dan wawasan "suka sama suka".
Oleh rakyat Malaysia kena lihat dan perhatikan jangan main sedap cakap sahaja nak hapuskan ini dan itu, nak turunkan ini dan itu tapi natijahnya apa implikasinya kepada ekonomi dan rakyat Malaysia. Mungkin pada Anwar Ibrahim implikasi ekonominya tiada kerana beliau adalah Mantan Menteri Kewangan dan Mantan TPM satu masa dahulu. Ilmu ekonomi dan pengurusannya lebih baik dari YAB PM dan TPM serta Menteri Kewangan yang ada sekarang. Pada kita janji2 PRU12 dahulu tidak tertunai inikan pula janji PRU13. Inilah pepatah Melayu kata pi mai pi mai tang tu juga. Kalau pembangkang tetap dengan ciri-ciri pembangkangnya. Tabur janji2 manis bagi menyedarkan hati dan perasaan rakyat Malaysia kononnya Pakatan Rakyat akan melakukan keajaiban tetapi setelah memerintah Selangor, Penang, Kedah dan 20 tahun di Kelantan, tiada keajaiban yg dapat di laksanakan melainkan dengan bantuan dan kewangan kerajaan Pusat seperti di Pelabuhan Tok Bali, Kelantan. Penang pula sekarang sibuk dengan projek Meganya yang satu ketika dahulu Doktrin DAP dan street fighternya, LGE menentang sekeras-kerasnya. Kedah pula dengan perebutan kuasa dan perebutan kerusi PRU13. Mana ada keajaibannya Pakatan Rakyat melainkan autaman, fitnah, pembohongan dan dusta sahaja.
No comments:
Post a Comment