Karpal dan Soi Lek
Pengerusi DAP, Karpal Singh baru-baru ini memuji Presiden MCA, Chua Soi Lek yang mempunyai keberanian untuk mengaku kesilapannya dalam isu skandal seks tidak lama dulu.
Soi Lek juga katanya, seorang yang berintegriti apabila bertindak meletakkan jawatan termasuk sebagai Menteri Kesihatan ekoran skandal tersebut.
Awang pernah melahirkan pandangan yang sama terhadap Soi Lek. Walaupun beliau mempunyai peluang untuk menafikan pembabitannya dalam skandal itu tetapi tidak berbuat demikian.
Pada firasat Awang, itu jugalah antara faktor beliau mudah dimaafkan oleh ahli-ahli parti dan dapat bangkit dalam tempoh yang tidak lama sehingga berada di puncak kepimpinan MCA.
Bukan calang orang yang sanggup mengambil tanggungjawab penuh atas kesalahan dan kesilapan besar yang dilakukannya sebagaimana Soi Lek. Dalam PKR, budaya itu rasanya tiada. Exco Selangor, Elizabeth Wong yang juga pernah menggemparkan negara kerana skandal seks yang terdedah menerusi video, enggan meletakkan jawatan. Malah ada pemimpin PKR lain yang sampai saat ini bukan sahaja tidak mengaku terlibat dalam skandal seks malah mengheret sama rakyat dan negara asing untuk menyelamatkan diri. Kepada pemimpin jenis itu, apa pula komen Karpal?
No comments:
Post a Comment