Adakah masalah jenayah, pendidikan dan ekonomi hanya terletak di bahu Keris/Dacing sahaja sedangkan Pakatan Rompah hanya duduk senang lenang mengkritik dan menghentam atas bawah kiri kanan untuk mengajak rakyat memikirkan samada kerajaan ini telah melaksanakan kerja dengan baik atau tidak? Itu memang agenda Pakatan Rompah. Setiap inci isu-isu yang timbul akan dikaitkan dengan Keris/Dacing seperti harimau meratah dan menyajikan ratahan tersebut untuk tatapan rakyat jelata. Apakah tindakan dan sumbangan YB-YB Pakatan Rompah untuk memperbaiki kelemahaa-kelemahan tersebut? Kita jangan pakai mengkritik sedangkan di dalam negeri Pakatan Rompah pun banyak masalah jenayah, pendidikan dan ekonomi. Kalau tidak takkan Bulan Penuh pergi saman Petronas pasal royalti minyak sedangkan Bulan Penuh tahu bahawa tiada telaga minyak pun di Kota Darul Naim. Inilah di katakan kuman di depan mata tak nampak tapi bangkai gajah di seberang lautan nampak dengan jelas walaupun berbatu-batu nautical jauhnya. Aduhai kesian siapa yang percaya dan taksub kepada Bulan Penuh yang penuh dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan agenda perjuangan Bulan Penuh demi untuk Putrajaya. |
KOTA BHARU, 19 Sept: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli menegaskan Pakatan Rakyat (PR) khususnya PAS mempunyai keyakinan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini mesti diubah. Tambahnya, dalam masa sama meyakinkan rakyat bahawa Putrajaya mesti diambil alih memandangkan kepada suasana yang berlaku dalam negara kini memerlukan perubahan. Suasana dalam negara kini, katanya, perlu ditangani serius oleh pihak berkuasa terutama masalah jenayah, pendidikan dan ekonomi. Beliau berkata demikian kepada media pada Rumah Terbuka PAS Kelantan di Dataran Stadium Sultan Mohd Ke-IV di sini, semalam. Mengulas dakwaan disebabkan persaingan sengit parti politik selepas Pilihan Raya Umum 2008 menyumbang kepada ketidakstabilan negara termasuk hubungan kaum dan sosial masyarakat, beliau berkata kenyataan itu menggambarkan hilangnya kewibawaan pimpinan Umno Barisan Nasional yang mendominasikan negara bagi menjadikan suasana harmoni serta kawalan keselamatan yang baik. “Apa persoalannya dengan remaja yang membuang anak, kelahiran anak luar nikah yang begitu ketara mutakhir ini, penipuan di kalangan ahli-ahli perniagaan hingga membawa kepada berlakunya pembunuhan, apa kaitannya dengan persaingan sengit parti politik?” soalnya yang juga Bendahari PAS Pusat. Ini kerana, katanya persaingan politik adalah pada bentuk ideologi dalam mengemukakan pilihan-pilihan dan alternatif kepada rakyat. Namun apa yang berlaku dalam negara kini, katanya menyebabkan rakyat seolah-olah berada dalam keadaan terumbang ambing, ekonomi dan masa depan pendidikan negara tidak jelas. Begitu juga, ujarnya dengan suasana pergaulan sosial masyarakat khususnya di kalangan remaja tidak dikawal dengan serius, sedangkan itu adalah fungsi yang mesti dilaksanakan pihak berkuasa. Beliau menambah, ertinya keputusan PRU 2008 itu menyebabkan Umno BN tidak mampu mentadbir dengan baik walau pun mereka menang, meski pun bukan dua pertiga di Parlimen. Pada beliau, Umno BN mesti mengaku kegagalan mentadbir negara serta menggambarkan betapa merosotnya prestasi parti perkauman Melayu itu. “Dakwaan itu juga sebagai permulaan kepada satu pilihan raya untuk mendapatkan mandat baru memandangkan mandat yang ada kini adalah ‘mandat kepada Pak Lah’, dan kalau itulah kemungkinannya maka dakwaan analisa persaingan sengit politik itu adalah di luar politikal,” ujarnya |
Saturday, September 18, 2010
Yakinkan rakyat Pakatan mesti ambil alih Putrajaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment