Kekurangan role model dalam sistem keluarga ‘bunuh’ Syawal
"Ini adalah temuramah dengan budayawan dan tokoh veteran UMNO, Tan Sri Abdul Aziz Tapa serta Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din bagi mengupas isu terhakisnya amalan kunjung mengunjung dalam masyarakat ketika dunia dilanda era Facebook atau Twitter yang pantas mengambil alih medium komunikasi dan interaksi manusia".
APAKAH benar kemeriahan Aidilfitri hari ini tidak lagi seperti dulu? Bagi generasi muda, tidak mustahil andai mereka tidak pernah tahu adanya amalan takbir dari rumah ke rumah pada malam raya atau gotong-royong membakar lemang dalam kejiranan sebagai persiapan menyambut 1 Syawal. Arus kemodenan ternyata mula menghakis amalan budaya, termasuk cara umat Islam meraikan Aidilfitri bersama keluarga dan sanak saudara.
Jika dulu, amalan kunjung mengunjung menjadi aktiviti wajib hari raya, hari ini tidak keterlaluan jika dikatakan lebih ramai memilih duduk di rumah sambil menanti program hiburan khas Aidilfitri disiarkan di kaca televisyen.
Bagaimana Prof melihat institusi kekeluargaan hari ini – mengambil kira perubahan sosial yang berlaku dalam kehidupan masyarakat hingga banyak kes pengabaian kanak-kanak, penderaan, pencabulan seks dan perceraian dilaporkan berlaku hampir setiap hari.
Institusi keluarga hari ini melalui proses ibarat pancutan bunga api hari raya yang bergerak dua arah. Satu arah semakin kukuh dan baik dan pada masa sama, ada juga menuju kepada arah yang menghancurkan sistem, nilai dan elemen asas kekeluargaan itu sendiri.
Secara umum, kita dapati semakin ramai remaja yang berjaya dalam pencapaian akademik, sukan, bakat dan potensi masing-masing. Setiap hari diceritakan kejayaan remaja kita dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi. Kejayaan ini sudah pasti wujud melalui sistem kawalan, asuhan, didikan dan sokongan keluarga yang amat baik. Ibu bapa sudah berjaya melahirkan anak yang berkonsep kendiri positif dan tinggi.
Pada masa sama, pancutan bunga api negatif juga wujud di mana ada ahli keluarga sendiri yang gagal menyediakan kemudahan dan sistem sokongan asas dalam keluarga itu sendiri. Hal ini diburukkan lagi dengan sikap, nilai dan pemikiran negatif yang wujud dalam sistem keluarga terhadap anak. Justeru, ada banyak kes penderaan, pengabaian, pencabulan seks dan pembunuhan berlaku dalam sistem keluarga itu sendiri.
Data yang dikumpulkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jelas menunjukkan ahli keluarga dan golongan yang paling hampir dengan kanak-kanak itu lebih kerap dan cenderung untuk mengabaikan, membuang, mendera dan mencabul kanak-kanak itu sendiri.
Apakah soal kesempitan hidup dan tekanan dialami menjadi punca runtuhnya nilai moral dalam masyarakat hingga isu moral tidak lagi diberi penekanan.
Tekanan dan kesempitan hidup bukan faktor utama, tetapi perubahan persepsi dan sikap ketua keluarga kepada elemen dan sistem nilai itu sendiri menjadi puncanya.
Kajian moral banyak memperlihatkan ibu bapa yang keliru dengan nilai berkecenderungan untuk mempamerkan sikap kontaminasi nilai (iaitu percampuran antara nilai yang baik dan tidak baik). Ia akan membawa kepada struktur sikap yang tidak pedulikan tuntutan budaya, nilai dan etika hidup sesuatu bangsa, agama atau penduduk setempat.
Manusia begini akan memperlihatkan sikap, tabiat dan tingkah laku antisosial yang tinggi dan kerap dalam sistem kehidupan masing-masing. Walaupun seseorang itu miskin dan terhimpit kehidupan, tahap keimanan dan nilai spiritual yang tinggi mampu membuat mereka berjaya menangani derita dan perit hidup dengan baik.
Dalam masa sama, individu kaya dan mewah, walaupun berhadapan dengan persoalan hidup yang lain, jika gagal menangani isu terbabit akan cenderung melakukan aktiviti tidak bermoral atau bercanggah dengan nilai sedia ada.
Contoh ketara apabila menyentuh soal moral dan budaya ialah budaya kunjung mengunjung yang dituntut ketika meraikan Aidilfitri. Amalan ini dilihat makin terhakis, terutama di kalangan generasi muda. Disebabkan tidak terdedah dengan budaya ini, kelompok generasi muda dalam sesebuah keluarga misalnya, tidak kenal sepupu sendiri jauh sekali mereka yang mempunyai pertalian langsung atau ‘bau-bau bacang’. Apa komen Prof.
Banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan fenomena ini. Antara yang paling menonjol ialah kekurangan dan ketiadaan role model dalam sistem keluarga untuk meneruskan amalan kunjung mengunjung ini.
Dalam banyak situasi, ibu bapa sendiri memilih sama ada tidak mahu melakukan aktiviti ini atau membuat kunjungan tanpa anak. Justeru, latihan pembelajaran yang dilalui anak menyatakan bahawa aktiviti kunjung mengunjung ini bukanlah sesuatu yang utama atau penting dalam sistem kehidupan dan keluarga mereka.
Fenomena ini juga diburukkan lagi dengan naluri dan sikap remaja sendiri yang lebih suka berinteraksi sesama rakan sebaya atau menyendiri dengan program masing-masing. Sejak kebelakangan ini, sudah wujud sikap anak terhadap aktiviti berasaskan lingkaran diri.
Anak-anak sudah terlalu biasa berhadapan dengan komputer, play-station atau televisyen. Mereka sudah lama dibiarkan berinteraksi dengan bahan ini. Malah sejak kebelakangan ini, anak ini didedahkan pula dengan laman dan media sosial yang mampu memberi kepuasan interaksi dan komunikasi berbanding keluar berkunjung ke rumah orang dan akan mendedahkan diri kepada pelbagai gangguan, ancaman dan kritikan.
Remaja tidak suka diancam, dikritik atau diganggu ego mereka.
Wajarkah ketua keluarga memberi penekanan atau mewajibkan anak menyertai aktiviti keluarga, terutama pada hari raya pertama dengan berkunjung ke rumah sanak saudara, bukannya duduk di rumah dan menonton program hiburan di televisyen atau bermain komputer? Apakah cara terbaik yang boleh dilakukan sesebuah keluarga untuk mengeratkan hubungan silaturahim anggota keluarga seperti menganjurkan rumah terbuka.
Setakat ini, nilai masyarakat masih memberi keutamaan kepada aspek perhubungan silaturahim, jalinan keluarga dan perpaduan antara komuniti. Antara aktiviti terbaik untuk mencapai perhubungan, jalinan dan perpaduan ini adalah melalui aktiviti seperti kunjung mengunjung, ziarah menziarahi, rumah terbuka dan majlis sosial yang baik.
Sudah pasti, jika kita mahu ini terus wujud, maka amalan memberi penekanan dan mewajibkan anak bersama menyertai aktiviti keluarga adalah penting, utama dan vital. Ibu bapa perlu mewujudkan contoh yang baik sebagai penjana, penggerak dan pelaku kepada amalan kunjung mengunjung ini.
Ibu bapa juga diberi tanggungjawab untuk membudayakan amalan ini di kalangan anak masing-masing. Cara terbaik untuk mencapai hasrat ini ialah dengan mengajak anak membuat perancangan kepada aktiviti ini seperti balik kampung dan kunjung mengunjung.
Majlis sosial seperti rumah terbuka juga antara instrumen silaturahim yang baik dan berkesan. Anak boleh diberikan peranan dan tanggungjawab sosial melalui program rumah terbuka yang kita anjurkan. Sesungguhnya banyak perkara dan kemahiran yang boleh dipelajari anak muda melalui amalan rumah terbuka ini.
Tidak mustahil jika ada pihak bertemu sanak saudara setahun sekali, iaitu pada hari raya, biarpun menetap di kawasan sama. Apakah cara terbaik untuk memastikan mereka lebih kerap bertemu? Mungkinkah penggunaan teknologi maklumat (IT) seperti laman sosial Facebook atau Twitter boleh menjadi medium untuk berkomunikasi biarpun secara maya.
Bersemuka atau bertemu melalui ruang maya adalah dua perkara berbeza. Bersemuka memberi ruang kepuasan perhubungan dan interaksi yang tidak sama dengan alam maya. Namun, sebagai manusia yang semakin canggih keperluan bersosial, kaedah berinteraksi lazimnya ditentukan individu itu sendiri.
Hukum interaksi dengan siapa adalah tidak penting bagi individu hari ini. Yang utama ialah seseorang yang paling mahu dikenali, paling diharapkan kerahsiaan, paling diharapkan sokongan dan paling bersedia untuk berkongsi.
Jika elemen ini tidak dapat disediakan oleh sanak saudara, walaupun mereka tinggal berhampiran, maka seseorang itu akan mencari orang luar sebagai rakan interaksi. Jika kita mahukan anak sentiasa rapat dengan sanak saudara, maka ibu bapa perlu mewujudkan ruang dan peluang interaksi yang kerap agar anak ini akan saling perlu memerlukan bagi memenuhi keperluan interaksi, sosial dan komunikasi masing-masing.
Instrumen komunikasi baru seperti laman sosial, Twitter dan sebagainya sememangnya mampu menyediakan ruang interaksi yang bermakna. Namun, ia tidak boleh diharapkan 100 peratus kerana fitrah manusia memerlukan sokongan, dorongan, respons dan tindak balas humanistic yang hanya diperoleh dengan lebih berkesan menerusi interaksi bersemuka.
Apa lagi yang boleh dilakukan bagi menekankan elemen kekeluargaan seperti menjalin hubungan erat antara adik beradik, sepupu dan sanak-saudara yang lain? Mungkinkah aktiviti bersama seperti hari keluarga membantu merealisasikan matlamat ini.
Bagi menekankan elemen kekeluargaan dan mempertingkatkan kepekaan ahli keluarga untuk lebih erat dan mantap, sesebuah keluarga itu boleh melakukan perkara berikut:

Semangat Aidilfitri perlu selalu dipupuk
DARIPADA pengamatan Tan Sri, sejauh mana bezanya sambutan Aidilfitri zaman dulu dan sekarang.
Saya nak bercerita pasal sambutan hari raya ketika zaman sebelum perang dulu. Masa itu, memang meriah betul kerana kita sedia maklum zaman itu hidup susah, nak dapat baju baru atau kasut baru memang susah... jika ada pun setahun sekali saja, iaitu bagi menyambut Aidilfitri. Selain itu, ada satu lagi tradisi bagi orang sebelah Melaka ini, iaitu sembelih lembu atau kita panggil mantai, memang cukup meriah. Ketika itu, lepas saja berakhir puasa, kemeriahan sudah terasa. Sekarang saya tengok tak macam dulu lagi.
Dari segi ziarah menziarah atau kunjung mengunjung juga meriah. Mak bapa saya pernah pesan... kau kena pergi kampung ini, kampung itu, sana, situ, jumpa bapa dan emak saudara, adik beradik semua. Sekarang pun saya rasa ada juga, tapi tak sama macam dulu. Saya lihat semangat kekeluargaan seolah-olah sudah luntur, dah tak ada. Buktinya, sekarang lebih kerap kita dengar panggilan ‘uncle’ atau ‘auntie’, semua ibu atau bapa saudara dipanggil sebegitu, jadi tak ada lagi Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang atau Pak Su, Mak Su... semua ‘uncle’ dan ‘auntie’ saja. Dari segi panggilan itu pun, nampak kita sudah banyak berubah, ketara sekali. Semua itu memberi gambaran hubungan di antara anak saudara dengan bapa dan ibu saudara mereka tidak begitu rapat.
Bercakap mengenai perubahan budaya ini, saya teringat kisah seorang janda yang kahwin dengan seorang India dan dapat anak pun rupanya macam orang India. Saya pun memberitahu janda itu yang rupa anaknya saling tak ubah macam ‘bapa’ dia, tapi janda itu kata macam ‘daddy’, dia tak cakap ‘bapa. Itu kisah yang berlaku di kampung, jadi bayangkan macam mana pula dengan kisah orang bandar?
Satu keistimewaan hari raya adalah tradisi kunjung mengunjung, namun kini ia kelihatan bagaikan terhakis dan cuma terhad dalam kalangan ahli keluarga serta rakan rapat. Apa pandangan Tan Sri.
Saya fikir masalah ini disebabkan faktor pembangunan dan dunia yang semakin moden. Manusia sekarang dihambat masa dan wang ringgit. Jika lewat, maka akan tertinggal dan mungkin terlepas juga peluang membuat duit. Apabila kesibukan sudah menjadi semacam satu budaya, benda yang biasa dalam kehidupan seharian, maka di mana-mana pun kebiasaan itu diamalkan. Dulu, masyarakat tidak begitu dihambat masa, banyak masa terluang yang boleh digunakan untuk mengunjungi rumah saudara mara, sahabat handai dan jiran.
Tan Sri ada pengalaman peribadi menarik ketika menyambut Aidilfitri masa zaman kanak-kanak atau muda dulu.
Jika nak kata pengalaman menarik itu, tak adalah sangat. Saya sambut hari raya macam orang lain juga. Zaman kanak-kanak dengan cara kanak-kanak, ikut kawan-kawan beraya serata kampung, pergi rumah orang, malah rumah orang yang kita tak kenal pun, kita pergi juga. Bagi saya, pengalaman peribadi paling menarik dan kekal segar dalam ingatan ialah marhaban. Kita dalam satu pasukan, berselawat dari rumah ke rumah, kemudian tuan rumah yang kita singgah itu pun ikut sekali berselawat ke rumah orang lain pula. Saya nampak tradisi ini amat bagus, dapat mengeratkan hubungan sesama umat Islam. Budaya ini menunjukkan masyarakat Melayu dulu amat kolektif, bersepakat dalam segala hal. Sekarang saya nampak lebih kepada sifat individualistik sebab itu semangat Aidilfitri kita rasa sudah semakin longgar.
Adakah Tan Sri bersetuju perubahan itu juga disebabkan kesan dunia teknologi maklumat (IT)? Kini kita boleh berkomunikasi gunakan Facebook, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya tanpa perlu bersua muka.
Bagi saya, tak bolehlah salahkan sepenuhnya kepada kemudahan IT. Saya pun suka juga dengan IT ini, buat urusan kita jadi lebih cepat dan mudah, tak payah lagi tulis surat atau hantar kad (hari raya). Yang pentingnya kita jangan dikuasai teknologi seperti ini, jangan terlalu obses. Jangan sampai kita jadi terlalu individualistik, budaya kita jangan dibuang terus. Pergilah berkunjung ke rumah saudara mara, sahabat handai dan jiran pada Aidilfitri. Jika bapa saudara kita itu pangkatnya Pak Long, panggil Pak Long, bukan ‘uncle’. Jangan kita jadikan apa saja dari Barat sebagai budaya. Benda itu akan jadi budaya jika kita selalu pakai atau buat.
Bagaimana pula keadaannya nanti pada masa depan? Barangkali kita hanya akan berkunjung ke majlis rumah terbuka, bukan lagi pada bila-bila masa yang kita suka.
Saya fikir jika kita tidak bersungguh-sungguh menjaga tradisi dan budaya ketika menyambut Aidilfitri, tidak mustahil budaya dan tradisi itu akan tenggelam dan terus hilang. Sebab memang begitu pun lumrah dunia, ada pusingan. Apabila pusingan sampai ke satu tahap, agak sukar untuk kita kembali ke tempat permulaannya. Lagi pun, lazimnya sikap kita sudah mengikut orang... apabila kita tengok ramai yang buat sesuatu itu, kita pun ikut. Jadi, jika ramai yang lebih suka duduk di rumah pada Aidilfitri, tak ada ziarah menziarah, maka lebih ramailah akan mengikut sikap seperti itu.
Jika kita nak pastikan budaya dan tradisi ini berterusan, semua pihak kenalah bekerjasama. Masyarakat dan pemimpin setempat. Jawatankuasa penduduk dan pegawai masjid perlu beri perhatian kepada perkara ini. Setidak-tidaknya kita kena pastikan tradisi ‘marhaban’ atau berselawat dari rumah ke rumah sepanjang sambutan Aidilfitri terus kekal. Tak semestinya dalam satu kampung atau taman perumahan itu hanya dibentuk satu kumpulan. Kita buatlah empat atau lima kumpulan, pergi dari satu rumah ke satu rumah.
Namun ramai pula orang cakap sudah nak tarik anak muda sertai aktiviti macam ini. Bagi saya ia bukan satu masalah jika kita tahu caranya. Caranya ialah ‘pegang’ ketua generasi muda ini, iaitu individu yang paling banyak pengaruh ke atas mereka, bila kita dapat ketua, maka yang lain akan ikut.
Satu lagi saya tak berapa gemar dengan konsep rumah terbuka yang dikhaskan pada satu hari tertentu saja. Masa saya jadi wakil rakyat dulu, saya tak buat rumah terbuka sehari saja, sebaliknya rumah saya sentiasa terbuka sepanjang masa dan apabila Aidilfitri, terbuka sepanjang Syawal. Siapa yang nak datang, datanglah. Ini selepas sembahyang hari raya, buat rumah terbuka satu hari itu saja dan siapa yang tak datang pada hari itu, tak bolehlah datang lagi, segan.
No comments:
Post a Comment