Lebih baik minta Allah berkati kita'KUALA LUMPUR 23 Sept. - Perancangan Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat yang memerlukan RM400,000 bagi mengadakan solat hajat di Masjidil Haram, Mekah berhubung isu tuntutan royalti minyak kerajaan Kelantan daripada Petronas adalah sesuatu yang mengejutkan. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin berkata, ini kerana jumlah itu adalah terlalu besar sehingga boleh menyediakan rumah buat 15 keluarga fakir miskin yang bernilai RM15,000 sebuah. Katanya, sekiranya jumlah itu digunakan untuk menaja fakir miskin mengerjakan ibadat haji pula, kira-kira 45 individu dari golongan itu boleh menyelesaikan tanggungjawab Rukun Islam masing-masing. "Kalau difikirkan kembali, agaknya ada hikmah Allah tidak beri royalti ni (kepada Kelantan). Tahu sajalah, bab duit ni jangankan ustaz, adik-beradik pun sanggup berbunuh, yop. "Bagi saya, daripada menghabiskan dekat setengah juta untuk mintak duit dan kekayaan, lebih baik kita bermunajat mintak doa supaya Allah berikan keberkatan dan toyyibah kepada kita," tulisnya dalam entri terbaru blognya berjudul Bior betoi yop! semalam. Zuklkifli merujuk laporan portal propembangkang, Malaysiakini yang menyebut tentang usaha kerajaan Kelantan pimpinan Pas yang sedang menyediakan RM400,000 bagi membawa 40 ulama serta guru agama pondok dari seluruh pelusuk negeri ke Mekah berhubung kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas. Usaha itu dibuat menerusi Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat yang diketuai Md. Zulaimi Kazin. Md. Zulaimi Kazin seperti dipetik Malaysiakini berkata, jumlah RM400,000 itu adalah bagi menampung keseluruhan kos persiapan dan kebajikan, termasuk mendapatkan hotel yang berdekatan dengan Masjidil Haram bagi kesemua ulama dan guru agama tersebut. Katanya, pihaknya sedang mengedar dan menjual 'kupon penajaan rakyat' kepada anak-anak Kelantan yang berada di dalam dan di luar negeri itu sebagai tanda sokongan kepada usaha itu. Kerajaan Kelantan mendakwa Petronas melanggar Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 kerana tidak membayar royalti hasil minyak dan gas di perairannya. Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga pesuruhjaya Pas negeri bertindak memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu. KOTA BHARU, 20 Sept: Di samping berharap kepada tindakan saman terhadap Petronas, rakyat Kelantan turut diseru berdoa kepada Allah SWT agar hak royalti negeri ini dikembalikan semula. Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, biarpun kerajaan negeri sedia maklum dengan campurtangan politik dalam sistem kehakiman negara, namun yakin kuasa Allah mampu merubah segalanya. "Kita tahu saman ini akan dibicarakan di mahkamah Malaysia, anda semua tahu mahkamah ini duduk dalam poket siapa. "Memang betul duduk dalam poket kerajaan 'itu', parti itu, tetapi kerajaan itu, hakim itu duduk dalam kuasa Allah SWT," katanya pada satu ceramah di sini baru-baru ini. Menurut beliau yang juga exco kerajaan negeri Kelantan, usaha dan doa harus selari sebagai syarat mencapai sesuatu kejayaan termasuk dalam kes menuntut royalti ini. Tindakan saman itu juga menurut Husam dibuat secara bersungguh dan bukan-main demi menuntut kembali hak rakyat negeri seperti termaktub dalam perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974. "Kalaupun hakim itu duduk sebelah 'dia' sedangkan petroleum itu memang hak kita, kita doa sampai kerajaan Malaysia terbalik. Pada 30 Ogos lalu, kerajaan Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas tuntutan secara rundingan hak petroleum negeri itu tidak berhasil. Tuntutan tersebut seperti kata Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz adalah atas dasar menjaga kehormatan harta rakyat negeri Kelantan yang telah dirampas oleh kerajaan Persekutuan. |
Monday, September 20, 2010
Saman Petronas: Doa sampai kerajaan Malaysia terbalik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment