Saturday, September 25, 2010

Peringatan DYMM Sultan Pahang kepada generasi muda sekarang!!!

Generasi muda perlu syukuri nikmat kemerdekaan


SULTAN Ahmad Shah beramah mesra dengan pemimpin Persatuan Mubarak selepas merasmikan Majlis Perasmian Program Jejak Warisan Negeri Pahang di Universiti Malaysia Pahang, Gambang, semalam. Turut hadir Adnan Yaakob.


KUANTAN 25 Sept. - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mahu generasi hari ini mensyukuri nikmat kemerdekaan dan mempertahankannya daripada diganggu-gugat oleh musuh dan penderhaka yang sentiasa berniat serong terhadap negara.

Titah baginda, kemakmuran serta keamanan negara perlu dipelihara dengan baik supaya dapat diwariskan kepada generasi akan datang.

"Dengan usia kemerdekaan tanah air yang mencecah 53 tahun, pelbagai kejayaan dan kemajuan telah dicapai untuk dinikmati oleh sekalian rakyat jelata.

"Sekali gus memaknakan erti kemerdekaan iaitu kebebasan bagi anak tempatan untuk menentukan untung nasib mereka tanpa perlu lagi tunduk kepada penjajah dan kuasa asing," titah baginda.

No comments:

Post a Comment