Melayu PAS & Melayu PKR jadi alat DAP
Sehingga hari ini, kita masih lagi menunggu dan menanti entah bila yang dikatakan alternatif kepada Barisan Nasional ini iaitu Pakatan Rakyat hendak dirasmikan penubuhannya dan membolehkannya bertanding atas satu lambang pada pilihanraya akan datang. Yang kita nampak sekarang Pakatan Rakyat hanya ada pada nama, tiada apa yang rasmi mengenainya walaupun konvensyen sudah, lambang sudah, Prinsip Asas pun sudah. Tak tahu apa masalah lagi yang membelenggu sehinggakan Pakatan Rakyat masih tidak didaftarkan secara rasmi sehingga ke hari ini.Dilapurkan pada awalnya Pakatan Rakyat mempunyai masalah dengan nama tapi masalah ini telah diselesaikan Februari lalu apabila mereka menerima cadangan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menukar nama kepada Pakatan Rakyat Malaysia. Itu adalah berita terakhir yang kita tahu mengenai perkembangan pendaftran Pakatan Rakyat kerana selepas itu tidak dimaklumkan apa jua perkembangan mengenainya sedangkan dicanangkan disana sini nama Pakatan Rakyat itu seolah-olahnya ia sudah menjadi pertubuhan yang sah. Dua pilihanraya kecil terakhir dalam tahun 2010 ini melihatkan ’komponen’ parti pembangkang ini bertanding atas nama dan lambang parti masing-masing.
Kita yakin Pakatan Rakyat tidak akan dirasmikan seperti mana yang dilaung kepada semua pencacai pembangkang. Tujuan Pakatan Rakyat ditubuhkan ialah untuk menunjukkan (sebut menipu) kepada rakyat bahawa (sebut kononnya) pembangkang bersatu dan berkongsi satu matlamat melalui apa yang dipanggil Prinsip Asas Pakatan Rakyat. Melainkan pemansuhan Akta Keselamatan Negeri serta beberapa perkara lain, Prinsip Asas Pakatan Rakyat ini sebenarnya mengekalkan hampir kesemua perkara dan fasal yang ada di dalam perlembagaan sekarang.
Ringkasnya, ia bermaksud, PAS tidak akan melaksanakan hudud dan DAP tidak akan melaksanakan konsep Malaysian Malaysia (ciptaan Lee Kuan Yew), tapi persoalannya benarkah begitu?
PAS sudah membuktikan penerimaannya kepada Prinsip Asas Pakatan Rakyat itu apabila Dewata Rayanya iaitu Nik Aziz Nik Mat mengumumkan disini bahawa PAS ‘tidak semestinya’ (sebut tidak akan) melaksanakan hudud jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan Malaysia. Ini bersesuaian dengan PAS sebagai sebuah parti yang tidak bermaruah dan mengutamakan kuasa lebih dari yang lain termasuk agama dan prinsip perjuangannya sendiri.
Walaupun dengan pengguguran perlaksanaan hudud boleh menjejaskan undi PAS dari kalangan orang Islam/Melayu, PAS yakin kekurangan ini akan ditampung oleh sokongan daripada pengundi bukan Melayu. Bagi PKR pula, ia tidak pernah menjadi masalah kerana PKR adalah satu-satunya parti yang kita tidak pasti dengan hala tujuannya melainkan untuk membela manusia bernama anwar ibrahim.
Bertentangan pula dengan DAP yang masih belum menggugurkan apa-apa cadangan dalam konsep Malaysian Malaysianya seperti menghapuskan hak istimewa melayu, agama rasmi dan perkara-perkara ‘melayu’ lain dalam perlembagaan.
Walaupun kononnya menerima secara prinsip Perkara Asas Pakatan Rakyat yang antaranya menerima hak keistimewaan melayu/bumiputera dan Islam sebagai agama rasmi, pemimpin DAP masih lagi berterusan mencabar hak keistimewaan ini seperti ditunjukkan Tony Phua dalam hal penghapusan diskaun rumah bumiputera, Karpal Singh mempersoalkan ‘tempoh laku’ hak keistimewaan melayu dan sebagainya.
Adalah menjadi satu masalah kepada DAP jika Pakatan Rakyat dirasmikan penubuhannya sebab ia menunjukkan penerimaan ‘rasmi’ DAP ke atas perkara di atas yang boleh menjejaskan peluangnya dalam pilihanraya akan datang. Orang cina telah meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada DAP bagi menguasai kerajaan seterusnya menukarkan negara ini menjadi Singapore ke dua, kalau perlu jadi republik, jadi republiklah. Orang cina DAP tidak akan mempersoalkan Prinsip Asas Pakatan Rakyat yang diterima DAP ini kerana mereka tahu ia hanya ‘lakunan’ DAP bagi mengukuhkan kedudukannya di kalangan orang melayu, bagaimana pula coma atas pagar dan bangsa lain yang turut menyokong DAP? Adakah mereka sedar dengan agenda penipu DAP ini?
Dengan DAP mempunyai kuasa dominan bagi mengekalkan kerajaan pembangkang di Selangor (negeri terkaya di Malaysia) disebalik kecelaruan dalam politik dan kepimpinan PKR, rasmi atau tidak Pakatan Rakyat ini hanya akan ditentukan oleh DAP dan komponen lain dalam pembangkang hanya akan mengikut saja seperti orang bodoh.
Oleh kerana mereka tiada intergriti dan hanya menjadi boneka kepada satu puak sahaja, kita menyeru kepada semua rakyat Malaysia menolak Pakatan Hantu demi kesinambungan dan kestabilan politik di tanah air tercinta ini.
No comments:
Post a Comment