06 September 2010
BIL:114/Ramadhan 1431~* الحضارةBuletin al–Hadharah.Com
Allah swt berfirman maksudnya; “Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.” an Nisa` 135. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw, al-Amin dan kaum keluarga serta para sahabat baginda semuanya.
Muslimin dan muslimat.. saudara ummah yang dikasihi. Ramadhan sebagai gelanggang berburu seperti yang saya sifatkan sebelum ini, sudah mendekati penghujungnya. Lazimnya berburu, ada kala ‘mengena’ berhasil.. dan banyak pula yang meleset.. hampa…kecewa. Semoga Allah swt memasukkan kita semua dalam golongan pemburu yang berjaya. Ketika merenung kembali ke dalam diri di keheningan… malam-malam terakhir Ramadhan al-Mubarak yang seperti merajuknya pergi… Saya teringat bait-bait terakhir puisi nukilan teman seperjuangan Ibnu Ibni Yahya – Saksi Semalam;
“Ayuh! Bangunlah! Biarpun cuma seketika.
Papahlah! Kerana hanya itu kudrat yang ada.
Berbicaralah! Walaupun tanpa suara.
Berdaganglah! Biarpun dipenuhi pancaroba.
Tadahkanlah telapak mu! Biarpun hitam legam penuh noda.
Amin! Ya Rabbal Alamin!” –
Keseluruhan puisi tersebut banyak meninggalkan kesan pada saya, sebab itu dimasukan pada helaian akhir buku sulung saya 3 tahun yang lalu (1428H) iaitu ‘PAS Kehilangan Warna’ (Suatu Sisipan Perjuangan Kebenaran). Apa yang saya nak sebut atau kaitkan di sini ialah.., di situlah (PAS Kehilangan Warna) detik bermulanya tulisan atau kritikan-kritikan saya kepada PAS secara terbuka yang sebelum ini hanya terbuku di sanubari atau pun cakap-cakap saja tanpa menulisnya.
Apakan daya.. “berani buat berani tanggung…” itu yang dapat saya katakan kepada mereka yang ingin atau bercita-cita menyanggah arus…(menegak kebenaran) di mana-mana pun, tempat atau zaman. Kalau tidak ikut saja apa yang dah ada… selamat..dunia. Tapi ingat..! akhirat belum tentu. Buku sulung saya tersebut hanyalah sebuah buku kecil tak lebih daripada 30 m/surat pun, telah diharamkan di sebuah Markaz PAS Negeri. Notisnya dilekatkan di papan kenyataan siap dengan sample buku sekali. Dalam mesyuarat yang membuat keputusan supaya buku tersebut diharamkam persis macam mahkamah tentera Saddam Hussein. Saya yang juga ajk mesyuarat, tiba untuk bermesyuarat dan menjelaskan di mana perkataan atau baris yang mereka kurang jelas…Tiba-tiba.. buku-buku tersebut melayang di depan muka dilempar oleh teman seperjuangan sendiri. “Kami telah membuat keputusan…” bla, bla, bla… (lebih kurang samalah hujah dengan adik-adik saya Don Mufasya dan Meriam Buluh serta lain-lain).
Bukan pula maksud saya merendah-rendahkan pandangan serta usia mereka, mungkin mereka lebih tua dari saya yang berusia 46 tahun ikut kiraan hijrah @ 44 ikut masehi. Tetapi syor dan cadangan yang idealis itu banyak dah yang saya lalui, hanya sesuai untuk … mungkin makhluk jenis lain kut! Terus terang saya katakan bahawa saya pun tidak menganggap semua buku atau tulisan-tulisan saya selama ini, benar-betul belaka (100%). Tidak! Mungkin banyak juga yang silapnya kerana kelemahan manusiawi. Sebab itu saya suka sangat jika budaya tegur menegur sesama ummat Islam sihat serta digalakkan dalam realiti kehidupan.
Masalahnya adik-adik saya ini, bila melihat saya tidak ‘tibai’ UMNO macam yang mereka mau.., depa kata saya sokong UMNO pula. Sekali lagi saya nak berterus-terang di sini. Cubalah tengok.. atas.., bawah, depan dan belakang kamu, dalam masyarakat ummah yang kita sama-sama diami ini ada dua jenis mahkluk tu saja ka? Ada 2 jenis tu saja ka yang sedang dok bertarung untuk perlu hidup? Kalau sokong PAS mesti bermusuh (berperang) dengan UMNO. Sebaliknya jika tidak tibai / berperang dengan UMNO tentu agen @ bermusuh dengan PAS. Nasihat saya kepada kamu secara khusus dan ummah umumnya, jika kamu berfikir dengan cara begitu, ternyata kamu hanya menggunakan sisi sebelah kiri otak kamu yang negatif tanpa menggunakan pun sisi sebelah kanan pemikiran kamu yang positif. Sedangkan pemikiran-pemikiran yang baik adalah apabila kita saksamakan (adil) berpandangan, pendapat pada dua-dua sisi, walaupun ke atas diri kita sendiri. Saya tak nafi, banyak mengkritik PAS kerana saya terasa PAS lebih dekat dengan saya (ahli) dan kasihnya saya kepada perjuangan PAS sebelum ini, berbanding sayangnya saya kepada orang-orang UMNO yang sebangsa serta seagama dengan saya (walaupun bukan ahli).
Maaf ! Jika saya katakan, ketika saya berada di tempat @ level perjuangan ummah yang al-Marhum Ustaz Fadhil Mohd Noor gagas dan tinggalkan sekarang, “Saya tidak nampak kamu dan pemimpin-pemimpin kamu mampu mewarisi kebijaksanaan beliau. Sepanjang yang saya sempat mengikuti kepimpinan ummah era al-Marhum samada dari jauh maupun dekat, beliau tahu dengan siapa beliau berkawan dan tahu malah bijak pula dengan siapa beliau harus berkelahi. Al-Marhum.. bagi saya, adalah contoh unggul dan hidup sebagai pemikir serta pemimpin ummah.”
Masalahnya lagi, kamu dan yang lain-lain pernah hidup, berjuang, bersenda-gurau bersama dengan al-Marhum sama seperti saya dan ramai yang lain-lain lagi, tetapi kamu… macam yang saya katakan di atas tadi suka menilai atau melihat dari satu sisi sahaja iaitu politik tanpa mahu @ cuba melihat dari sisi perjuangan ummah beliau. Kepimpinan ummah yang kosong terbiar setelah ditinggalkan pergi oleh al-Marhum, kamu tak nampak. Yang kamu nampak hanya kelincahan al-Marhum bersiasah dalam dunia politik kontemporari. Sedangkan kelincahan al-Marhum kerana beliau ada matlamat dan agenda perjuangan ummah ternyata kamu kabur lalu mengabaikannya. Kamu terkejar-kejar menari mengikut rentak yang orang lain palui.
`Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya, serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya..
Sesungguhnya orang-orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman (pula), kemudian kafir lagi, kemudian bertambah kekafirannya, maka sekali-kali Allah tidak akan memberi ampunan kepada mereka, dan tidak (pula) menunjuki mereka kepada jalan yang lurus.
Khabarkanlah kepada orang-orang munafiq bahawa mereka akan mendapat siksaan yang pedih, (iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu ? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah.
Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafiq dan orang-orang kafir di dalam Jahannam.`
an-Nisa 136 -140.
`Maka kecelakaan yang besarlah di hari itu bagi orang-orang yang mendustakan kebenaran, (iaitu) orang-orang yang bermain-main dalam kebatilan,` at-Thur 11-12.
`(Mereka menuduh Nabi Muhammad termasuk ummatnya dengan yang bukan2), bahkan mereka mengatakan; “(Muhammad) itu seorang penyair yang kami tunggu sangat kebinasaannya” Katakan (wahai Muhammad serta ummat) “Tunggulah kamu (akan apa yang kamu anggapkan itu), maka sesungguhnya aku pun dari orang-orang yang menunggu bersama-sama kamu ( akan apa yang dijanjikan Allah)”. at-Thur 30-31. Salam Eidul Fitri kepada seluruh ummat Islam, dari Ibnu Ramadhan.

``qulil haq walau kana murron``
-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-
Diterbitkan oleh: Penerbitan Sanaabel No 8A, Kg Permatang Saga, Pinang Tunggal 13210 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P.Pinang M`sia. Tel:016 4282156 email: p.sanaabel@gmail.com layari: http://buletinal-hadharah.blogspot.com/ @ : http://sanaabel.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment